KEHILANGAN PESAWAT MH 370 SUDAH TERJAWAB…!!!???


KEHILANGAN PESAWAT MH 370 SUDAH TERJAWAB…!!!??? 


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Apakah perasaan anda setelah mendengar atau menonton pengumuman P.M. kita semalam?

1. Adakah anda berasa lega kerana misi pencarian sudah berakhir? Bagi ahli keuarga para penumpang dari China, mereka tak boleh terima apa yang diumumkan oleh P.M. kita tu! Kenape.., ya? Mereka kata mereka tak boleh terima akan pengumuman tu. Kalau pesawat tu tenggelam, mana buktinya? Mereka begitu marah terhadap kerajaan Malaysia dan medakwa kerajaan kita tak bertanggungjawab.

2. Apa perasaan anda jika mendengar tuduhan mereka tu? P.M. hanya mengatakan misi  pencarian MH 370 telah berakhir di Selatan Lautan Hindi. Kenape P.M. mengumumkan tentang perkara ini sedangkan menurut wartawan TV3 sendiri terkejut dengan pengumuman itu. Pihak AMSA belum lagi mengesahkan tentang penemuan objek yang didakwa kelihatan di kawasan tu ialah milik MH 370, jadi tentulah pengumuman ini telah menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai?

3. Kenape P.M. umumkan tentang pengakhiran insiden tu dengan maklumat yang didapati dari pihak U.K. bukan dari Ausralia?  P.M. kata mereka menggunakan teknik analisa satelit baru. Tapi pihak IMARSAT kata alat pengesan yang digunakan tu bukannya baru tapi alatan yang digunakan pada kurun ke 19! Mana satu yang betul ni?

4. Saya tertarik dengan bacaan Bismillahirahmanirrahim oleh Pemangku Menteri Pengangkutan dan P.M. sendiri yang memberi salam penuh bagi permulaan sidang media di peringkat antarabangsa. Baguslah pemimpin kita ingat lagi nak kembali kepada agama dalam insiden begini dan tak perlu merujuk kepada paderi atau ahli agama lain dalam situasi ini.

5. Mungkin ada hikmah yang Allah SWT nak berikan kepada kita. Masalahnya sekarang, kerajaan dan rakyat China yang terlibat dalam tragedi MH 370 ni tak puas hati dengan penjelasan kerajaan Malaysia dan meminta bukti jika kerajaan Malaysia dah kata pencarian pesawat tu berakhir.

6. Natijahnya, rakyat Malaysia tentu akan menghadapi masalah kalau nak pergi ke Negara China selepas ni. Sebabnya, mereka dah banyak dengar tentang imej negara kita ni dari segi ekonomi, sosial dan politik yang dilihat buruk pada pandangan mereka terutamanya sejak PRU yang lalu. Kalau tengok dari segi reaksi mereka selepas sidang media oleh P.M. semalam, saya rasa kemungkinan mereka boleh kerjakan rakyat Malaysia jika mereka ada di situ. Kebencian mereka tu begitu ketara sekali.

7. Kalau orang Cina Malaysia ada di situ, mungkin dia akan mengaku bahawa dia ialah orang Cina Singapura. Kalau orang India, mereka boleh mengaku mereka tu orang dari negara India. Tapi kalau Melayu, nak mengaku awak tu dari mana? Semua orang mudah kenal kita sebab warna kulit kita yang sawo matang. Nasib tak baik, kita tak balik ke Malaysia selepas berada di sana seperti MH 370 tu.

8. Janganlah nak berhajat atau berangan nak pergi ke Negeri China selepas ni untuk bershopping atau buat bisnes di sana kalau muka awak tu muka Melayu. Takut-takut nanti jadi macam pegawai bank yang dijumpai mayatnya di kebun pisang sebab nak siasat pasal kes BMF dulu! Rakyat China sekarang dah benci negara dan rakyat Malaysia  dan mereka tak akan terima kita sebagai tetamu mereka lagi atau pesawat MAS.

9. Itu tak pe lagi, tapi kalau ada agenda lain seperti nak menggugat keselamatan negara ni, apa kita nak buat? Mungkin ada pihak nak jadikan insiden ni untuk menakluk Malaysia setelah mereka nampak kelemahan demi kelemahan yang yang ditonjolkan oleh kerajaan kita. Apa pula peranan penyokong kerajaan BN yang selama bukan main lantang bersuara kalau ada apa-apa isu yang berkaitan dengan kerajaan sebelum ni terutamanya berkenaan dengan pembangkang?

10. Kenape diam je? Kenape tak buat solat hajat ke atau minta derma ke atau apa-apa bantuan yang boleh dihulurkan kepada kerajaan BN sekarang? Ada pihak mengatakan satelit kita hanya digunakan untuk meninjau atau merisik apa yang dibuat oleh pembangkang kerajaan! Begitu juga agaknya peralatan canggih yang lain seperti 'submarine'.

 Mungkin sekarang orang kita yang tak sedar diri lagi dan masih menganiayai atau melakukan kegiatan khianat kepada bangsa dan agama sendiri supaya bertaubat nasuha kerana kuasa asing mungkin sekarang sudah bersiap-siaga untuk menyerang negara kita.

'Look and see atau ready to defend our country' dari musuh yang dah tahu kelemahan kerajaan kita!  

Sekian saja dahulu, wassalam.


*Artikel bukan ditulis oleh Bradokapak.

Artikel dikirim oleh Sang Pencheritera. Jika anda ada artikel menarik untuk dikongsikan, emelkan kepada sy di orang_gombak@yahoo.com
-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

51 Responses to "KEHILANGAN PESAWAT MH 370 SUDAH TERJAWAB…!!!???"

  1. Replies
    1. cek tengok airport Kat pulau cocos.. (keeling island). Ni masalahnya jika Kita Tanya pencuri baring kita.. ade ker dial Nampak barang Kita yang kena curi????... USA and the gang wats keje MH370 tu. Depa songlap!!! So Kita pulakk minta Bantuan depa cari...uis his uis. PK skit... Sape yg bleh bawak MH370 remotely?..tanpa pemandu..

      Delete
  2. Sharing is caring.. http://advertise-blogs.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Masih menanti Artikel terkini yang di tulis sendiri oleh Brado Kapak !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.nk yg neutral dan x sebut mn2 parti politik sbb kerajaan dan pembangkang kedua2nya lemah

      Delete
    2. aku pun...bradokapak la terbaik

      Delete
    3. setuju! artikel biar neutral. hanya menanti artikel dari brado kapak saja

      Delete
  4. Terlalu banyak spekulasi. Ntah mana yg betul. Akhirnya, serahkan segalanya kpd Allah Azzawajalla. Hanya Dia yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Renungkan Firman Allah di bawah:

    "Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;"

    "Dan jika kami kehendaki, kami boleh tenggelamkan mereka; (kiranya Kami lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan, -


    "Kecuali dengan kemurahan dari Kami memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa."

    "(Matahati orang-orang yang menderhaka itu rosak) dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata, sehingga masing-masing menerpa mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui). (Kiranya dijadikan demikian) maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya?"


    "(Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau kami kehendaki, kami berkuasa mangubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang"

    "Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi."


    "Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) – Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan."

    Kesimpulannya, jawapan kepada misteri MH370 ini sudah ada di ummul kitab kita. Sudah terang lagi bersuluh. Hanya org yang mengerti sahaja yang menegetahuinya.

    ...di mana aku berada di sana ada DIA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaiklah....sedara MahmudShah, ayat2 di atas di dlm al-Quran surah mana & ayat2 ke berapa?

      Delete
  5. Aku dok tertanya - tanya jugak lama dah benda ni sebenarnya. Orang Cina kat Malaysia kalau la takdir kita berperang dengan China, pihak mana yang diorang ni sokong. Sama jugak dengan orang India di Malaysia. Mereka sokong pihak mana?... Sayang sebab kita tak menjadikan Islam sebagai pegangan utuh Malaysia. Kita pecahkan Islam kepada melayu kemudian melayu kepada Pas Umno dan PKR sampai. Dah la pecahkan dalam 3 group ni pecah lagi group syiah sunni.Tu tak kira lagi geng ajaran sesat ayah pin kahar la Tuhan harun la. Orang kafir tengok Islam sekarang ni dah macam rojak dah.Macam mana nak dakwah org bukan Islam masuk Islam?? ???????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ape nak dihairankan? Nabi ckp manusia akan dipecahkan kpd 73 golongan (bukannye 7/3 golongan)....hanya 1 golongan yg masuk Syurga. 72 golongan lg tu ke neraka....Dakwah jela kt depa2 tu...nak masuk, bagus...taknak masuk, sudah....Hidayah dr Tuhan (ALLAH) Pemilik segala hati....Banyak cerita plak, buat aje lah.....Dah ditakdirkan Tuhan nak pecah2kan manusia kpd brape byk golongan yg Dia mahu, tugas kita cuma "buat saje apa yg Dia suruh, tinggal ape yg Dia larang"...as simple as that!

      Delete
  6. Satelit tu circa 1996. Abad ke 20 bukan abad 19. Harap maklum.

    ReplyDelete
  7. Artikel yang tak menarik lansung dan seperti di tulis oleh seorang penyokong pembakang...sepatutnya di waktu begini tak perlu lr kita menunding jari serta mencari kesalahan orang lain...cuba fikirkan jika kita yg mnjadi pemimpin entah2 kita pun x dapat mengharungi ape yg trjadi sekarang ni...jika nak tulis sesuatu sila fikir menggunakan akal yg bijak bukan mengikut nafsu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Betul tu... penulis ni saja nak amik kesempatan salahkan kerajaan... sama gak penulis ni ngan "CHINA" yg di maksudkan dlm artikel dia.

      Delete
  8. mak ai.. baca dah 3-3 tulisan si sang pencherita kt blog brado kapak ni.. langsung tak menunjukkan kematangan dalam penulisan.. yg dia tahu..100% menyalah kerajaan dlm hal ini.. persoalan yg dibuat pun tak telus.. pelik kenapa brado kapak post jugak tulisan die ni.. hmm..

    ReplyDelete
  9. "P.M. hanya mengatakan misi pencarian MH 370 telah berakhir di Selatan Lautan Hindi". --- Pembetulan ye, bukan misi pncarian yang berakhir, tp MH370 berakhir di Lautan Hindi. Tolong buat statement betul2. Nampak sangat penulis merapu dan menyalahkan orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anomyx....ko nie sebenarnya sape ???nama ko terlalu banyak seperti anonymous.....terlalu banyak....id yg banyak tp org yg sama mengatakan pelbagai adegan negatif....klw ko org melayu menegak kan agama islam ayuh tiada lagi adegan negatif nak menjatuhkan melayu sendiri.....

      Delete
  10. "Ada pihak mengatakan satelit kita hanya digunakan untuk meninjau atau merisik apa yang dibuat oleh pembangkang kerajaan! Begitu juga agaknya peralatan canggih yang lain seperti 'submarine'." ---- statement yang sangat hebat. hahaha, dpt tau dalam mimpi ke?

    ReplyDelete
  11. Bradokapak, xyah le publish artikel yg ada unsur politik. Da xnampak professional da blog ko ni

    ReplyDelete
  12. Sakai gila posting si pencheritera ni. Point nak menyalahkan and menuding jari je lebih. Bukan nak bg analisa ke ape. Sakai nak mampos. Tak matang. Name bajet best pulak. Publisiti murahan drpd isi isi yg x berasas dan artikel yg kosong. SAKAI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aup nie suka2 cakap cmnie....kamu nie budak lagi kew....kamu puas2 enjoy dulu, nnt perang dah bermula pandai2 cari perlindungan yerr,,,,

      Delete
  13. Sebuah aryikel picisn semata mata utk meletakkan kesalahan di bahu kerajaan di samping memberibpersepsibyg salah berkaiatan sistem satekit negara begitu juga kapal selam.

    ReplyDelete
  14. Perang Amegedon bakal berlaku, insident MH370 permulaan Peperangan Amegedon jom terjah http://www.kainkapanku.blogspot.com/2014/03/perang-amagedon-peperangan-bintang.html

    ReplyDelete
  15. Sang Pencheritera ni negatif sgt pendapat nye....siapakah anda utk mengatakan sistem pertahanan negara terlalu lemah? Anda menulis dipengaruhi oleh emosi / perasaan anda & bias dlm menyalahkan kerajaan Malaysia. Anda pembangkang ker? Siapa kah yg nak menyerang Malaysia tu? Negara mana? Fakta2 di dlm penulisan anda TIDAK TEPAT & andaian anda tentang hubungan baik antara China dan Malaysia jauh meleset sama sekali. Hubungan diplomatik antara kita dgn negara China adlh baik sekali. Sebab, mereka pun faham situasi skrg tentang kegilaan kerajaan Israel bersama2 dgn USA & sekutu2nya membunuh orang2 Islam di seluruh dunia. Anda pikir, mereka tahu tak berkenaan permainan peperangan (WAR GAMES) yg dimainkan oleh mereka? Mereka lebih 'expert' maaa......Amerika pun takut. Ape daaa....siapa dia ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita tggu dan lihat ....ada sesetengah org berpendapat kemungkinan malaysia akan dijajah ....dan ada pembayangan suasana kuala lumpur seperti World War...peperangan yg tiada kesudahan....

      Delete
  16. salam,
    pakcik aku baru balik dari china minggu ini...
    orang cina ada gak demosntrasi...
    tapi lebih kurang sejuta jer...
    rakyat china ada 1 350 000 000 orang...
    yang lain ok jer...
    tak kisah pun pasal MH370 ni...
    bisnes is bisnes... no hal ok...
    so tak yat takut pasal rakyat malaysia takut nak masuk china...
    in before...susah2 sangat mengaku jer rakyat indon...LOL...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kawan .....nie mmg tak terjadi masa skrg tp org takut di masa akan datang....lu pernah tak tgok lagak org berlakon baik depan ko tp org tikam ko dari belakang nak sesuatu dari ko....aku rasa ko pown sama jugak kot.....ko sorg jew org tikam blkg ko 10 org....

      Delete
    2. Kanda kasturi awak ni macam suka berperang jek patutnya awak berdoa supaya malaysia aman dan makmur..

      Delete
    3. Hahahaha. Kantoi gila Kanda Kasturi ni yang post article guna nama Si Pencheritera. Semua comment yg tak suka dgn posting ni dia nak reply. Kui kui kui

      Delete
  17. Pemerintahan yang lemah berpunca daripada kelemahan iman pemimpin itu sendiri..pemimpin yang mengikut islam yang sebenar pasti dapat menjalankan pemerintahan mengikut ALQURAN dan SUNNAH..Sudah pastinya pemerintahan lebih tersusun dan semestinya mendapat REDHA dari ALLAH SWT. Pemerintah yang islam sebenar pasti rakyatnya pun akan mengikut islam yang sebenar. WALLLAHUALLAH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pemimpin pon tolak hudud, kutuk janggut nabi, kutuk perempuan berhijab mcmn tue?panggil lak tok bomoh p klia...kita x bersekongkol dgn pemimpin yg zalim..tgk Brunei..Msia berjerebu kuat tp bila masuk je plane di Brunei mcm ada lapisan pembahagi je..Brunei clear dpd jerebu..Subhanallah..betapa Brunei nak laksanakn pemerintahan Islam..sape tak gi solat Jumaat kena tgkp..Msia ada ke?

      Delete
  18. Bodoh tak sudah kalau monggolia tahan mh370 ko ingat China nak duduk diam jer ker?dah tentu mereka tekan Kaw Kaw negara monggolia... Guna Akal skit lar

    ReplyDelete
  19. setuju dgn azrel. kalo bini pon x leh control...cemane nak pimpin Negara. huiishhh

    ReplyDelete
  20. I don't think so this is the original writer. sorry to say

    ReplyDelete
  21. Bebal punya artikel.... ntah apa apa je.... tulis la benda yg ada makna sikit... nie nak salah kerajaan la apa la...

    ReplyDelete
  22. kenapa Russia diam?atau mungkin sudah tahu permainan tersebut?..

    ReplyDelete
  23. Ye la..semua salah kerajaan..pemimpin PR sesuci murni ibarat kain putih bersih..lgsg tdak pernah mmbuat dosa ibarat bayi yg baru dilahirkan...sgt mulia mereka semua setitik pun xpernah salah..

    ReplyDelete
  24. bila dh terkena kat batang idung bn...mula ckp yg BD ni xprofesional la..x neutral la...mcm2 ayat x puas hati....cuba klu penulisan ni kena kat pihak pembangkang...korang bukan main lg bersorak bagai..siap menokok tambah lg nk mnyedapkan cerita...'bagus'nye puak2 bn ni....'bagus' sngt perangai..puiii

    ReplyDelete
  25. His blog..his opinion..cannot blame him if u dislike / disagree..

    ReplyDelete
  26. Bro... kenapa lu kuarkan artikel yg berbentuk provokatif dan negatif?

    a millions people have a same mind? or a millions people need to adjust be a same mind?...

    artikel nie paling hampeh. full of negative... umpama penulis Maha Mengetahui.... Maha Bijak....


    -abuHakeem-

    ReplyDelete
  27. SALAM...mengenai entry "KEHILANGAN PESAWAT MH370 TELAH TERJAWAB", banyak point tuan seolah olah mengapi apikan rakyat malaysia dgn china.
    YANG DEMO DI BEIJING,200 orang.kenapa perlu dikaitkan dengan majoriti rakyat china?sy baru pulang dari china,layanan mereka kpada orang malaysia tetap sama.
    HARAP HENTIKAN PROVOKASI2 ANTARA 2 NEGARA NI.

    ReplyDelete
  28. Monopod with U-clip RM50 include postage by Pos Laju.
    Ada 3 colors : Pink, Blue and Black ~ Berminat?
    Sila hubungi kami. SMS/Whatsapp ke : 018-288 2354

    LOKASI C.O.D : Tesco Setia Alam sahaja
    HOTLINE : 018-288 2354 (CALL/SMS/Whatsapp)

    Layari page : https://www.facebook.com/monopodmalaysia01

    JOM dapatkan MONOPOD Sekarang !!
    FREE POS LAJU !! ITEM SAMPAI DALAM 2 HARI BEKERJA ~
    LAYARI Fanpage Di Atas ~

    ReplyDelete
  29. moga-moga tiada apa2 yang berlaku kepada negara kita
    http://teratakvitaminhaeida.blogspot.com/

    ReplyDelete