Laici Kang minuman berkhasiat ketika berbuka puasa


Laici Kang minuman berkhasiat ketika berbuka puasa | Apabila tiba bulan Ramadan pelbagai jenis minuman akan dijual di bazar Ramadan dan ini akan membuat ramai yang rambang mata untuk membelinya. 

Namun, tahukah anda bahawa air Laici Kang merupakan minuman yang ideal ketika berbuka puasa? Ini kerana selain enak, air ini juga mempunyai banyak khasiat yang bagus untuk kesihatan tubuh badan. 

Dipetik dari Rapi, antaranya adalah khasiat yang terdapat dalam air Laici Kang adalah barli. Ini kerana serat daripada barli efektif dalam merendahkan kolestrerol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat. 

Dalam pada itu, barli juga merupakan sumber yang baik bagi vitamin B dan sesetengah galian. Kromium sebagai contohnya merupakan galian yang merangsangkan penyejatan glukosa dalam darah. 

Selain barli, buah kembang semangkuk yang terdapat dalam Laici Kang juga mempunyai banyak kebaikan. Scaphium macropodum dan scaphium lychnophorum menghasilkan jeli yang terbaik dalam spesis scapium. 

Buah kembang semangkuk yang direndam di dalam air dan diminum serta dimakan buahnya dipercayai boleh menurunkan panas badan (ketika demam). Air rendaman buah kembang semangkuk ini juga dapat digunakan untuk merawat asma, pendarahan hidung, melawaskan pembuangan air besar, masalah kulit, sakit mata, sakit gigi, kecacingan di kalangan kanak-kanak dan cirit birit. 

Kulit pokok kembang semangkuk bersama herba yang lain direbus dan diminum boleh merawat disenteri dan pendarahan rahim. Meminum air rebusan ini juga boleh menolong melawaskan pembuangan air kecil. 

Gabungan bahan-bahan ni di dalam air Laici Kang mempunyai khasiat yang sangat bagus untuk kesihatan badan. Jadi amalkan meminum air Laici Kang apabila anda berbuka puasa.


-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

0 Response to "Laici Kang minuman berkhasiat ketika berbuka puasa"

Post a Comment