About Us


Tentang Kami !

DRAMA RAJA merupakan sebuah blog nukilan Brado Kapak dan pasukannya. Blog ini ditubuhkan pada 14 Mac 2014. Ketika itu, blog ini ditubuhkan hanya bertujuan untuk menceritakan tentang kisah disebalik misteri MH370 yang telah menggemparkan seluruh dunia. Setelah melalui banyak misi pencarian dan penelitian, akhirnya blogger Brado Kapak telah mengambil langkah berani untuk membuat pelbagai pendedahan di dalam blog ini.

Hasilnya, maka terbitlah banyak artikel berkenaan penelitian dan juga penganalisaan berita semasa berkenaan MH370 diselitkan dengan pelbagai unsur provokatif, informatif dan juga diselitkan bersama rencah ilmu berkenaan akhir zaman serta persiapan menghadapinya. Setelah tamat mengkaji dan menganalisa tentang misteri MH370, maka Brado Kapak telah memikirkan hala tuju blog ini agar ia tidak berkubur begitu sahaja.

Seharusnya bagi seorang blogger untuk memanfaatkan sebaik mungkin blognya yang telah berdiri teguh dan mempunyai pengikut serta pembaca setia. Amatlah rugi sekiranya blog ini dibiarkan mati begitu sahaja seiring dengan berkuburnya MH370 di Lautan China Selatan. Maka, setelah melalui banyak fasa perubahan, akhirnya Brado Kapak telah mengambil inisiatif untuk mengubahsuai blog ini menjadi sebuah blog informasi terkini yang disajikan dengan gayanya yang tersendiri.

Pihak admin dan juga kumpulan Bradokapak Pte. Ltd. telah mengambil pelbagai inisiatif untuk terus memperkembangkan lagi pasaran blog ini ke serata dunia. Kami akan terus komited menyajikan pelbagai berita, informasi dan juga analisa tentang apa sahaja perkara yang berlaku baik dalam dan luar negara. Kami juga akan menyajikan informasi yang bersifat global dan juga glokal.

Selaras dengan kehidupan kita yang sudahpun berada di akhir zaman dan diambang keluarnya Dajjal, maka kami di Drama Raja berasa terpanggil untuk menulis dan menyebarkan informasi serta bacaan tambahan buat tatapan umat akhir zaman ini sebagai persediaan dan juga persiapan kita semua menghadapi hari-hari mendatang yang lebih sukar dan menyulitkan. Kami berharap agar blog ini dapat menjadi salah satu tempat dan sumber rujukan dalam bidang kajian ilmu akhir zaman, masalah global, ekonomi serta menjadi satu "one stop center" untuk mengakses informasi yang diluar jangkaan akal manusia biasa.

Kami juga mengalu-alukan apa sahaja cadangan, bantahan, pendapat, atau sumbangan idea, dana kewangan dan juga bantuan tenaga kerja terutamanya bagi tujuan menggerakkan blog ini sebagai satu medium dan wadah perjuangan ummat akhir zaman dalam memartabatkan modal insan serta meninggikan darjat pemikiran rakyat marhaen di negara ini selaras dengan tuntutan agama, iaitu kembali memartabatkan pemikiran ummah disamping mengangkat nilai-nilai murni dalam Islam kepada satu batu tanda yang lebih tinggi. Sekiranya anda berminat untuk memberi bantuan kepada kami atau ingin mengemukakan apa sahaja cadangan dan bantahan, sila hubungi kami melalui link ini.

DRAMA RAJA, Sebuah blog tentang isu semasa dan hal akhir zaman. Komited menyajikan informasi diluar jangkauan akal. Ditulis dari hati ke hati.

Ditubuhkan pada 14 Mac 2014.

Selamat membaca dan semoga beroleh manfaat daripada kami !

Sekian.

-Admin

1 Response to "About Us"