Menunggang kuda


Menunggang kuda


Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Anda pernah menunggang kuda?

Pertama kali saya menunggang apabila saya dibawa ke Mumbai, India. Masa tu namanya Bombay. Pasti ditukar namanya sebab takut kena bom, kot!!!??? Saya dibawa berjalan di atas kuda di sekeliling pantai Juhu yang bukan main hitam lagi berkilat air lautnya.

Selepas tu saya tidak lagi berkesempatan lagi menunggang kuda atau equestrian sehinggalah saya menuntut di UTM di Skudai, Johor. Saya berpeluang untuk memilih menunggang kuda sebagai aktiviti ko-kurikulum di sana.

Apabila saya menunggang kuda barulah saya faham kenapa Rasulullah SAW menyarankan supaya kita melakukan aktiviti ini. Menunggang kuda memang banyak faedahnya. Kalau anda hanya teori tetapi tidak menunggangnya secara praktikal, anda tidak akan dapat menghayati apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW.

Kos untuk aktiviti ini memang tinggi tetapi juga anda seorang pelajar, anda boleh menyediakan peralatan dengan harga yang lebih murah. Semuanya kena lengkap. Kalau tak ada bajet, pinjam sajalah daripada member anda. Bagai anda yang ingin mengikuti aktiviti ini sebagai menyambut seruan Rasulullah SAW itu, anda boleh ikuti panduan yang akan saya coretkan di sini. Yang lain tu, anda boleh layari internet atau bertanya dengan orang lebih arif lagi kerana apa saya catitkan di sini adalah pengalaman saya sendiri.

Pertama sekali, anda mesti ada bond dengan kuda anda ataupun ikatan dengan kuda yang anda pilih untuk latihan anda tu. Anda juga perlu pilih trainer yang berpengalaman. Kalau tak nanti, jika silap haribulan anda jatuh, paling minimum anda duduk di hospital sebab tengkok anda bertongkat!

 Tunggang kuda merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan. Bagi orang yang berada, mungkin menunggang kuda aktiviti biasa saja bagi mereka, tapi bagi saya yang datang dari golongan menengah ni, menunggang kuda terasa seperti dapat memandu kereta FERARI F1. Memang best!

Kuda ni kena gosok selalu sebagai urutan baginya. Badannya mesti kita bersihkan. Bukan mandikan dia. Tu kerja stable boy. Ya,...lah! Harganya pun bukannya murah. Kita mesti beri dia biasa dan rapat dengan kita. Maknanya bila kita datang, dia boleh tahu atau cam kita. Bawalah dia pergi makan rumput yang ada di tepi pagar.

Anda kena rasuah sikit kuda ni. Kena keluar duit untuk belanja dia makan. Belilah buah-buahan seperti epal atau  tembikai. Kalau sayur pula, eloklah beli lobak merah atau carrot. Kalau nak bagi makan tu, bagilah makan di tangan supaya dia manja dengan kita.  Kita kena kawal kuda tu dan jangan bagi dia kawal kita. Kalau tak, rasa sendirilah penangannya. Biasanya kita akan ada naluri atau terasa jika nak jatuh dari kuda. Walau bagaimanapun, hati-hati bila jatuh dari kuda. Elakkan kepala anda daripada mendarat di tanah dulu. Kalau jadi tak betul, jangan salahkan orang lain!

Jaga-jaga dengan kuda ni. Kalau telinganya menghala ke belakang, itu maknanya dia nak gigit. Rasalah gigitannya kalau tak berhati-hati. Kalau di UTM tu, kudanya biasanya kuda yang tak digunakan untuk perlumbaan di poskan di sini. Kuda yang paling tegap ialah kuda Arab. Kuda jenis ni memang hebat dan biasanya menegakkan ekornya. Itulah orang kata ikat rambut macam ekor kuda. Macam kuda Arab nilah!

Kalau menunggang kuda, bila dia berpeluh, kita juga akan berpeluh. Bila dah keluar peluh maknanya semua kalori dalam badan tu pecahlah. Badan pun jadi sihat sebab lemak dalam badan dah dibakar. Kedudukan badan atau posture akan jadi tegak semula. Otot kita pun akan jadi tegap dan  kulitpun tak menggelebeh. Tak percaya? Cuba sendiri. Kalau anda dah bekerja, eloklah menunggang kuda ni sebagai hobi anda. Luangkan masa seminggu sekali pun dah cukup.

Saya pernah mewakili UTM buat pertunjukan di peringkat Nasional. Terror juga saya, kan? Masa tu saya bawa keluarga saya pergi ke pertunjukan dan juga pertandingan antarabangsa pada masa yang sama. Rasa bangga juga sebab dapat juga melakukan sesuatu yang sebelum ini tidak terfikir saya dapat lakukan.

Tuntasnya, apa yang disarankan oleh agama kita adalah saranan yang memberikan kebaikan dan faedah yang tidak akan kita ketahui selagi kita mencubanya atau mengamalkannya.  Jadi, bagi anda semua, apa tunggu lagi, jom kita kita lakukan aktiviti ya?

Sekian dulu dari saya. Wassalam.


*Artikel ditulis oleh Sang Pencheritera. Artikel BUKAN ditulis oleh Bradokapak.
-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

5 Responses to "Menunggang kuda"

  1. brado pernah wakil UTM peringkat nasional? tahun bila?

    ReplyDelete
  2. haha
    baca la tag tu, noob la

    ReplyDelete
  3. Teringat cerita AVATAR bila ckp psl bond antara haiwan dgn tuan dia.

    ReplyDelete
  4. New World Order (NWO) siapakah Dalang-dalangnya dan bagaimana inya berfungsi , selanjutnya baca di http://www.kainkapanku.blogspot.com/2014/04/new-world-order-nwo-part-1.html

    ReplyDelete