Obomba, Selamat Datang Ke Tanah Melayu


Obomba, Selamat Datang Ke Tanah Melayu

*Baca artikel ini dan ini sebelum anda menyambung pembacaan disini...
*Sila hentikan pembacaan anda jika anda tidak dapat menerima info yang diluar jangkaan.
*Jangan baca artikel ini jika anda belum bersedia.
*Teruskan pembacaan disini sekiranya anda sudi berlapang dada.

----
1. Obomba akan dijangka tiba pada esok pagi sekitar jam 8.30 pagi waktu Malaysia. Mungkin penerbangannya lebih awal jika tiada sebarang masalah.

2. Ketibaannya akan disambut oleh Dato Seri Najib dan ramai dif-dif kehormat disamping pengawal keselamatan, pegawai peribadi dan sebagainya.

3. Air Force One iaitu sebuah pesawat rasmi dan khas membawa Presiden US, Barrack Hussein Obama a.k.a Obomba dijangka mendarat di Subang pada 26 April 2014 sekitar jam 8.30 pagi.

4. Kehadirannya bagi merasmikan beberapa acara di Malaysia disamping merasmikan tabung dana serta berjumpa dengan tetamu kehormat dalam Malaysia serta menghadap YDP Agong.

5. Obomba akan disambut dengan meriahnya serta dibawa bersiar-siar ke Putrajaya dan banyak tempat menarik di Malaysia menaiki kenderaan rasminya The Beast.

6. The Beast telahpun tiba di Malaysia semalam (24 April 2014). Dua hari lebih awal bersama-sama banyak kenderaan rasmi mereka yang lain.

7. The Beast adalah sebuah kenderaan rasmi tunggangan Presiden US yang kalis peluru dan anti-terbakar.

8. Obomba dijangka akan hadir ke Putrajaya pada hari yang sama bagi bertemu dengan Dato Seri Najib dan dif-dif kehormat untuk membincangkan tujuan-tujuan dan hala tuju Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA a.k.a TPP).

9. Obomba akan ke Istana Negara pada malamnya untuk menghadiri jamuan makan malam di Istana bersama beberapa dif-dif kehormat lain dan Majlis Raja-Raja bagi tujuan membincangkan dana akhir zaman.

10. Kesemua dana ini sangat berkait rapat dengan jatuh bangunnya US, Federal Reserve, Bank Dunia, Empayar Rothschild dan juga kebangkitan Islam akhir zaman.

11. Kebangkitan Islam akhir zaman amat kompleks untuk dibicarakan dalam ruang yang amat terhad ini. Sekiranya saya dipanggil bersyarah sekalipun, ia akan memakan masa berjam-jam untuk menyelesaikannya.

12. Selain Majlis Raja-Raja, dif kehormat yang akan turut dijangka hadir adalah pemilik hak-hak intelek Khazanah Alam Nusantara yang terdiri dari beberapa individu.

13. Mereka ini adalah pemilik nama-nama khas yang telah diteliti sebagai pemegang amanah harta Khazanah Nusantara.

14. Pembahasan mengenai hal ini insyaALLAH akan saya tuliskan dalam artikel pada minggu hadapan setelah Obomba tiba nanti.

15. Saya akan ke satu lokasi untuk mengorek beberapa rahsia yang tersimpan, apa dan mengapa perkara mengenai Khazanah ini dibangkitkan sekarang?

16. Obomba juga dijangka menghadiri sebuah upacara di Masjid Negara (mungkin bukan dalam Masjid, tetapi di lokasi berdekatan) bagi acara untuk bertemu para Imam-imam Masjid dan juga beberapa individu pemegang hak intelek harta dan khazanah Islam Nusantara.

17. Selain itu, Obomba juga kelihatan mencari-cari sebuah buku yang terkandung mengenai nama-nama pemegang khazanah akhir zaman yang berada di Malaysia. Buku itu akan menemukan Obomba dengan nama-nama penting bagi pemegang harta-harta yang timbul dari perut muka bumi.

18. Untuk makluman semua, naga yang mengawal harta ini telah mula bangkit dari tidur. Harta-harta tersebut sedang mula digerakkan. Data-data sulit sudahpun sampai ke tangan saya. InsyaALLAH ada beberapa perkara yang akan didedahkan pada minggu hadapan.

19. Pada 27 April 2014 pula Obomba dijangka hadir ke Universiti Malaya atas beberapa tujuan antaranya merasmikan satu pertubuhan dana bagi anak muda atau Youth. Perkara ini dilihat dari segi luarannya adalah baik, namun ia akan menjadi buruk sekiranya kita tidak bijak memanipulasi.

20. Seluruh kampus UM di Pantai Dalam itu sudahpun diseal dan kesemua akses masuk sudah dikawal ketat oleh para petugas keselamatan daripada pihak Federal Inteligence.

21. Kesemua laluan masuk, akses ke UM, nama-nama pekerja, emel pekerja, nombor telefon dan semua kelengkapan elektronik di UM telahpun dikawal ketat dan sentiasa dibawah pantauan mereka.

22. Seterusnya, Obomba dijangka akan ke beberapa lagi lokasi rahsia.

23. Obomba juga akan melawat segi tiga emas di Bukit Bintang. Dijangka MUNGKIN dia akan menginap di JW Marriot di Jalan Bukit Bintang, berhadapan The Pavillion.

24. Kesemua jalan di seluruh segitiga emas termasuk Jalan Bukit Bintang, Jalan Raja Chulan, Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail dan beberapa lagi jalan telah pun diseal dan dikawal ketat. Para penembak tepat telahpun berjaga disekitar lokasi ini.

25. Kepada rakyat Malaysia, saya sarankan anda agar tidak keluar ke mana-mana pada hujung minggu ini terutama yang tinggal di ibu kota Kuala Lumpur.

26. Ini kerana ia akan membantutkan perjalanan anda kerana hampir semua lokasi telah ditutup dan dikawal ketat.

27. Lihatlah, betapa penakutnya Presiden US ini.

28. Dia takut kalau-kalau ada ancaman parang terbang menyerang datang dari jauh agaknya......

29. Baru dia tahu keramat juga bumi Malaysia ini.

30. Selain itu, Obomba juga akan dijangka hadir ke Cyberjaya pada hari yang sama bagi merasmikan Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MAGIC). Rujuk sini.

31. Ada beberapa lagi lokasi lawatan rasmi Obomba yang saya tak dapat dedahkan atas beberapa sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Saya juga tak dapat mendedahkan ke mana Obomba pergi pada hari terakhir, 28 April 2014.

32. Apa yang saya pasti, kehadiran Obomba sudahpun dirancang awal sejak tahun 2013 lagi. Namun kedatangannya pada tahun lalu dikira sebagai gagal kerana pada ketika itu negara kita tidak mahu menandatangani TPP dan mahu menjalankan bisnes terbuka dengan pihak China.

33. Maka ketika hilangnya MH370 yang dihijack oleh 3 orang perisik CIA dan ditentang oleh beberapa orang perisik KGB dan China, Obomba telah melihat ini sebagai satu plan terbaik untuk menjayakan rancangannya di Malaysia.

34. Sebelum MH370 hilang, banyak kerangka pemindahan dana telahpun dilakukan dari British untuk dibawa masuk ke Malaysia.

35. Ramai individu-individu yang ada rasa cintakan kepada Islam dan mahu melihat agama yang dibawa Rasulullah SAWAW kembali bangkit di akhir zaman ini mula menonjolkan diri satu demi satu walaupun nama mereka hanya dipandang enteng oleh masyarakat semasa.

36. Kerana, hakikatnya masyarakat masih terpukau dengan cerita-cerita angan-angan yang disebarkan dalam kelompok majoriti. Kita masih fokus kepada perkara-perkara kecil yang tiada asas seperti mahu melaksanakan Hudud di negara ini, mahu menolak GST, mahu menegur kerajaan dan sebagainya. Sedangkan semua itu LANGSUNG TAK MEMBERI KESAN kepada perjanjian yang termetrai antara US dan Malaysia. Seandainya Hudud dilaksanakan di negara kita, ia haruslah selaras dengan perjanjian dengan pihak British dan juga keturunan Lord Reid sebagai pemegang pajakan Tanah Melayu dan ia harus dipersetujui oleh para Bankster daripada US, empayar Rothschild, Federal Reserve dan juga pihak Majlis Ulamak Saudi dan negara bersekutu. Sekiranya tidak, maka negara ini langsung TIDAK akan dibenarkan melaksanakan Hudud. Itu bererti, sekiranya Hudud mahu dilaksanakan pada ketika sekarang ini, kita telahpun selangkah masuk ke dalam jurang fitnah Dajjal. Sedangkan datangnya Imam Mahdi itu TIDAK akan membawa perjuangan mengenai Hudud semata-mata bahkan dia membawa perjuangan untuk menghapuskan sistem yang sedia ada yakni sistem yang dikawal mengikut telunjuk NWO, bukan semata-mata menghapuskan demokrasi waima kapitalisme. Kini fahamlah saya mengapa satu ketika dahulu Tun Dr Mahatir mengatakan, Malaysia tidak sesuai untuk melaksanakan Hudud kerana kita akan tertutup dalam kelompok jumudnya fahaman terhadap Islam yang telah diserapi Wahabiah ejen As-Sufyaniah yakni penentang Imam Mahdi dan TDM sendiri pasti takut melanggar hukum Hudud yang hendak dilaksanakan kerana banyaknya salah laku yang akan dibongkar. TIDAK akan ada Hudud seperti disyariatkan di dalam Al-Quran akan tertegak di tanah ini selagi tidak ada kepimpinan yang boleh melaksanakannya. Saya amat yakin sekiranya Hudud dilaksanakan, maka yang paling utama harus dikenakan hukuman adalah para pemimpin kita semua termasuk pemimpin UMNO, PKR, PR dan PAS kerana banyaknya salah laku yang telah mereka semua lakukan. Ketirisan demi ketirisan yang langsung rakyat jelata tidak ketahui. Pengkhianatan demi pengkhianatan yang langsung tak didedahkan. Amat beratlah kebenaran di akhir zaman ini kerana ia teramat pahit untuk ditelan. Maka, berjuanglah untuk membina tapak kepada kebangkitan Islam, bukannya berjuang mahu menegakkan hudud semata-mata sedangkan kita masih tiada tapak untuk bersedia dengan kebangkitan yang Rasulullah SAWAW janjikan.

37. Pada awal kehilangan MH370 dahulu saya telah menjangkakan yang MH370 akan dinaikkan sekiranya perjanjian antara Malaysia dan US berjaya. Namun setelah saya meneliti, saya lihat MH370 TIDAK akan dinaikkan sekiranya perjanjian itu berjaya.

38. Mengapa saya berubah fikiran dalam menulis artikel saya?

39. Mudah sahaja, kerana MH370 sekiranya ditimbulkan dan dinaikkan di media maka ia akan menimbulkan lebih banyak masalah dari segi kerugian, tanggungan risiko insurans, tanggungan kepada kerajaan Malaysia dan US, kerugian Rolls-Royce, Saham MAS yang ditutup, kerugian Boeing, kerugian di pihak Obomba, kerugian di pihak Dato Seri Najib dan banyak lagi.

40. Kerugian ini satu demi satu akan dipersoalkan oleh badan-badan NGO yang mempunyai kuasa bersuara dalam masyarakat.

41. Apapun, sekiranya perjanjian antara US dan Malaysia berjaya dan mereka mahu MH370 dinaikkan juga, ia tidak akan ditimbulkan kepada masyarakat. Yang dinaikkan, hanyalah harta yang ada di dalamnya dan biasanya, kerja-kerja mengangkut khazanah ini hanya akan dibuat oleh syarikat swasta yang diupah. Inilah maksud saya yang telah saya ceritakan dalam artikel sebelum ini disini (rujuk point 8).

42. Kesannya, ramai yang akan terbunuh sekiranya khazanah itu diangkut naik dari Laut China Selatan dan ditimbulkan kepada umum.

43. Seperti yang pernah saya ingatkan dahulu.... "Bila tenggelam tak ramai yang mati. Bila timbul, ramai yang mati...."

44. Maksud kata-kata itu amat mendalam dan ia adalah prinsip dalam apa jua misi khas.

45. Sebagai kesimpulan ringkas, dana-dana daripada bank dunia yang dikawal oleh keluarga besar Queen Elizabeth dan juga British telahpun kembali dibawa masuk ke negara kita.

46. Kesemua dana ini harus dipulangkan kerana tempoh pajakan 100 tahun sudah hampir tamat.

47. Sedikit demi sedikit, perubahan demi perubahan sedang berlaku dalam sosio ekonomi negara kita.

48. Cerita tentang pengurusan khazanah alam Nusantara ini amat sukar hendak didedahkan kerana banyaknya tangan-tangan yang memerhatikannya.

49. Kerana adanya banyak agensi yang akan cuba mengambil kesempatan dari segi mencuri khazanah yang ada, memanipulasi informasi, menipu rakyat yang hendak mengetahui kebenaran dan pelbagai lagi.

50. Ada satu gerakan yang mendapat dana daripada seorang yahudi yang berpusat di Jalan Ampang, mereka sering mencari orang-orang yang berminat dengan khazanah akhir zaman ini untuk dimanipulasi. Merekalah yang memberi dana kepada ramai individu seperti Raja Nusantara, Raja Noor Jan, Almarhum Sultan Kiram III dan ramai lagi.

51. Kesemua mereka ini diberi dana khas datang daripada Hong Kong dan juga beberapa bank luar yang mana duit-duit tersebut datang dari hasil kotor dan dibersihkan di beberapa offshore bank seperti di Hong Kong, Labuan, Swiss dan lain-lain.

52. Dana ini bertujuan memberi kekuatan kepada individu-individu tersebut bagi mengumpulkan seramai yang boleh ahli-ahli mereka bertujuan mencari pemegang kunci khazanah sebenar pintu alam Nusantara.

53. Banyak siri penipuan terancang sedang dijalankan dan ia akan dilaksanakan satu demi satu.

54. Seperti yang pernah saya ingatkan sebelum ini, tidak lama selepas MH370 hilang akan terjadinya satu perkara besar dan ia benar-benar sedang terjadi di negara kita tanpa kita semua sedari.

55. Rasulullah SAWAW pernah bersabda yang mafhumnya dapat kita fahami sebagai; "Kelak akan kering sungai Furat dan akan timbul segunung emas. Akan datang 99 pasukan merebutkannya dan hanya satu pasukan sahaja yang berjaya. Wahai orang-orang mukmin, janganlah kamu berebut hendak mengambilnya..."

56. Daripada hadis itu, maka jelas sekali ia sedang berlaku di rantau kita. Sungai Furat telah lama kering dan benar-benar bergunung-gunung emas sedang mula timbul di alam Nusantara.

57. InsyaALLAH, jika tidak ada aral melintang, perubahan kuasa dalam tampuk pemerintahan di negara kita tetap akan berlaku namun bagaimana ia berubah, saya tidak tahu.

58. Dato Seri Najib sudah benar-benar berada di kemuncak pemerintahannya. Dia boleh step down bila-bila masa sahaja walaupun dia sudah mempersetujui banyak perjanjian dengan pihak US dan Obomba.

59. Ini bertujuan bagi survival negara Malaysia dan juga kelansungan hidup DSN dan juga sekeluarga.

60. Sekarang, terlalu banyak orang di dalam kerajaan kita yang melakukan manipulasi wang dan mereka sedang cuba mengkayakan perut mereka dan kroni mereka sendiri bagi kelansungan hidup mereka di akhir zaman ini.

61. Tujuan mereka berebutkan khazanah itu pun tak lain tak bukan untuk survival mereka sendiri bukannya mahu membangkitkan Islam.

62. Hanya sekelompok kecil sahaja yang benar-benar mahu melihat Islam kembali tertegak dengan tidak melakukan apa-apa ketirisan.

63. Dato Seri Anwar Ibrahim tahu cerita tentang khazanah alam Nusantara.

64. Kerana itu dia pernah berjanji dengan janji gila kepada rakyat Malaysia dalam kempen PRU-13 yang lalu.

65. Kerana hubung kaitnya amat rapat dengan George Soros, Federal Reserve, Bank Dunia dan juga US selain dia tahu tentang kewujudan dana-dana akhir zaman ini dan bagaimana cara hendak memanipulasinya.

66. Semua ini berlaku tanpa kita sedari.

67. Bermula dengan kes di Lahad Datu, berakhir dengan hilangnya MH370. Ada satu lagi episod lebih besar akan dipentaskan tidak lama lagi.

68. Mereka harus cari isu untuk bangkitkan kesedaran rakyat menyokong segala usaha mereka.

69. Telah menjadi kemusykilan besar dalam diri saya apabila Obomba menuntut 8 perkara rahsia yang tersimpan di KLIA, 8 perkara rahsia dalam militeri dan juga sekuriti negara disamping dia juga ingin bertemu dengan 3 individu pemegang nama-nama waris khazanah alam Nusantara serta ingin berjumpa Imam masjid.

70. Nak kata Obomba masuk Islam, saya rasa jauh sekali...... dia orang kuat dalam NWO. Islamnya pun tetap menentang ugama yang ditegakkan Muhammad.

71. Nak kata Obomba nak cari Imam Mahdi?? Dia kenal ke????

72. Nak kata Obomba nak beli khazanah-khazanah tu? Dia nak buat apa kan???? Dia pun dah kaya....

73. Jadi, korang fikirlah sendiri sementara menunggu artikel akan datang yang lebih kompleks dan memeningkan kepala. Bersiap sedialah dengan sesuatu yang diluar jangkaan. InsyaALLAH jika ada kelapangan waktu dan direhatkan usia, saya akan terus berkarya memberi ruang input alternatif kepada para pembaca di negara ini. Ketahuilah, dalam 73 golongan yang mengejar akhirat, hanya 1 golongan yang selamat... iaitu golongan yang ada sifat Ikhwan dalam diri mereka serta tidak cintakan dunia dan tidak takutkan mati.

Apapun, saya dengan sukacitanya mengucapkan, "SELAMAT DATANG KE TANAH MELAYU kepada Obomba dan semua yang hadir. Terima kasih sudi menjejakkan kaki ke Tanah Melayu. Mahu ambil tanah kami, silakan angkut dengan kapal korek. Tetapi jika mahu rampas hak kami, JANGAN harap kalian berjaya!"

Sekian.

Wassalam.

-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.
-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

49 Responses to "Obomba, Selamat Datang Ke Tanah Melayu"

  1. "Bila tenggelam tak ramai yang mati. Bila timbul, ramai yang mati"
    bila tenggelam cuma pnumpang je yg mati tapi bila timbul kmungkinan ramai rakyat ngara kita yg mati.
    tu yg ak pk dr dlu.agaknya la kot..

    ReplyDelete
  2. sukar dihadam tp cuma utk terus mengikuti. syabas BK!

    ReplyDelete
  3. Semua konspirasi, usahlah tertipu dengan Bradokapak. Orang lain mula cemas dan takut, sedangkan Bradokapak seronok di depan komputer melihat duit Adsense dan hasil jualannya makin menaik mencecah beribu-ribu ringgit.

    Kalau Brado Kapak boleh mengubah pendirian tentang apa yg ditulis, maknanya apa yang ditulis ini belum tentu 1% benar. Brado kapak hanya memberi soalan, dan siapa yang tidak dapat memikirkan jawapan kepada soalan Bradokapak ini akan cemas dan takut. Manakala yang berfikir di luar kotak, akan tahu apa yang nk dibuat.

    Dont trust Brado kapak, kan ini akhir zaman... tiba2 je muncul Brado kapak ni mempengaruhi orang... mungkin ini semua fitnah akhir zaman?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes betol.. bk sendiri makan duit yg blom tentu halal.. guna plak FB, google, blogger, sumer yahudi punye..

      ceritanya semua tipu daya belaka...

      Delete
    2. aku tktau la kenapa Joe Suharto ni anti sgt ngan BK (orang indon mmg sensitip nenek aku ckp), senang cerita mcm ni,korang dah baca nk percaya tknk percaya pergi la mampos, BUKAN semua BK ni tulis betul,carik la source lain selain dr blog ni yg boleh korang compare, apalah susah sgt minded melayu sekarang ni,tu la taksub sgt ngan pekida,3line...kan dah bodoh

      Delete
    3. Mungkin Joe Suharto ni ketipisan idea untuk cari duit.. dia sendiri yang jeles tak sudah-sudah. Takziah untuk Joe.

      Tahniah BK, aku doakan kau selalu di jalan yang benar dan menjadi lampu yang jika tidak besar pun tetapi cukup untuk membantu kita untuk keluar dari kotak pemikiran yang sempit.

      Terima kasih banyak-banyak. Andalah hamba Allah yang dikurniakan keberanian, kebijaksanaan, dan ketabahan dalam menyebarkan kebenaran ! (Y)

      Delete
    4. haih,die nie lagi~
      asal kau bnci sngat dngan brado kapak ?

      Delete
    5. Joe suharto, baik ko bukak blog bagi buah fikiran..jangan kondem tulisan orang sampai ko cakap 1peratus je betul..yang hadis nabi dengan surah al khafi Brader kapok bgtau tu apa yang tak betulnya..dia suruh kita amalkan pekara tu..bukan ke bermanafaat peringatan gitu.. Kalau aku cakap ko bodohsombong ko marah lak...orang bodohsombong cam ko rugilah hidup kat dunia ni..

      Delete
    6. Aku mudah kan alQuran dalam bahasa kaum masing-masing...

      so khatam dlu dalam bahasa yang kamu fahami9..insyaAllah akan kamu akan nampak perjalanan di akhir zaman ni...ALQURAN sesuai sepanjang zaman..kembalilah pada alquran dan ahlul bait...

      Delete
  4. ermmmmmmmmmmmmm, wait n see,, ...

    ReplyDelete
  5. Penumpang mh370 mmg conform dah mati ker saudara?

    ReplyDelete
  6. penulis blog ni byk sangat berangan itu yg berfikir bukan2... ni jelmaan kedua si paskal tu hahahaa

    ReplyDelete
  7. penulis blog ni byk sangat berangan itu yg berfikir bukan2... ni jelmaan kedua si paskal tu hahahaa

    ReplyDelete
  8. pulau itu dlm rundingan

    ReplyDelete
  9. cerita nya mudah sahaja..jgn diambil peduli dengan apa yang ALLAH telah rancang utk kehidupan ini..tanggungjawab kita sebagai orang Islam cari guru yang ada rabitah dan wasilah yang boleh membimbing kita sentiasa berada dalam akidah yang sebenarnya..cerita2 yang nak dirungkai panjang lebar ini hanya akan membuat masing2 jatuh dalam tahsinul akli semata-mata....

    ReplyDelete
  10. New World Order (NWO) apakah dia? Apakah peranan dan kesan yang akan berlaku , jika NWO di lancarkan. apakah impact yang akan berlaku? apakah tangan--tangan sembunyi yang berada didalam NWO, ini lah masanya pembongkaran telah dilakukan, baca dan pahami moga kita dilindungi oleh ALLAH yang maha esa, jangan lupa baca entry terbaru dan share sekali ye baca sini ---> http://www.kainkapanku.blogspot.com/2014/04/new-world-order-nwo-part-1.html

    ReplyDelete
  11. terimakasih pada admin
    disini saya suka saya berkongsi satu laman web http://asalusulorangmelayu.wordpress.com/
    menceritakan tentang bangsa mim... siapa itu bangsa min.....siapa itu melayu....tentang kebangkita islam dari pentas sunda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Info fazli arifin lebih bagus..dri konteks topik.

      Delete
  12. Seram sejuk baca apa yg BK tulis nie. "AKU BERSAKSI TIADA TUHAN SELAIN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ITU UTUSAN ALLAH. Pegangan ku, Alquran & alsunah.

    ReplyDelete
  13. hukum hudud tu bukan perkara yang kecik...itu hukum Allah...siapa sedara nak cakap hukum Allah tu kecik...Satu lagi pasal GST....GST tu cukai yg dikenakan oleh kerajaan kepada semua pihak...Sebagai contoh harga batu bata dikenakan gst.....perkhidmatan kontraktor dikenakan gst...maka harga bangunan/rumah akan meningkat dengan tinggi....Oleh itu rakyat malaysia terpaksa berhutang untuk membeli rumah...... Tentang MH370 masih misteri.....terdapat agenda dan konspirasi..

    ReplyDelete
  14. terus terang sajalah BK, kenapa perlu berahsia??? kenapa perlu ada tidak boleh diberitahu kepada pembaca??? saya rasa BK ada banyak tipu la.. hayyaa...

    ReplyDelete
  15. Rebutlah gelaran ikhwan diakhir zaman
    Yang disabdakan dari lidah rasul junjungan
    Agar kita menjadi orang yang membuktikan
    Golongan yang baginda rindukan

    Tika para sahabat itu bertanya
    Siapakah yang diberi gelaran itu padanya
    Membara cemburu dihati mereka
    Hingga menitiskan air mata

    Lantas Baginda,menyambung lagi
    Ikhwan itu mengamalkan sunnahku
    Bagai menggenggam bara api
    Dan mereka amat menyintaiku
    Sekalipun tidak pernah bertemu

    Ukhuwah mereka bagaikan susunan batu bata
    Saling menguatkan diantara mereka
    Umpama satu ibu dan satu ayah
    Fikiran keyakinan keselarasan

    Perjuangannya ibarat singa disiangnya
    Bagai abid pula dimalam harinya
    Ruhbanun billaili wa fursanun binnahar
    Gelaran yang baginda berikan

    Namun ikhwan bukan sebarang pilihan
    Mereka pilihan diatas pilihan
    Bilangannya sedikit tetapi besar disisi TUHAN
    Kerana dosa amat dihindarkan

    Luar biasanya taqwa ikhwan
    Kerana taqwanya diberi pertolongan
    Kerana taqwanya diberi rezeki
    Dan dunia diselamatkan TUHAN

    Wahai pencinta - pencinta kebenaran
    Yang menagih janji TUHAN
    Rebutlah gelaran ikhwan diakhir zaman
    Ia tawaran yang tiada tandingan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika tiada dosa tiadalah Al Ghafur, jika tiada dosa pencenlah Ghafuurun. Jika tidak berbuat dosa, tidak kenal lah pada Yang Menerima Taubat. Sedangkan dalam al Quran Dia selalu menyebutkannya. Namun, bukanlah ia menjadi alasan berbuat dosa!

      Mereka yang tersembunyi adalah dari golongan yang Allah pilih. Mereka yang terpilih ialah dari kalangan ulul albab dan arifbillah. Mereka tidak disentuh oleh fitnah dajjal selagi mana mereka berada di dalam al kahfi yang luasnya dari timur ke barat. Merekalah yang terlebih taqwanya dan sebenar benar pengamal sunnah, bukan seperti penipu dan pendusta agama.

      Mereka bukanlah siapa siapa seperti yang disangka sangka... Beruntunglah mereka

      Delete
  16. Lu ni macai abadi sbnrnya brodokapak!!saje je lu berselindung kononnya nk bongkar rahsia dan konspirasi dunia.malaysia bagai.tp lu sndiri yg dah xbetul sbnrnya!sapa lu nk pertikaikan hukum hudud??lu hafal quran?lu penah baca quran??dlm quran terang2 ALLAH bgtw "tilka hududullah" "hudud itu milik ALLAH" mcm2 mana pun sbgai hamba dia lu wajib ikut tak suruhan dia?lu beriman x pd dia?pd al quran?kalau lu beriman pd quran.lu kena terima ayat ni brado kapak!!kalau hanya sebaris.sepotong.sepatah atau satu huruf skali pun dr alquran ko xleh trima...maka hukum nya kau ni kafir!ini mmg terang dan jelas!!lain kali guna otak pikir brader kapak.taubat la h kau sblm ALLAH akan ttup pintu taubatnya nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. janganlah kamu berjalan atas muka bumi dengan sombong...kelak kamu akan menjadi saksi atas ape yang kamu ucapkan...apakah bani tamim ni dah bersedia untuk perlaksanaan hudud ni...brape ramai yg dah memahami al_quran dengan sebenar-benarnya...
      jangan nak koya la kecek hudud sedang diri tu xde persediaan ape pun..
      brape ramai yang pernah habis kitab hukum qisas...tugas hudud tu akan di laksanakan oleh khalifa akhir zaman..sebab baginda sahaja yang mampu melaksanakan hukum ini dengan seadil-adilnya...
      g perhabis kitab dlu...khatam kan quran dalam bahasa kamu faham...

      Delete
    2. SURAH AD-DUKHAN AYAT KEDUA TERAKHIR...SESUNGGUHNYA AKU MUDAHKAN AL-QURAN DALAM BAHASA KAUM MASING-MASING...

      AGAR MEREKA MEMAHAMI...AGAR MEREKA MEMAHAMI. AGAR MEREKA MEMAHAMI..

      KALO XFAHAM XYAH NK KOYA EA WAHAI SAHABAT..

      Delete
    3. Terjemahan Surah Ad-Dukhan ayat 58
      - [58]Maka sesungguhnya tujuan Kami memudahkan Al-Quran dengan bahasamu (wahai Muhammad), ialah supaya mereka (yang memahaminya) beringat dan insaf (untuk beriman dan mematuhinya).

      Rujuk - http://www.alquran-melayu.com/44-ad-dukhan/

      Bila masa plak cakap dalam bahasa masing-masing?

      Delete
    4. “Wahai sekalian manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran (Al-Quran) dari Tuhan kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk , maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal kamu”.

      Delete
  17. aku, sampai sekarang taktau apa rahsia KHAZANAH peninggalan tanah melayu ni. sejak daripada zaman MH370 aku dok dengar braderkapak cerita pasal perkara ni.

    APA MAKSUD KHAZANAH TANAH MELAYU?

    ReplyDelete
  18. Yang usaha bersusah payah nk mmbawa hukum hudud dan usaha menentang GST sistem kapitalis dikatakan akan masuk perangkap NWO bagai.
    Yang tak masuk perangkap NWO duduk depan fb dan blog, baca cerita BK dr satu kisah rahsia ke satu kisah rahsia......

    ReplyDelete
  19. Wallhahi wabillahi watallahi Aku. X percaya syiah kaki kencing belit putar alam slang dunia akhir za man..hati hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah . Dalam pada itu, segala tanda dan bukti , dan segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak menaruh kepercayaan kepadanya.

      Delete
  20. 9. Obomba akan ke Istana Negara pada malamnya untuk menghadiri jamuan makan malam di Istana bersama beberapa dif-dif kehormat lain dan Majlis Raja-Raja bagi tujuan membincangkan dana akhir zaman.

    Apa itu dana akhir zaman?

    ReplyDelete
  21. Bersatulah semuanya Bani Jawi aka Melayu! Jgn bersengketa dek perkara kecil, bersengketalah dengan sebenar benar sengketa dalam menjaga maruah dan agama.

    ...di mana aku berada di sana ada DIA...

    ReplyDelete
  22. Hnya yg terlibat dgn dana ni shj yg tau... ramai org2 biasa yg terlibat... masanya tersgt hampir dah...

    ReplyDelete
  23. Dari zaman dulu lagi mereka dah tahu tentang khazanah ni..sebab tuh portugal belanda..inggeris jepun..dtg ke tanah melayu..khazanah yg teramat tinggi nilainya...rahsia dia dalam rahsia

    ReplyDelete
  24. Melihatkan cara penulisan Bradokapak terserlah sifat yang menakutkan antara fitnah dan penipuan. Di mana bezanya? Bradokapak menulis pelbagai teori dan perkara yang bakal berlaku dan analisanya terlalu lompong tanpa pembuktian hujjah yang jitu. Sesuatu yang diceritakan lebih membawa pembaca tercari2 maksud tertentu dan mula meledakkan emosi ragu2 dan was2 malah ada ketika takut dengan apa yang berlaku. Sebetulnya amatlah lucu dalam kekuatan Bradokapak memperincikan sesuatu terpaksa menukar isinya hanya kerana terasa tidak terjadi seperti mana yang dirancang.
    Apabila seseorang kononnya cuba menyelamatkan orang lain dengan memberi kata2 yang penuh keraguan tanpa memperincikan apakah yang cuba diceritakan, itu ciri2 pencetus fitnah. Saya tidak dapat mempercayai apa yang saya baca hanyalah omongan kosong penuh fitnah walaupun ada sedikit2 berbau agama yang indah sekali sulamannya memperdaya pembaca yang terperangkap dengan cerita palsu.
    Saya tidak suka penipu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami , dan yang reda (berpuashati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya, dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat Kami, Mereka yang demikian keadaannya (di dunia), tempat kediaman mereka ialah neraka; disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan.

      Delete
  25. salam.. aku pelik betullah.. nape ada segelintir dr kita asyik nak kondem org jer... blh x... sblm bercakap tuh baca isu semasa byk ckt... kl dah terlepas byk. p baca ensiklopedia mahathir.. dah terang2 dr dl lg... negara kita nih cuba survive dr tekanan yg buat oleh kuasa2 besar.. dah macam2 dah.. nak list pun xlarat kt cni.. maka apa yg bk cakap tuh bukan benda baru pun... benda lama dlm versi baru, now tppa pulak... ini xde kena mengenalah ngan berangan... ini analisis dr peristiwa lepas... n andaian utk sekarang... n mmg sumanya dah tentu xkan tepat.. kl tepat dah lama bk ni aruah dah wei... so pandai2 lah berpk..mana2 kerajaan dlm dunia nih kl kecik.. mmg akan kena mcm2... itu common sense... banggalah ckt ngan Malaysia... at least br now isu ini jd amat serius berbandng negara islam lain.. lain kali baca surat khabar.. yg rencana pengarang.. bukan muka depan jer...

    ReplyDelete
  26. Khazanah tanah melayu ni ada kaitan dengan ufti dibayar kpd british ke? Berkaitan dgn malayan union?dokumen tersebut disembunyikan jadi khazanah tersebut menjadi 'untouchable'..

    ReplyDelete
  27. Ada terbaca yang di Malaysia mempunyai 4 piramid Melayu. 2 di Pahang. Mungkin salah satu di Janda Baik. Di situ mempunyai satu bukit yang menyerupai bentuk piramid. 2 lagi di Terengganu dan Sarawak. Di dalam piramid tersebut mengandungi emas. Piramid tersebut dijaga dan dilindungi oleh 'seseorang' yang sangat amanah. Ingin tahu lebih lanjut cuba search di google 'Piramid Melayu'.

    ReplyDelete
  28. BK dah pening.....kami nasehatkan byk berehat. Sy bukan condemnt! Sy puji saudara BK dgn usaha & perjuangan hidupnya....terbaek stakat ini dgn segala ujian & dugaan yg beliau tempuh. Itulah namanya sentiasa BELAJAR. Kena caci, maki hamun, sepak terajang semua itu biasa....haha. Kami dah tempuh semua....dah lali sgt2. Kami tidak takut mati. Kain kapan pun kami dah beli utk diri masing2...anda bila lagi? Ada berani??? Sentiasa standby la utk mati.....senang berjumpa dgn DIA. Tak sabar kami....

    ReplyDelete
  29. Adakah cina atck malaysia+us
    Atau us atck malaysia+cina

    ReplyDelete
  30. Mula mula baca okey lagi. Dan sekarang makin mengarut . Kalau nk bg tahu , bagi tahu jelah. Apa nk rahsia rahsia. Hukum hudud tu hukum tuhan dah ada dalam al quran. Berbelit belit dah jadinya. Persoalan persoalan. Jawapan nya mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Carilah sendiri. Asyik nak suap je. Inilah contoh kelemahan melayu, benda mcm ni pun nak kena suap. Apa gunanya Allah bagi akal melainkan utk BERFIKIR DAN MEMBEZAKAN MANA YANG BETUL ATAU SALAH. kalau dah malas sgt nak berfikir, x payah jadi manusia lah bro

      Delete