Defence Service Asia


Defence Service Asia

Jalan-jalan di PWTC petang tadi. Ketika hujan renyai-renyai siang hari, sepasukan GGK membuat persembahan di sungai Gombak belakang bangunan PWTC. Diiringi beberapa buah helikopter dan rescue boat. Mereka melakukan aksi serang dan menyelamat. Beberapa buah bom tangan low impact dilontar ke dalam sungai bagi memberikan kesan efek yang real lagi bombastik.

Aku menanti seorang rakan ku yang baru pulang meeting dengan pengarah keselamatan negara di Putrajaya. Dia datang naik LRT dan turun di stesen PWTC. Aku menanti di bawah jejantas LRT sambil menonton persembahan dari pasukan keselamatan negara kita. Sambil-sambil menonton aku terdengar beberapa konstabel polis beruniform biru pejabat sedang berbual-bual dengan seorang brader yang berpakaian TLDM.

Sedang aku menonton, aku terfikir untuk menghantar sms kepada rakan aku tadi untuk menyuruhnya datang cepat sikit, sebab nak bagi dia tengok persembahan tu. Rugi kalau terlepas, bukan selalu nak tengok orang baling bom tangan kat sungai Gombak tu.

Taip punya taip, aku pun tekan butang send. Sekali bila delivered message sudah muncul di skrin henset torch light kesayangan aku tu, tiba-tiba aku tersedar rupanya aku tersalah hantar mesej tadi kepada seorang gadis yang comel. Sms tadi berbunyi...

"We cpt sket. Rugi xtgk nh. Siap men tembak2 lg ni."

Ringkas bunyinya. Tapi kalau yang membacanya tak tahu apa punca dan sebab musabab mesej itu dihantar, pasti akan berasa aneh. Perkataan 'tembak2' itu sahaja sudah boleh disalah erti. Apatah lagi perkataan 'rugi xtgk nh'. Kalau tersalah hantar ke bini orang, mau aku kena tembak betul-betul juga tu. Mujur gadis itu tak membalas msj aku. Aku anggap sahaja yang sebenarnya dia kehabisan kredit dan tak dapat nak membalas mesej aku tadi.

Setibanya rakan aku di PWTC, persembahan GGK sudahpun tamat. Kelihatan rakanku tadi sedang berjalan di ruang jejantas PWTC. Aku jerit-jerit memanggil nama dia. Tapi mungkin disebabkan crowded orang yang ramai, dia tak perasan jadi aku menelefonnya menyuruh dia memandang ke bawah. Kemudian selepas bertemu, kami sama-sama berjalan menuju ke Dewan Tun Dr Ismail melalui pintu belakang.

Setibanya di pintu belakang, pihak pengawal tak membenarkan kami masuk kerana tiada pas masuk. Kemudian kami pergi ke pintu hadapan dan disana kami berjaya menyusup masuk ke dalam. Dari satu dewan ke dewan yang lain, kami berjalan menangkap gambar dan banyak lagi aktiviti yang tak berapa menarik bagi orang awam lain. Pusing punya pusing, kami pun tiba di dewan terakhir di seberang sungai. Disinilah yang paling best.

Masuk sahaja ke dewan tersebut, terpampang nama DRB-Hicom dan Defence Service Sdn Bhd (DSSB) dan di depannya terdapat banyak kenderaan berantai dan kebal. Satu demi satu gambar ditangkap. Sampai ke trak ranger yang kedua terakhir, rakan aku tadi cuba membuka pintu trak, rupanya pintu tak berkunci. Kami pun apa lagi, masuk ke dalam dan godak godek semua isi trak. Daripada handbrake yang kami lepaskan, gear yg kami masukkan, air cond dan juga semi-machine gun yang ada di bumbung trak. Semua kami try siap panjat bumbung lagi. Pengawal pun tak jadi nak marah memandangkan di trak tersebut tak ada tertulis "jangan panjat" atau "jangan sentuh". Itu bererti kami telah mendapat kebenaran untuk memanjat.

Pusing punya pusing, kami tiba ke booth Turkiye. Ada sebuah kereta kebal buatan Malaysia yang digunakan pihak Turki. Itu pun kami panjat. Selasai upacara memanjat-manjat, kami ke booth terakhir di bahagian belakang. Saat yang dinantikan, MOU antara Turki dan Malaysia dalam ketenteraan.

Oh ya, masa di Dewan Merdeka, macam-macam senjata baik yang kuno hinggalah yang moden semua dipamerkan. Semua senjata yang dipamerkan kalau blh nak dicuba satu demi satu. Angkat Beretta .40mm Sniper Rifle yang paling best, ringan je rupanya sniper tu. Tak la berat macam .50cal yg askar kita guna. Ada satu senjata penembak helikopter buatan Russia, yang ni agak berat. Seronok mencuba sebab ada simulator. Main tembak-tembak helikopter. Rupanya susah juga ya, ingatkan semudah macam dalam game Call of Duty.

Penat pusing memusing, kami pun keluarlah ikut pintu belakang. Setibanya di pintu garaj belakang, ada seorang pak guard tanya, "pas mana bang? pass?" Eh, masuk kena pakai pass juga ke? "Ye bang, pass kena pakai. Tak kira la abang kerja ***** pun tapi kena pakai juga." Oooooo okay jap ktorang amek pass kat atas. Tadi lupa nak ambil sebenarnya.

Jalan punya jalan, keluar ikut pintu VVIP daa.... tak payah susah-susah amek pass. hehehe :D

Apapun, memang seronok pergi melawat pameran seperti ini. Ini baru kali ke-5 diadakan di negara kita. Ini antara 5 pameran pertahanan dunia yang terbaik dan ini kali ke-14 diadakan di dunia. Tak ramai yang datang berkunjung. Cuma orang-orang yang bekerja ketenteraan, keselamatan dan special ops sahaja dibenarkan masuk. Kalau pameran ini dibuka kepada orang awam, sudah pasti ramai yang akan masuk dan panjat semua benda yang ada dalam tu macam yang kami buat. :D

Oh ya... ada banyak berita baru diterima sepanjang 3 hari tiada update. Tapi mulut aku dah dikunci daripada mendedahkannya buat masa ini. Masih belum menemui berita baik untuk dikongsikan. Semuanya berita yang bakal menghampakan rakyat jelata. Namun, aku masih berharap ada nya orang yang bertanggungjawab dalam kepimpinan negara kita terutama bahagian ketenteraan dan keselamatan negara kita agar kita semua tidaklah tergadai dan dijual kepada orang luar.

Perjanjian demi perjanjian, MOU demi MOU. Kesemua 26 buah negara yang menyertai SAR bukanlah datang dengan tangan kosong. Masing-masing membawa misi tersendiri yang mereka mahu sempurnakan dengan menuntut pelbagai tuntutan dari kerajaan kita. Paling ditakuti apabila sekuriti dan keselamatan negara bakal dijual kepada negara burung helang.....

Amat suram masa depan negara kita tatkala para pemimpin telah mula tunduk kepada musuh Ugama Islam...... Semoga negara kita tidak ditimapakan bala oleh ALLAH SWT disebabkan kesilapan para pemimpin yang sedang terjadi. Wal Iyazu Billah !

Semoga ada antara mereka terus berani, jujur dan amanah serta bertanggungjawab dalam memimpin !

Sekian catatan ringkas saya.

-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.


p/s: Kami bukan monyet ya! Saja je test panjat panjat, cam best pulak lama tak naik kete kebal! :D

---------------------------------

Lagi gambar....

(Simulator menembak helikopter Apache, buatan Russian Defence)

(Metal, gold, periuk api, detector, made in UK)

(Sea detector, made by Safron)

(Upacara panjat memanjat sedang dijalankan. Habis semua kena panjat... nasib tak kena marah. Sorry ye pak Jenderal... kami rakyat Malaysia berhak test power :P oh ya, korang tengok gambar kaki je lah ya... yang lain PnC)

(Combat sheild made in Thailand... test power, berat dia 13 kilo lebih sikit, punyalah rapat dia sangkut kat bahu... peh kempis perut aku...)



-TamaT-

-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

6 Responses to " Defence Service Asia"

  1. New World Order (NWO) siapakah Dalang-dalangnya dan bagaimana inya berfungsi , selanjutnya baca di http://www.kainkapanku.blogspot.com/2014/04/new-world-order-nwo-part-1.html

    ReplyDelete
  2. BK minat jugak ke dgn game -call of duty:ops 2- yg diminati oleh navy dari US 7th fleet tu?

    ReplyDelete
  3. Dajjal punya PBB hina hudud Brunei atas HAK ASASI MANUSIA - Rupert Colville KAFIR LAKNAT - http://malaysiaterkinionline.blogspot.com/2014/04/dajjal-punya-pbb-hina-hudud-brunei-atas.html

    ReplyDelete
  4. open for public tk? klu open boleh pegi ni. hari ni baru 15hb

    ReplyDelete
  5. salah satu dpdnya adalah "all right to use ALLAH"......kan kan (thesun)...tergadai sudah

    ReplyDelete