TERBARU!! Kertas Bahasa Inggeris UPSR Juga Bocor


TERBARU!! Kertas Bahasa Inggeris UPSR Juga Bocor | PUTRAJAYA: Seramai 473,175 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu menduduki semula kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 berikutan berlaku kebocoran soalan.
Perkara ini diumumkan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, sebentar tadi.

Sebahagian daripada soalan beserta jawapan kertas Bahasa Inggeris Kertas 1 yang didakwa akan keluar dalam peperiksaan sebenar hari ini.
Idris juga mengumumkan Kementerian Pendidikan sudah membentuk satu jawatankuasa bebas bagi memastikan kebocoran soalan peperiksaan tidak lagi berlaku pada masa depan.
"Ia (set kertas peperiksaan) adalah soalan yang lengkap. Jadi kita akan tubuhkan satu jawatankuasa bebas dan berprofil tinggi dengan mengambil kira keseriusan dan untuk melihat apa yang telah berlaku sebenarnya.
"Jawatankuasa ini bukan sahaja untuk menghukum mereka yang terlibat tetapi juga memastikan perkara ini tidak berulang selain memberi pandangan kepada kementerian apakah langkah-langkah yang perlu diambil," katanya.

Semalam, Kementerian Pendidikan mengumumkan penangguhan kertas Sains 018, 028 dan 038 yang dijadualkan hari ini kerana didapati bocor. Tarikh baharu ujian kertas itu ialah pada 30 September ini.
Petang tadi, Lembaga Peperiksaan mengumumkan ujian kertas Bahasa Inggeris itu akan turut diadakan pada 30 September.
Mengulas lanjut, Idris berkata panel jawatankuasa bebas itu akan dilantik berdasarkan mereka yang memahami aspek keselamatan tinggi seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat.
"Kita akan pastikan jawatankuasa ini berterusan dan akan terus memberikan cadangan kepada kementerian apakah langkah, tindakan, tahap keselamatan yang perlu dibuat dari semasa ke semasa supaya kita dapat mengatasi isu perkembangan teknologi yang digunakan oleh mereka yang ada akses kepada teknologi atau menyalahgunakan kuasa," katanya.

-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

0 Response to "TERBARU!! Kertas Bahasa Inggeris UPSR Juga Bocor"

Post a Comment