Dua Tahun Sesudah Bersih


Hari ini dalam Sejarah....

2 tahun yang lalu, pada tarikh yang sama seperti hari ini dan waktu ketika ini, aku sedang berjalan-jalan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman bersama beberapa orang rakan.

Kami berlegar-legar sebelum kumpulan kami semakin ramai dan berlakunya serbuan oleh FRU. Mereka menghalau kami lantas berlari menuju Jalan Sultan Ismail. Dari sana kami berarak menghala ke KLCC sebelum duduk bantah di hadapan KLCC. Beberapa minit kemudian, siren dibunyikan... tembakan rambang dimulakan. Gas pemedih mata mula dipancurkan. Ramailah yang bertempiaran lari tak kira juga ada yang menentang.

Ketika itu aku telah bersiap sedia mengetatkan tali kasut, kemudian mengambil sehelai sapu tangan dan direndamkan ke dalam air pancuran yang terdapat di hadapan Bank Pertanian. Kami pun menekap muka sambil berlari dan bersedia terhadap sebarang kemungkinan....

Tapi itu cerita dahulu.....

Sebuah legasi perjuangan yang takkan padam. Datangnya dari darah muda dan jiwa raga kami. Kini, kami belajar dari banyak perkara. Bermula dari menyertai banyak himpunan seawal 98' dahulu. Kami berpindah dari satu fasa ke satu fasa. Tidak akan kami sia-siakan lagi masa untuk perkara yang tidak menguntungkan. Kami mara selangkah kehadapan, dengan gerakan yang lebih terancang serta underground... Kehadiran kami tidak disangka-sangka. Kami berusaha untuk menyatukan daripada dalam... tanpa perlu kepada perhimpunan sebegitu lagi. Kami mencuba sedaya upaya kami... InsyaALLAH, moga-moga kami berjaya.

Kini.....

Perjuangan kami, meresap dalam setiap jiwa-jiwa rakyat. Kami bangkit dari runtuhan jiwa-jiwa rakyat. Kami cuba membela mana-mana jiwa yang terabaikan. Kami cuba membinanya kembali dengan menyatukan mereka-mereka ini. Kami tak mahu lagi ditipu demi kepentingan politikus yang mempunyai faksi tersendiri. Kerana....

Kami juga punya matlamat.

Yang takkan mampu digoyahkan.

Kami belajar dari erti kesilapan.

Pengalaman itu sering mendewasakan kami......

Catatan Bradokapak.
Jam 3.20 petang.
28 April 2014, dua tahun sesudah Bersih 3.0 - Kuala Lumpur.
-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

4 Responses to "Dua Tahun Sesudah Bersih"

  1. Dan masuklah ia ke bandar dalam masa penduduknya tidak menyedarinya, lalu didapatinya di situ dua orang lelaki sedang berkelahi, – seorang dari golongannya sendiri dan yang seorang lagi dari pihak musuhnya. Maka orang yang dari golongannya meminta tolong kepadanya melawan orang yang dari pihak musuhnya; Musa pun menumbuknya lalu menyebabkan orang itu mati. Musa berkata: “Ini adalah dari kerja Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu musuh yang menyesatkan, yang nyata

    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. penumbuk nabi musa bukan sebarang penumbuk !

      Delete
  2. Sharing is caring
    https://www.youtube.com/watch?v=a71Gm0IR6mo

    ReplyDelete
  3. Kita tengok apa pendapat tun Mahathir tentang kehilangan MH370 baca di--->
    http://www.kainkapanku.blogspot.com/2014/04/pendapat-tun-mahathir-tentang-kehilang.html

    ReplyDelete