[Tips Kesihatan] Kebaikan Vitamin D


[Tips Kesihatan] Kebaikan Vitamin D | Semakin kita berusia, kemampuan kita untuk melawan jangkitan dan masalah kesihatan lain akan berkurangan dengan ketara. Sistem imun, yang bertanggungjawab untuk melawan jangkitan, dalam kalangan orang dewasa tidak lagi berfungsi secekap seperti dalam kalangan orang muda.

Antara kesan serius daripada kekurangan tersebut adalah kadar penyakit kanser, radang paru-paru, dan selesema yang lebih tinggi.

Vitamin D3 membantu tulang menyerap kalsium. Selain daripada itu, vitamin D kini didapati berguna untuk seluruh badan, daripada memperkukuhkan sistem imun, hingga ke pengawalan pertumbuhan sel.

Lebih daripada 2,000 gen (kira-kira 6% daripada genom manusia) dikawal oleh vitamin D. Hakikat bahawa setiap tisu di dalam badan, termasuk otak, jantung, payudara, otot dan sistem imun, mempunyai reseptor bagi vitamin D bermakna ia diperlukan pada tahap yang optimum untuk tisu ini berfungsi dengan baik.

Satu fakta yang mengejutkan adalah dianggarkan hampir 50% daripada penduduk dunia mempunyai risiko kekurangan vitamin D3. Ia adalah nutrien semulajadi yang dihasilkan dalam badan kita daripada pendedahan kepada cahaya matahari. Ia dihasilkan sebagai pro-hormon di dalam kulit selepas pendedahan kepada cahaya matahari, dan kemudian ditukar kepada bentuk hormon yang kuat hanya apabila tubuh memerlukannya.

Pada hakikatnya, apabila kita semakin tua, kita kehilangan keupayaan untuk menukarkan cahaya matahari kepada vitamin D dalam badan kita. Walau bagaimanapun, kekurangan tersebut boleh diatasi dengan makanan tambahan dalam bentuk vitamin D3.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa kajian yang dijalankan mengenai manfaat vitamin D3 dalam pelbagai keadaan, seperti kanser, kesihatan jantung, diabetes dan penyakit Parkinson.

Didapati bahawa tahap rendah vitamin D dalam darah dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser. Mereka yang mempunyai tahap vitamin D yang lebih rendah mempunyai risiko mendapat kanser yang lebih tinggi daripada mereka dengan tahap vitamin D yang lebih tinggi.

Salah satu kanser yang pertama dikenal pasti sebagai mempunyai kaitan dengan vitamin D adalah kanser payudara. Sekarang terdapat bukti bahawa vitamin D mengurangkan risiko kanser payudara, memandangkan ianya telah dibuktikan dapat menghalang pertumbuhan tumor kanser payudara.

Ramai pakar kesihatan mengesyorkan 1,000 I.U. hingga 2,000 I.U. vitamin D3 sehari untuk tujuan mengurangkan risiko penyakit seperti kanser, osteoporosis, keradangan, strok, serangan jantung kronik dan selesema.
-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

0 Response to "[Tips Kesihatan] Kebaikan Vitamin D"

Post a Comment