Misteri Pulau Nangka: Bahagian Satu

"Hanya bagi Allah-lah (hak mengabulkan) doa yang benar. Dan berhala-berhala yang mereka sembah selain Allah tidak dapat memperkenankan sesuatupun bagi mereka, melainkan seperti orang yang membukakan kedua telapak tangannya ke dalam air supaya sampai air ke mulutnya, padahal air itu tidak dapat sampai ke mulutnya. Dan doa (ibadat) orang-orang kafir itu, hanyalah sia-sia belaka." QS Ar-Ra'd: 14.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurniaNYA memberi kami peluang untuk terus menghirup udara dan terus beribadah menjadi ummat Muhammad. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAWAW serta buat seluruh Itrah Ahlul Bait Baginda dari awal hingga akhir. Semoga kami beroleh manfaat.

Dalam kesempatan yang terluang ini, saya dengan rasa rendah dirinya hendak menulis satu lagi artikel rentetan kisah 'Khazanah' yang dicari-cari selepas hilangnya MH370. Ada banyak perkara yang hendak dinukilkan sebenarnya. Namun, masa tidak berapa mengizinkan. Maka, dalam kesempatan ini saya tulis mengenai Pulau Nangka sahaja dan selebihnya insyaALLAH akan dibahaskan dalam artikel akan datang.

Tanpa melengahkan basa, ayuh terus kita membaca pendedahan yang dibuat ini..... Pendedahan ini berdasarkan interview dengan seorang pegawai Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) yang telah saya temui sendiri. Rujuk artikel ini sebagai RALAT daripada saya sendiri. Oh ya, jangan lupa sebarkan penulisan saya ini agar pendedahan ini sampai ke segenal lapisan masyarakat Malaysia.

Misteri Pulau Nangka: Bahagian Satu


*AMARAN! Jangan baca artikel ini sekiranya anda tidak ada rasa cinta terhadap sejarah ketamadunan negara anda sendiri. Jangan baca artikel ini sekiranya anda tidak boleh menerima perkara yang diluar akal ! Semua bukti bergambar untuk artikel ini ada dalam ruangan lampiran di bahagian paling bawah artikel.

1. Pulau Nangka merupakan sebuah pulau yang terletak dalam wilayah negeri Melaka, Bandar Raya Bersejarah. Pulau ini telah diwartakan sebagai pulau bersejarah dan ia terletak dalam gugusan Pulau Besar. Pulau ini pada asalnya adalah hak milik satu keluarga Baba Nyonya / Cina yang menjadi buruh ketika zaman awal kemerdekaan dahulu. Kerana kerajaan tak mampu membayar upah kepada keluarga Cina ini, mereka telah memberikan Pulau Nangka sebagai bayaran kepada keluarga Cina tesebut. Kemudian pihak muzium telah membeli pulau tersebut dengan dana daripada kerajaan negeri pada awal 90-an dan sehingga kini, pulau tersebut telah berada dibawah jagaan PERZIM. PERZIM pula merupakan sebuah badan kerajaan yang menjaga bidang sejarah dan muzium di Melaka.

2. Lokasi pulau ini tidak jauh daripada Pulau Besar, Pulau Serimbun dan juga Pulau Ular Garang. Kesemua pulau-pulau ini sebenarnya berhubung antara satu sama lain.

3. Di Pulau Nangka ini, terdapat banyak batuan pelbagai jenis termasuklah batuan granit, batuan sungai, batuan konkrit, batuan kaca, batuan besi dan pelbagai lagi jenis batuan yang berada dalam skala amat besar. Batuan tersebut terdapat disekeliling pulau dan didalam pulau penuh dengan batuan besar seakan-akan membentuk satu binaan. Boleh rujuk gambar-gambar dalam bahagian lampiran dibawah.

4. Batu paling besar terletak di arah Tenggara pulau dan ia memiliki saiz sebesar sebuah kapal laut. Berapa ukuran lilit sebenar batu ini, tidak dapat dipastikan kerana tiada orang yang pernah mengukurnya secara total.

5. Di tengah-tengah Pulau Nangka pula terdapat sebuah bukit dengan ketinggian sekitar lebih kurang 50 meter dari paras laut.

6. Di puncak bukit itu pula terdapat banyak tumbuhan renek, pokok-pokok besar, makam lama dan pelbagai lagi tinggalan sejarah.

7. Dipercayai makam tersebut adalah makam para perjuang semasa era Melaka diserang Portugis dahulu kala.

8. Terdapat juga makam pahlawan disekitar lereng bukit tersebut yang menghadap ke arah laut. Namun tidak dapat dipastikan makam siapa sebenarnya.

9. Dipercayai kesemua batuan yang besar dan terdapat disekitar pinggir pulau itu sebenarnya berasal dari atas bukit dan telah jatuh ke pantai dan ada yang bergolek sehingga ke dalam lautan.

10. Menurut pegawai tersebut, pulau ini mempunyai keluasan sekitar 40 ekar bersamaan sekitar lebih kurang 20 hektar.

11. Jika kita ingin mengelilingi pulau ini dengan berjalan kaki, kita boleh mengelilinginya dengan hanya memakan masa sekitar sejam setengah bagi manusia yang cergas.

12. Agak lama kerana kita perlu memanjat batuan-batuan yang bersaiz amat besar.

13. Selain itu, kita juga akan menemui banyak batuan yang unik dengan pelbagai ukiran serta pelbagai corak.

14. Ada batu yang berbentuk seperti wajah orang. Ada juga batu seperti berbentuk ikan lumba-lumba a.k.a dolphin. Ada juga batu yang berbentuk pelantar kapal. Ada juga batu berukiran kalimah Muhammad. Ada juga batu bertanda kalimah ALLAH. Ada juga batu bertatahkan kalimah Al-Mahdi. Ada juga batu yang dicantumkan. Ada juga batu yang terlihat kesan potong seperti potongan pedang. Ada juga batu yang dicantumkan dengan simen dan besi.

15. Senang cerita, pulau ini dipenuhi dengan 1001 misteri yang amat sukar untuk dijawab. InsyaALLAH dalam artikel akan datang, saya akan mendedahkan kisah disebalik misteri ini.

16. Sekarang, mari kita telusuri perkara yang lebih penting lagi.

17. Sebenarnya, semenjak kes MH370 hilang, telah berlegar-legar banyak cerita berkenaan 'khazanah' dalam kalangan para pemimpin besar dalam negara kita.

18. Saya dedahkan kepada anda satu perkara yang mungkin anda tidak pernah tahu pun sebelum ini... Sebenarnya, pertubuhan "Freemason" bukanlah sebuah pertubuhan yang misteri atau terahsia seperti yang anda semua bayangkan. Kejahatan mereka tidaklah seperti yang anda bayangkan seperti ritual sembah matahari, seks bebas dan sebagainya. Kerana itu hanyalah ritual kepercayaan pagan yang dianuti oleh ahli Freemason itu sendiri.

19. Sebenarnya, pertubuhan "Freemason" ini adalah satu pertubuhan sosial orang kaya-kaya dan ternama. Fokus utama mereka adalah meluaskan jajahan mereka, menjadi lebih kaya raya, berlumba-lumba mengumpul emas, berlumba-lumba meluaskan jajahan masing-masing.

20. Setiap orang yang berjaya mencapai target kekayaan yang ditekankan di dalam Freemason, maka dia layak untuk naik satu anak tangga. Sekiranya seseorang itu telah sampai ke tahap 33rd Degree Freemasonry, maka dia layak menjadi ketua bagi mereka yang ada itu. Kiranya dia adalah yang paling berjaya, paling kaya, paling berpengaruh dan sebagainya.

21. Biasanya, kekayaan mereka tidak akan di declare di mana-mana bank kerana mereka akan 'membersihkan' wang mereka di bank-bank offshore seperti di Swiss, Labuan dan juga di negara Arab seperti Saudi, Qatar, UAE, Dubai dan sebagainya.

22. Di Malaysia, di Kuala Lumpur sendiri telah banyak bertapaknya bank-bank offshore bagi tujuan membersihkan harta-harta kekayaan bakal-bakal 33rd Degree Freemason ini.

23. Anda boleh ke Segi Tiga Emas di Kuala Lumpur. Lihat sendiri bagaimana koglomerat ini meraikan kekayaan mereka. Lihat sahaja di sepanjang Jalan Ampang hingga ke Jalan Sultan Ismail. Kesemua taukeh-taukeh bisnes disitu adalah orang kuat yang mempunyai banyak harta di bank-bank offshore sebelum dipindahkan ke akaun peribadi di luar negara.

24. Sebelum ini saya pernah mendedahkan Sultan J***r sebagai seorang ahli Fr****son peringkat tinggi di Malaysia. Sekarang anda semua boleh fikir sendiri jawapannya, kenapa Sultan sangat aktif mencari harta karun dan meluaskan empayar bisnesnya. Ini bukan cerita fitnah. Boleh rujuk artikel ini atau tanya Peguam Kamal.

25. Okay, saya stop pendedahan itu disini sebab benda ni tak ada pun diceritakan oleh pegawai PERZIM. Kita berbalik kepada cerita Pulau Nangka.

26. Sejak hilangnya MH370, cerita berkenaan 'khazanah' telah mula berlegar dalam kalangan masyarakat setelah saya menulisnya dalam artikel ini.

27. Semenjak artikel itu dipublishkan, telah banyak cubaan orang meneka apakah sebenarnya 'khazanah' yang saya maksudkan itu.

28. Ada yang menekanya sebagai manggis, ion-lithium, drone controller, command n control, minyak a.k.a emas hitam dan pelbagai lagi.

29. Kemudian, tidak lama setelah Dato Seri Najib mengeluarkan kenyataan bahawa pencarian MH370 berakhir di lautan Hindi, maka tiba-tiba sahaja harta di Flor De La Mar yang tenggelam di Selat Melaka hendak dinaikkan.

30. Tak lama selepas itu, tiba-tiba cerita berkenaan 'khazanah' di Pulau Nangka telah mula tersebar dalam kalangan masyarakat. Rujuk sini dan sini.

31. Semua ini seperti berkait rapat. Tiba-tiba sahaja semua cerita ini dinaikkan. Shah Paskal pun turut sama mengeluarkan artikel berkenaan 'khazanah' yang sama di blognya. Rujuk sini.

32. Sekarang, tanpa perlu saya declare apa-apa, saya yakin anda semua sudah faham apa sebenarnya 'khazanah' yang saya maksudkan sebelum ini.

33. Sekarang, berbalik kepada cerita mengenai Pulau Nangka. Menurut pegawai PERZIM itu lagi, di pulau tersebut sebenarnya ada baaaaanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkk sangat harta berbentuk jongkong emas, syiling emas, berpeti-peti dan banyak juga alat-alat kebesaran diraja serta perhiasan diraja. Baca perkataan banyak yang saya eja tu, jelas ia amat banyak sampai nak kena eja macam tu punya panjang.

34. Menurutnya, kesemua harta ini disimpan oleh Pahlawan Melaka terdahulu atas arahan Sultan bagi persiapan untuk orang Melau di akhir zaman.

35. Semua harta ini sudahpun diwariskan kepada beberapa orang dan kesemua waris itu menghilangkan diri.

36. Ada beberapa orang waris sahaja yang telah benar-benar muncul.

37. Namun, kesemua waris ini tidak membenarkan harta itu diambil kerana orang yang mahu mengambilnya tidak kena cara.

38. Harta ini telah diamanahkan untuk perjuangan akhir zaman. Ia boleh digunakan oleh orang-orang tertentu bagi membantu perjuangan Al-Mahdi kelak.

39. Yang menjadi masalah apabila ramai orang yang datang ingin cuba mengambil harta di Pulau Nangka tersebut.

40. Sebenarnya, cubaan mengambil harta tersebut telahpun berlaku puluhan tahun lalu sejak era 'khazanah' Indonesia kena jual sama International Moneytary Fund (IMF) di Amerika Syarikat (US).

41. Paling hebat sekitar tahun 1997. Beberapa bulan sebelum kes kewangan Malaysia diterjah oleh George Soros.

42. Ketika itu, Dato Haron Din telah masuk ke Pulau Nangka bersama seorang anak muridnya atau orang kanannya. Mereka berdua telah membangunkan sebuah pondok di dalam Pulau Nangka bagi tujuan membuat amalan rohaniah untuk menaikkan harta-harta tersebut.

43. Dato Haron Din telah berada di pulau tersebut selama 40 hari. Tun Dr Mahatir tahu kisah ini. Dato Haron Din membuat kenyataan bahawa tiada harta yang berjaya dinaikkan namun, menurut pekerja yang menghantar makanan untuk Dato dan orang kanannya itu yang berulang alik menaiki bot laju telah mendakwa banyak keris-keris kecil, dan beberapa barang berharga telah berjaya dinaikkan oleh Dato Haron Din. Namun, setelah itu, Dato Haron Din telah lari memihak kepada Anwar Ibrahim sebelum Anwar Ibrahim ditendang daripada UMNO oleh Tun setahun selepasnya. Ketika itu terjadinya Reformasi dan Anwar pernah berjanji kepada masyarakat untuk melakukan perubahan ekonomi dalam negara tanpa merujuk kepada IMF, World Bank dan dana barat. Sedangkan pada 97, ketika Soros menghijack ekonomi Malaysia, Anwar Ibrahim jugalah yang mencadangkan kepada Tun Dr Mahatir untuk mengambil dana IMF dan meletakkan negara kita sebagai penghutang kepada IMF dan sekutunya.

44. Kesemua harta yang ditemui Dato Haron Din itu apabila ditanya, ia diambil kerana hendak menjadi milik Dato Haron Din. Sehingga kini cerita ini disenyapkan begitu sahaja termasuklah cerita Dato Seri Anwar Ibrahim dan juga Tun Dr Mahatir tersebut.

45. Terbaru, pada beberapa ketika lepas, pondok Harun Din tersebut telahpun dirobohkan oleh pihak PERZIM bagi mengelakkan lebih ramai orang yang datang ke pondok itu dan membuat amalan pemujaan dan khurafat.

46. Menurut pegawai PERZIM itu lagi, sekitar tahun 80-an dahulu, sebenarnya telah banyak berlaku cubaan mengambil harta-harta tersebut.

47. Antara yang mencuba nasib adalah Angkatan Tentera Malaysia, Komando (kerana pulau ini pun sebahagian daripada lokasi latihan mereka), JMF, Ketua Menteri Melaka, Rahim Tamby Chik, orang-orang Mahatir, penyelam-penyelam dari barat, sailor daripada barat dan ramai lagi.

48. Ketika tahun 80-an, itulah waktu paling agresif berlakunya cubaan memasuki binaan di dalam pulau tersebut.

49. Ketika itu, banyak berlaku pelanggaran dan banyak anasir barat yang datang masuk untuk campur tangan.

50. Mereka menarik bongkah-bongkah batu besar itu dengan menggunakan tali sebesar genggaman tangan orang dewasa dengan kapal laut yang besar-besar.

51. Mereka cuba membuka jalan di sekeliling pulau tersebut dengan mengalihkan batu-batu besar dari puncak bukit jatuh ke pantai.

52. Namun, kesemua mereka gagal.

53. Hanya sebahagian kecil sahaja yang berjaya menaikkan beberapa khazanah kecil seperti coin tembaga, keris pusaka, tembikar, tempayan dan lain-lain barang vintage yang bukan bernilai tinggi. Antara yang berjaya adalah individu perseorangan seperti Dato Haron Din, beberapa orang dari askar yang join, beberapa orang dalam PERZIM sendiri, beberapa orang kampung dan juga beberapa individu lain yang tak diceritakan.

54. Pada satu masa dahulu, ada seorang hamba ALLAH ini bernama Pak Mat (bukan nama sebenar). Dia telah membawa sekitar lebih kurang 10 orang anak muridnya masuk ke dalam pulau tersebut bertujuan untuk membersihkan pulau tersebut.

55. Tidak disangka-sangka, seorang daripada anak muridnya telah terpijak satu lubang dan terjerumus jatuh ke dalamnya.

56. Telah banyak usaha dibuat untuk menaikkan anak murid yang seorang ini namun tidak berjaya.

57. Kemudian, Pak Mat datang membawa tali dan mengulurkan kepada anak muridnya itu dan Pak Mat pun turun untuk membantu anak muridnya naik ke atas.

58. Menurut anak muridnya itu, dia ternampak kilauan emas di dalam lubang tersebut.

59. Sejurus selepas itu, Pak Mat pun menyuruh mereka semua keluar daripada pulau tersebut. Ketika hendak keluar, Pak Mat berpesan, jangan sentuh apa-apa dan jangan datang semula ke pulau itu untuk ambil harta tersebut. Mereka semua telah disuruh keluar.

60. Tapi pada malamnya, ada seorang muridnya yang langgar pantang tersebut dan kembali ke pulau untuk cuba mengambil harta tersebut.

61. Keesokannya, murid tersebut ditemui mati. Di dadanya terdapat tanda pangkah berwarna hitam.

62. Manakala pada tahun 2004 pula, ada satu kumpulan tarekat telah masuk ke pulau ini dan membuat zikir beramai-ramai pada waktu malam.

63. Namun ketika itu telah terjadi huru-hara dan kesemua mereka disuruh keluar. Mereka berzikir habis pusing satu pulau dan banyak yang tidak baik telah terjadi.

64. Kini, pada zaman serba moden ini, ketua menteri telah mengarahkan eskavasi (cari gali harta karun) dilakukan di Pulau Nangka. Orang yang datang nak ambil harta tersebut tak boleh lagi hanya membuat upacara kerohanian sahaja tetapi harus membuat eskavasi bagi bertujuan membuktikan kewujudan harta tersebut kepada masyarakat.

65. Kesemua syarikat swasta yang masuk ke pulau tersebut haruslah mendapat kelulusan daripada PERZIM dan permit mereka harus diluluskan PERZIM.

66. Namun, sejak beberapa kebelakangan ini, kelulusan company yang masuk ke Pulau Nangka seakan-akan tidak lagi mendapat kelulusan daripada PERZIM secara mutlak sebaliknya ada campur tangan Tuan Yang Dipertua Melaka (Chief Minister). PERZIM dilihat seakan-akan telah hilang kuasa setelah berlakunya campur tangan ini.

67. Terkini, pada April 2012, sebuah company swasta daripada Gombak Batu 6 telah diberi kebenaran untuk menjalankan projek eskavasi di Pulau Nangka. Syarikat itu bernama Smart Partnership International Sdn Bhd diketuai oleh Md Fuad Khusairi.

68. Syarikat ini jugalah yang pernah cuba menaikkan harta Flor De La Mar yang tenggelam di Laut Selat Melaka beberapa tahun sebelum mereka masuk ke Pulau Nangka untuk projek eskavasi.

69. Menurut khabar angin, ketika itu mereka berjaya menaikkan satu peti harta dari Flor De La Mar namun setelah itu telah berlaku pergaduhan dan mereka telah mencampakkan kembali peti tersebut ke Selat Melaka.

70. Permit eskavasi syarikat tersebut akan tamat pada 30 April 2014 ini dan pada 1 atau 2 Mei 2014, sebuah syarikat lain akan diberi kebenaran masuk dan mereka daripada Sabah.

71. Apa yang sedang terjadi di Pulau Nangka ketika ini adalah mereka sedang berusaha menebuk lubang disebuah batu besar yang terdapat di Tenggara pulau tersebut dengan harapan mereka menemui laluan masuk ke dalam bukit tersebut.

72. Menurut pegawai PERZIM tadi, struktur pulau itu seakan-akan ada sebuah bilik di dalamnya dan di dalam bilik itulah terdapat banyaknya syiling emas, jongkong emas, harta kekayaan Sultan Melaka dahulu kala dan banyak lagi.

73. Siapa yang berjaya mengambilnya sudah pasti kaya raya. Namun, sekiranya niat salah dan cara serta selok belok pengambilannya salah dan melanggar perjanjian serta tidak mendapat kebenaran waris, maka sudah pasti usaha mengambil itu gagal. Dalam 99 pasukan yang berebutkannya, hanya satu sahaja yang berjaya.

74. Saya amat yakin, syarikat tersebut TIDAK akan berjaya membuka pintu masuk dan mereka akan gagal mengambil harta tersebut kerana mereka telah menyingkirkan seorang waris harta tersebut yang pada awalnya ada di dalam pasukan mereka.

75. Ada lebih kurang 7 lubang di tanah bukit tersebut yang telah mereka gali namun gagal menemui pintu masuk. Sehingga artikel ini ditulis, masih TIDAK ADA satupun pintu masuk ke bilik tersebut yang berjaya dibuka. Semua cerita yang dipaparkan di media hanyalah TIPU semata-mata tiada lain bertujuan untuk menarik perhatian masyarakat kepada Pulau Nangka dan Melaka disamping menarik lebih ramai orang yang ada ilmu untuk mengambil harta tersebut.

76. Ia lebih kurang macam memancing ikan besar. Mereka sedang memancing waris sebenar memunculkan diri dan membukanya.

77. Setelah lebih 7 lubang mereka gali dan gagal menemui pintu masuk kerana lubang yang digali itu akhirnya ada batu besar yang menghalang, kini mereka sedang cuba menebuk lubang pada sebuah batu besar.

78. Tebukan pada batu itu pada asalnya hendak ditanam granit dan TNT atau dynamite untuk diletupkan. Namun setelah mendapat bantahan PERZIM dan Exco Melaka telahpun turun padang pada pagi 28 April 2014, mereka telah menghalang letupan daripada diteruskan kerana ia melanggar perjanjian semasa awal kontrak dan permit diluluskan.

79. Di dalam perjanjian terkandung beberapa perkara bahawa mereka tidak dibenarkan merosakkan struktur pulau.

80. Namun, saya tidak pasti adakah mereka tidak meletupkan batu itu atau tetap berkeras mahu meletupkannya kerana saya lihat mereka seperti terdesak mahu mendapatkan harta tersebut kerana telah berjuta ringgit wang dihabiskan untuk tujuan eskavasi tersebut.

81. Apa yang menjadi punca mereka gagal menemui pintu masuk sehingga kini tak banyak, hanya 3 perkara sahaja.

a. Mereka telah mengetepikan waris yang ada di dalam pasukan mereka dan menyingkirkan waris tersebut daripada terus berada di dalam pasukan sebagai penasihat pasukan eskavasi. Banyak pertengkaran antara ketua mereka dengan waris tersebut telah berlaku dan akhirnya waris itu disingkirkan.

b. Mereka telah membuat cara 'paksa' untuk harta itu keluar dengan cara menebuk batu, merosakkan struktur pulau, menggerudi batu besar sehingga suasana menyedihkan berlaku, menggali dengan paksa tanah-tanah yang ada dan banyak lagi.

c. Pemodal mereka bukanlah orang Islam tetapi adalah orang Cina daripada bandar Melaka iaitu taukeh sebuah kedai Honda. Berdasarkan perjanjian si waris, sesiapa yang hendak mengambil harta di pulau itu haruslah meminta izin daripada si waris dan ia hanya boleh diberikan kepada ORANG ISLAM SAHAJA !

82. Sehingga kini, TIADA satupun antara mereka yang berjaya masuk ke dalam bilik harta tersebut sejak April 2012 dan pada 30 April ini, permit mereka akan ditamatkan sekiranya mereka langsung tidak menemui laluan masuk.

83. Pada akhir 2012 dan awal 2013, ada satu pasukan daripada pihak Sultan Johor telah dihantar bagi membantu pasukan Smart Partnership ini dalam acara eskavasi tersebut.

84. Kesemua mereka datang dan cuba mengambil harta itu secara paksa namun telah dicabar oleh waris tadi, "kalau korang nak, jom beradu tenaga dengan aku... kita tengok siapa yang berjaya!"

85. Setelah digertak begitu, akhirnya pasukan tersebut mengundurkan diri dan tidak datang lagi ke Pulau Nangka.

86. Sekarang, kita hanya perlu menanti sehingga 1 Mei 2014 bagi mengetahui jawapan apakah pihak Smart Partnership itu berjaya atau tidak?

87. Saya amat yakin mereka gagal sepertimana gagalnya orang-orang yang cuba mengambil harta itu sebelum ini.

88. Kerana pemodal mereka adalah bukan Islam dan tujuan mereka mengambil harta itu bukanlah bertujuan baik sebaliknya hanya mahukan keuntungan.

89. Penglibatan ketua menteri dan juga exco dalam hal ini juga berhubung rapat.

90. Setiap kali ada harta yang berjaya dibawa keluar, ia akan diberikan kepada pihak PERZIM dan juga pihak kerajaan negeri kecuali harta yang tidak di declare.

91. Ketika itu, penjualan harta tersebut akan membabitkan keuntungan yang besar sama ada harta tersebut mahu dijual kepada pihak muzium, bank negara, atau pembeli-pembeli dari luar negara seperti China, Jepun, US dan sebagainya. Disitulah letaknya untung bagi Ketua Menteri, Exco-exco dan juga orang-orang yang terlibat dalam projek eskavasi dan juga pemodal.

92. Setiap daripada mereka akan mendapat persen tersendiri dan kerana itu jugalah mereka berlumba-lumba untuk cuba mengambilnya.

93. Pihak yang melakukan eskavasi juga telah diberi dana oleh individu pemodal yang mahukan keuntungan.

94. Bayangkan sekiranya mereka gagal kelak, setelah banyak yang dihabiskan... apakah yang akan terjadi?

95. Bayangkan kalau sudah terlalu terdesak, manusia sanggup melakukan apa sahaja diluar kawalan mereka.

96. Sekiranya batu besar yang mereka tebuk itu mahu diletupkan, saya amat yakin akan ada nyawa yang melayang. Saya tidak mengharapkan ianya berlaku. Kasihan terhadap pekerja yang tidak bersalah.

97. Alangkah baiknya kalau mereka bersemuka dengan pihak waris dan membincangkan dengan para waris tersebut tentang hajat mereka dan mengambil sekadar yang mereka perlu sahaja. Alangkah baiknya jika pemodalnya bukanlah orang kafir.

98. Kerana, kesemua harta itu telahpun diwasiatkan bagi tujuan digunakan membantu umat Islam di akhir zaman dan para warisnya sahaja yang berhak menaikkannya.

99. Apa sahaja usaha mengambil harta itu tanpa izin, mencurinya, memaksa ia keluar, merosakkan struktur pulau, akan mengakibatkan kegagalan dan mungkin membawa maut.

100. Kerana, pulau tersebut ada penjaganya dan harta-harta dibawah pulau itu dijaga oleh seekor naga yang amat besar sekali..... alangkah kepalangnya padah orang yang cuba melawan naga itu !

Sekian pendedahan awal daripada saya. Masa sudah tidak mengizinkan lagi. InsyaALLAH cerita lebih lengkap akan saya tulis dalam masa terdekat ini sekiranya ada kesempatan dan kelapangan waktu. Cerita tersebut akan ditulis dalam bahagian dua. Semua kisah diceritakan diatas adalah berdasarkan wawancara saya dengan pegawai PERZIM tersebut dan identitinya terpaksa dirahsiakan atas permintaannya. Saya juga telah menemui beberapa individu yang tahu kisah mengenai Pulau Nangka ini dan banyak lagi pendedahan yang insyaALLAH akan dituliskan sekiranya sesuai dan masa mengizinkan. Jangan lupa sebarkan penulisan saya ini agar pendedahan ini sampai ke segenal lapisan masyarakat Malaysia.

Saya juga telah bertemu dengan Ahmad Albab dan saya masih menanti siapa yang mahu berkenalan dengan Ahmad Albab ini. Namun, sekiranya anda ingin berkenalan dengannya, sila sediakan pengeras sebanyak RM 2.5 juta dan saya akan perkenalkan anda dengan orangnya.

WasallALLAHu ala Sayyidina Muhammad wa ala Aali Muhammad. Semoga kita semua beroleh manfaat daripada apa yang saya sampaikan ini, amiin.... Jagalah amanah itu dengan baik dan jangan cuba melanggarnya. Jangan sesekali kita cuba melawan dan ingkar dengan tuntutan agama.

Jutaan terima kasih kepada:

1. Pegawai PERZIM
2. Harry
3. Mat Nor
4. Ahmad Putra
5. Jemaah MiM Bersatu
6. Dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung....

Sekian.
-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.

-------------------------
Lampiran....

Kerja menebuk batu tersebut sedang dijalankan.

Exco Melaka, Dato Abdul Ghaffar Atan berbaju hijau dan berbaju belang adalah Md Fuad, ketua team Smart Partnership Int.

Serpihan isi batu yang telah digerudi.

Antara lubang yang telah digali untuk mencari pintu masuk. Lubang ini mula digali pada 26 April 2014 namun tiada pintu ditemui.

Mereka menebuk batu tersebut untuk membentuk segi empat dan cuba mengangkat bongkah batu bagi memberi laluan masuk ke dalam bilik. Namun saya percaya, selepas mereka menebuk batu yang ini, di dalamnya ada lagi batu yang perlu ditebuk.

Alatan eskavasi.

Alatan-latan penggerudian.

Kelongsong penggerudian.

Sebanyak lebih kurang 7 mesin berkuasa kuda tinggi dengan menggunakan diesel telah dibawa masuk bagi menjana tenaga elektrik untuk mesin pam, mesin gerudi, mesin eskavasi dan juga membekalkan elektrik kepada mereka di pulau tersebut. Ada beberapa lagi mesin kecil digunakan untuk mengepam air dan tujuan-tujuan lain.

Gambar lubang yang ditebuk di dalam batu besar tadi.

--------------

Gambar-gambar dibawah adalah gambar-gambar batu-batuan disekitar pulau...







Bersambung dalam bahagian seterusnya.....


-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

63 Responses to "Misteri Pulau Nangka: Bahagian Satu"

  1. ini satu2 nya artikel yg sekali baca dah paham....

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEBENARNYA HARTA TERSEBUT BAGI SAYA BUKAN PENINGGALAN ZAMAN KESULTANAN MELAKA...KERANA ZAMAN KESULTANAN MELAKA TIDAK BANYAK PENGARUH HARTA KARUN LEBIH-LEBIH LAGI (EMAS)..KEMASYURAN KESULTANAN MELAKA ADA KERANA KEKUATAN,KERIS DAN BARANG2 WARISAN KESULTANAN....PENGARUH EMAS(HARTA KARUN) KETIKA ITU BELUM LAGI KUAT... OLEH ITU, PADA SAYA HARTA TERSEBUT ADALAH SIMPANAN JAJAHAN JEPUN DI ASIA....KERANA DI SABAH SAYA TELAH TEMUI SYMBOL-SYMBOL YG SAMA SEPERTI DI PULAU NANGKA....SEKIAN.....

      UNTUK KAJIAN BOLEH RUJUK "YAMASHITA TREASURE" DI GOOGLE

      Delete
  2. oyeeaah...brado...nnti pi kkg mggu depan, bawak ye...nk copy sume hehe :P

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Batu-batu kat situ memang keras.... tp kepala orang yg nak kan harte tu lagik keras...

      Delete
  4. Nice info saudara BK. Akhirnya tau gak cerita sebenar pasal Pulau Nangka.

    -Reza Salleh -

    ReplyDelete
  5. brado kapak nak duit sbnrnya..bajet kenal ahmad albab tuan waris harta tersebut..pandai je nak 2.5 juta senang2..ko igt org nak bg ko sng2 kepala butuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama dah sedap MOHD AIMAN ABDULLAH tapi bahasa..sedar diri sikit.

      Delete
    2. jaga2 bro Yusri Saad... sekarang banyak dalang dari bangsa sendiri yg cube mencetuskan perbalahan dalam bangsa ini supaya bangsa kite pecah belah ke tahap yg paling kecil....

      Delete
    3. kalau baca dan xleh terima apa yg diberitahu.. awal2 lg jgn baca and don't even click to the blog as well

      Delete
  6. Tq BK. Info menarik dpt menambah pengetahuan. Semuga harta2 tersebut tidak terbongkar pada mereka2 yang bersifat tamak

    ReplyDelete
  7. Teringat kisah sungai furat. Rasulullah pun ada menyatakan ttg sg furat ini sbg tanda2 kiamat

    ReplyDelete
  8. Datuk Haron Din ?Biar betul bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm....nampaknya ini lah yg dicari2 selama ni oleh orng2nya dan sekutunya,pada sy tiada siapa pun yg dapat mengambil harta ni,melainkan pewarisnya serta niat nya yg membawa pada kebaikan umah.....

      Delete
  9. Ketamakan manusia tidak pernah puas..sudah kaya ingin lebih kaya... aku percaya harta tersebut tidak akan timbul! Jika betul niat nya harta tersebut akan timbul sendiri ..

    ReplyDelete
  10. pendedahan yang berguna.ambil yang jernih buang yang keruh.

    ReplyDelete
  11. akibat ketamakan manusia, alam semulajadi yg menjadi mangsa...cmna kita xditimpa bala musibah? hishhhh

    ReplyDelete
  12. InsyaAllah semua..... jangan lupe solat mlm... minte Allah swt pelihara kite dari mrk yg dilaknat yg tamakkan kemewahan dunia... harta dunia tak kekal dan tidak di pandang oleh Allah swt .... hanya iman dan taqwa yg akan menyelamatkan kite....

    ReplyDelete
  13. Alahai cerita murahan, sekali baca pun tau dah cerita banyak tambah, Pak Mat la apa laa.. Tak payah kencing orang laaa.. Kau buat tuduhan berat atas Sultan Johor plak tu, kaitkan dengan Freemason, bukti takde. Kalau ye berasas sangat kata2 kau yang orang tu datang orang ni datang kat pulau tu, mana bukti? Nak buat sedap cerita je mamat ni. Apa pun tak boleh pakai

    ReplyDelete
  14. Wasiatnya terang2 menyebut, hanya boleh digunakan utk kebangkitan Umat Islam di akhir zaman...So kita semua kena akur n hormat kandungan wasiat tersebut... Maka biarkan ia disitu, jangan diusik sehingga masa dan ketikanya diizinkan... Bersihkan diri, sucikan diri, gi la mengaji Islam dgn sebenarnya... Nak kaya, nak senang mana ada jalan mudah, jika letak Allah n Islam didepan, in Sha Allah semuanya dipermudahkan... ;-)

    ReplyDelete
  15. Usaha tersebut akam gagal InsyaAllah

    ReplyDelete
  16. Macam cerita Lord of The Ring la pulak. Nak tengok naga.

    ...di mana aku berada di sana ada DIA...

    ReplyDelete
  17. Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar , dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
  18. Katakanlah kepada orang-orang yang kafir itu, jika mereka berhenti , nescaya akan diampunkan dosa mereka yang telah lalu, dan jika mereka kembali lagi , kerana sesungguhnya telah berlakulah kebinasaan orang-orang dahulu kala.

    Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan menjadilah ugama itu seluruhnya bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti nescaya mereka diberikan balasan yang baik kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan.

    ReplyDelete
  19. Dan ketahuilah, bahawa apa sahaja yang kamu dapati sebagai harta rampasan perang, maka sesungguhnya satu perlimanya untuk Allah, dan untuk RasulNya, dan untuk kerabat , dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ibnus-sabil , jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan oleh Kami kepada hamba Kami pada “Hari Al-Furqaan”, iaitu hari bertemunya dua angkatan tentera . Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

    ReplyDelete
  20. err ada naga lh kat bwh pulau tu..

    ReplyDelete
  21. waaahhhh maknya kampung aku xjauh dari naga gergasi????

    ini sgt menakutkan

    ReplyDelete
  22. pintu masuknya berada di arah kiblat............usaha untuk masuk tetap akan gagal kerana binaan yg di buat itu bukan untuk melindungi apa yg di dalamnya....tapi melindungi anasir luar......ada benda di dalam yg belum waktunya untuk keluar..........dan ia di jaga oleh 2 ekor haiwan mistik

    ReplyDelete
  23. usah mimpi ler..nak masuk kalau tkde kunci nyer...semua dengan izin allah,,tq kepada admin kerana post artikel nie..million congrats

    ReplyDelete
  24. 1. Waris, Ahmad Albab dan sebagainya - Kenapa mereka ini tidak mahu mengeluarkan Khazanah di Pulau Nangka, atau di tempat yang mana boleh mereka arahkan? Adakah kerana mereka juga kononnya menunggu order dari langit atau masih menunggu ‘waktu’, ‘masih belum masanya’, ‘belum ada pemerintah yang jujur’ dan sebagainya? Betulkah mereka-mereka yang mengaku waris itu adalah sebenarnya waris, atau telah disolekkan dengan wayangan yang menjadikan konon mereka ini waris, atau otak mereka telah didoktrinkan supaya beranggapan mereka ada waris? Nabi s.a.w dahulu pun tidak sibuk untuk claim harta datuk nenek beliau, terlebih pula beliau adalah waris kepada sekalian alam di ketika itu dan ketika ini.
    2. Ramai yang mahu melihat mereka yang melakukan excavation di Pulau Nangka itu tidak berjaya, gagal dan sebagainya serta ada pula yang ingin melihat mereka berjaya. Adakah anda semua tahu apa yang telah mereka (company pertama, pengarahnya, pengurus teamnya) makarkan janji kepada Allah ta’ala. Semua masih nak kata, mereka bukan waris, projek di biaya oleh kafirin, membuang waris dan sebagainya. Adakah benar begini dan adakah pula ini asasnya pada melihat sesebuah ummat itu bangkit? Kenapa kita tidak bersangka baik dan sama-sama mendoakan supaya benda itu berjaya dikeluarkan dan digunakan pada jalan Allah dan Rasulnya.
    3. Buat brado kapak, silalah mengaji lagi hal asset nusantara. Selagi anda tidak melangkah masuk ke DC-1818, UBS Zurich main-vault, ANZ & UMRO –vault Jakarta, usahlah anda percaya dengan data Nusantara-Asset yang di salurkan kepada anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak bersangka baik pon tengok PERBUATAN ZAHIR pon dah tahu dorang buat CARA SALAH.... bukan semua benda kita bole sangka baik.... org dah pecah masuk rumah kita nak amik barang kita ada ke kita nak sangka baik.... fikir dulu....

      Delete
    2. 1. Cuba cikgu cerita CARA YANG BETUL tu macam mana? Bila sudah ada cara yang betul, senang kita nak ajar curator PERZIM dan Muzium Negara SOP mencari harta karun.
      2. Pecah masuk rumah kalau hendak di debatkan, persalahkan saja PERZIM kerana memberi Permit, Syarikat pertama dapat 4 bulan permit, yang bakal masuk nanti pula akan dapat 3 tahun permit.
      3. Kalau rumah tersebut bertuan punya, sila suruh tuan punya tersebut buat tindakan yang sepatutnya. Cikgu yang budiman, kalau kita nak berburuk sangka, segala benda kita boleh berburuk sangka. Korek smart tunnel, korek mrt, korek terowong air pahang ke selangor, bina extension national grid ke pulau besar - segalanya adalah untuk mencari emas intan berlian di bawah permukaan titiwangsa. Bagaimana pula dengan 2000 ekar yang hendak di tambak berhadapan dengan pantai sering?
      4. Boleh cikgu nyatakan di dalam hal Pulau Nangka ini, siapakah yang harus di persalahkan. Untuk mereka yang di gelar 'Treasure Hunter' kalau boleh sampai ke Neraka Jahanam pun hendak mereka excavate.
      5. Maafkan kata-kata saya andai Cikgu adalah pemilik rumah yang di maksudkan. Tegurlah mereka. Saya sendiri tidak bersetuju dengan aktiviti di Pulau Nangka, Pulau Besar dan persekitaran pulau-pulau tersebut.

      Delete
  25. best.. aku anggap pendedahan ni macam novel non-fiction. percaya atau x percaya.. terpulanglah.. tapi aku seronok baca bende ni. tak sabar nak tunggu bahagian kedua plak..

    *macam cter hobbit ada naga jaga harta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan sampai naga tu bertukar jadi naga emas lalu membunuh org2 kampung di melaka... perghhhh... best gile citer hobbit.. x sabar nak tggu hobbt 3...

      Delete
  26. Bukan nak kate le...tp ade org soleh boleh keluar masuk tmpt ni xpayah susah2. Tp se sen pon tak amek. Nak masok gune buah amal ibadat, ilmu sume? Wah ini org banyak sombong..cemey je amalan kau ni makhluk Allah tu kate, silap2 die kesian tgk kau datang telanjang. gi balik pakai baju dulu ah kate die hehehe...aa itu baju kalau dah pakai inshaAllah ade perkenan. Ye le sape tak kenal baju Dia kasi..kite ni je gajah depan mata tak nampak kuman seberang laut kau loghat2. Ape yg takde dekat insan ni..sume dah ade aa. Tp kalau tak pakai yg tu..yang Dia dah kata insan ni kalipah Dia. Ape yg kau nak bawakkan..takdr ape. Telor dua bijik tu pon Dia punya. Aku igt kalau tiang seri jambatan gunung ledang boleh nampak..dah lame gondol ah gunung tu. Punye tamak halobe...napsu le, insan. Mudah mudahan semua selamat le ek. Selawat

    ReplyDelete
  27. Jalan Cerita macam filem Hobbits jer.. harta satu kerajaan yg dah pupus, waris bukak pintu batu, jumpa harta, dalam tu ada naga jaga...

    kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hobbit tu adaptasi dari kisah ni.. kot..

      Delete
  28. itu hartaa..ahmad albab yang punyaa..
    yang lain berhajat..kirim sallam..tak dapat punyer jack!
    -nogo gheni kullon-

    ReplyDelete
  29. Persoalannya, pulau itu perlu ditebuk utk sampai ke harta karun itu? Adakah utk digunakan ke jalan Allah atau menambah kerosakan yg sedia ada? Tp kerosakan kpd pulau itu sudah jelas berlaku akibat drp mereka yg ingin sampai ke harta2 itu. Kalau waris itu ada, kenapa perlu ianya perlu dipaksa utk membukanya? Sepatutnya ia tidak perlu ditebuk atau diletupkan krn mungkin ianya membawa musibah lebih besar & ianya sia2 shj. Kata dh ada Ahmad Albab, patutnya hijabnya sudah terbuka. TS P.Ramlee dh beri bayangan puluhan tahun dulu di dlm karyanya. Maknanya waris yg sebenar2nya masih blm dijumpai & harta itu akan selamat di situ. Kalau sekira ada bahagian yg berjaya diambil maka emas itu akan hilang drp tgnnya atau bertukar kpd unsur2 yg bukan emas. Ini kerana pemiliknya itu adalah kunci jawapan kpd semua itu. Jawapan yg menjadikan anda semua tertanya2 utk apakah anda semua dilahirkan ke dunia ini. Inlah ujian bg anda semua.

    ReplyDelete
  30. Ia juga umpama jodoh yg masih belum ada. Jika sudah ada, maka 'berkahwinlah' mereka.

    ReplyDelete
  31. Point 78 kau tu kapak, kompeni tu tidak pernah merencana pun nak letopkan batu atau apa jua benda di pulau tersebut, batu yang di korek tu adalah sebahagian yang telah diletupkan oleh peneroka harta yang terdahulu, sebahagian bumbung dalam gua pun dulunya telah terjejas. Letupan yang dahulu telah menyebabkan beberapa batu berzise sederhana tercampak ke tebing pantai bawah tu. Bawah tu pula ada tempat yang penyu agas selalu datang makan lumut. Jahanam dah bukit tu dikerjakan oleh orang yang sebelum si poad ni, so kau takleh nak finger pointing kat mamat tu blankly.

    Aku baru bersembang dengan cina yang bikin corring di sana, dia kata, batu tu diorang akan angkat guna hyraulic yang attach pada staging point, setiap opening dalam size 3 X 5 kaki. Bila pintu gua dah terbukak atau telah di jumpai dan kerja dalaman tu selesai, semua corring point tu akan di tutup semula dengan batu2 yang di tarik keluar dari corring point, kemudian diorang akan sealkan semua kesan tebukan. Itu kata depalah, betui idak, tidak dapat di pastikan, silap2 lepas dapat harta semua cabut lari hahahahahaha....

    ReplyDelete
  32. Hmmm.. Haritu cerita dalam MH370 ada 'khazanah'. Harini punya cerita, 'khazanah' tu x dapat dikeluarkan pulak. Hmm

    ReplyDelete
  33. Biar betul ko tembak rambang TG Dato Harun Din. Jgn ko fitnah dy sudah lah. Ak tgk ko ni lbih2. Lbih sudu pada kuah. Beria2 pasal waris waris waris. Haha. Habis sume emas dlm isi perut bumi kt nusantara ni nk kata tu waris je berhak. Org lain xberhak. Wow. Berkuasa sgt waris tu. Bkn tu sume milik Allah ke. Ap org lain sume kapir, xbriman, xleh msuk syurga, xsealim, setaraf dgn 'waris' yg ko duk canang tu? Perbykkn amal bro. Tgktkn iman. Bkn bnde ni yg perlu dikejar. Haha. Ada ke patut geng tarekat pon dibuat cerita seakan gilekan hrta dunia sampai duk zikir2 nk naikkn hrta dunia tu. Haha. Lawak crita brado. TG Dato Harun Din pon dikatakn songlap jgk. Lg la pelik. Bagaimana org yg pernah bermimpi jumpa Rasulullah dituduh begitu oleh ko brado. Brado....Brado. habis isu ko nk champion. Ko lah tahu segala ko lah betul segala ko lah alim terbilang. Hah...rosak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waris ni ada hak keatas harta tu bro..kalu nk guna utk jalan Allah msti dia bg punya..ni bkn mintak.tp nk rampas harta tu..ko ada tanah x bro yg mak bapak ko bg kt ko??mintak sikit brg seekar 2..lgpun tanah tu bkn hak ko pn..hak Allah sume nye tu.

      Delete
    2. aku sokong ape joey barton cakap, jamul arlos lain kali nak cakap tu pikir sikit,kalau macam tu aku nak minta sikit harta ko boleh.hahaha

      Delete
  34. Npe joey? Ko nk ckp apak ko punya tanah seluas nusantara? Situ tanah apak ko sini tanah apak ko. Xnk claim dunia ni terus? Planet2 bintang2 ke. =p

    ReplyDelete
  35. main game skyrim kuat sangat nie ... ade pula naga yang jaga harta tu ..

    ReplyDelete
  36. Kalau begitu kenape Brado Kapak dan Ahmad Albab yg Brado cerita tue xambik je harga tue... Ambik sekadar perlu dan pejuangkan di jalan Allah S.W.T... Atau pun belum tiba masanya?.. Atau Brado sendiri warisnya? Andai Kalau Brado sendiri waris nya knpe perlu minta 2juta tue utk bertemu waris?.. Jika ada org snggup byar nak buat apa dengan waris tue?... Maaf atas persoalan yg kebudak-budakan...

    ReplyDelete
  37. Kemungkinan ade hal besar terjadi di tanah melayu baru harta itu keluar kot...

    ReplyDelete
  38. salam,
    ade saper2 yg boleh bagitau berkenan asal usul kejadian naga ni? ada yg percaya?

    ReplyDelete
  39. thanks bro... satu persatu persoalan kau rungkaikan...
    selama ini kita sangkakan PEMIMPIN MELAYU kita betul2 jujur memimpin negara.. TANAH MELAYU kita...
    bangkai... walau disorok ... akan berbau... berjumpa jua...
    Allah bersama org2 yang benar..
    sama ada spekulasi atau teori...
    kalau dramaraja x bongkar... x siapa yg tahu...
    *** semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua agar dapat kita beza...
    antara HAK dan BATIL...
    antara BENAR dan BOHONG...
    antara spekulasi.. teori .. dan hakikat kebenaran...

    TAHNIAH ATAS USAHA ANDA!!!

    ReplyDelete
  40. Eleh poyo je BK ni kenal Ahmad Albab padahal dulu pernah kena tipu dengan so called "Raja Nusantara". Kali ni confirm tak kena tipu?

    ReplyDelete
  41. Admin kainkapanku terlah bermimpi berjumpa dengan seorang lelaki yg memberi tahu lokasi pintu dan siapa yang berhak mengambil harta , sejurus selepas menulis artiker ini pada malanya, tersebut baca untuk keterangan lebih lanjut----> http://kainkapanku.blogspot.com/2014/04/pulau-nangka-khazanah-harta-karun.html

    ReplyDelete
  42. Bradokapak telah silap perhitungan

    Dajjal telah menang hehehe... zaman ini zaman yg kuat dan berkuasa menang

    http://www.astroawani.com/news/show/syiling-emas-pertama-di-pulau-nangka-35020

    ReplyDelete
  43. Dato haron din g cari harta? ada naga? mcm mengarut je..

    ReplyDelete
  44. 25sen xleh ke bro? ikhlas ni..hikhik..hmm..lawak gak komen2 pembaca ni ye..

    ReplyDelete
  45. askm jgn kita permainkan...yang berhak itu akan sampai jua dgn izin yang maha esa...hanya allahswt yang mengetahui .walau kita rancang pon tetapi perancangan allah swt lebih baik dari kita.muhasabah lah diri kita.jangan hak orang kita nak ambik.hak pewaris empayar kesultanan melayu melaka kita abaikan kenapa hak sebagai sultan melaka tidak dikembalikan...renung2 kan lah wahai semua insan allah diatas dunia....

    ReplyDelete