Obomba Datang Malaysia


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Syukur atas limpah kurniaNYA dapat kita terus hidup dan menjadi ummat Muhammad. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAWAW serta seluruh Ahli Baitnya. Semoga kita beroleh manfaat.

Sekadar update untuk beberapa ketika. Bukan hendak menulis panjang seperti artikel sebelum ini. InsyaALLAH, artikel lebih panjang akan ditulis selepas Obomba datang ke Malaysia.

Ada beberapa perkongsian saya mahu dedahkan kepada anda semua. Perkongsian ringkas.

1. Obomba tunda kehadirannya ke Tanah Melayu. Antara minggu ini dan minggu hadapan. Dia akan datang juga. Dia akan berada disini sekitar 3 ke 4 hari atau mungkin lebih. Hari ini, 9 April 2014, dia punya security secretary shif yang ke-2 sahaja yang masuk ke Malaysia.

2. Shif pertama wakil Obomba sudahpun masuk secara rahsia pada 4 April dan pulang ke Amerika Syarikat (US) sekitar 6 April lalu.

3. Tarikh Obomba akan hadir ke Tanah Melayu ini adalah, paling awal 14 April dan paling lewat 24 April. Dia akan datang ke tanah kita MUNGKIN dua kali. Seterusnya pada 26 April dia datang lagi secara rasmi, dan pada 27 April 2014 dia akan ke Universiti Malaya bagi satu tujuan menerima Ijazah Kehormat serta akan merasmikan MAGIC di Cyberjaya (rujuk sini untuk Magic). Saya masih menanti dokumen mengenai upacara ini.

4. Saya mendoakan agar kedatangannya itu gagal. InsyaALLAH, sekiranya ramai yang memohon kepada ALLAH SWT, mungkin ada antara kita yang doanya dikabulkan.

5. Petanda buruk bagi rakyat negara ini sekiranya Obomba jadi untuk datang 2 kali dalam bulan ini.

6. Petanda buruk juga apabila sudah terlalu ramai orang mula bercerita tentang kedatangan akhir zaman.

7. Petanda buruk juga apabila cuaca dan suasana serta angin yang bertiup sudah mula berubah dan tidak sekata.

8. Petanda buruk juga apabila cashflow dan juga traffic jam di Kuala Lumpur sudah tidak sekata.

9. Petanda buruk juga apabila nilai wang dalam akaun-akaun rakyat semakin meningkat secara digital tetapi tiada cash.

10. Sedikit lagi info berkenaan gambar-gambar askar yang berlegar di internet baru-baru ini.

11. Gambar ini adalah gambar tentera US yang baru pulang daripada Kelantan dan mereka sedang berada di KLIA ketika menunggu penerbangan mereka pulang ke US. Menurut sumber yang saya terima, gambar tersebut dirakamkan pada 2 hari lepas sekitar 7 April (kalau tak silap saya) di KLIA dan telah diupload ke facebook dan menjadi viral.

12. Gambar tersebut adalah tentera US yang hendak pulang (sekarang dah balik dah) ke US selepas selesai tugas di Kelantan. Mereka mengadakan shift rotate. Di Kelantan, mereka ada satu co-op untuk 'meriki' khazanah di sana yang terletak disebuah lokasi rahsia. Siapa yang pernah baca blog Shah Paskal mungkin dia tahu.

13. Manakala gambar ini pula merujuk kepada tentera Australia yang telah tiba ke negara kita pada hari ini. Dirakamkan di KFC NKVE arah Damansara, mereka sedang rehat makan tengah hari selepas tiba dari KLIA untuk ke PWTC pada 14 April ini.

15. Tak tahu kenapa mereka datang awal sangat dan siap dengan pakaian celoreng. Mungkin mereka nak melancong kot, maklumlah tahun ini tahun melawat Malaysia. Jadi mereka pun ambil peluang melawat negara kita lebih awal. Saya sendiri pun belum sempat lawat semua negeri dalam Malaysia tahun ini. Tapi tentera Aussie dah datang lebih awal.

16. Pada 14 April ini sehingga 16 April, satu konferens keselamatan dan pertahanan dunia akan diadakan di PWTC. Konferens tersebut diadakan di PWTC dengan dihadiri oleh banyak negara-negara yang memihak kepada blok kapitalis-zionis.

17. Konferens ini rentetan daripada perjanjian keselamatan antara Malaysia dan US.

18. Selain konferens, pameran keselamatan juga akan diadakan sepanjang tempoh berikut. Kepada orang awam yang nak hadir untuk melihat lebih dekat, bolehlah datang ke PWTC pada 14 hingga 16 April 2014. Tak tahu la kalau orang awam boleh masuk. Kalau kena halau tu, saya minta maaf la ye.

19. Poster konferens tersebut boleh rujuk bahagian bawah atau tekan sini.

20. Oh ya, sebelum saya terlupa, seperti yang saya pernah sebutkan sebelum ini. Kos belanja Search and Rescue (SAR) MH370 telahpun melebihi 600 juta ringgit.

21. Kos-kosnya adalah seperti berikut...

Jepun - RM28 juta
US - RM22 juta
Australia (2 buah kapal) - RM1.4j + RM1.2j = RM2.6j / hari (Rujuk sini - kredit kepada abang Cz)

22. Itu kos yang berjaya direkodkan beberapa hari lalu. Ada banyak negara yang hadir dan kesemua mereka mengeluarkan belanja beratus juta ringgit. Kesemua kos ini harus ditanggung oleh negara penganjur. Namun, dananya diberi oleh US.

23. Dana tersebut telahpun disalurkan beberapa hari lalu sebanyak lebih kurang RM600 juta.

24. Sekarang ini adalah masa untuk membalas budi. Banyak budi yang akan dituntut oleh negara luar. Antaranya, Singapura telah meminta satu sistem pengangkutan mudah alih (kereta api laju) dari Singapura terus ke Kuala Lumpur. Sistem baru ini sudahpun diluluskan oleh DSN (menurut sumber). Selain itu, pihak US akan menuntut 8 buah khazanah dari negara kita dan mereka juga mahu negara kita menandatangani Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) sebagai galang ganti kepada hutang negara. Ada banyak lagi tuntutan-tuntutan negara luar yang disembunyikan daripada pengetahuan rakyat. Saya juga dikunci daripada mendedahkan kesemuanya atas faktor-faktor tertentu. Amatlah mendukacitakan setiap kali saya menerima berita-berita ini. Apalah nasib anak bangsaku dan negara ini apabila satupersatu digadaikan dan diserahkan kepada orang luar. Apalah agaknya bala ALLAH ke atas umat kita ini kelak ya.... alangkah sedihnya apabila segala amanah dan janji-janji pemimpin kita kepada tok nenek moyang kita dahulu telahpun diKHIANATI ! Berdoalah kepada ALLAH SWT agar negara kita disejahterakan dan diselamatkan daripada bala. Kita sememangnya sudah terpalit dengan fitnah akhir zaman. Ketahuilah, MALAYSIA sudahpun menjadi sebahagian daripada NWO. Hanya kemuncak NWO sahaja belum terlaksana.

25. Untuk pengetahuan, ada beberapa pihak tabib, pawang, kiyai dan bomoh sudah dihantar ke satu lokasi untuk upacara menaikkan MH370 yang tenggelam di Laut China Selatan.

26. Menurut berita yang saya terima, orang-orang dari Skylab yang pernah menaikkan Helikopter yang jatuh di Bario, Sarawak dahulu juga sudah dihantar beberapa hari yang lalu.

27. InsyaALLAH, MH370 akan timbul selepas Obomba datang ke tanah Melayu ini. Saya tidak pasti bilakah dia datang. Namun, berdasarkan data dan maklumat yang saya terima, dia akan datang seperti tarikh-tarikh yang telah saya sebutkan di atas.

28. Saya mengharapkan agar pesawat tidak ditimbulkan kepada orang awam atas sebab-sebab keselamatan negara.

29. Esok, 10 April 2014, hari Khamis, khabarnya Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) hendak membuka cerita dimanakah lokasinya MH370. Sekiranya maklumat ini benar, kita nantikan esok hari. Dimanakah lokasi MH370 disembunyikan yang akan diberitahu oleh DSAI? Kita tunggu jawapan dia esok. Pada saya, ini hanyalah satu ugutan kepada DSN. DSAI mahu naik jadi PM tetapi dia tidak boleh naik sekarang. Satu drama yang lebih dahsyat harus direncanakan bagi melakukan "regime change" dinegara kita. Bilakah ia akan terjadi?? Bergantung kepada kebijaksanaan DSN ketika berunding dengan Obomba nanti. DSAI juga akan memulakan kempen jelajah reformasinya bermula esok. Rujuk poster ini.

30. Masih ingat lagikah hint-hint serta clue yang pernah saya berikan lama dahulu?

31. "Bila tenggelam tak ramai yang mati. Bila timbul ramai yang mati."

32. Kata-kata ini akan terbukti sekiranya MH370 ditimbulkan selepas Obomba datang ke negara kita.

33. Kata-kata ini juga akan diuji kebenarannya ketika MH370 diumumkan sudah ditemui kelak.

34. Saya masih tidak tahu apa perancangan kerajaan kita setelah MH370 dinaikkan, apakah mereka mahukan berita ini lenyap begitu sahaja seperti lenyapnya berita Lahad Datu dahulu? Atau mereka mahu mendedahkan kepada rakyat bahawa MH370 sudah ditemui....

35. Sekiranya MH370 sudah ditemui dan diangkat ke darat dan dibawa pulang ke Malaysia sekalipun, amat sukar bagi pihak kerajaan mahu mendedahkannya.

36. Dato Seri Najib bukanlah orang yang hebat seperti Tun Mahatir yang boleh memberitahu direct apa sahaja berita tanpa rasa sangsi.

37. Saya masih mengharapkan yang terbaik untuk negara kita. Cukup-cukuplah negara kita sudah tergadai banyak sekarang ini. Sultan yang bertakhta pun ramai yang dah tak boleh pakai. Saya mengharapkan agar Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin terus diperpanjangkan usia oleh ALLAH SWT dan meneruskan amanah serta janji-janji nenda mereka kepada Tuan Tanah Terenganu lama dahulu. Saya mengharapkan agar janji kepada Tuan Tanah itu TIDAK dikhianati. Saya amat mengharapkan agar ada antara para Sultan ini berbuat sesuatu bagi kelansungan anak cucu Bani Jawi ini. Takkanlah mereka yang tamak masih tidak puas mahu menjarah harta dan kekayaan bumi Malaysia ini?????? Sudah-sudah lah tu ! Buangkan Wahn dalam diri. Ingat janji kalian kepada leluhur kalian dahulu mahu menjaga bumi Nusantara ini ! Lindungilah kami rakyat jelata ini daripada dijajah buat kali ke-7 !! Kalain adalah pemimpin, kalian adalah payung rakyat !! Dimanakah suara-suara kalian disaat rakyat merana??????

38. Terkini, saya dimaklumkan, seramai 86 ribu rakyat Beijing telahpun dibawa masuk ke negara kita melalui Johor dan Singapore.

39. Angka ini meningkat daripada 70 ribu seperti yang pernah saya maklumkan dalam artikel saya sebelum ini. Rujuk artikel ini pada point nombor 21.

40. Saya juga telah dimaklumkan bahawa orang-orang Cina ini ada antaranya adalah dari Beijing dan Singapura. Mereka ditempatkan dalam perumahan-perumahan awam di Johor seperti rakyat biasa yang lain. Bekalan makanan mereka juga sudahpun disupply oleh beberapa company Malaysia yang mana majoritinya dimonopoli oleh orang China itu sendiri. Saya sedang menanti maklumat berkenaan bekalan makanan ini. Yang jelas, ada antaranya seperti sayuran dan bekalan mentah lain diambil daripada Cameron Highlands. Saya juga turut dimaklumkan, "sekiranya babi banyak dibawa masuk ke Johor kelak, ketahuilah itu petanda buruk bagi kalian". Ingat pesan saya yang ini.

41. Passport dan visa kelulusan mereka masuk juga telah diluluskan oleh seorang Cina dari Sabah.

42. Kesemua 86 ribu (jumlah terkini) sudah bertapak di Johor. Antara lokasinya adalah di Nusajaya. Tanah yang bakal tergadai dek Cina.

43. Ini semua angkara pemimpin Johor yang hanya mahukan keuntungan dan TAMAK serta takutkan mati. Diberi kepada mereka ini segunung emas pun pasti mereka minta segunung lagi.

44. Saya semakin gusar apabila pada hari ini, satu berita daripada China telah memberitahu bahawa Presiden Isreal, Shimon Peres telah hadir ke China untuk satu konferens keselamatan dan keamanan bersama antara 2 hala, Isreal dan China. Rujuk artikel ini.

45. Ini kali pertama saya mendapat berita orang China mahu berkerjasama dengan Isreal secara terang-terangan pada beberapa tahun terakhir ini. Sekarang ini sudah semakin jelas dihadapan mata saya bagaimana negara kita bakal tergadai kepada Yahudi-Isreal. Negara ini digadaikan melalui pemimpin kita sendiri kepada proksi-proksi mereka. Yahudi menjajah sesebuah negara melalui proksi. Amatlah mendukacitakan apabila kita mengambil proksi yahudi sebagai wakil kita.

46. Seperti yang pernah saya nukilkan di wall facebook saya, satu masa nanti China akan dibeli oleh pihak kapitalis-zionis. Kini kita sedang melihat bunga-bunga awal, China dibeli oleh kapitalis-zionis.

47. Apabila negara China melakukan dasar ekonomi tertutup kelak, ketahuilah dikala itu Perang Dunia Ke-4 SUDAH AMAT HAMPIR. Ingat kata-kata saya yang ini !

48. Sejauh mana kebenarannya, saya tidak tahu. Namun, setakat ini sudah semakin terbukti. Posting tersebut telah saya buat sekitar 11 Mac 2014. Ketika itu MH370 baru lagi hilang. Itu adalah antara intipati daripada perjumpaan saya dengan brader Ganu tempoh hari. Rujuk artikel ini pada point 15 - 22 untuk membaca kisah saya bertemu dengan brader tersebut.

49. Rujuk point nombor 40 di atas, mengapa saya tekankan mengenai 'babi'? Kerana, menurut brader Ganu tersebut, senjata untuk melumpuhkan ilmu orang Melayu yang hebat-hebat adalah dengan darah babi, terutamanya babi hutan. Ilmu orang Melayu yang hebat-hebat itu seperti ilmu pencak silat, ilmu kebal, ilmu parang terbang, ilmu ghaib dan banyak lagi yang masih ada di tanah Melayu ini diwariskan turun temurun. Walaupun zaman ini sudah semakin moden dan ilmu-ilmu seperti ini semakin dilupakan, namun bagi saya ia amat penting ketika saat-saat genting dan persediaan kita menghadapi insurgency.

50. Membaca kisah ini bagaikan sesuatu yang pelik dan aneh bagi orang yang tidak pernah faham tentang ilmu akhiruz zaman. Saya tidak memaksa anda untuk menerimanya. Namun, ini hanyalah peringatan bagi orang-orang yang mahu bersiap sedia sahaja. Sekiranya bagi anda ini adalah perkara olok-olok, teruskan dengan kehidupan anda seperti biasa dan abaikan segala pesanan saya kerana kiamat masih lambat lagi.

51. Pada saya, amatlah malang sekali apabila generasi Melayu yang dibesarkan dan dilahirkan dengan kemodenan ini sudah tidak tahu apa itu parang terbang. Bila saya sebut, "ilmu perang hikmat" pun mereka tidak tahu. Ramai yang tahu pasal khurafat sahaja. Asalkan perkara itu tidak diajar kepada mereka di sekolah, maka itu khurafat bagi mereka.

52. Sehingga kini, saya masih mencari-cari lagi dimanakah bersembunyinya keturunan-keturunan para perjuang ini.

53. Mengapa ilmu-ilmu ini tidak mahu dikembangkan? Amat beruntung bagi orang yang masih mempunyai ilmu-ilmu tua ini. Sukar untuk didapati di mana-mana lokasi.

54. Saya percaya, masuknya dakyah wahabi ke tanah Melayu ini sebenarnya mahu menghakis kekuatan Ruh Islam itu sendiri.

55. Apabila setiap hari kita doktrinkan bahawa ilmu-ilmu hikmat ini adalah sesat, khurafat dan syirik, sudah pasti ramai yang akan turut beranggapan sebegitu.

56. Sedangkan ilmu-ilmu tua ini pun dipelopori oleh para perjuang pembebasan tanah air kita sendiri.

57. Lihat sahaja "ilmu perang hikmat" yang dibawa oleh Mat Kilau yang diterima daripada bapa dan rakan-rakan bapanya. Imam Rasu, Tok Gajah, Tok Bahaman. Mereka semua ada ilmu-ilmu hikmat.

58. Lihat sahaja cerita orang dahulu kala, Panglima Lidah Hitam. Apa sahaja yang disebutkan panglima ini, sudah pasti menjadi. Panglima Lidah Hitam amat digeruni kerana pantang dia sebut sesuatu, pasti menjadi.

59. Tok-tok Ulamak dan juga para Kiyai kita dahulu kala, semuanya mewariskan pusaka ilmu yang amat berharga. Lihat sahaja, Dato Paduka Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud dari Kelantan yang mewariskan ilmu Pati Rahsia. Di dalamnya lengkap dengan pelbagai ilmu warisan yang sarat dengan falakiah dan juga mujarobat. Begitu pula dengan orang-orang Kiyai Haji Salleh. Baca sahaja jampi, parang yang keras dan berat itu boleh terbang menerkam musuh.

60. Lihat sahaja  Tok Syeikh Arsyad Al-Banjari, mewarisi ilmu kasyafullah. Dia telah menuliskan sebuah kitab bertajuk "Alamaat fi Al-Mahdi Al-Munthazar". Kisah-kisah kebangkitan akhir zaman dan kedatangan Al-Mahdi yang ditunggu-tunggu itu sebenarnya sudah dipesankan oleh ulamak silam kita disini. Semuanya sudah lama diceritakan, namun orang Melayu kita telah banyak melupakannya atas faktor-faktor penjajahan ilmu.

61. Ini semua harus kita pelajari dari sekarang dan kita cari serta gali. Inilah masa yang paling sesuai untuk kita kembali mempraktikkan ilmu-ilmu tua yang telah dilupakan.

62. Bagaimana kita mahu berhadapan dengan musuh yang handal sedangkan kita hanya berbekalkan parang yang kontot dan tiada ilmu mujarobat, kebal, falak waima ilmu hikmat????

63. Apakah kita mahu menyerahkan leher kita buta-buta untuk dipenggal oleh musuh?

64. Mahu angkat senjata? Ada duit mahu beli kah??

65. Orang Cina sudah lama mengawal pasaran semasa. Mereka sudah kawal dari segi teknologi, ekonomi, bahan mentah asas dan banyak lagi. Semua ini persediaan mereka bagi survival kaum mereka dimasa akan datang.

66. Setiap kaum dan bangsa di bumi ini ada prophecy masing-masing.

67. Orang Yahudi mempercayai prophecy nenek moyang mereka bahawa kelak mereka akan menang dalam perang di lembah Mageddo ketikamana Messiah mereka turun dan membantu mereka.

68. Sedangkan, di dalam Islam pula, Nabi Muhammad SallALLAHu Alaihi Wa Aalihi Wasallam (SAWAW) sudahpun berpesan bahawa pembela bagi umat akhir zaman ini adalah Imam Mahdi dan Nabi Isa Al-Masih. Isa Al-Masih jugalah yang akan membunuh Dajjal yang mana, jika kita kaitkan dengan prophecy orang yahudi itu, Messiah bagi mereka itulah sebenarnya Dajjal dalam hadis yang disabdakan oleh Baginda SAWAW.

69. Oh ya, sebelum terlupa, saya ada nak maklumkan sedikit berkenaan kibaran bendera Isreal di Sabah. Baru-baru ini ada satu syarikat dari China yang membuat penggambaran sebuah filem berkisarkan "Pertandingan Ratu Pramugari Sedunia" dan di tepi pentas itu dipacakkan banyak bendera negara luar yang menyertai pertandingan tersebut termasuklah Isreal. Apabila desakan demi desakan dibuat, akhirnya bendera telah diturunkan. Pihak resort menyatakan yang mereka tidak tahu tentang pemasangan bendera tersebut. Namun, bagi saya ini sebenarnya satu usaha untuk mencabar kedaulatan bumi Malaysia. Bayangkan, Sabah sebuah negeri yang sudah lama diidam-idamkan oleh proksi US bagi menjayakan misi akhir NWO mereka, tiba-tiba sahaja sedang orang sebok dengan cerita MH370 dan pelbagai kecelaruan dan kemelesetan yang berlaku, mereka sengaja memacakkan bendera Isreal disana.

70. Hidup kita ini bagaikan sebuah pentas lakonan. Setiap orang sudah diberi amanah dan skrip mereka tersendiri. Terpulang kepada anda mahu melakonkan bagaimana watak anda itu. Tetapi, jangan sesekali melanggar skrip atau memecah amana yang telah diberi kepada anda. Nescaya buruk padahnya.... boleh kena fired sama tuan Direktur !

WasALLAHu ala Muhammad wa Aali Muhammad. Intaha.

Semoga apa yang saya tuliskan serba ringkas ini dapat memberi kefahaman kepada anda semua dalam apa jua perkara yang sedang memeningkan kepala ramai pihak. Bacalah dengan hati yang terbuka. InsyaALLAH, walaupun sedikit, walaupun anda membenci saya, namun pasti ada manfaat bagi anda. Saya berharap setelah anda membacanya, ayuh sama-samalah kita memperingatkan kaum keluarga terdekat kita akan kedatangan bahaya fitnah akhir zaman ini. Sesungguhnya, di akhir zaman ini, apabila datangnya fitnah dajjal kepada kamu, maka kamulah yang akan menjadi pembela bagi diri kamu dan keluarga kamu.... aw kama qaal.

Sebarkanlah walau satu ayat !


*Pada awalnya, saya nak tulis artikel ni pendek sahaja. Tetapi akhirnya dah jadi panjang juga. Moga ada manfaat !


Terima kasih kepada :

1. Geng M im Bersatu.
2. Informer-informer.
3. Pekerja supplier untuk projek Beijing - Johor.
4. Geng PDM bersatu.
5. Geng Ganu Nelang.
6. Para Masyaikh dan Habaib.
7. Shah Paskal.
8. Serta semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.....


-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.

------------------------------

Gambar-gambar...

(Rujuk point 16)

(Rujuk point 13)

(Rujuk point 12)

(Rujuk point 29)

(Rujuk point 29)

(Rujuk point 69)

(Rujuk point 69)

(Rujuk point 69)

(Rujuk point 69) *Gambar bendera tersebut setelah ditumbangkan. Alhamdulillah... saya harap selepas ini jangan lagi dipacakkan bendera haram ini di negara kita.

(Gambar kibaran bendera tersebut ketika dipacak di Resort di Tuaran, Sabah)

(Eh, terupload pula gambar ni...)


Sekian.
-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

65 Responses to "Obomba Datang Malaysia"

  1. Fitnah Dajjal dilaksanakan oleh pengikut2nya sejak dahulu , cuma tujuan mereka yg utama adalah kena kuasai akar baru boleh kuasai ranting2 yg rapuh untuk dikukuhkan kemudian baru akan dapat kemanisan melalui buah-buahan ....


    Yahudi suka buat kerja awal dan tidak tangguh ....

    ReplyDelete
  2. baru tahu cerita sebenarnya...xsabar nk tunggu cerita seturusnya...apa pom kita pelengkapkan diri kita dgn iman yg mantap...semoga kita semua oleh dipelihara Allah SWT

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita sebenar?bagaimana nak tafsir ianya sebenar dan apa yg bukan sebenar?apa kayu ukurannya?

      Delete
  3. wowwww, frist time bace sampai habis,, hehehe

    ReplyDelete
  4. mudah2an negaraku Malaysia yang tercinta ini selamat dr sebarang kecelakaan...
    doa itu senjata org mukmin..
    tiada yang lebih berkuasa selain Allah..
    in shaa Allah..

    ReplyDelete
  5. seperti yang aku jangkakan...terima kasih brado kerana memberi peringatan kepada bangsa ku

    ReplyDelete
  6. Point 49 telah meyakinkan saya apakah pegangan saudara sebenarnya....kebathilan akan zahir juga walau hendak disembunyi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Niat x menghalalkan cara..bagi saya, mungkin wujud ilmu hebat seperti BK katakan..dan mungkin sebilangan ilmu itu tidak bertentangan syarak..tetapi kebnykkan nye khurafat dan syirik..sebagai contoh, org dulu2 yg beramal dgn ilmu2 sebegini, bertujuan utk pertahanan kmpung, keluarga dan sebagainye..pengakhiran cerita, kite dpt lihat bila ajalnya sampai..dah menyusahkan pulak keturunan mereka nak membuang saka..perkara ini byk terjadi dan berlaku dlm ahli keluarga saya..maka, carilah ilmu yang sah disisi syarak...semoga kita semua dirahmati..

      Delete
    2. stuju....dan setahu saya junjungan kita Muhammad S.A.W pon pernah tercedera semasa perang..

      Delete
  7. Nak "cuci" balik luar dan dalam diri,
    Nak cari gali juga ilmu tua Melayu...
    Moga Raja Segala Ilmu perkenankan...
    Ilmu Pendekar....


    "Al'ilmu bila Amal, Kas Syajari Bila Thamar ! "

    ReplyDelete
  8. Apa apa pun kita tggu obomba dtg.... Baru tau citer selanjutnya.... Brabo BK.....

    ReplyDelete
  9. Semakin saya baca semakin bersemangat jadinya, mungkin darah Tok Janggut sedang mengalir dalam dada ini ... Bro ..saya cadangkan buat group di FB - Anak/Cucu Pahlawan Melayu ... kumpulkan para ulama .. lengkapkan ilmu pertahanan didada .. Sebab senjata kita hanya iman dan taqwa ...mudah-mudahan mendapat perlindungan dari Allah Subhanahuwataala ....

    ReplyDelete
  10. 26. Menurut berita yang saya terima, orang-orang dari Skylab yang pernah menaikkan Helikopter yang jatuh di Bario, Sarawak dahulu juga sudah dihantar beberapa hari yang lalu.



    Tentang skylab ni tolong rujuk org sarawak di kawasan terbabit saudara Ternyata lain benar version internet dan cerita dari org yang terlibat dlm operasi tersebut ....




    Tentang china pulak .tak mungkin c Malaysia join sekaki. .. jgn risau tentera dan aset military masih mjadi milik agong kita...

    Mereka pegang ekonomi kita pegang senjata

    ReplyDelete
  11. Digit semakin meningkat tiada cash..boleh siap-siap keluar duit simpan dalam peti besi..

    ReplyDelete
  12. Ilmu - ilmu tua tu tak perlu dikembangkan pun. jika ada seorang sahaja yang mewarisi ilmu itu, sudah terlebih memadai. Bonus zaman ini, ilmu yang belum pernah dilihat dan digunakan oleh mana - mana manusia pun sejak zaman super Moden manusia pertama iaitu Nabi Aadam sehingga lah zaman kuno berteknologi rendah kita sekarang.

    nampaknya dah tak lama nak masuk bulan Rajab... tak perlu takut, hidup seperti biasa sahaja, serahkan diri bulat bulat pada Dia, pasti Dia tak mengecewakan kita.

    berdasarkan riwayat, orang Islam akan bersatu dengan Rum melawan musuh di belakang mereka. Rum ialah Byzantine atau Rum Timur dan bukan Roman atau Rom Barat atau Holy Roman. Yang akan menang ialah pasukan Muslimin dan Rum sebagai satu berita gembira dari Nya. Rum zaman ini ialah Russia / Easthern Ortodox Church termasuk beberapa kawasan sekitarnya. Roman zaman ini ialah Eropah dan USA dan mereka betul-betul berada di belakang Rum.

    jika Director fire, mintalah watak lain pula..hang kebun pun hang kebun lah...

    ReplyDelete
  13. trima kasih atas info.. inilah masanya kita perlu bersatu. teruskan perjuanganmu bradokapak...
    salam dari faisal 9w2wbt

    ReplyDelete
  14. InsyaAllah mudah2an anak isteri n kluarga kt smua dhindari dari fitnah dajjal n segala malapetaka..persiapknla diri dr segi batin rohani n fizikal..


    (Rujuk point 44) tu page saper ek brado..nk bace smpai abihla..

    ReplyDelete
  15. Bila tengok gambar tentera Australia teringat bulan lepas Nampak dorg Kat highway plus rawang-sg buloh.Lbih kurang 3 Hari jugak dorg Kat sana.Xtau la pulak dorg buat apa.saya org biasa yg Xtau apa2 pasal Benda macam ni

    Tapi kalau nusajaya tu dah Nampak bunga dia.tggal berbuah je.saya kerja di Salah semua syarikat perbankan dan hartanah yang agak femes jugak la.Tp company saya cina.Banyak semua project2 Iskandar buat boss(cina) saya tersenyum lebar.
    Maaf jika penulisan saya agak berterabur
    Conclusion nya mmg btol apa yg BK ni ckap pasal tanah2 di nusajaya

    ReplyDelete
  16. ENTE BRADO KAPAK HARUS LAH INGAT.MANUSIA AGUNG MUHAMMADU RASULULLAH TIDAK LAH KEBAL.DI CERITAKAN DALAM KISAH PERANG UHUD.TIDAKLAH NABI MUHAMMAD ITU BISA MENERBANGKAN PEDANG PEDANG.ENTE BRADO KAPAK BANYAK MENYESATKAN PEMIKIRAN UMAT ISLAM.BANGSA MELAYU MASIH RAMAI YANG TERPENGARUH DENGAN BUDDHA DAN HINDU.NENEK MOYANG MELAYU ADALAH BERAGAMA HINDU DAN BUDDHA SEBELUM KEDATANGAN ISLAM.WALAU SUDAH ISLAM TAPI MASIH TERUS PERCAYA BOMOH,PAWANG,BERMAIN SIHIR.JIKA BERNIAGA MEMINTA PELARIS ATAS ALASAN USAHA DAN IKHTIAR HINGGA MENSYIRIKKAN ALLAH.INGAT BRADO KAPAK,SUDAH TIGA KALI ANA INGATKAN ENTE.BERHENTILAH DARI MEMFITNAH.SEDANGKAN ENTE SENDIRI TERBELANGGU DENGAN TAKSUB PARANG TERBANG,KEBAL DAN KEPENDEKARAN MELAYU YANG BERDAMPING DENGAN JIN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong penuh kenyataan Zarillazamani. Para Sahabat R.ahum mereka merupakan golongan yang paling hebat jika dibandingkan dengan umat sebelum dan selepas Nabi SAW. Sedangkan diriwayatkan dalam Hayyatus Assahabah, tiada diceritakan sahabat-sahabat tertentu memiliki ilmu-ilmu kebal dan mistik semasa peperangan. Mereka hanya mendapat pertolongan dari Allah SWT untuk kemenangan dengan meletakkan keyakinan hanya pada Allah SWT, bukannya bergantung kepada kemampuan dan kebolehan fizikal mereka. Dan bukan semua peperangan para sahabat menang, ada masa mereka juga dikalahkan. Masa peperangan Uhud, Nabi SAW yang mulia juga turut tercedera di kepala dan patah gigi. Nah! Baginda SAW yang teramat mulia pun turut tidak KEBAL!. Bah dalam satu kisah perang seorang salah bernama Abdullah bin Jash telah berdoa agar Allah SWT menemukan beliau dengan musuh Islam yang lemah fizikal, tetapi dapat mengalahkan diri beliau sehingga musuh itu dapat memotong hidung dan telinga beliau. Supaya di akhirat kelak, apabila ditanya "Wahai Abdullah, di manakah telinga dan hidung mu? maka di ketika itu beliau akan menjawab, Telinga dan Hidung telah syahid di JalanMu Ya Allah. Tidakkah sepatutnya kisah kehidupan para sahabat menjadi ikutan dan pegangan seluruh umat Islam hari ini?

      Delete
    2. heheee.....betul2....hamba setuju..hamba rasa brador kapak ni banyak tgk cerita naruto ni...hahaha

      Delete
    3. Assalamualaikum, maaf tuan2. mungkin tuan2 boleh baca sendiri kitab2 (pati rahsia, pagar hikmat, kota negara, kitab matkilau etc.) yang ditulis oleh ulama2 dan pendekar2 melayu sendiri...atau mungkin membaca kisah2 sebenar mereka..sebelum kata ulama2 melayu dan pendekar2nya guna ilmu sesat, eloklah kaji, tengok background beliau dulu....bagaimana cara kehidupan mereka, sifat2 mereka, amalan2 mereka....

      mcm contoh, tok janggut: beliau sampai belajar ke mekah,sekali dengan tok kenali. pastu balik dan dakwah di sini. bukak gelangang silat(ilmu silat beliau dr ayahnya, pendekar munas), sambil ajar agama kat org2 melayu..bukan setakat tu, sampai sanggup berjuang lawan penjajah... tup tup sampai cerita kat kita, "sesat!!!!"

      jadi, kena pandai la beza mana syirik mana x... kesian diorang...belajar ilmu tinggi2, mai kat cucu2 dorang, terus tembak kata sesat.
      yang susah nak mati tu la yang comfirm ilmu sesat.
      maaf ya, saya bukan bermaksud utk tidak menghormati pendapat2 kalian... :)

      saya hanya hamba Allah yang hina..kalau salah tolong hulurkan cahaya. :D
      assalamualaikum

      Delete
    4. "Barangsiapa yang mengatakan kepadamu bahawa ia mengetahui yang ghaib, bererti ia telah berdusta, kerana Allah telah berfirman,
      'Tiada yang mengetahui hal ghaib, kecuali Allah'."

      - Sahih Bukhari, Kitab At-Tauhid VI/2687.

      Delete
    5. JANGAN CAKAP MACAM TU BRO ZARILLAZAMANI..
      CUBA BACA CERITA DALAM WEBSITE DIBAWAH INI...

      http://www.dinar-emas.com/vaticans.html#axzz2yU297BEz

      CUBA BACA TENTANG KEHEBATAN TENTERA AL-MAHDI YANG DIAKUI OLEH PIHAK GEREJA.

      Delete
  17. Salaam. Mula2 nak minta maaf dulu, kalau ada yang saya tersalah dan tersilap nanti.
    Sepanjang membaca bahan di blog ini, ada satu perkara yang saya nak kongsikan. Kita2 ni, kalau berilmu, sebarkanlah. Kalau tahu, berkongsilah. Tidak usahlah menjadi seperti pelbagai blog2 yang konon tahu rahsia umat, rahsia alam, tapi bertahan2, tidak memberitahu. hanya berjela2 klu diberi. Sampai ada yang minta duit jika mahu access ke blog itu. Apa semua ini? rasa gah dan bangga sebab tahu lebih dari orang lain? Tahu tapi tidak boleh diberitahu? Macam2 alasan ditawarkan, kecuali pengetahuan itu sendiri.
    BEnda hiburan, benda lucah, benda melalaikan, semua mudah sampai mudah dapat. Kita yang sering digesa untuk mencari pengetahuan ini pulak yang pelbagai usaha kena buat semata2 nak ketemu ilmu berkenaan.
    Jika ada pengetahuan, jika ada kitab2, jika ada ilmu2, mengapa tidak mudah disampaikan? Bukan bererti malas tidak mahu berusaha. Tetapi seolah2 hak untuk mendapatkan pelbagai ilmu yang sering ditangisi sebagai hilang dan diabaikan itu, seperti ditahan2 oleh orang yang tahu berkenaan. Sama lah dengan blog ini. Tahu pelbagai, tetapi macam2 sekatan ada. Konon demi kebaikan pembaca sendiri. Ini sama saja laksana watak pentadbir jahat dalam V for Vendetta.
    Jikalau ada akses ke kitab2 lama, ilmu2 lama, sebarkanlah. Itulah sifat semulajadi ilmu. Bukan untuk ditahan, dikongsi di kalangan golongan terpilih. Seperti berkongsi api, akan ada yang terbakar, akan ada yang mampu menggunapakai api tersebut. Sekarang ini zaman pengetahuan. Salah jika suka sangat bertahan2, lepas itu guna pula alasan masyarakat belum bersedia, masyarakat dalam bahaya. Bukan hak kita nak tentukan perkara tersebut.
    Zaman ekslusiviti ke atas ilmu dan pengetahuan ke atas golongan tertentu sudah ditamatkan sejak turun Quran dah. Oleh itu, gesaan saya, jika berilmu, sebarkanlah. Jika tahu, kongsikanlah. Buruk baik kesan perkongsian, bukan jagaan saudara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2...hamba setuju sangat...dia nak buat pembaca semua gelabah tak tentu arah kenapa???...konon tahu rahsia la,tahu cerita sebenar la,xhabis2 sebut pasal khazanah..senang cakap bg tau je hal sebenar.xpayah pembaca nk berteka teki..mcm org takde keje nak buat.deyyyy!!

      Delete
    2. Ye la. Saya pun dah lama rasa mcm tu. Beritahu aje la kalau rasa penting

      Delete
    3. Jangan bila dah berlaku baru nak kata 'tu la xnak fikir yg saya kata kan dulu' Patut la org melayu ni susah nak maju.

      Delete
  18. China akan support Malaysia dan secara tidak langsung negara2 Islam lain apabila peperangan bermula. Tentera dari langit pun telah mula turun. Agaknya ada sesuatu yang dah dekat nak berlaku.............sama2lah kita berjuang mempertahankan negara ini dari kembali dijajah.

    ReplyDelete
  19. Tradisi Tuhan pasti berulang dan kamu tidak akan melihat kepada perubahannya;

    "Sebagai suatu sunnatullah yang telah berlaku sejak dahulu, kamu sekali-kali tiada akan menemukan perubahan bagi sunnatullah itu" Al Fath:23

    Apa yang akan berlaku sudah tertulis;

    "Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah" Al Hadid :22

    Sisitem Thagut dah nak sampai akhir zaman ( Akhirat ) dan Sistem Yang Haq akan bangkit ( Qiam mat). Pemilik bumi ini nak tukar Sistem . Allah sedang campur 'tangan' terhadap apa yang IA ciptakan dan PASTI AKAN BERLAKU. MEMANG IN RENCANA DAN KEHENDAK TUHAN SEMESTA ALAM. Ptsa

    ReplyDelete
  20. IBLIS DAN ALAMNYA (Musuh Kamu Yang Paling Nyata) http://kubranewszamany.blogspot.com/2010/02/iblis-dan-alamnya-musuh-kamu-yang_23.html

    ReplyDelete
  21. Br terpikir, JOHOR mmg skg tengah sbuk PR1MA dan Perbadanan Perumahan JOHOR (SUK) mtk org JOHOR dan dah tinggal lbih 5 taun di johor mohon rumah...x kira yg da ada rumah, yg x mampu, yg x ckup syarat apply je...kemungkinan besar org melayu akan di utamakan...sbb 90% org cine dah mohon. diaorg da pulun ank beranak suh mohon...dr mne dtg nya 90% tu...rmai sungguh...mgkin brader kapak betul tentang JOhor...sy x nafikan...
    ciayokkk brader kapak teruskan mengali segala yg anda tahu...demi org melayu di tanah melayu..dan demi agama tercinta...ISLAM...

    ReplyDelete
  22. Bila baca.Bk tulis cina x berani naik gunung..teringat DLM surah Al kahfi ada cerita mengenai pemuda yg lari dr raja namrud menuju ke gunung. Ada seperti kene mengena. Then China adalah waris yakjuj dn makjuj..SBB tu meraka di masukkan ke Negara kits..

    ReplyDelete
  23. dunia dah diakhir zaman....sama2 kita pertahankan hak kita terhadap tanahair dan agama Islam...

    ReplyDelete
  24. salam ukhwah..sesiapa yg berminat atau masih lg mencari ilmu tua,bolehlah masuk ke blog ini http://datukseriorgkaya.blogspot.com semoga bermanfaat utk kita semua..insyaallah

    ReplyDelete
  25. Khazanah = URANIUM...

    ada di depan JPJ Timbang Gua musang....
    Bukit yang ditutupi dengan PLASTIK...



    :)

    ReplyDelete
  26. PENTING:

    http://www.dinar-emas.com/vaticans.html#axzz2yU297BEz

    KITA SEMUA HARUS TAHU DAN BACA TENTANG INI.
    PLEASE.. BACA DAN FAHAM. DAN CUBA LIHAT APA YNG BERLAKU SEKARANG.
    TERIMA KASIH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menangis bila baca. Sudah lama kita terpedaya dengan halusinasi buatan mereka. Allahuakbar..astaghfirullahalazim...

      Delete
  27. As salam. Ingin saya berkongsi tentang cerita parang terbang dalam point 49 kalau tak silap. Untuk pengetahuan BK, saya terlibat dalam perubatan untuk anak saya yang berpenyakit ganjil akibat saka. Dalam proses pembuangan saka salah satu yang keluar adalah tuntutan dari datuk saya iaitu parang terbang. Menurut cerita bahawa datuk saya mengamalkan ilmu parang terbang semasa menentang cina dimana ilmu tersebut diperolehi dari seorang kiyai dari muar. Apa yang saya lihat dan menurut bomoh tersebut amalan ini menggunakan langsuir untuk membawa parang tersebut terbang. Semasa proses menarik ilmu tersebut saya boleh mendengar bunyi langsuir mengilai di atas atap. Jadi BK hati-hati dalam menyarankan semua ilmu-ilmu dunia walaupun untuk menentang musuh kerana ianya berganding dengan unsur-unsur ghaib dan sesuatu yang berlaku dalam keadaan luar biasa boleh digolongkan sebagai sihir. Pengisian dan penyucian jiwa yang perlu ada dalam diri kita serta keyakinan penuh pada Allah swt saja yang boleh membawa keajaiban seperti mana zaman Rasulullah saw.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara MAK, ilmu2 tua ini asal muasalnya adalah daripada mujarobat dan amalan2 tua yang bersandarkan al-qur'an dan hadith. Anda telah membuat fitnah yang besar. Berhati hatilah dengan org yg bertakwa kerana mereka melihat dengan 'mata hati'.

      ...di mana aku berada di sana ada DIA...

      Delete
  28. http://thediplomat.com/2014/03/obamas-upcoming-trip-to-malaysia-going-to-be-prickly-and-tough/

    ReplyDelete
  29. Why made all four hijacked planes on 9/11 long detours? How did the hijackers know about "radar holes"? How could they conduct key hijacking events simultaneously all within 10 minutes? Who controlled the planes?

    Inside 9/11 - Who controlled the planes?

    http://www.youtube.com/watch?v=WC9KZ2Yy5g4&app=desktop

    ReplyDelete
  30. blog penjilat umno nk fitnah anwar yg kononya membawa tentera amerika ke malaysia untuk membantu menumbangkan najibtuya...

    ReplyDelete
  31. Dalam dunia ini ada berbagai2 jenis ilmu ilmu salah dan ilmu yg benar.. ingat dalam dunia ini kita dan syaitan sajakah?? Ada juga mahkluk ghaib yang baik seperti Malaikat dan jin islam.. Yang tentang parang terbang sorang ni.. ingat asal ilmu parang terbang je semua tu kerja langsuir sajalah ya? itupun dengar cakap "bomoh"!! bomoh bukan maha mengetahui! Ada juga para2 pejuang dan ulama yg mendapat "bantuan" dari alam ghaib( yang baik contoh jin islam) dengan izin Allah.. kadang2 bukan kita yg minta bantuan tu tapi ia hadir untuk memberi pertolongan.. sapa yang ajar kau asal ghaib je itu adalah sihir ha??? korang yang menyangkal tu jangan ingat cara berfikir yg lain tu pun mcm korang! jangan menyalah anggap orang lain dengan mudah!!

    ReplyDelete
  32. WAH RAMAI JUGA MELAYU YANG NAIK ANGIN BILA SEBUT SOAL MENERBANGKAN PARANG YA.TAPI TIADA SIAPA YANG BERANI MEMPERSOALKAN KENAPA RASULULLAH SAW TIDAK MAMPU MENERBANGKAN PARANG SEPERTI ORANG MELAYU MENERBANGKAN PARANG?ADAKAH PARA PENERBANG PARANG ITU LEBIH HEBAT DARIPADA RASUL MU MUHAMMAD?ADAKAH PENERBANG PARANG ITU LEBIH HEBAT DARIPADA SAHABAT BAGINDA ABU BAKAR,UMAR,ALI DAN USMAN.SIAPAKAH YANG LEBIH HEBAT DARIPADA KHALID ALWALID.SEBELUM TAKSUB DENGAN ILMU PARANG TERBANG KAJI DULU SIRAH RASULMU MUHAMMAD DAN PARA PANGLIMA PERANGNYA.SUBHANALLAH BILA ADA DALAM HATIMU UMAT MELAYU LEBIH BERKUASA DARI RASULMU MUHAMMAD DAN PARA PANGLIMANYA MENYEBAR AGAMA SUCI ISLAM.BETUL DAN SETUJU DENGAN PENDAPAT IBNU AMBAK DI ATAS.BRADO KAPAK YANG INILAH JUGA YANG MENGAGONG-AGONGKAN HAL RAJA NUSANTARA YANG LEPAS YANG TAKSUB.TAPI ALHAMDULILLAH AKHIRNYA KETAKSUBAN ITU DI PATAHKAN JUGA OLEH KEBENARAN SIAPA SEBENARNYA YANG RAJA NUSANTARA YANG BERMAIN DENGAN ISLAM DAN ITRAH AHLUL BAIT.INGATLAH SAUDARA KU DALAM TIDAK SEDAR MENJATUHKAN DARJAT RASULULLAH DAN PARA PANGLIMANYA YANG BEGITU TINGGI KEIMANANNYA.MOGA ENTE SEDAR BRADO KAPAK,KETAKSUBAN SAUDARA BOLEH MEMPENGARUHI DAN MENYEBARKAN FITNAH WALAU SAUDARA BERI INGATAN KEPADA PEMBACA SUPAYA JANGAN PERCAYA.SEDAR LAH WAHAI'ORANG GOMBAK'.ADA SAUDARA MELAYU KITA YANG SANGGUP PERCAYA ILMU PARANG TERBANG LEBIH HEBAT DARIPADA RASULMU MUHAMMAD DAN PARA PANGLIMANYA.INILAH FITNAH YANG PALING BESAR DALAM DIRI UMAT ISLAM SENDIRI.KEPADA SAUDARA MOHAMAD FAHRIZAL,MAAFLAH SAYA MENEGUR,SAUDARA AYAT SAUDARA YANG BERBUNYI "sapa yang ajar kau asal ghaib je itu adalah sihir ha???" MENCERMINKAN SAUDARA SEOLAH ANGGAP ILMU PARANG TERBANG ITU LEBIH AULA DARI CONTOH AJARAN DAN DIDIKAN RASULULAH YANG TIDAK PERNAH MENERBANGKAN WALAU SEBILAH PARANG PUN.ADAKAH PENDEKAR MELAYU LEBIH HEBAT DARIPADA KHALID AL WALID?YANG TELAH MENGORBANKAN SEMANGAT DAN KEPAHLAWANAN NYA TANPA MENERBANGKAN SEBILAH PARANGNYA ATAU PEDANGNYA PUN HINGGA TERSEBARNYA ISLAM MENUNDUKKAN EMPAYAR PARSI DAN ROM HINGGA MENAKLUKI BAITULMAQDIS.MERUGILAH MANUSIA ISLAM YANG AKAN DI TUNTUT BALAS OLEH MAKHLUK GHAIB ESOK DI AKHIRAT DI DEPAN ALLAH,MINTA BALASAN ATAS SEGALA USAHANYA MENGHAMBAKAN DIRI KEPADA MANUSIA DEMI UNTUK SANJUNGAN DI MATA KASAR DUNIA DAHULUNYA.PAHLAWAN MAT KILAU SENDIRI SEBELUM MATINYA TELAH MEMBUANG SEMUA ILMU KEPENDEKARANYA SETELAH MENUNTUT ILMU AGAMA SEMASA MELARIKAN DIRI KE KELANTAN DAN SIAM.KAJI DAN BELAJAR LAH TENTANG ISLAM YANG TULEN.MALAIKAT TIDAK MEMBERIKAN KHIDMATNYA KEPADA MANUSIA MELAINKAN YANG TELAH DI TETAPKAN OLEH ALLAH.TIDAK ADA MANUSIA YANG MAMPU MEMERINTAH MALAIKAT MENERBANGKAN WALAU SEBILAH PARANG PUN.SEMUANYA ADALAH MAINAN IBLIS YANG MENGETAHUI AKAN KELEMAHAN ANAK ADAM SEJAK DARI AWAL PENCIPTAAN ADAM LAGI.INGATLAH ALLAH CUMA MENJAMIN KESELAMATAN MANUSIA YANG BERGELAR"HAMBAKU YANG IKHLAS" ,HANYA INILAH SAJA JAMINAN ALLAH KE ATAS MANUSIA YANG HATINYA TIDAK MAMPU DI SENTUH IBLIS.INGATLAH KISAH BARSISA WAHAI SAUDARA MELAYUKU.SEBELUM KEDATANGAN ISLAM,UMAT MELAYU BERCAMPUR BAUR MENGAMALKAN KESYIRIKAN.HINGGA KEDATANGAN ISLAM PUN MASIH TIDAK MAMPU MENGIKIS RASA TAKJUB ORANG MELAYU AKAN KEAJAIBAN DAN KEPERCAYAAN KEPADA KETAKJUBAN.KERANA KEGAGALAN KITA MANUSIA UNTUK MENDAPAT ANUGERAH PALING AULIA DI KALANGAN MANUSIA IAITU"HAMBAKU YANG IKHLAS".MAAF.SEMOGA BRADO KAPAK BERHENTI MENYEBARKAN FITNAH YANG MAMPU MEROSAKKAN AKIDAH UMAT ISLAM MELAYU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ,kami tidak mempersoalkan kenapa Rasullullah SAW tidak mampu menerbangkan parang seperti orang Melayu.. tetapi lebih hebat dari itu.."Peristiwa Isra' Mi'raj'" apakah itu sesuatu yg ghaib atau bagaimana? Ini satu Mukjizat Allah..Correct me if I'm wrong..Saya menasihati diri saya selalu, supaya berhati2 bila berbicara. Apakah percaya pada yg ghaib itu bukan Rukun Iman..Percaya pada Malaikat itu bukan kah sesuatu yg ghaib? Ma'af jika kata2 saya keterlaluan. Cuma saya ingin kembali pada yang basic. Rukun Iman.. Kita percaya pada yg ghaib bukan bermaksud kita menyembah pada yg ghaib..kecuali menyembah kepada Dzat Allah. Wassallam..

      Delete
    2. Saudara Z, mana anda tahu Rasullullah SAW tidak mampu menerbangkan parang? Mana pula anda tahu sahabat2 Baginda SAW pun tidak mampu menerbangkan parang? Anda dah habis mengaji dan mengkaji kah?

      ...di mana aku berada di sana ada DIA...

      Delete
  33. Btul latu...buat ape nk gune bntuan jin untuk jage diri kite...buat ape nk melawan takdir..kite mmg diciptakan mcm ni..xkebal..n hukum alam mmg dicipte mcm tu..ade graviti..buat ape nk blajar ilmu utk melawan hukum2 tu sume..baik belajar ilmu yg mendekatkan kite dgn pencipte..sbb kite semua akn mati..jgn dibelajar ilmu yg melawan hukum mati..hukumnye klu kite kne pnah mmg akn mati..jgn bljar ilmu utk kite xmati bile kne panah..baik belajar ilmu utk kite akn mati syahid bile panah..dah tentu2 semuanye akn mati..ilmu yg kite patut bljar ilmu yg membuatkan mati kite dijalan yg betul..klu dah akhir zaman buat ape nk jadi kebal n nk hidup lme..dah tentu diakhir zaman org2 yg betul n beriman akn mati dijalan agama..yg tinggl hnye org kafir n islam yg ketakutan mnyelamatkan diri smpai sngup mnggadai agama..ape gunenye hidup lg klu dh nk kiamat..baik kite same2 mati untuk agame kite..sbb ape org blja ilmu kebal ilmu silat2 bile nk mati susah?? Sbb dye blja ilmu tu utk ape? Mgkin ade dlm hati dye..dye xnk jd mcm org lain bile dipnah akn mati..bile dipancung akn mati..bile ditembak xmati..seolah olah melawan hukum mati..jd bile nk mati tuhan bg dye betul susah nk mati..nk sgt susah mati..so jgn eh..ikut je hukum alam..ikut ape yg ditentukan..jgn lawan hukum graviti..pedang mne boleh terbang buat ape nk tunjuk n buktikan kat org seolah olah hukum graviti tu xbtul..tuhan yg mncipte hukum tu..baginda muhammad s.a.w kite contoh manusie yg terbaik..jgn kite melebihkan idola kite kpd org lain..tok jgut tok gajah mcm2 tok lg..xyah lah tiru..belum tentu betul..yg dah tentu betul tu n rukun iman tu yg kite ikut..

    ReplyDelete
  34. Belaja ilmu kebal hati la..bile smpai satu keadaan kepala tunggu masa nk dipenggal..musuh tnye sape tuhan kamu? Kmu akn selamat klu jawab aku tuhan mu..kite msih berani menjerit ALLAHUAKBAR..tu satu kemenangan besar..umat lain akan gerun dgn semangat berani mati(jihad) mempertahankan agama..BK ni mmg pandai..kan bgus klu dye gunakan kepandaian dye berdakwah n gune kan kesempatan pengaruh dye..skang berjuta juta org bce blog dye..bgusnye klu dye berdakwah kt sini..dakwah BK xyah jd detektif..jdi pendakwah lg untong..BK ade kebolehan berbnding org lain..tulis sesuatu yg menaikkan jihad umat islam..mnambah kepercayaan mati syahid dijamin syurge..kebal2 xyah la..last2 mati gak nnt..kbal2 sgt nnt tuhan tu bg betul2 susah mati..da bnyak contoh kite tgok..

    ReplyDelete
  35. utk poin 40 dan 49, sy akui itu yg sedang terjadi..ari2 pergi keje lalu dekat kandang oink2 dekat area2 yg sedang dijajah tu..bila malam pulak, kalau balik dekat area pukul 12 malam, mesti akan saing dengan lori yg bawak oink2..dulu sikit punya susah nak nampak lori oink2..biasenye diorang akan jalan dalam 2 3 pagi bg manjaga sensitivi sesama rakyat di Johor, tp sekarang, dah xkesah dah..bayangkan berhenti dekat trafik light, depan kita lori oink2..plg teruk, paking kat sebelah restoran 'mekdolah' sebab xboleh nak drive true, oink2 tgh mendengus2 keluarkan hidung yg mancung tu..itu baru dekat area yang sedang di jajah, area yang jauh2 sikit pon sama..rumah kedai disewa kesemua lot utk dijadikan tempat melapah..hmm..saya doakan semoga tanah Johor akan sentiasa dilindungi..in shaa Allah..

    ReplyDelete
  36. mungkin ini sunnatullah.... ketetapan Allah... dah tiba masanya ISLAM akan berada di atas... tapi mestilah menghadapi onak dan duri seperti apa yang berlaku skg (ramai umat ISLAM dibunuh). sebenarnya Orang Kafir Musyrik dah tahu ISLAM bakal berada di atas... mereka semua takut akan hari kebangkitan (Qiam... mat) qiam bermaksuk bangkit

    banyak fitnah duniawi dari dajjal serta yakjuj dan makjud yang sedang merosakkan bumi Allah... Moga kita diselamatkan.... sudah tiba masanya syiar Islam perlu ditegakkan di bumi Allah... Moga kita Umat Islam dapat berdiri dalam satu saff... Ya Allah selamatkan diriku dan umat Islam dari perasaan Cintakan dunia dan Takutkan Mati... berikan kami tempat di Bumi ini untuk melaksanakan syiar Mu... Jadikan tanah Melayu ini tempat berdirinya Syiar Mu ya Allah... sesungguhnya tidak sesat umat Islam ini kiranya berpegang dgn sunnah Rasulnya dan Al-Quran... Wallahu'Alam...

    ReplyDelete
  37. Saya setuju 100% dengan ZARILLAZAMANI. Satu penerangan yang jelas. Bagi MOHAMAD FAHRIZAL, fikirkan dua perkara : 1) Dengan keizinan Allah 2) Dengan pemberian Allah. Apakah perbezaannya? Kalau engkau mencuri atau menyamun dan berjaya mendapat habuan bermakna Allah telah mengizinkan perbuatan engkau tapi adakah dosa atau pahala yang engkau dapat? Samalah kalau engkau menuntut ilmu parang terbang untuk memerangi musuh dengan izin Allah engkau berjaya kalahkan musuh tapi adakah halal cara tersebut iaitu mendapat kerjasama dari jin. Melainkan point no 2) iaitu dengan pemberian Allah swt apabila engkau yakin dengan Allah swt dan semua perbuatan yang engkau lakukan adalah ikhlas kerana Allah maka datanglah pertolongan tak kira dari segi apapun sebab itu adalah pemberian dari Allah swt sama seperti zaman Rasulullah saw. Jadi fikir-fikirkanlah sebelum nak menuntut sebarang ilmu dunia nanti sampai tujuh keturunan anak cucu cicit engkau tak habis sakanya. Rezeki tertutup dan brbagai-bagai lagi kesannya.

    ReplyDelete
  38. Kepada semua umat Islam, Kembalilah berpegang kepada Al-Quran dan As Sunnah... hentikanlah anjuran supaya manusia menuntut ilmu yg bertuhankan jin & syaitoon. Amatlah besar dosanya kita mengajak manusia mensyirikkan Allah s.w.t

    ReplyDelete
  39. kepe mudah sangat nk bagi obama nk jadi JAJAH MALAYSIA.. BUKAN KE PM MESTI ISLAM DI NEGARE KITE... DAH LAAA tak bagi ANWAR jadi PM ni senang senang pulak Obombo NK MEMERINTAH TEMPAT KITE... AII NI KENE REFORMASI NI

    ReplyDelete
  40. kiter kan rakyat MALAYSIA. KITER BERHAK PILIH SAPE PEMERINTAH KITER

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum
    Kepada semua yg saya hormati dan sayangi..Cuba fikir2kan..ringkas sahaja.. Negara manakah didunia ini tiada hubungan diplomatic dengan U.S dan Israel..pls comment.

    Maksud saya walaupun tiada langsung Negara yg menjalin hubungan diplomatic dengan Israel tetapi, majority Negara didunia sekarang ini ada menjalin hubungan Diplomatik dengan U.S.

    Tolong percikkan saya dgn cahaya ilmu, semoga dapat di manafa'atkan bersama..

    Wassallam.

    ReplyDelete
  42. SAUDARA MahmudShah MY,
    SOALAN SAUDARA ITU PULANG KEMBALI KEPADA SAUDARA.SAUDARA BERTANYA SAUDARALAH YANG MENJAWABNYA.SILAKAN LAH BAWA BUKTI HABISNYA SAUDARA MENGKAJI DAN MENGAJI PADA BILA DAN MASANYA DAN BUKTINYA PERNAHKAH RASULULLAH MENERBANGKAN PARANG ATAU PEDANGNYA.BEGITU JUGA DENGAN PARA SAHABATNYA.SILAKAN LAH KEMUKAKAN BUKTINYA SAUDARA.JANGAN HANYA PANDAI BERMAIN KATA

    ReplyDelete