Perimeter Fencing


Perimeter Fencing

Misi: Meletupkan Pesawat Boeing Kargo.
Unit: Perisik KGB.
ETD: 0845 GMT+8
Loc: South Coast of Paracel.

Dalam dunia perisikan, ada banyak perkara harus diambil kira dalam menyelesaikan hal-hal siasatan. Paling utama adalah masa. Setiap satu saat yang berlalu amatlah berharga bagi para perisik. Mereka harus menitikberatkan ketepatan masa dan menjadi perkara wajib bagi para perisik atau sesiapa sahaja yang berkecimpung dalam bidang ini atau bidang yang sealiran dengan ini, mesti memakai jam tangan sama ada di kiri atau kanan tangan masing-masing atau paling kurang membawa bersama alat mengira masa.

Hal ini amat penting untuk menentukan jatuh bangun dirinya sendiri dalam kerja-kerja risik yang sedang dijalankannya.

Bahagian risik hanya akan melakukan kerja-kerja elit dan sulit sahaja. Manakala bahagian support biasanya akan dilakukan oleh unit lain dan mereka akan menerima arahan daripada pusat kawalan risik yang mana akan sentiasa 'keep up-to-date' dengan para perisik mereka.

Misalan, saya seorang ejen KGB. Tugas saya kali ini adalah hendak menenggelamkan sebuah pesawat Boeing yang amat besar yang sedang membawa kargo muatan berharga yang dalam perjalanan ke sebuah negara yang bermusuh dengan negara yang saya berkhidmat. Kiranya tugas saya begini....

Saya ---> letupkan pesawat ---> Boeing yang membawa kargo berharga ---> dalam perjalanan ke negara musuh ---> saya harus memastikan ianya berjaya.

Maka, saya harus mengira dengan tepat, "bila, dimana, apa, mengapa dan siapa" (5W) yang akan menjayakan misi saya ini.

Bilakah pesawat itu harus mendarat dilapangan terbang yang ditujunya?

Dimanakah seharusnya saya menjalankan misi mengebom pesawat terbabit?

Apakah kesan-kesan yang akan terjadi hasil usaha saya ini?

Mengapa saya harus melakukan cara pengeboman seperti ini?

Siapa yang akan membantu saya sekiranya saya berjaya/gagal?

---------------------------

Kesemua soalan itu dan banyak lagi soalan harus sering berlegar di minda para perisik.

Mereka melaksanakan kerja mereka dengan cermat sekali.

Maka, pasukan bantuan pula seharusnya telah bersiap sedia untuk menanti arahan daripada pusat kawalan untuk melakukan kerja-kerja 'back-up'.

Misalan, saya sudah mendapat waktu yang sesuai untuk meletupkan pesawat. Maka saya akan terjun keluar dari pesawat sebelum pesawat itu meletup.

Saya akan melaporkan kepada unit kawalan terlebih dahulu bahawa saya akan terjun tepat jam sekian-sekian dan pasukan penyelamat atau 'back-up team' harus datang menyelamatkan saya pada waktu sekian-sekian.

Dan pada waktu sekian-sekian, pasukan 'clearance' pula akan melaksanakan kerja-kerja menyelesaikan saki baki pesawat yang sudah meletup itu tadi.

----------------------------

Maka, point utama yang hendak saya titikberatkan disini sebenarnya adalah 'perimeter fencing'.

Pentingnya 'perimeter fencing' ini sebenarnya telahpun dikira sejak awal-awal lagi sebelum misi dijalankan.

Pasukan khas dan 'back-up team' harus mengawal dan membuat satu 'perimeter fencing' bagi menghalang orang lain atau individu atau mana-mana badan berorganisasi daripada memasuki kawasan operasi dijalankan.

Maksud saya, para perisik ini harus mengira, bilakah bom harus diletupkan dan dimanakah lokasi paling sesuai untuk pesawat itu terjunam dan terhempas. Lantas, dalam kiraan berapa kilometer persegi harus diletakkan 'perimeter fencing' agar tiada siapa yang ternampak bangkai pesawat yang bakal jatuh itu? Dalam kiraan berapa kilometer pula harus dikawal bagi menghalang orang awam memasuki lokasi itu? Dalam kiraan berapa kilometer pula bunyi letupan sudah tidak kedengaran daripada orang awam?

Semua perkara itu harus diambil kira kerana ia akan menjamin kelancaran misi itu tadi.

------------------------

Dengan kiraan seperti itu, maka kerja-kerja yang mereka jalankan akan dapat diselesaikan dengan baik dan mereka akan berjaya menjalankan misi meletupkan pesawat itu tadi tanpa diketahui sesiapapun yang tidak terlibat dengan misi tersebut.

Seterusnya, pihak media pula yang akan diarahkan oleh ketua ko-ordinat operasi akan menjalankan tugas melaksanakan 'devertion info' atau juga 'disinformation separation'.

Hal-hal seperti ini sudah sememangnya menjadi tugas penting bagi para perisik dalam setiap negara.

Kerana,

PERANG ITU ADALAH MUSLIHAT.

Sesiapa yang paling handal merencanakan muslihat, maka merekalah yang bakal memenangi peperangan itu.

Dan, tenggelamnya pesawat itu - sebelum dan sesudah - kesemuanya adalah muslihat, atau dalam erti kata lain adalah sebahagian daripada peperangan.

Nantikan, pendedahan saya yang tergempar, dimanakah lokasi sebenar MH370 sedang bersembunyi!

Tak lama lagi.........

"Bila ia tenggelam tak ramai yang mati. Bila ia timbul, ramai yang mati"

Apakah dan siapakah yang akan mati dan menjadi punca kematian???

Sama-sama kita nantikan!

Sekian.

-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.
-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

11 Responses to "Perimeter Fencing"

  1. bro ada kaitan jgk ke dgn pemilik fb ni. https://www.facebook.com/sharifahsofia.syedrashid?fref=ts

    nampak memang logik akal

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia dah delete satu posting tarikh 27.05 la..awat..sensitip or dah kena warn..haha

      Delete
    2. len kali print screen.....hihihi

      Delete
  2. Memang hebat brado kapak, harap negara sentiasa aman dan di lindungi ALLAH SWT

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum brado kapak, saya sentiasa menunggu maklumat-maklumat terbaru dari anda, sepanjang masa. Bermula dari artikel MH370, blog ini cukup menarik saya keluar dari dunia yg sebenar, Allah s.w.t sudah kurniakan keistimewaan kpd anda utk menceritakan kebenaran. Dan rencana ttg perimeter fencing ini cukup menarik, bagaikan mukadimah utk seterusnya. Setiap rencana yg anda publish pasti saya akan rujuk mana-mana buku untuk memastikannya sahih, dan tidak syak lagi kebanyakkannya berkaitan. Tapi, saya gagal utk memahami dgn lebih terperinci ttg Pulau Nangka, saya kekurangan sumber dan tertanya-tanya apa yg sedang berlaku sekarang, sebelum ini brado kapak dah keluarkan artikel ttg Pulau Nangka, tapi hanya separuh. Saya dgn senang hati menantikan maklumat terbaru ttg Pulau Nangka. Harap brado kapak dapat kongsikannya, sbb artikel ttg Pulau Nangka cukup menarik perhatian saya. Assalammualaikum

    ReplyDelete
    Replies
    1. emas2 pulau nangka tu dah dipindahkan ke gunung jerai oleh c penjaga.. bila dah redah isu ni dia pindah la lagi ke pulau nangka..

      Delete
  4. All warfare are based on deception ..call of duty MW3

    ReplyDelete
  5. Perisik KGB tu ape ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komitet gosudarstvennoy bezopasnosti - Jawatankuasa Keselamatan Negara

      Delete
  6. satu badan risikan di rusia

    ReplyDelete