Ketika Negara Tiada Research And Development


Ketika Negara Tiada Research and Development (RnD)

Sesebuah negara yang maju, harus mempunyai research and development yang banyak seterusnya mengeluarkan hasil muasil sendiri dan produk sendiri lebih banyak daripada jumlah consume negara tersebut.

Pada zaman Tun M, kita mempunya RnD yang sangat banyak. Dari sektor automotif, sektor perladangan sehinggalah sektor keagamaan. Pelbagai perkara kita lakukan penyelidikan dan pembangunan sendiri.

Semasa itu, kita ada pembangunan teknologi nuklear di Jenderam, di sana juga adanya satu makmal khas mengkaji struktur DNA manusia untuk mengasingkan kelas-kelas manusia. Ketika itu adanya kelas elit dari kalangan kanak-kanak, yang lebih dikenali sebagai Indigo. Antara projek yang berada dibawah Tun ketika itu adalah Projek Indigo, di mana kanak-kanak ini diasingkan dan diberi kelulusan khas dalam apa jua pembelajaran mereka.

Sehingga kini, kanak-kanak ini yang sudah dewasa dan remaja masih berlegar disekeliling kita tetapi projek ini tampaknya sudah tergendala dan tiada kesinambungan.

Selain itu, semasa zaman Tun M juga kita boleh berbangga dengan produk keluaran kita sendiri walaupun masih menumpang teknologi luar. Sepertinya kita sudah berjaya membangunkan bangunan yang tinggi, produk-produk sendiri seperti Proton dan Perodua, kita juga ada Petronas yang mempelopori carigali sehingga ke Timur Tengah dan kita ada banyak lagi yang kebanyakannya kita sudah lupa pun nama mereka. Majoriti projek2 tersebut telahpun diswastakan termasuklah Perodua yang terbaru.

Apabila sesebuah negara itu sudah tidak melakukan RnD, maka negara tersebut akan berada di kelas ketiga di mana negara tersebut bukan lagi negara membangun sebaliknya negara yang hanya hidup menampung hutang sahaja. Seperti yang kita semua sedia maklum, Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai hutang yang amat banyak sehingga mencecah ratusan billion. Sehingga kini, nilai hutang negara yang ditanggung oleh setiap rakyat telah mencecah angka 80%. Sekiranya nilai ini meningkat sehingga 85% dan ke atas, maka negara harus menghadapi satu fasa iaitu fasa "correction times" dimana banyak bubble akan diletupkan agar keseimbangan dalam ekonomi negara dapat terjadi.

Terkini, Perodua dan Proton telah mengeluarkan ura-ura menyatakan bahawa syarikat mereka akan mengeluarkan dua kenderaan baru selepas Syawal ini dengan kadar harga paling murah dalam pasaran. Selain itu, Perodua Viva juga telahpun diturunkan harganya sehingga mencecah 30% penurunan harga sebelumnya. Hal ini dapat kita lihat sebagai antara "correction" yang sedang berlaku dalam industri besar di negara kita. Hanya industri hartanah sahaja yang masih meningkat harganya dan belum ada tanda-tanda akan berlakunya correction pada nilai hartanah.

-------------------------

Untuk melihat sesebuah negara menjadi maju, maka sesebuah negara itu haruslah memperbanyak RnD mereka disamping menghasilkan ciptaan sendiri dengan lebih banyak dan berganda. Sebaliknya, sekiranya sesebuah negara itu tidak mempunyai RnD lagi, maka mereka harus memainkan nilai matawang dan juga nilai hartanah.

Hal ini telah terjadi sekian lama di Malaysia semenjak era pemerintahan Raja Najib (Dato Seri Najib Razak) dimana harga hartanah telah meningkat lebih 100%  disesetengah kawasan dan ianya langsung tidak masuk akal !

Harga yang amat mahal ini dapat kita kategorikan sebagai 'bubbles' di mana sehingga satu masa nanti, bubbles ini akan mengembang dan meletup.

Ketika letupan itu berlaku, dapatlah kita lihat berlakunya "correction" pada harga hartanah dan ketika itu keseimbangan belanjawan ekonomi dalam negara akan terjadi. Tetapi bilakah ia akan terjadi? Masih menjadi tanda tanya tatkala kerajaan terus menerus melahirkan dan menerbitkan lebih banyak hutang baru kepada rakyat.

Disaat negara sedang menghadapi hutang ratusan billion, maka sudah pasti ia boleh membawa rakyat ke fasa dipresi. Namun, apa yang dapat kita lihat, kerajaan seolah-olah mengkhayalkan rakyat kita dengan pelbagai sumber dan bahan khayalan agar rakyat leka dan alpa dan tidak sedar apa sebenarnya yang terjadi kepada negara.

Sebagai contoh, dalam bidang agama, kita dikhayalkan dengan pelbagai kisah-kisah perbezaan mazhab dan juga kisah-kisah perjuangan. Dalam bidang ekonomi pula, kita dikhayalkan dengan pelbagai "modal insan" di mana kita dididik untuk mengikuti pelbagai seminar-seminar dan juga modul serta consultant yang mana sebenarnya semua itu hanyalah penyampaian terhadap perkara-perkara yang telah kita ketahui sebelumnya.

Dari segi sosial pula, kita sering dimomokkan dengan pelbagai hiburan yang melupakan kita terhadap perkara-perkara yang terjadi. Misalnya, dikala rakyat semua leka melayan bola sepak piala dunia, para pemimpin negara pun ikut serta bersama-sama rakyat menonton piala dunia, sedangkan disaat itu negara sedang mengalami masalah ekonomi yang gawat. Namun, pemimpin masih duduk bersama rakyat seakan-akan tiada apa yang terjadi.

Di media-media sosial pula, kita dimomokkan dengan video-video yang viral dari masa ke semasa. Terbaru, video mengenai seorang wanita yang mengamuk dengan steering locknya pun menjadi isu sehingga Ketua Polis Negara pun mengeluarkan kenyataan berhubung isu tersebut. Sedangkan, seorang ketua polis TIDAK sepatutnya mengeluarkan kenyataan berhubung isu-isu remeh seperti itu dan video tersebut tidak sepatutnya mendapat highlight yang besar di media-media semasa terutama media yang duduk dibawah kerajaan.

------------------

Saya tekankan disini, negara kita sebenarnya sedang mengalami masalah yang sangat-sangat rumit dan besar. Sekiranya anda perasan, semenjak Januari 2014, terlalu banyak undang-undang baru yang dilancarkan oleh kerajaan yang sebenarnya mahu mengaut wang-wang rakyat sebanyak yang mungkin agar rakyat mencagarkan wang mereka kepada kerajaan. Sebagai contoh, JPJ mengeluarkan undang-undang pelarangan cermin gelap dan akan menyaman orang yang menggunakannya, namun akhirnya dibatalkan setelah mendapat tentangan ramai.

Ku Nan yang mengeluarkan kenyataan untuk menyaman rakyat sebanyak RM 150 sekiranya memberi sedekah kepada rakyat miskin. ASB 2 dilacnarkan dengan kadar dividen 8% setahun dari nilai pelaburan kita tanpa compounding dan pekerja kerajaan diberi kemudahan untuk membuat loan ASB serta swasta juga diberi kredit untuk membuat hutang. JPJ yang mengeluarkan undang-undang baru terhadap lesen memandu yang dinaikkan harga. GST yang diumumkan akan bermula pada tahun hadapan. Tarif elektrik yang dinaikkan. Ah... banyak lagi lah sampai aku pun lupa....

Sebagai kesimpulan, sebenarnya setiap apa yang kerajaan lakukan ini BUKANlah untuk memajukan negara sebaliknya untuk "survive" dalam tempoh beberapa tahun sebelum terjadinya "correction times". Kerana itulah, ketika datangnya Obomba ke negara kita beberapa bulan lalu, maka Raja Najib telah menandatangani pelbagai perjanjian dua hala sebanyak lebih 64 frasa perjanjian di mana antaranya, market negara kita telahpun dibuka kepada orang luar untuk diniagakan.

Hasilnya, KFC Holdings telah diambil alih oleh koglomerat daripada Singapura, Felda telah dibeli sahamnya sebanyak 30% oleh orang Amerika Syarikat, Perodua sudah diswastakan tanpa sedar dan banyak lagi....!

Semua ini terjadi tanpa diketahui rakyat walaupun berita-berita kejadian ini dilaporkan di akhbar tempatan dan semasa. Namun, perkara ini tidak mendapat tempat di kalangan masyarakat kerana rakyat telahpun tepu dan khayal dengan pelbagai candu yang ditanamkan di dalam kehidupan seharian kita.

Rakyat sudah menjadi beku untuk menerima pelbagai input baru yang diluar kebiasaan mereka dan tidak dapat menerima sekiranya kita katakan negara kita sedang menghadapi ancaman perang dan juga ancaman dari anasir luar.

Raja Najib sebenarnya sudah tenat dan penat. Namun, ego Rosmah masih lagi mencengkan Raja Najib agar tidak turun takhta sedari terjadinya kes MH370 pada bulan Mac yang lalu. Hilangnya MH370 telah membuka laluan kepada para pelabur asing untuk datang ke negara kita menyedut segala macam kekayaan yang kita ada dan kita miliki disamping menyapu bersih tanah-tanah milik kita. Dari segi sosial pula, rakyat semakin tidak tahu hendak membezakan mana yang benar mana yang salah dan seakan-akan sudah tidak ada apa-apa batu ukur untuk menentukan sesuatu berita itu sahih atau tidak dalam kalangan masyarakat.

Rakyat seakan-akan hanya mengikut flow yang ada sahaja hari demi hari tanpa perlu berfikir diluar apa yang sedang mereka khayalkan. Kita dengan mudah akan melupakan sesuatu perkara dalam masa yang amat singkat sekiranya ada perkara baru yang lebih viral dan sensasi. Misalnya, ketika Ku Nan keluarkan statement tentang saman orang yang memberi sedekah, tidak sampai 72 jam, DS Najib telah turun padang ke ibu kota menyantuni golongan gelandangan dan kita pun lupa akan perkara tersebut. Kemudian datang pula bulan Ramadhan dan kita pun berkongsi akan perkara-perkara agama dan kebaikan serta fadhilat Ramadhan. Tiba-tiba Gaza diserang, kita pun lupa seketika akan ibadah Ramadhan dan sibuk dengan Gaza. Tahu sahaja, ada orang mengamuk dengan menghentak kereta menggunakan steering lock, sudahnya kita pun berkongsi perkara tersebut dan melupakan Gaza.

Paling lama sesuatu isu berskala besar itu akan bertahan dalam perbincangan masyarakat hanyalah selama 3 bulan dan perbincangan berskala kecil pula hanya tahan antara 3 ke 7 hari sahaja bergantung kepada kuatnya perkara itu atau lemahnya perkara tersebut.

Anda sendiri boleh nilaikan ditahap manakah pemikiran anda sekiranya anda masih tidak nampak apa sebenarnya yang terjadi dalam negara kita di saat anda masih khayal dengan segala candu yang dihidangkan kepada anda selama beberapa bulan kebelakangan ini....

Fikir-fikirkan dan nilaikanlah....

Buat yang sudah sedar, maka bersiapsedialah daripada sekarang !

Pepatah Melayu ada mengatakan,

"Sudah terhantuk baru terngadah..."

Sekian.

-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.
-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

1 Response to "Ketika Negara Tiada Research And Development"