Bangsa Yang Kalah


Bangsa Yang Kalah

Minggu lalu,
ketika seorang presiden negeri pengkalan setan.
Datang bertamu di negerimu,
(ketika kapal terbangmu belum dipulang)
semua tok - tok lebai berlari - lari menyambutnya...
Mencium - cium tangannya,
meninggalkan segala larang dan pantang konservatif.
Bahawa bukan beriman dilarang masuk rumah suci.
Nazi - nazi berbaju melayu,
segan lagi silu, menyorokkan sepanduk
yang fundamentalis dan gila rejam sampai mati.
Malu - malu dalam populist,
orang - orang liberal pun bermuka - muka...
Segala sumpah seranah bertukar puji memuji
di hadapan negara kononnya demokrasi.
Imej antikan bangsa superman bertukar
dan ada orang - orang yang laparkan
ziarah para penjarah...

Dan dunia kian menuju kehancuran.
Apabila yang cerdik - cerdik,
sudah pandai menjadi munafik!

-nukilan Benz Ali-
3:22 petang.
28 April 2014.
-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

8 Responses to "Bangsa Yang Kalah"

  1. Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, berkatalah orang-orang yang kafir kepada orang-orang yang beriman: “Puak yang manakah (dari kami dan kamu) yang lebih baik tempat tinggalnya dan lebih elok majlis perhimpunannya?
    Dan berapa banyak kaum-kaum (yang ingkar) sebelum mereka, kami telah binasakan, sedang mereka lebih elok alat-alat kesenangannya dan lebih elok keadaannya pada pandangan mata.

    ReplyDelete
  2. Ooo nukilan Benz Ali...

    Orang yang pertikai kenapa Tuhan haramkan babi sedangkan Dia sendiri yang cipta.

    Percayalah kita!

    ReplyDelete
  3. ben ali
    lu comfirm ker???
    or lu cume terkeliru???
    tok dalang masih berlagu...

    ReplyDelete
  4. seakan "senyap" mahu bersuara...
    dalam bekas yang belum "larut"

    ReplyDelete
  5. dengar cerita benz ali dah taubat dan telah keembali pada jalan-Nya. wallahua'lam

    ReplyDelete