Langkah Berjaga-jaga Dalam Penggunaan Elektrik


Langkah Berjaga-jaga Dalam Penggunaan Elektrik | Banyak kemalangan elektrik yang berlaku adalah disebabkan oleh penggunaan tenaga elektrik yang tidak betul. Kemalangan elektrik seperti renjatan elektrik dan juga kebakaran elektrik boleh menyebabkan kemalangan serius sehingga boleh membawa kematian. Bagi kebakaran yang diakibatkan oleh arus elektrik, pemadam api karbon dioksida haruslah digunakan. 

Sebab Berlakunya Kemalangan Elektrik

1. Menyentuh dawai hidup yang terdedah
2. Menyentuh suis dengan tangan basah
3. Memasukkan konduktor tajam ke dalam soket
4. Penebat kabel koyak
5. Melebihi beban bagi suatu sumber kuasa

Langkah Keselamatan Dalam Litar

1. memutuskan litar apabila ada arus berlebihan dialirkan
2. guna dawai berpenebat untuk menghalang pengaliran arus
3. Dawai bumi diletakkan dalam soket untuk membumikan sebarang kebocoran arus

Tindakan Keselamatan

1. Elakkan menyambung terlalu banyak peralatan pada satu soket
2. Baiki peralatan elektrik yang rosak
3. Jangan menarik palam daripada soket dengan talinya
4. Jangan sentuh peralatan elektrik dengan tangan yang basah

Tindakan Jika Berlakunya Renjatan Elektrik

1. Matikan sumber elektrik utama sebelum menyentuh mangsa
2. Tarik mangsa menjauhi sumber elektrik dengan menggunakan penebat seperti kayu
3. Baringkan mangsa dalam kedudukan yang sesuai untuk memudahkan pernafasan
4. Lakukan CPR jika mangsa sukar bernafas
5. Hubungi ambulans

-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

0 Response to "Langkah Berjaga-jaga Dalam Penggunaan Elektrik"

Post a Comment