Mari Joging 20 Minit Sehari


Mari Joging 20 Minit Sehari | Bukannya sukar untuk menjaga kesihatan dan mengekalkan berat badan yang ideal. Hanya 20 minit sehari dengan berjoging sudah mencukupi..Manfaatnya seperti berikut:

MEMBAKAR LEMAK 

Joging merupakan jenis olahraga aerobik.Apabila anda berjoging,tubuh akan mengepom oksigen ke seluruh tubuh untuk membakar lemak dan mengubahkan menjadi energi.Joging 20 minit setiap hari juga akan membantu kita menghasilkan defisit kalori sehingga lemak lebih cepat tersingkir.

MENGURANGKAN KELETIHAN 

Penyelidik dari universiti Georgia melakukan kajian dan mendapati bahawa orang yang melakukan joging 20 minit  tiga kali dalam sehari mengalami peningkatan kadar energi sehingga 65 peratus.

MENYIHATKAN JANTUNG

Joging sering dikatakan sebagai olahraga kardiovaskular kerana ia boleh meningkatkan degupan jantung dan mendorong paru-parubekerja dengan kapasiti tertingginya.Joging juga akan menguatkan seluruh otot tubuh.Latihan ini juga akan mengurangi risiko penyakit jantung,menurunkan tekanan darah dan kolesterol,bahkan mencegah diabetes.

MEMBUAT DIRI GEMBIRA

Mereka yang menjalani rutin berjoging 20 minit setiap hari bukan sahaja lebih sihat,malah dari aspek emosi mereka dilihat juga lebih gembira.Peningkatan energi yang dirasakan juga akan membuat anda lebih berkeyakinan.Rutin berolahraga juga memicu otak melepaskan hormon anti stress.


-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

0 Response to "Mari Joging 20 Minit Sehari"

Post a Comment