Kedai Nasi Arab Sedap Di Johor

Kedai Nasi Arab Sedap Di Johor | Assalamualaikum.. Minggu ni penulis nak review satu restoran nasi arab sedap di Johor... Kedai ni sangat-sangat sedap menu-menu nya terutama nasi arab.. Ada yang suka makan nasi arab? Penulis pun suka makan nasi arab.. Nasi arab ni dah jadi menu pilihan utama bila ada keluarga yang datang berkunjung.. Penulis akan bawa ke kedai nasi arab yang sedap.. Jika anda tinggal di JB, sangat-sangat sesuai lah dengan kedai atau restoran yang penulis nak cadangkan ni.. Nak tau apa restoran apa?

Kali ini penulis nak recommend satu kedai nasi arab sedap di Johor iaitu Restoran Zaituna. Restoran Zaituna terletak di 27 Jalan Glasiar Taman Tasek, Johor Bahru.. Dekat dengan bandar. Jika anda hendak bercuti ke Johor, atau nak bercuti ke Singapore bersama kawan-kawan, adik beradik, suami isteri dan anak-anak , atauuu keluarga mertua , bawa lah datang akan kat sini ya..

Restoran Zaituna ialah nasi arab johor yang sangat terkenal di Johor. Jika tidak terkenal, manakan sampai ramai customer yang beratur di dalam untuk mendapat tempat duduk... Melihat restoran ni ramai pengunjung, maka penulis tidak sabar hendak mencuba menu nasi arab, dan menu lain selain nasi arab. Agak-agak apa yang penulis pesan ?
Menu di atas ialah menu wajib kalau kita ke restoran nasi arab.. Nasi Arab. Lagi sedap kalau dihidangkan didalam dulang. Set Dulang ini boleh dimakan sehingga 4 orang sebab merangkumi dua jenis nasi, ada pedas , ada biasa, ada 2 ayam dan 2 daging., sup sambal hummus. Ia dhidangkan dengan jus oren. Menu ini boleh custom. Boleh pilih semua ayam sahaja, atau daging sahaja, atau mixed macam set dulang yang penulis pilih diatas. Harga RM85. Rasanya sangat sedap .. Nasi dia lembut, ayam dia sedap perapan, daging dia sedap, sup pun sedap.. Semua rasa sempurna.. Nasi Arab yang sangat sedap yang pernah penulis makan sebbelum ini..
Kebab Halabi RM24. Yang ni kebab dengan isi dia lamb..Ada fries dan sos sekali.. Yang ni boleh makan sorang sahaja. Lepas makan nasi arab, penulis makan kebab ni. Sebab semasa penulis kerja di UK dulu, kebab adalah pilhan utama penulis sebab hendak mencari  makanan halal sangatlah susah.. Kebab ni pun sedapp ! Kulit kebab tak keras, isi dalam dia tak kenyal. Lagi makan dengan fries, memang terangkat rasanya. Rate 5/5 bintang..
Zaituna Mixed Grill Small. RM38. Zaituna Mixed Grill ni ada empat cucuk iaitu lamb cubes, kebab halashi, shish tawook, chicken kaffa.. Ni boleh makan 4 orang.. Merasa lah makan benda yang di grill kan? Sedap set ni.. Ada macam pizza , fries, kepingan kebab,, ada sos mayo dan chesse. Terus terangkat rasa mixed grill ni :) Rate 9/10..
Ini ialah kali pertama penulis makan kunafa, halawa.. Rasanya sangat sedap walaupun pertama kali makan. Kesedapannya sehinggakan penulis hendak take away kunafa dan halawa bawa pulang ke rumah.. Kunafa ini ialah snack orang arab. Memang boleh dikatakan, ia kunafa paling sedap di johor. Ada pelbagai jenis snack makanan arab di sini. Pelanggan boleh pilih sendiri yang yang mana..

Minuman yang penulis pilih nak order dan rasa ialah teh arab.. Penulis memang suka minum teh.. Jadi teh arab adalah pilihan. Sangat sedap diminum panas-panas. Minuman yang lain yang kawan-kawan blogger order, jus epal, hersley chocolate shake, dan barbican halal..
Jom kita tengok gambar dalam kedai ini..














Banyak menu arab yang sedap-sedap kat sini.. Sapa-sapa yang duduk Johor, wajib try restorang nasi arab paling sedap di JB ni yeea!! Sebelum terlupa, kalau nak datng makan sini, korang kena book dari whatsapp okay? Dannn kalau malas, boleh order delivery ya ..

Untuk Matlumat Lanjut
Contact No : 07-2133577
-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

0 Response to "Kedai Nasi Arab Sedap Di Johor"

Post a Comment