6 Tip Elakkan Badan Lesu Ketika Bangun Tidur


6 Tip Elakkan Badan Lesu Ketika Bangun Tidur | Pernah tak anda rasa letih atau macam tak larat betul nak bangun dari katil? Entah la, badan ni lesu semacam aje. Haha... bila berdepan situasi sebegini, pastinya melemahkan semangat anda untuk memulakan hari baru.
Kalau hari cuti dan anda tak bercadang nak ke mana-mana, mungkin ianya bukan satu masalah. Tapi, kalau hari biasa dan anda ada banyak kerja yang nak diselesaikan, ianya memang masalah besar. Fuhh... ini tak boleh jadi nih.

Bagi mengatasi masalah badan lesu di pagi hari ni, terdapat 6 tip yang boleh anda amalkan. Bermula daripada sebelum anda tidur, sehinggalah anda terjaga pada keesokan paginya.

6 tip yang saya maksudkan adalah;

1)Sebelum tidur, pastikan diri anda dalam keadaan bersih. Basuh dulu bahagian muka, tangan dan kaki.  Bagi anda yang beragama Islam, sebaiknya ambillah wudhu' yang sempurna sebelum tidur.

2)Elakkan tidur terlalu lewat. Paling lewat pun, sebelum pukul 12 anda dah tidur. Lagipun, ia memang tak baik untuk kesihatan. Kalau tak silap, saya pernah terbaca yang tidur lewat ni boleh menambah berat badan anda tau!

3)Setelah anda tersedar dari tidur, lakukan senaman ringan di atas katil. Gerakkan bahagian-bahagian badan anda sebelum turun dari katil. Ambillah masa dalam 2 hingga 5 minit pun dah mencukupi.

4)Cuci muka dan kelopak mata anda dengan menggunakan air suam. Kalau nak senang, anda simpanlah air yang dijerang pada sebelah malam tu dalam thermos. Bila pagi, anda campurkannya sikit dengan air biasa dan terus gunakannya.

5)Bagi anda yang beragama Islam, ambillah wudhu' dan tunaikan solat Subuh.

6)Anda minum dulu segelas air masak sebelum bersarapan. Tapi jangan pula anda terus minum air masak tu sejurus selepas bangun tidur.

-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

0 Response to "6 Tip Elakkan Badan Lesu Ketika Bangun Tidur"

Post a Comment