Kenangan Tragedi Tanjung Kupang


Kenangan Tragedi  Tanjung Kupang


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bila saya mengikuti perkembangan insiden kehilangan pesawat MH370 tu, saya teringat cerita yang disampaikan oleh Cik Mah kepada saya. Katanya seorang anak kapal itu adalah rakan sekolahnya semasa menuntut di sebuah sekolah menengah di Muar. Dia tak sangka kawannya tu jadi pramugari kerana kawannya tu kecemerlang juga dalam pelajarannya berbanding dengan dia.

Lepas tu bila Cik Mah masuk maktab perguruan, dia dah tak dengar lagi berita tentang kawannya tu. Tiba-tiba dia dapat berita tentang kemalangan kapal terbang MAS tu dan dia sungguh terperanjat kerana gambar kawannya tu terpampang di dada akhbar sebagai seorang krew dalam pesawat tu.

Dalam laporan media, kakinya saja yang terjumpa di dalam selut paya bakau di Tanjung Kupang tu. Dengar khabar, masa tu dia dah bertunang dengan seoran doktor. Kemudiannya, Cik Mah ditempatkan di sebuah sekolah di Muar sebagai sekolah pertama untuknya bertugas. Di sekolah tu ada seorang guru lelaki yang tunangnya juga ialah seorang anak kapal dalam insiden tu.
Dia seorang guru yang pendiam dan tak suka nak bercerita. Jadi, Cik Mah tak berani nak tanya apa-apa tentang tunang nya tu.

Rakyat tertanya-tanya apa yang menyebabkan insiden tu tetapi persoalan tu tak pernah dijawab. Kerajaan masa tu tidak mendedahkan tentang rampasan (hijack) kapal terbang yang berlaku di dalam kapal terbang tu. Bila berlaku pergelutan, pesawat tu jadi terumbang- ambing dan terdengar letupan sebelum kapal terbang tu berkecai bersama-sama dengan isi-perutnya di kawasan paya bakau tu.

Itulah yang di ceritakan pleh nelayan yang berada di kawasan tu sewaktu kejadian itu berlaku. Cik Mah kata dia baru tahu tentang rampasan pesawat tu bila seorang kenalannya sewaktu mereka menunaikan ibadah Haji dan Umrah pada tahun 2003 menceritakan tentang kejadian tu. Tapi kerajaan tak pernah nak dedahkan laporan siasatan kes tragedi tu. Mungkin kalau didedahkan, semua orang yang nak pergi menunaikan Haji dan Umrah masih lagi naik kapal laut. tak!

 Bila Cik Mah mengajar di sebuah sekolah swasta, ada seorang cikgu menceritakan pada Cik Mah banyak perkara misteri yang berlaku selepas peristiwa yang dahsyat tu. Ada orang kata, kaum keluarga mangsa tak dapat tidur lena kerana sering diganggu oleh roh mangsa tragedi tu. Ada yang kata, pintu hadapan rumah mereka sering diketuk. Bila dibuka, mereka dapati tak de siapa yang ada di situ. Ada yang dengar kuali dan periuk berbunyi bising seperti orang tengah masak, tapi masalahnya bunyi tu hanya kedengaran pada waktu tengah malam.

 Lama jugak keadaan tu berlaku. Mungkin roh-roh mangsa tragedi tu terkejut dan tak boleh terima yang jasadnya sudah hancur secara mengejut. Entahlah, walallahu alam. I
tulah yang disampaikan kepada saya.

Mungkin anda tak percaya tetapi bagi orang yang telah mengalami kehilangan orang yang tersayang dalam tragedi seperti ini, mereka tentu ada mengalami keadaan misteri seperti itu. Bila novel “Tragedi 4 Disember” tu dijadikan sebagai cerpen untuk Komsas Bahasa Melayu S.P.M. Cik Mah akan menceritakan peristiwa tu kepada anak muridnya.

Itulah satu kisah untuk direnungkan.

Sekian, Wassalam.    

-Artikel ditulis oleh Sang Pencheritera.
-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

2 Responses to "Kenangan Tragedi Tanjung Kupang"

  1. Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh ibu bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu.” ( Sahih Muslim)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro PT, xplain sket maksud hadith tersebut boleh tak? Saya tak tau pasal hadith tersebut.

      ...di mana aku berada di sana ada DIA...

      Delete