Jangkitan Salur Air Kencing


Jangkitan Salur Air Kencing | Selama ini kita mungkin beranggapan yang jangkitan salur kencing hanya berlaku pada wanita tetapi sebenarnya jangkitan ini juga boleh terjadi pada kanak-kanak. Malah ia adalah satu perkara yang biasa dan jangkitan ini tidak serius.

Bagaimana jangkitan tersebut boleh berlaku?

Jangkitan ini disebabkan oleh bakteria yang memasuki uretra dan merebak naik ke pundi kencing. Kanak-kanak perempuan lebih mudah untuk mengalami jangkitan kerana uretranya pendek berbanding kanak-kanak lelaki dan bukaannya lebih hampir kepada dubur yang menyebabkan kuman lebih mudah merebak.

Disamping itu, faktor-faktor seperti keadaan yang kurang bersih disekitar alat kemaluan, penggunaan lampin, cacing dan tidak membersihkan diri dengan sempurna selepas membuang air besar juga boleh menyebabkan jangkitan.

Tanda-tanda jangkitan:
* Lebih kerap kencing daripada biasa
* Rasa sakit bila membuang air kecil
* Air kencing berwarna keruh
* Demam
* Lesu
* Hilang selera
* Sakit Perut

Apa boleh buat?

Pastikan anak kita banyak minum air dan jika demam, berikan ubat untuk mengurangkan demam. Bawanya berjumpa doktor jika syak yang dia mengalami jangkitan. Ianya perlu mendapat rawatan kerana jika dibiarkan, boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

0 Response to "Jangkitan Salur Air Kencing"

Post a Comment