Kisah Benar Seluruh Kampung Dimurtadkan Di Sandakan Sabah


Kisah Benar Seluruh Kampung Dimurtadkan Di Sandakan Sabah | Menangis mendengar laporan sebuah kampung yang murtad dan sebuah masjid yang mati dari Dr Rosmadi Nawi dan jemaah yang kini sedang berdakwah di Sabah. Sayunya ya Allah. Salah saya ni.. Ampun Ya Allah.

Menjejaki masjid yang sudah 18 tahun dibiarkan usang di Kg Langkabong, Tongod, Sandakan.


Terpaksa meredah serpihan bumbung yang runtuh dan kotoran yang bertimbun di dalam masjid.

Setelah mendapat laporan dari Imam Daerah Tongod, Imam Daim yang kami temui minggu lepas selepas solah jumaat di Masjid Kg Entilibon tentang keadaan satu kampung yang 100% penduduknya telah dimurtadkan, kelmarin(6hb Julai 2014) saya bersama amir jemaah (Maulana Jamal) dengan menaiki kenderaan 4WD Hilux peniaga Pakistan (Poushto) telah nekad untuk menziarahi Kg Langkabong. 

Kampung tersebut terletak kira2 setengah jam perjalanan dari masjid daerah Tongod. Bila kami sampai ke kawasan berdekatan lokasi masjid tersebut kami terpaksa meredah semak samun dengan dipandu arah (guide) oleh peniaga Pakistan dan tak terlintas di dlm hutan tersebut ada tinggalan masjid. Setelah meredah semak sejauh kira2 70m dari jalan ternampak samar2 bangunan usang di sebalik semak samun.



Kami rasa terkedu melihat keadaan masjid tersebut dan naik ke dlm dengan terpaksa meredah serpihan bumbung yang runtuh dan kotoran yang bertimbun di dalam masjid tersebut. Kami bergotong royong membersihkan kotoran di dlm masjid itu. Jemaah kami, Badrul munir melaungkan azan dengan sayu kemudian kami solah sunnat 2 rakaat di rumah Allah yang telah hampir 20 tahun kesepian.

Selepas kami bersihkan masjid tersebut sekadar yang termampu, kami beredar dengan perasaan sedih.

Setelah beredar dari masjid kami diberitahu oleh peniaga Pakistan itu yang ada 2 keluarga yang masih beragama Islam. Kami buat keputusan untuk menziarahi mereka.

Pakcik Awang yang berketurunan Bajau dan mmg asal dilahirkan Muslim. Isterinya anak tempatan, keturunan Sungai yang memeluk agama islam. Bapa dan adik beradik isterinya semuanya sudah murtad. Beliau menceritakan sejarah pengislaman dan kemurtadan beramai-ramai di Kg Langkabong ini.

Di sekitar tahun 1979-82 berlaku pengislaman beramai-ramai (lebih kurang 370 orang) di Kg Langkabong. Selepas pengislaman tersebut sebahagian dari mereka telah ditarbiyah dan dilatih di Pusat Dakwah di Keningau selama 3 Tahun. Mereka ini termasuklah adik ipar kepada Pakcik Awang tadi yang bernama Abdul.

Balik dari kursus tersebut, Abdul telah dilantik sebagai Bilal Masjid Langkabong. Selepas pada itu berlaku usaha gigih missionary Kristian yang bertubi di Kampung Langkabong sehingga seorang demi seorang telah murtad termasuklah Bilal masjid sendiri yang sampai sekarang masih menggunakan nama Abdul.

Masjid Langkabong akhir sekali digunakan di sekitar tahun 1996 menurut Pakcik Awang.

Mengikut Imam Daerah Tongod, Ustaz Daim yang kami temui di Masjid Entilibon kawasan 3T ini adalah sasaran yang terkuat missionary Kristian di seluruh Sabah.

Ianya berlaku apabila umat Islam sbg pendokong agama yang haq tidak menjalankan tugas mereka yang sebenarnya sebagai Dae'i Allah sebaliknya agama bathil telah bergerak.

Kata Syeikh Saad Al Kandahlawi, "Gejala kemurtadan tidak akan berlaku jika setiap orang Islam menjadikan diri mereka daei Allah.



Beliau menceritakan kisah seorang sahabat Abdullah B. Khuzafah ra yang mempertahankan imannya dari murtad walaupun diberi tawaran dunia dan ugutan bunuh. Sehinggakan beliau menangis kerana hanya dikurniakan satu saja nyawa. Katanya 'Kalaulah nyawaku sebanyak bulu roma di badanku, nescaya akan ku korbankan satu persatu untuk agama Allah'.

Semoga kita semua jadikan diri kita, seluruh keluarga kita dan seluruh ummat Dae'i...... InsyaAllah. 

Laporan Dr Rosmadi dan Jemaah.

Ya Allah bantulah mereka yang sedang berdakwah di seluruh Sabah dan seluruh Malaysia dan seluruh dunia. Ya Allah kembalikanlah seluruh kampung ini kepada Islam. Ya Allah bukakanlah malam ini semua penduduk kampung ini kembali pada Islam. Kasihanilah kami semua. Maafkanlah kerana kecuaian diriku dalam dakwah, korban, menangis untuk agama ini.



-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

0 Response to "Kisah Benar Seluruh Kampung Dimurtadkan Di Sandakan Sabah"

Post a Comment