Khasiat Buah Kurma Untuk Berbuka Puasa


Khasiat Buah Kurma Untuk Berbuka Puasa | Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex Dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan kawasan tanah yang kering serta mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Di kalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah di kalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama kegemaran Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : “Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak”.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :

“Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“.

Antara 10 Khasiat Buah Kurma Yang Perlu Anda Tahu 

1. Buah Kurma dapat mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis , amalan memakan buah kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah.Berdasarkan kajian Kaum Arab Badui, yang makan buah kurma secara teratur, menunjukkan kadar pengidap penyakit kanser dan jantung yang sangat rendah.

2. Buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

3. Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar (buah kurma) setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.

4. Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

5. Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran 

 Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.” “Melentur buluh biar dari rebungnya.” Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur.

6. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran. Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”

7. Buah Kurma Makanan Yang Paling Sempurna.Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”

8. Melalui petua tertentu, buah kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Buah kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, buah kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Buah kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

9. Kandungan vitamin A dan C adalah amat tinggi dalam buah Kurma.

10. Buah Kurma kaya dengan serat yang dapat mencegah dari mendapat barah usus.

Amalkan buah kurma sebagai Sunnah Nabi Muhammad, selain khasiat, juga sebagai salah satu diet pemakanan seimbang untuk kita. Terutama apabila menjelang hari raya, amalkan buah kurma untuk kelihatan lebih sihat dan bentuk badan lebih menarik. 

-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

0 Response to "Khasiat Buah Kurma Untuk Berbuka Puasa"

Post a Comment