Perang Ukraine Tercetus


Perang Ukraine Tercetus.

Satu perang kecil telah tercetus di bandar Kramatorsk awal pagi semalam (15 April 2014, bersamaan sekitar tengah malam waktu Malaysia) apabila sepasukan askar Ukraine mendekati sebuah lapangan terbang tentera di sebuah lokasi antara bandar Kramatorsk dan Slavyansk.



Peta bandar Kramatorsk dan Slavyansk

Askar tersebut telah melakukan negosiasi dengan militan yang mengawal lapangan terbang tersebut. Tembak menembak berlaku secara tidak sengaja. Ramai yang cedera antara militan dan ramai yang mati.

Menurut seorang aktivis memberitahu, mereka telah dipaksa keluar daripada lapangan terbang tersebut namun bandar tersebut telahpun berada dibawah kawalan pihak aktivis dan mereka tidak membenarkan askar Ukraine untuk memasukinya.

"Lebih kurang 60 unit kenderaan bersenjata telah menghampiri kami. Mereka telah bersedia dalam beberapa hari dan mereka telah memulakan serangan pada hari ini. Para protestan menghalang laluan mereka, lantas mereka memulakan tembakan dan ramai yang cedera. Orang-orang kami berundur. Di sana (lapangan terbang tentera tersebut) terdapat lebih kurang 15 kereta kebal dan unit yang lain adalah kenderaan bersenjata." Kata seorang ahli militia, RIA Novosti.

Kramatorsk adalah satu bandar di dalam wilayah Crimeria yang menjadi rebutan antara Ukraine dan proksi US dengan Russia.

Walaubagaimanapun, menurut sumber, Menteri Dalan Negeri Ukraine, Stanislav Rechinsky berkata, tiada kemalangan nyawa dilaporkan. Dia tidak menspesifikkan jumlah kecederaan namun dia berkata, "informasi ini akan diberitahu kelak".

Beliau juga turut menambah, special forcemereka dibawah arahan Interioir Ministry Omega dan SBU Alfa telah mengambil bahagian dalam operasi ini.

Pesawat tempur dan juga helikopter telah mula mengawal kawasan berhampiran sejak serangan dilancarkan untuk "persiapan pertahanan sepertimana ia tidak diketahui akan berakhir bagaimana", menuruk askar Ukraine.

Namun begitu, menurut satu sumber menyatakan, media Ukraine menafikan persediaan perang telah dilakukan oleh tentera Ukraine beberapa hari sebelum ini walaupun perang telah tercetus semalam.



Sumber berita: Russian Today.

Share artikel ini selepas anda membacanya.

----------------------------------------------

Lagi gambar....

Askar Ukraine berdiri menjaga checkpoint berdekatan bandar Izium di wilayah Kharkiv, Timur Ukraine, 15 April 2014. (Reuters)

(Askar Ukraine berkawal di checkpoint berdekatan bandar Izium dalam wilayah Kharkiv, timur Ukraine, 15 April 2014. (Reuters)
Persediaan perang disekitar bandar Skavyansk.


Sekian, laporan media oleh Bradokapak.

Nantikan artikel lebih panjang akan datang, membahaskan beberapa point penting di akhir zaman ini.

-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.
-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

1 Response to "Perang Ukraine Tercetus"