Kuaci Baik Untuk Pundi Kencing


Kuaci Baik Untuk Pundi Kencing | Tahukah anda bahawa kuaci mempunyai kebaikan untuk tubuh badan anda? Ia mampu menguatkan otot pundi kencing. Ini kerana apabila usia semakin meningkat bagi sesetengah orang, masalah gagal mengawal pundi kencing semakin serius jika tidak dikawal. Dipetik dari Harian Metro, pengaliran air kencing setitis demi setitis tanpa disedari ini tentu mengganggu terutama jika hendak sembahyang. 

Jadi, untuk mengatasinya anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan biji bunga matahari atau lebih dikenali dengan kuaci. 

Ini kerana kuaci adalah salah satu sumber vitamin E yang sangat baik. Dianggarkan 60 gram biji bunga matahari tanpa kulit memenuhi keperluan tubuh bagi mendapat vitamin E setiap hari. 

Minyak biji kuaci juga baik digunakan dalam masakan kerana ia mampu menurunkan paras kolesterol. 

Selain itu, kuaci juga menguatkan otot pundi kencing dan melawaskan pembuangan air kencing.

-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

0 Response to "Kuaci Baik Untuk Pundi Kencing"

Post a Comment