Abu Mayat Mangsa MH17 Ditabur Ke Laut

(AHLI keluarga mendiang Sanjid menabur abu mayat berhampiran Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Pulau Rimau, semalam.)

Abu Mayat Mangsa MH17 Ditabur Ke Laut | Georgetown: Suasana pilu mengiringi perjalanan terakhir pramugara pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, Sanjid Singh Sandhu, 41, apabila abu mayatnya ditabur ke laut berhampiran perairan Pulau Rimau, di sini, semalam.

Sebelum upacara itu, bapa mendiang, Jijar Singh, 71, dilihat memegang bekas abu mayat anaknya yang tiba di jeti Jabatan Laut Wilayah Utara di Batu Uban, di sini, jam 9.40 pagi. 

Jijar yang kelihatan sugul ditemani isteri mendiang, Tan Nee Gok, 43, anak tunggal pasangan itu, Hans Singh Sandhu, 10, dan beberapa ahli keluarga mangsa. 

Tan yang dilihat tenang pada awalnya kemudian gagal menahan kesedihan sebaik bekas abu mayat mendiang suaminya dibawa menaiki bot Pasukan Polis Marin (PPM) menuju ke tempat persemadian terakhirnya.

Upacara berkenaan selesai jam 10.25 pagi.

Turut hadir pada upacara berkenaan ialah Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan serta dua EXCO kerajaan negeri, Jagdeep Singh Deo dan Phee Boon Poh. 

-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

0 Response to "Abu Mayat Mangsa MH17 Ditabur Ke Laut"

Post a Comment