Apabila Bulan Berdarah


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh buat semua pembaca yang dirahmati..
Selawat serta salam buat Baginda Rasulullah SAW dan Ahlul Bay’t Baginda.

“Allahumasoliala Muhammad, Wa’ali Muhammad”

Hari ini, 1hb April 2014 membuka tirai buat kekita semua selepas Mac meninggalkan kita dengan misteri #MH370 yang masih belum terjawab secara penuh sehingga ke saat ini. Hari ini juga aku mengambil satu inisiatif (walaupun agak malas nak menulis) untuk ‘divert’ (alihkan) pandangan kita semua dari isu MH370 (sekejap) ke satu isu global yang lain. Mungkin... Mungkin ada sesuatu yang bakal berlaku.. Allah lebih mengetahui. Aku tak tahu apa-apa. Cuma apa yang aku nukilkan dalam artikel ini, ianya hanya bersifat pandangan peribadi aku semata-mata.. Tapi baca lah dulu ok.. Baca pelan-pelan.

Dalam pada kekita semua ralat dan sedih memikirkan untung nasib penumpang dan anak kapal MH370 dan dalam pada kekita semua berspekulasi perihal bunga-bunga angin perang dunia ke-3 (WW3) yang bakal dimulakan oleh Russia atau China atau Amerika Syarikat atau mungkin juga Korea Utara dalam masa terdekat ini, mungkin ramai umat Islam dunia khususnya di Malaysia (mengikut pemerhatian peribadi aku) yang tidak menyedari tentang kedatangan “Four Blood Moons” atau satu fenomena 4 kali bulan berwarna merah darah yang bakal berlaku dalam tahun 2014 ini dan tahun 2015 akan datang nanti.


Fenomena ini akan berlaku 2 kali tahun ini dan 2 kali tahun hadapan dan akan diselangkan dengan satu gerhana matahari ditengah-tengah peristiwa ini nanti. Blood Moon yang pertama hanya tinggal sekitar lagi 13-14 hari dari tarikh penulisan ini iaitu dijangka akan berlaku pada 14/15hb April 2014. Sama ada kita di Malaysia dan rantau Asia Tenggara dapat menyaksikan fenomena ini belum dapat dipastikan lagi (perlu rujukkan ahli falak). Akan tetapi, fenomena ini telah disahkan oleh NASA (The National Aeronautics and Space Administration of United States) akan dapat dilihat diseluruh kawasan barat bumi termasuk di Jazirah Arab..

blood moon
Fenomena bulan berwarna merah yang seakan-akan berdarah ini sebenarnya adalah satu fenomena yang biasa berlaku. (Kali terakhir aku melihat bulan penuh berwarna merah darah ini adalah sekitar tahun 2012 di Pulau Besar, Melaka ketika sedang berjalan kaki pulang dari beruzlah di Batu Belah). CUMA kali ini apa yang luar biasanya tentang fenomena ini ialah ianya bakal berlaku 4 kali berturut-turut dalam dua tahun ini DAN akan berlaku satu gerhana matahari di tengah-tengahnya.

Persoalan yang mungkin sedang bermain di dalam minda pembaca artikel ini sekarang kemungkinannya ialah; “Pernahkah fenomena seperti ini berlaku dalam sejarah peradaban manusia..?” Jawabannya; “Iya pernah! Tetapi (sehingga setakat kemampuan pengetahuan dari pakar falak dan sejarah) ianya BUKAN diselang dengan gerhana matahari di tengah-tengah peristiwanya.” Jadi fenomena ‘Four Blood Moons’ kali ini agak pelik sedikit kerana akan berlaku gerhana matahari ditengah-tengah antara 2 kali bulan berdarah tu.. Dalam 500 tahun kebelakangan ini, ianya baru berlaku sebanyak tiga kali. Dan setiap kali berlakunya fenomena ini, ianya disusuli dengan peperangan antara Islam, Yahudi dan Kristian. Peperangan antara haq dan bathil...!

  • 2hb April 1493-1494 – Kejatuhan Empayar Islam Moro di Andalusia dan Granada, Sepanyol. Tarikh ini juga merupakan penanda kebangkitan Kristian di seluruh Eropah. Kemunculan kuasa-kuasa besar baru di bawah hukum perintah Vaticcan seperti Portugal yang akhirnya menyerang Melaka (sayap kiri pemerintahan Khalifah Uthmaniah) pada tahun 1511. Sekitar tahun yang sama itu juga Christopher Columbus telah menemui Amerika Syarikat bagi MENCARI PENEMPATAN BARU (New World Establishment) untuk kaum-kaum Yahudi yang dihalau keluar dari Eropah.
  • 15hb Mei 1948-1949 – Pembentukkan negara haram Israel selepas berjaya memecah-belahkan negara-negara kesatuan Arab dengan bantuan dan gerakkan ketenteraan dari ‘New World Establisment’ mereka iaitu Amerika Syarikat.
  • 5hb Jun 1967-1968 – Berlaku peperangan yang berlangsung selama enam hari yang akhirnya menyaksikan kejatuhan Jerusalem ke tangan Israel laknatullah sehingga ke hari ini.
Kesemua kejadian dan peristiwa di atas ini berlaku dalam tempoh 500 tahun sebelum ini ketika berlakunya fenomena ‘Four Blood Moons’ dan kesemuanya keputusan yang terbit dari peristiwa di atas adalah amat merugikan kita umat Islam di seluruh dunia. AKAN TETAPI, harus kita ketahui juga, bukan semua peristiwa Four Blood Moons yang memihak kepada bukan Islam. Jika dirujuk di dalam lipatan sejarah dunia, kita anjakkan sedikit ‘timeline’ lebih dari 500 tahun dahulu, maka kita akan jumpa iaitu pada 2hb October 1187, Salahuddin Al Ayubi dan angkatan Islam telah berjaya merampas Jerusalem dari penguasaan Kristian dan menguasai tanah keramat itu beratus tahun lamanya sebelum jatuh semula ke pihak Yahudi pada tahun 1967. Kejadian peperangan tentera Islam Salahuddin Al Ayubi ini juga berlaku saat fenomena ‘Four Blood Moons’ (mengikut sumber rujukkan sejarah falak). Jadi bukanlah setiap kali berlakunya fenomena ini keputusan akan memihak kepada kumpulan penentang Islam (jika berlaku peperangan).

Walaubagaimanapun, kumpulan-kumpulan ekstremis Yahudi dan Kristian (US & Eropah – Bukan Kristian dunia yang lain) atau aku secara peribadi memanggil kumpulan ini sebagai penggerak Illuminati (ingat makcik jual nasi lemak 3 segi...? hahaha) menganggap fenomena yang bakal berlangsung ini adalah sesuatu yang mereka nanti-nantikan.. Sebab terdapat GERHANA MATAHARI DITENGAH-TENGAHNYA. Mereka menganggapnya sebagai salah satu ‘prophecy’ atau ramalan yang bakal melengkapkan aturan NWO – New World Order mereka melalui ayat yang dipetik;
“The sun shall be turned into darkness, and the moon into blood, before the great and terrible day of the Lord come.” / “Matahari akan berwarna hitam dan bulan akan berdarah, sebelum hari kedatangan Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Dasyat.”
Joel 2:31 (Kitab Injil)
Jadi ‘Tuhan’ yang dimaksudkan disini ialah Tuhan mana..? Adakah Allah Taala seperti kepercayaan kita atau pun al-Dajjal kepercayaan Yahudi ataupun Isa al-Masih pegangan Islam dan Kristian..? Perlu kita ingat bahawasanya kandungan kitab Injil hari ini bukanlah seperti Injil di zaman Nabi Isa Alay’hi Salam lagi. Ianya telah banyak diubah-ubah oleh manusia dengan membentuk satu kepercayaan berkonsep ‘triniti’ yang karut-marut dan haru-biru..! Dan lebih parah lagi, Amerika Syarikat (yang mengaku Kristian tapi sebenarnya bukan) menjadi hub penyebaran agama Katholik ini dan bersekongkol dengan Israel dalam penerbitan siri-siri kitab Bible (Injil) yang mengikut aturan dan acuan jahat Illuminati dan Mason.. Jadi potongan ayat kat atas tu aku ambil dari kandungan Injil yang ada zaman sekarang ni atau dikenali sebagai ‘New Testament’. Bab ni rasanya aku tak perlu hurai panjang sebab akal dan hati orang-orang Islam yang sihat dan waras lagi beriman akan dapat menilai sendiri.. InsyaALLAH!

Yang bakal lebih memeriahkan fenomena ‘Four Blood Moons’ tahun ini dan tahun hadapan juga ialah ianya akan jatuh tepat pada tarikh-tarikh sambutan hari perayaan di dalam kalendar Yahudi iaitu hari yang dikenali sebagai:

  • Passover” – Hari memperingati kebebasan kaum Yahudi selepas dijadikan hamba abdi sejak 3,300 tahun lampau ketika era Dinasti Firaun di Mesir.
  • Feast of Tabernacles” atau dikenali juga dengan gelaran “Sukkot” – Ini adalah hari dimana sambutan penganut agama Yahudi lama diperintahkan melakukan hijrah ke Jarusalem atau lebih tepat lagi ‘kuil’ Nabi Allah Sulaiman Alay’hi Salam (The Temples of Solomon) di sana. Dan di atas kepercayaan mereka terhadap ‘Sukkot’ ini jugalah yang menggerakkan mereka memasuki dan menakluk Jerusalem terus sehingga ke hari ini.
seamless-mathematical-pattern-vector-978207

Jadi dipendekkan cerita, selepas sesi-sesi pengiraan dan kalkulus oleh ahli-ahli falak, ahli-ahli ramalan seluruh dunia, fenomena ‘Four Blood Moons’ kali ini BAKAL mencorakkan satu lagi perubahan dunia secara umum.. Perubahan ini akan bersifat global dan akan terpalit pada setiap umat manusia di seluruh dunia.. Israel dan Amerika Syarikat akan terlibat sama dalam percaturan mereka secara besar-besaran DAN secara tak langsung umat Islam Akhir Zaman akan diuji secukupnya.. Banyak ramalan dan andaian serta spekulasi mengenai fenomena ini telah dibuat oleh pihak-pihak dari sebelah Yahudi dan Kristian, akan tetapi HAMPIR TIADA mana-mana ‘prophecy’ dari kalangan umat Islam dunia. Barangkali umat Islam masih lena diulit mimpi-mimpi indah atau barangkali, kekita masih tidak peka dengan persekitaran perlakuan dunia.. Atau mungkin kita belum faham lagi tentang BAHASA DAN ISYARAT ALAM yang Allah Taala kirim dan tunjuk dalam sejarah.. Yang Allah Taala dah aturkan pada kita hari ini menghadap hari esok-esok secara sendiri.

Seperti yang kerap aku nukilkan dan ucapkan pada sahabat-sahabat sekalian; “Jika kita sedang dicaturkan, bergeraklah keluar dari papan catur..” Banyak-banyakkan lah bacaan doa mengelak fitnah Dajjal untuk diri dan keluarga.. Amalkan lah surah-surah berkaitan dan ayat-ayat amalan masing-masing.. Tak rugi beramal sebab kita tak tahu bila waktu kita dijemput pulang menghadap Maha Pencipta.. Di saat Yahudi dan Illuminatis sibuk menggali-gali ‘King Solomon Mine’ di Jerusalem, mungkin kini mereka dah tahu yang ‘Gedung Penyimpanan Harta Nabi Allah Sulaiman Alay’hi Salam’ sebenarnya di sebelah timur sini.. Tak jauh dari Solomon Islands di bawah ‘Kepulauan Bugis’.. Oleh itu, jaga-jaga jugalah kerana kalau terjadi apa-apa, Tanah Melayu kita ini Tanah Pusaka.. Bakal menjadi perhatian dunia.. Banyak menyimpan harta-harta untuk buat jadi mahar Akhir Zaman dan Imam mulia.. Tengok-tengok sama di Pahang, di Hulu Terengganu, di Gunung Ledang dan juga di Danau Tok Uban juga Banjaran Titiwangsa.. Jaga-jaga kekita semua segala yang pusaka pustaka dan bersaka.

Akhir sekali sebelum menutup posting ni, simpanlah tarikh yang telah dikeluarkan oleh pihak NASA dalam ramalan perihal akan berlakunya fenomena ‘Four Blood Moons’ kali ini iaitu:

15hb April 2014 (Hari Passover Yahudi) - Bulan berdarah
8hb Oktober 2014 (Hari Sukkot Yahudi) – Bulan berdarah
20hb Mac 2015 (Hari Adar Yahudi) – Gerhana matahari
4hb April 2015 (Hari Passover Yahudi) - Bulan berdarah
28hb September 2015 (Hari Sukkot Yahudi) - Bulan berdarah

Apa yang bakal berlaku kali ini adalah diluar bidang pengetahuan kita semua. Prophecy dan ramalan berbagai-bagai.. Teori konspirasi juga bermacam-macam. Mungkin... Mungkin iya-Mungkin tidak.. Mungkin ada kejadian-Mungkin tak ada langsung.. Kalau tiada, Alhamdulillah.. Kalau ada, mungkin ianya lebih besar atau lebih kecil dari isu MH370..? Mungkin.. Mungkin ada gempa bumi / tsunami / meletupnya gunung berapi / atau hujan meteor..? Mungkin ianya lebih besar dari isu Russia-Ukraine-Crimea..? Mungkin ianya lebih besar dari pergolakkan Korea Utara-Korea Selatan..? Mungkin juga perang dunia global ke-3 bakal meletus..? Sebab bunga-bunga perang dah ada.. Atau mungkin Imam Mahdi akan muncul..? Jazirah Arab dah terbakar.. Dah keluar ‘asap’ di Syam-Syria dan Mesir sekarang sedang Arab Saudi dan Qatar pula menjadi ‘hijau-hijauan’ tidak disentuh langsung golongan Illuminatis dengan pembangunan mencakar langit menutupi Kaabah di sini sana..

INGAT! Ini adalah pandangan sempit aku sahaja.. Aku tak paksa sesiapa pun faham apatah lagi untuk percaya.. Segalanya atas ketentuanNya juga.. Wallahu’alam Bis’sawab Wa’ilayhi Marji’ul Walma’ab.. Persiapkanlah dan kumpulkanlah segala kekuatan yang ada.. Takut-takut Nuclear Holocaust menanti kekita.. Apa yang terdaya..? Takkan tunggu dan lihat sahaja..?

Salam dan Solawat!

313.99.33.13.9

Artikel bukan ditulis oleh Brado Kapak. Artikel telah ditulis oleh Tun Farul Azri.

nuclear_explosion
-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

33 Responses to "Apabila Bulan Berdarah"

  1. sebagai peringatan...tiada paksaan untuk mempercayai...Allah lebih mengetahui,tq brado..

    ReplyDelete
  2. Makin menakutkan..Dan menginsafkan. Klu baca ayat PSL harta nabi sulaiman tu..sy teringat sy pernah terbaca somewhere..istana tu Ada kat johor..

    ReplyDelete
  3. tp betul ke ramalan tarikh tersebut?

    kita belum tahu tarikh tu betul ke tidak kan?

    ntah2 tarikh tu pun tarikh yg dirancang oleh mereka...wallahualam

    ReplyDelete
  4. wa'ali muhammad..tolong review meaning ni dlm arab k..ak baca ni trus mlas nak scroll gi bawah

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'ali muhammad..bukan ye Sebut Saidina Ali.. belajar bahsa arab lain kali wa'ali maksudnya dan ahli (keluarga).. smile

      Delete
  5. 313.99.33.13.9 pm meaning

    ReplyDelete
    Replies
    1. try tgk http://penjurit313.blogspot.com/2012_01_15_archive.html

      Delete
    2. Semua sumber yang aku baca cakap Malaysia salah satu drpd Nusantara yang kaya dengan emas.

      "Kepada anda yang berbangsa MELAYU lagi mewarisi agama ISLAM, anda merupakan umat terpilih untuk membangkit percikan PERANG DUNIA KE-3.Kerana apa,kerana di bumi anda inilah bangkit sistem matawang Islam.Iaitu sistem Dinar Emas yang bakal menjatuhkan empayar ekonomi YAHUDI."

      Rujuk http://www.dinar-emas.com/vaticans.html#axzz2yU297BEz

      "Syarif Muhammad al-Baghdadi adalah seorang tokoh yang sangat penting dalam penyebaran Islam di Alam Melayu. Beliau merupakan keturunan Saidina Hasan daripada sebelah bapanya dan Saidina Husin daripada sebelah ibunya. Diriwayatkan bahawa Syarif Muhammad dipercayai telah meninggalkan takhtanya dan kerajaan Baghdad untuk beruzlah di Makkah. Setelah sekian lama berada di Makkah, beliau berangkat menuju ke Hadratulmaut di Yaman dan seterusnya ke Nusantara iaitu di Hulu Terengganu."

      "Satu-satunya peninggalan terbesar Syarif Muhammad al-Baghdadi ialah sebuah batu bersurat yang dikenali dengan nama Batu Bersurat Terengganu. "

      Cuba korang teliti apa hint-hint penting yang tertulis pada Batu Bersurat Terengganu tu.

      Rujuk http://penjurit313.blogspot.com/2012_01_15_archive.html

      Delete
    3. Dekat Batu Bersurat Terengganu tu ada tertulis "Di benuaku ini penentu agama Rasulullah S.A.W" pada muka batu yang pertama baris ke-4. Pada muka pertama batu tersebut juga tertulis "Jumaat di bulan Rejab" di baris ke-10. Apa maksudnya? Baris ke-11 pada muka pertama batu tertulis pula "Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus tua."

      Pada muka kedua batu bersurat baris ke-3 tertulis tentang emas "Jangan mengambil....menghilangkan emas".

      Ada sesiapa yang boleh huraikan makna yang tertulis di Batu Bersurat tersebut?

      Atau betul apa yang dinyatakan bahawa "Kepada anda yang berbangsa MELAYU lagi mewarisi agama ISLAM, anda merupakan umat terpilih untuk membangkit percikan PERANG DUNIA KE-3.Kerana apa,kerana di bumi anda inilah bangkit sistem matawang Islam.Iaitu sistem Dinar Emas yang bakal menjatuhkan empayar ekonomi YAHUDI."

      PENENTU?? EMAS??

      Brado kapak pun ada sentuh tentang khazanah nusantara. Ini ke yang dimaksudkan?

      Delete
    4. Maksud jangan mengambil..menghilangkan emas"... ditulis olih orang terdahulu menggunakan prosa klasik lama penuh berhikmah...bermaksud jangan jangan mengambil emas dan jangan pula dibagi hilang/ dirampas olih orang asing..Maksud sebenar adalah menyuruh kita semua " Menjaga/Serta Mempertahankan hakmilik mutlak kerajaan Nusantara kita....pusaka kita/ saka kita..milik kita berkat berhikmah dan kiramahnya...para pemgembang Agama Allah terdahulu dibumi Acheh ( serambi Mekah) dan kepulauan Polynesia Nusantara yang memang dari dulu sudah terbilang hebatnya..Namun kini sudah kehilangan taringnya.

      Delete
    5. Rentetan dari sejarah tersebut seperti yang diceritakan oleh arwah bapa saya dimana adiknya adalah salah seorang yang ditangkap diantara 7 orang yang hendak dibunuh diLangkap. Mereka dikurung selama 3 hari untuk menanti hukuman tetapi Allah maha kuasa ajal mereka belum sampai diketika itu...

      Delete
  6. Dari fb pakar astronomi SHAHRIN AHMAD

    Makin ramai yang bertanya perihal Blood Moon ini,
    Walhal ia cereka dongeng tiada erti,
    Namun saya syukur ramai yang bertanya ingin pasti,
    Jawapan ringkas saya pedulikan semua ini,

    Bagi bloggers yang membawa cerita ini,
    Ingatlah tanggungjawab yang bakal dilalui, Menyebarkan berita bersumberkan fantasi,
    Hanya mengundangkan ketakutan tak bertepi,

    Hanya berani translate, copy dan paste sana sini,
    Kemudian buat ayat cover line 'Hanya Allah mengetahui'
    Ingat lah setiap kejadian boleh diselidiki,
    Itulah gunanya akal, untuk mereka yang mahu berfikir dan mempelajari.

    Kalendar Maya, Kiamat 2012, 3 hari bergelap cerita yang dulu,
    Paksi senget, ISON dan Blood Moon yang terkini
    Selidik lah dulu sumber berita nya terlebih dahulu,
    Ada akal, Lu fikir lah sendiri!

    ReplyDelete
  7. 100% BETUL APA YG BRO SAMPAIKAN NI...

    ReplyDelete
  8. Cerita copy and paste buat melaris meniaga buka... Aduhai, jgnlah sesat larat kan saudara seagama dengan cerita2 yang rasululah swndiri tak sebut. Kalau ada mesti ada dlam quran dan hadis.

    http://m.youtube.com/watch?v=9euK-koV-8k

    ReplyDelete
  9. Kita jangan sekali2 terpengaruh pasal bulan berdarah ini teori dajjal yahudi laknatullah yang sesat dan menyesatkan. Didalam al Quran dan As Sunnah tidak ada pasal bulan berdarah. Ayuh!!...kita umat Islam berdiri teguh dengan Iman perangi dajjal yang menjahanamkan kita walau dengan apa cara sekalipun. Seperkara lagi kita hendaklah sentiasa berhati2 dengan kaum syiah yang sentiasa mengintai untuk mempengaruhi kita. Modes operandi mereka menakut2kan kita supaya kita lemah dan senang dipengaruhi. Apa yang berlaku sekarang diSyria amatlah mendukacitakan berapa ramai orang2 Islam ASWJ dibunuh. Kanak2 dan bayi yang tidak berdosa disembelih dan dipotong tangan dan kaki. Nyata sekali mereka kaum syiah ini telah terpesong dari ajaran Islam yang sebenar. Kenalilah mereka walaupun mereka bertaqqiah. Semoga Allah swt melindungi negara kita dari syiah yang kejam ini. Allahhumma Solli 'Ala Saiyidina Muhammad Wa'ala Ali Saiyidina Muhammad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum pada semua..Cuba fikir2kan..ringkas sahaja.. Negara manakah didunia ini tiada hubungan diplomatic dengan U.S dan Israel..pls comment

      Delete
  10. Salam bk.

    Nk komen skit. Selawat yg bk tulis tu adalah selawat syiah. Spatutnya " wa 'ala ali muhammad". "Wa'ali" yg bk tulis merujuk kpd saidina 'ali. Klu tgk dlm bhasa arab ada beza alil lam dan 'ain lam.

    Wasalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum pada semua..Cuba fikir2kan..ringkas sahaja.. Negara manakah didunia ini yang tiada langsung hubungan diplomatic dengan U.S dan Israel..pls comment

      Delete
  11. dapat tambah ilmu lagi alhamdulillah,,,tp klu boleh kecilkan la sikit picture besar sgt nk baca pun susah kene gerakan kanan kiri :p

    ReplyDelete
  12. ehemm....bnd bkan ap sgt pn... juz amik tau sdah la... xprlu nk pcye pn... lain la klu mmg dlm al-quran ad trtlis... even klu bnd mmg btul jdi pn kn... kte kn islam.. kte brpgg tguh pd agame... prcye pd allah... n nabi Muhammad S. A. W... sume bnd yg akn trjdi allah Da tlis dlm al-quran... xprlu nk brdebat bagai....

    ReplyDelete
  13. jgn percayakan NASA sepenuhya..sebabnya..NASA adalah satu kumpulan penyembah syaitan..freemanson..mereka cari jalan bagaimana nak seru dajjal laknatullah...tu aje..

    ReplyDelete
  14. Wallahu'aklam......mungkin shja artikel ni menakutkan kita sejurus mmbawa kita kepada keinsafan......in Shaa Allah amalkan surah kahfi untuk kita brlindung dri fitnah dajjal.....

    ReplyDelete
  15. Wa'alaikum Salam Kak Adlinz,

    Alhamdullillah, sungguh bernas penilaian dan kefahaman Kak Adlinz. Saya sungguh tertarik dengan cetusan minda kamu.

    Yes Syabas saya agreed dgn pandangan kamu dan tukang tulis yg tak mintak pun kita mempercayai nya. Tugas kita hanya menilai. Jika kita tidak mampu memanjat dan memetik buah di pohon yg tinggi, sebelum merasanya, jgn kita menilai dan mengambil kesimpulan bahwa buah itu rasanya masam atau rosak.

    Saya menasihati diri saya yg lemah sebagai insan Allah, cukup jika buah di pohon tadi yg sempat tercapai olih tangan, yg tumbuh rendah dan dapat menilainya dgn sendiri dan dpt merasai masam atau manis rasanya.

    Tukang tulis keep it up! kerana mencabar minda kami. InsyAllah, saya faham apa yg tersirat dan tersurat diminda kamu.

    Merujuk pada komentar saya pada 12 April yg ringkas, pada hemat saya dan yakin tukang tulis mengetahui, Negara manakah yg tiada hubungan diplomatik (Diplomatic ties) langsung dgn Negara U.S dan Israel, mungkin masih ada segelintir sahaja yg tiada hubungan diplomatic dgn Israel, tetapi majority Negara dunia ada hubungan diplomatik dgn U.S.

    Jadi Negara manakah yg tiada langsung hubungan diplomatik dgn kedua2 Negara itu??
    berikan percikan cahaya pada saya insan yg lemah utk dijadikan pedoman dan perkongsian ilmu.

    Sekian Wassallam..


    ReplyDelete
  16. '''''Di saat Yahudi dan Illuminatis sibuk menggali-gali ‘King Solomon Mine’ di Jerusalem, mungkin kini mereka dah tahu yang ‘Gedung Penyimpanan Harta Nabi Allah Sulaiman Alay’hi Salam’ sebenarnya di sebelah timur sini.. Tak jauh dari Solomon Islands di bawah ‘Kepulauan Bugis’..'''''''''

    saya pengkritik brado..tp kali ini saya minta bk xplain lbih apa yg bk tahu apa bk tulis diatas..mungkin ramai x tahu dn trkejut klau NABI SULAIMAN MUNGKIN BERBANGSA JAWA..DN KUIL SULAIMAN X BRADA DI JERUSALEM..SBB ITU MEREKA X MENEMUI APA2 HINGGA KINI.

    ReplyDelete
  17. SETUJU SESANGAT... Depa ni MEMBACA TAK HABIS (baca sekali lalu jer atau pun baca ambik poin2 jer ) pas tu TAK FAHAM MAKNA YG TERSIRAT...
    bila dah TAK FAHAM... Mula lah MEROYAN TAK TENTU FASAL...

    SEL OTAK DAH KURANG ALIRAN ELEKTRIKNYERR.. camner nak berfungsi fikiran tuu.. dari dari DULU SAMPAI LA ni asyik DOK TENGOK TV jerr.. SEGALA INFO DI SUAP "tanpa perlu OTAK tu diperah-perah utk berfikir ".

    Bila dapat Berita/maklumat yg "di luar kotak pemikiran" mula lah menggelabah. tetapii suka ke tak suka ker ... kita semua kena terima.. sebahagiannya dah jadi.. nak pertikaikan lagi ke? agaknya nak tunggu MATAHARI TERBIT KT BARAT Baru SEDAR OTAK Deme tuu.. atau masih nak pertikaikan jugak ke??? Emmm... kesiaaaaan.

    ReplyDelete
  18. macam-macam... masing-masing nak tegakkan suku kaum sendiri. Bangsa hanya sebagai alat utk menyatukan umat di bawah PANJI-PANJI ISLAM.

    dah terang lagi bersuluh dinyatakan di dlm Al-Quran bahawa semua nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad SAW adalah dari bani Israel kecuali Nabi Muhammad SAW dr Bangsa Arab suku Quraisy! JANGAN PERASAN Laaa!!! KITAB KUNO mane yg mu baca tu Wong Ling yg kata Nabi Sulaiman tu dr bangsa Jawa.... Ehhh jap.. JAWA BUKAN BANGSA TETAPI "SATU SUKU KAUM DRP RUMPUN BANGSA MELAYU" Hahaha... buat lawak betul la mu ni Wong Ling!!!

    ReplyDelete
  19. nabi syiub juga bangsa arab...nabi ibrahim, nabi ismail....

    dan telah terbukti, memang berlaku peristiwa moon blod pada malam td. 15/4/2014..

    ReplyDelete
  20. Assalamuallakum pada semua yg saya hormati dan kasihi, tak payah susah2 think out of box or menuding2 jari pada sesiapa.. my concern is very simple dan masih belum dapat input yg jelas dari kamu semua, juz simple home work..Negara manakah yg masih tiada hubungan Diplomatik langsung dengan U.S dan Israel? Mungkin kalau sudah dapat jawapan nya, munkin Negara itu yg akan menjadi role model........Zaman ini.

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum Ima Nabila, Alhamdullillah kerana input Puan, Tolong betulkan kalau saya salah, tapi Negara Brunei DS masih mempunyai hubungan Diplomatik atau Bilateral Relation dengan U.S. walaupun tidak dengan Israel.

    Wassallam.

    ReplyDelete