Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah dan Syukur kepada Hadrat Ilahi atas limpah kurniaNYA memberikan kesihatan kepada saya untuk terus berkarya demi memberi pendedahan kepada anak bangsa. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad, para Itrah Ahli Baitnya dan seluruh warisnya. Semoga kita semua beroleh manfaat....
Sedikit update dalam kesempatan yang sempit ini buat tatapan semua pembaca setia disini...
Bom Jangka!
*Baca artikel ini sebelum meneruskan pembacaan disini...*Jangan baca jika kita tidak bersedia menerima sesuatu diluar jangkaan.
*Jangan lupa sampaikan kepada keluarga terdekat kita tentang perkara ini. Talian hayat terakhir kita.
1. Kenderaan rasmi POTUS iaitu The Beast telahpun tiba ke negara kita pada hari ini (24 April 2014).
2. Ia diiringi oleh beberapa rombongan bersama seperti sebuah Chopper, beberapa buah kereta pengiring rasmi dan askar pengiring.
3. USS Kidd telah lama berlabuh di Pelabuhan Klang.
4. Tinggal lebih kurang 48 jam sahaja lagi dari sekarang sebelum US Air Force One tiba di Subang membawa sekujur jasad bernama Obama atau lebih dikenali sebagai Obomba dan saya suka memanggilnya Obomba. Lucu bila ada orang kata saya tak tahu mengeja nama Obama. Sedangkan kalau kita sebut Obomba, orang-orang di Russia dan Iran sudah faham apa maksud kita.
5. Obomba sudah rasmi mahu datang ke Malaysia pada 26 April 2014 ini. Tak lama lagi, Malaysia akan menjadi sebuah bom jangka.
6. Obomba sudah pun mengkomfemkan dirinya untuk masuk ke Universiti Malaya pada tarikh 27 April 2014 dan ke MAGIC pada hari yang sama di Cyberjaya. Di UM, Obomba akan merasmikan satu dana pemuda a.k.a Youth. Pada 26 April 2014 akan berlangsungnya makan malam rasmi bersama Raja-raja di Istana Negara. Dif-dif kehormat akan tiba di sana dan dikawal rapi. Pada siang harinya 27 April 2014, Obomba akan ke Masjid Negara untuk bertemu para Imam-imam masjid seluruh negara kita.
Persoalannya...... Obomba nak jumpa pak imam ni nak buat apa??? Cari Imam Mahdi kaaaa???
7. Pada tarikh 26 hingga 28, saya sarankan kepada rakyat agar tidak keluar ke Kuala Lumpur hinggalah ke Putrajaya. Kerana akan ada seal yang dibuat sepanjang hari tersebut meliputi segi tiga emas Kuala Lumpur, Bukit Bintang, Jalan Imbi, Bulatan Cheras dan beberapa lokasi lagi sehingga ke Putrajaya dan Jalan Duta. Rujuk gambar di bahagian bawah atau klik sini untuk pembacaan.
8. Oh ya, saya baru mendapat info, sebenarnya kepulauan Spratly telahpun dijual kepada China. Harta khazanah dalam MH370 telahpun terkubur di lautan dalam. Kemungkinan amat tinggi, bahawa MH370 tidak akan dinaikkan sekiranya perjanjian dengan US berjaya. Ini kerana, MH370 akan merugikan pihak yang menaikkannya kelak sekiranya perjanjian mereka berjaya. Namun sekiranya perjanjian antara US dan Malaysia gagal, maka barulah MH370 dinaikkan demi kepentingan-kepentingan tertentu bagi mengugut kita.
9. Kesemua tuntutan Obomba dalam Trans Pacific Partnership telahpun dipersetujui pihak Malaysia dan hanya menanti masa untuk ditandatangani oleh Dato Seri Najib. Berdoalah agar perjanjian ini digagalkan...
10. Selain TPP, terdapat 8 perkara lagi yang dituntut oleh Obomba yang masih disembunyikan oleh pihak kerajaan dan pihak US iaitu berkisar tentang sekuriti, militer dan juga khazanah negara.
11. Ada banyak lokasi khazanah alam Melayu yang tersimpan kemas di atas muka bumi ini Semenanjung ini.
12. Kesemua itu akan digunakan bagi dua tujuan. Bergantung kepada siapa yang mengeluarkannya.
13. Sama ada tujuannya mahu menegakkan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAWAW atau untuk menegakkan Islam palsu yang bakal dibawa Dajjal.
14. Dajjal akan datang dengan pakaian Islam. Dia akan menyamar sebagai pak Imam yang akan diikuti ramai orang.
15. Sekarang, sejak kebelakangan ini ramai yang bercerita tentag Hudud.
16. Saya gusar sekiranya Dajjal datang membawa Hudud dan sistem Khilafah kelak. Betapa ramainya umat Islam termasuk para Ulamak yang akan mengikutinya.
17. Semoga kita semua diberi peluang kelak untuk membuka mata tatkala fitnah Maha Dahsyat itu telah tiba di negara kita.
18. Masanya dah tak lama. Lambat laun akan tiba. Masa di mana fitnah Dajjal yang terbesar sampai ke tanah air kita. Mungkin dua tiga tahun lagi. Itupun setelah isu khazanah di alam Nusantara ini selesai dan isu genocide di Syam berakhir.
19. Semua ini akan berlaku selaras dan seiiring dengan apa yang Rasulullah SAWAW pernah sabdakan satu masa dahulu.
20. Akan bangkit Islam itu daripada arah Timur. Mereka akan diiringi oleh para pemuda yang hati mereka bagaikan kepingan besi.
21. Kalau kita baca sekali faham dan sekali imbas, maka jika adanya kebangkitan Islam daripada Timur berlaku dan berpaksikan pemuda, pasti kita akan ikut dan follow.
22. Tapi pernahkah kita terfikir? Bahawa, Dajjal itu akan datang dengan membawa penipuan????? Dan Dajjal itu juga akan menipu kita selaras dengan apa yang Rasulullah SAWAW sabdakan????
23. Pernahkah kita terfikir, kelak Dajjal juga akan datang dengan membawa Islam dari arah Timur dan dia akan menggunakan Islam itu sendiri untuk menipu daya umat Islam????
24. Pernahkah kita terfikir, bahawa Dajjal itu sendiri adalah seorang manusia biasa yang mana sangat cantik paras rupanya. Tidak seperti yang digambarkan di dalam Hadis, yakni bermata buta sebelah kiri, berdahi tertulis Kaf Fa Ra, berbadan pendek, rambut kerinting dan sebagainya....
25. Alangkah kepalangnya tatkala kita mendapati bahawa hakikat Dajjal itu tidak sama dengan apa yang kita faham daripada Al-Hadis.
26. Kerana itulah, kita harus berpandukan dengan penjelasan daripada Itrah dalam apa jua ilmu Islam agar kita tidak terkeluar daripada landasan ilmu yang telah digariskan oleh Rasulullah SAWAW kepada kita melalui para Itrah Ahli Baitnya.
27. Akhir zaman ini ramai orang akan tercari-cari khazanah.
28. Mengenai khazanah akan saya bahaskan kelak dalam satu artikel yang akan ditulis pada awal minggu hadapan InsyaALLAH.
29. Artikel itu akan membicarakan apakah kaitan para Itrah Ahlul Bait dengan khazanah-khazanah yang ada ini semua.
30. InsyaALLAH saya akan membahaskannya sedikit demi sedikit. Tetapi sebagai permulaan, ada baiknya tuan-tuan puan-puan bacalah artikel ini dahulu sebagai pembukaan. "Duka Sultan Tidak Bertakhta".
31. Artikel tersebut telah saya tulis pada tahun lalu ketika terjadinya tragedi Lahad Datu. Ini semua berkisar perebutan takhta, kekuasaan dan harta. Begitu juga dengan tragedi hilangnya MH370. Ia sama juga, berkisarkan harta. Yang menjadi mangsa, rakyat tidak bersalah.
32. Itulah apa yang telah Baginda Rasulullah SAWAW sabdakan sebagai Al-Wahn. Yakni takutkan mati dan cintakan dunia.
33. Berbalik kepada topik asal artikel ini. Mengapa saya katakan bom jangka?
34. Kerana negara kita sudah sampai ke satu tahap di mana, anytime jika tersalah petik picu, ia akan meletup dan hancur lebur.
35. Jika kita bijak memutuskan suis atau fius, maka selesai masalah. Namun ada halangan lain sedang menanti.
36. Di dalam kerajaan kita telah lama berlaku ketirisan. Ketirisan demi ketirisan ini telah menular sangat dalam. Asal ada dana masuk sahaja mau di paw nya.
37. Sejak bermulanya pemeritnahan Pak Lah, Malaysia telahpun secara rasminya memasuki NWO yang diasaskan oleh Yahudi di US.
38. Ketika itu, banyak perubahan telah berlaku...
39. Bisnes antara Malaysia dan Isreal telah terjalin.
40. Dato Seri Anwar Ibrahim telah dibebaskan atas arahan burung helang.
41. Pak Lah telah membawa masuk lobi-lobi Isreal dan US.
42. Banyak lagi lah kalau nak diceritakan.... Macam sembang di kedai kopi. Macam tu lah banyaknya.
43. Maka, Dato Seri Najib hanya sekadar meneruskan legasi yang ditinggalkan Pak Lah.
44. Apabila para pemimpin negara gagal memikul amanah dengan jujur dan baik, maka sudah pasti akan ada bala menanti kita dipenghujungnya.
45. Takutlah dengan Janji ALLAH dan RasulNYA kepada kita semua.
46. Seperti contoh, khazanah di Pulau Nangka. Sudah ramai yang kecohkan tentang perkara ini sejak pertengahan April 2014.
47. Sedangkan khazanah itu sebenarnya telahpun diketahui sejak bertahun lamanya.
48. Ada rakan-rakan saya sudah ke sana dan masuk sendiri melihat khazanah yang ada pada 2011 dan 2012.
49. Namun, mengapa hanya pada bulan ini baru mereka nak kecohkan kisah tentang khazanah di Pulau Nangka??
50. Mana pergi cerita khazanah di Palekbang?? Siapa conquer??
51. Ini semua cerita disebalik cerita bagi mengelirukan orang ramai. Kita disuruh fokus kepada Pulau Nangka atas beberapa sebab, sebaliknya kita lupa fokus lain.
52. Tujuan mereka menghebohkan mengenai Pulau Nangka adalah tak lain tak bukan, kerana masih tercari-cari waris empunya harta intelek di Pulau Nangka.
53. Kepada yang masih mencari, kalau nak kenal boleh hubungi saya. Tapi sediakan pengerasnya, wang Ringgit Malaysia sebanyak Dua Juta Lima Ratus Ribu Ringgit Sahaja.
54. Nanti saya beritahu siapa orangnya....
55. Oh ya, Obomba datang Tanah Melayu nak mintak apa selain TPP, 8 perjanjian militer dan merasmikan beberapa acara???
56. Obomba datang nak cari kunci !!!!
57. Dia tertinggal kunci itu disini......... kerana tuan empunya kunci ada disini.
58. Kuncinya harus ada, sebelum masuk ke dalam pintunya.
59. Bak kata P. Ramlee.... "Ini Harta Ahmad Albab" yang punya. InsyaALLAH akan dibahaskan dalam artikel akan datang tentang perkara ini dengan lebih mendalam.
60. Maksud tujuan Obomba datang ke sini adalah bagi menyelesaikan isu dana, khazanah dan juga kekuasaan US - Malaysia yang sedang diperingkat terakhir sebelum boleh dilakukan satu peralihan kuasa besar. Ini bererti, para pemimpin negara kita sedang cuba 'menggadaikan' negara sendiri dan juga menjadikan tanah ini seperti sebuah bom jangka yang akan meletup bila-bila masa sahaja.
Ingattttttt !!! Tanah Melayu ini ada penjaganya.......... ada tuan tanahnya !! Naga yang sedang tidur, sudahpun mula bangkit. Namun masih dalam mood mamai lagi. Jangan sedarkan sang Naga kalau belum bersedia bertempur !
Berdoalah demi kelangsungan hidup kita semua. Berdoalah agar semua harta khazanah alam Melayu kita tidak disalahgunakan oleh tuan empunya badan dan pihak kerajaan. Berdoalah agar orang-orang yang masih ada Islam di dalam dirinya tidak terjebak melakukan ketirisan itu. Berdoalah agar kelak satu masa nanti, kita akan menjadi salah seorang penegak agama Islam yang dibawa oleh Baginda Muhammad Rahmatan Lil 'Alamiin.
InsyaALLAH, doakan juga kesihatan dan juga keselamatan saya disamping dimurahkan rezeki untuk meneruskan usaha saya memberi pendedahan kepada rakyat sejagat. Doakan juga agar saya diberikan kesempatan dan kelapangan waktu untuk terus berkarya demi pengetahuan anak bangsa kita.
(The Beast isi minyak Caltex dengan Tech RON !)
Sekian dahulu catatan ringkas saya buat tatapan semua...
-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.
penipu ja bradokapak ni... dulu kata kalau tandatangan mh370 timbul... skrg lain lak citernya. makin mengarut demi mengaut keuntungan. ko fitnah pak lah apa smua ko igt nnti kt kubur cmna? ko kisah sgt pasal akhir zaman tp dosa pahala fitnah menteri tu ko x kisah?
ReplyDeleteada mata lihat, ada telinga dengar, ada otak fikir....tapi sayang kamu adalah sebaliknya "joe suharto"..!! kesian.
DeleteSebab saya ada otak lah... kamu hanya ada mata dan telinga tapi otak tak berfikir... menerima bulat2...
Deletejeo kau yg terima bulat2 bab tu kau percaya 100% apa yg bk kata sebelum ni .. kesian .. cermin diri la lain kali ...
Deletebrado kapak kan dah bgitau, dah bagi amaran
Delete*Sebelum anda memulakan pembacaan, saya harap anda TIDAK lah mempercayai apa yang saya sampaikan 100% kerana boleh jadi apa yang saya sampaikan itu ada benarnya dan sekiranya benar, itu hanyalah kebetulan dan boleh jadi apa yang saya sampaikan ada salahnya dan ia terjadi kerana kelemahan diri saya menganalisa segala data dan informasi yang diterima.
jangan nak memaki n menunjukkan kebodohan itu, simpan sikit pliss pak joe suharto
Kepala hotak kau... ada aku kata aku percaya ke macai?
DeleteSebab aku bukan macam korang yang terima bulat2 apa si brado ni kata.
trima bulat2??..x joe..ko mmg bodoh pn...bkn nk suruh pecaya...bradokapak ad siap pesan lg..luaskn pemikiran..jgn pcaya 100%..kuat tgk movie ko ni..tu la...lain kali bce dlu dr A-Z...pstu fikir...pastu tpulang dr trima ke x...bengong
Deletepenipu ja bradokapak ni... dulu kata kalau tandatangan mh370 timbul... skrg lain lak citernya < tu ayat yg menujukan kau kurunan banggang abadi JEO SUHARTO ... kesian kesedaran tiada haha..lawak betul kau ni jeo sedih sop sop T.T ..
DeleteJoe,joe...joe jambul betul la kau ni.kih kih kih...
Deleteorang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan sombong..tidakkah mereka melihat kesan-kesan umat terdahulu yang mendustakan akan pertemuan dengan tuhannya...dan mereka xpercaya ape pun..walaupun kami tunjukkan kepada mereka dengan jelas tanda-tanda kebesaran KAMI...mereka akan mengatakan kepada kamu INI ADALAH SUATU KEBOHONGAN YANG DIBUAT-BUAT....
Deleterugilah bagi orang-orang yang tidak memikirkannnya...
rugi..rugi...rugi..rugi..rugi...rugi...rugi...joe oiiiii
Salam. Brado Kapak sudahpun memberitahu kenapa informasi-informasi yang beliau sampaikan selalu berubah-ubah dalam artikel 'MH370: Penutup Episod Pertama'.
ReplyDeleteLagi satu, En. Joe. Kalau takde bukti untuk menuduh org lain memfitnah, lebih baik batalkan saja niat tersebut awal2. Jika ternyata beliau tidak bersalah dan tuduhan Encik tidak berasas, makan andalah yang selayaknya dicop sebagai pemfitnah. Ingat kubur anda terlebih dahulu, sebelum mengingatkan orang lain tentang kuburnya. Sekian, maaf kerana berkasar. Saya tak rela saudara seislam saya menzalimi dan dizalimi. Kita bersaudara, jadi wajib untuk kita saling berkasih sayang sepertimana yang Baginda S.A.W seru kepada kita.
wallahua'lam.
buka blog lama brado kapak, nanti hang jumpa la macam mana dia memuja2 raja nusantara..last2 nak kantoi dikutuknya balik raja nusantara tu penipu kah3...bodo la hg pi pecaya kapak bodo ni..
Deletebila bradokapak mention RM 2.5 juta~ :)
ReplyDeletediskaun tak boleh~ :3
Saya pon keliru dgn statement bradokapak yg serinv bertukar tukar. Dulu ckp mh370 akan timbul sekiranya najib bersetuju dgn usul dibawa obomba. Skarang lain pulak. Adusss. Kalo tidak pasti jgn tulis dulu kelak tbulkan fitnah
ReplyDelete"Pernahkah kita terfikir, bahawa Dajjal itu sendiri adalah seorang manusia biasa yang mana sangat cantik paras rupanya. Tidak seperti yang digambarkan di dalam Hadis, yakni bermata buta sebelah kiri, berdahi tertulis Kaf Fa Ra, berbadan pendek, rambut kerinting dan sebagainya.... " bukan kah itu hadis sahih dr tamim ad dari ? knp bro kata ia bkn sperti digambarkah dr hadis ? ia hadis sahih kan ?
ReplyDeletehttp://dajjal.wordpress.com/2008/09/24/bukti-dajjal-sukar-dikenali/ --> Saudara boleh baca artikel ni :)
DeleteAssalamualaikum. Sebabi itu di zaman dajjal lanatullah dikatakan kira-kira 70000 ulama akan murtad. Kerana orang Islam ikut dajjal bukan kerana kelaparan tetapi meyakini bahawa dajjal itu Imam Mahdi. Sesunggnya dajjal dengan seorang ulama besar yang besar, yang menghafal Al-Quran dan Hadis. Itulah yang menjadi kerisauan Baginda Rasulullah keatas umatnya di akhir zaman kerana tidak dapat membezakan perkara haq dengan batil.
DeleteBo doh brado kapak ni maaf la ckp kassr skit..o dh makin mengarut..ko lah yg nak m3ngaburi mata umat islam ko lah dajal sial
ReplyDeleteapakah sama orang yang buta dengan orang yang melihat
Deleteadakah sama panas dengan yang redup
apakah sama antara orang yang buta dengan orang yang melihat
adakah sama antara orang yang mendengar dengan orang yang tuli..
sesungguhnya mereka itu adalah orang-orang yang tidak percaya akan adanya hari akhirat..
aiman..aiman..g ngaji dlu baru borak k
"Dato Seri Najib hanya sekadar meneruskan legasi yang ditinggalkan Pak Lah" - kesian Pak Lah jugak yg kena ..siapa mastermind? siapa sebelum paklah??
ReplyDelete(Y)
Deleteyup~
Aku cuba utk menghadam. Tp ternyata tidak mampu dihadam. Bukan sebab otak xmampu berfikiran terbuka, tp sebab penulisan yg bulat2 nampak kelencongnya.
ReplyDeletemakin mengarut brado kapak ni....citer berpusing2...sudah2lah...ko ni kalau buat novel mmg laku la..kalau buat filem, mmg kalah mamat khalid...aduiyaiii..kejap timbul..kejap tenggelam..kejap harta karun dlm mh370...kejap jumpa...kejap dlm air tp akn timbul..kejap atas darat tp takde mayat..HAMPEHHHHHHHHHHHHHH
ReplyDeletesetuju sangat bro..berbelit terok..
DeleteSyabas BK.. Satu pendedahan suatu kebenaran...!!! I follow U...
ReplyDeleteBK cuma berikan andaian.. tak salah utk kita lebih berwaspada dan mengenali musuh Islam
ReplyDeleteyang korang nk marah sngt kt BK ny napa...lantak dia la nk bt spekulasi cm na pn..dia dh ckp awal2 dari dlu...jgn percaya bulat2...ini semua andaian..nk percaya boley..tk percaya pn boley...ada fakta yg ley caya..kita bt sbg ilmu..ada fakta yg tk ley caya..kita cari kebenaran untuk ilmu yg akan dtg...
ReplyDeleteBrado kapak x suruh pun anda percaya bulat2. Dia mengandaikan sahaja. Dah nama teori. Allah dah beri kita akal, jd gunakanlah sebaik2nya. Yg pastinya x kanlah nak tunggu bala dtg baru nak merapatkan diri dgn Allah. Skurang2nya BK mengingatkan kt agar tidak bersifat sudah hujan baru terhegeh2 nak cari payung. Ambillah mn yg baik. Abaikan mana yg difikirkan boleh merosakkan.
ReplyDeletebrado da pesan awl2 lg..kalau tak boleh nk trima,jgn baca.yg duk sibuk kutuk2 pehal..adehh
ReplyDeleteTak salah utk waspada, brokapak menulis daripada dia punyer pandangan dan sumber dia. Kita semua ada otak, xyah lah emosi sangat. Guna lah kebijaksanaan sendiri utk menilai. Tq brokapak, at least buka minda saya utk menilai dari sudut 1 lagi...
ReplyDeletetapi 226 dan 27 ni kami ada event prosboc di putrajaya...boleh je lalu,di alu2kan lagi
ReplyDeleteevent KTM pon ade brappp!!!brapppp!!!
ReplyDeleteSuka-suka hati....aku tak risau ape2pun dgn Dajjal & kuncu2nya....yg penting, keluarga aku baik, sehat...beramal & solat....kami bekerja & melaksanakan keperluan kehidupan di dunia & bekalan akhirat kami dah cukup....Insya-ALLAH, sekiranya sampai seru....kami berjuang. Kami sentiasa bersedia utk ape2 keadaan sekalipun. Usah kau risau, gentar ataupun takut....sesungguhnya TUHAN bersama mu...aku lebih percaya kata Nabi drpd kata2 BK, sbb Nabi tidak bercakap semberono...hehe
ReplyDeleteAssalamualaikum... tuan TAK RISAU dgn kmunculan dajjal???!!! rsanya, dgn ilmu & amalan yg tuan telah buat, cukup hebat kah utk menangkis fitnah dajjal???!!! sdangkan RasulAllah sndiri pun risau akn sahabat2nya yg mngkin "tewas" akn "kehebatan" fitnah yg dicipta/bwakan oleh dajjal! Sahabat2 adalah yg paling dkat dgn rasulAllah, inikan pula kita yg jelas mmang trlalu jauh! bgaimana kita tdk rsa risau?
Deletebrbalik KEPERCAYAAN anda trhdap artikel2 yg disiarkan oleh Brado K...
dgn artikel... spt yg di INGATkan oleh Brado K, anda mmpunyai hak utk mmprcya atau tdk mmprcayainya. anda ada akal utk brfkir, so nilai sndiri! knp prlu melemparkan kata2 ngatif! scara tdk sedar, anda tlh mmprcyainya (teori), atas sbb itulah anda "mnyerang balas" Brado K....
sjjurnya, sy sndiri pun tdk mmprcyai bulat2 teori yg dismpaikn oleh Brado K, tp fkir & nlai lah sndiri.... skurang-kurangnya, sdikit-sbyk Brado K tlh mmbuka mata & mnda kita utk mngambil tahu tntang bbrapa prkara yg kita tdk tahu. dan anda jg tahu apa yg Brado K tdk tahu! So it's fair!
Bkenaan hadis tentang rupa dajjal tu, ramai yg keliru.. aku setuju ngn BK. selepas dia mngaku tuhan baru la dia d tunjukkan Allah swt rupa sbenar dia kat manusia.
ReplyDeleteKemah2..yg tak bleh nk trima tu dah nmpak yg mreka ni sekutu2 macai...sediakn payung sblum hujan
ReplyDeletemelayu ngan melayu 2...esk nak perang pun mlayu ngan mlayu jgak ka?
ReplyDeleteKihkihkih... aku percaya brado kapak ni.. sbb dia la antara orang pertama kena bodohkan dan kena tipu ngan raja ketum langkasuka..
ReplyDelete“Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, – mereka menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing, dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur dengan melampau.
DeleteNew World Order (NWO) apakah dia? Apakah peranan dan kesan yang akan berlaku , jika NWO di lancarkan. apakah impact yang akan berlaku? apakah tangan--tangan sembunyi yang berada didalam NWO, ini lah masanya pembongkaran telah dilakukan, baca dan pahami moga kita dilindungi oleh ALLAH yang maha esa, jangan lupa baca entry terbaru dan share sekali ye baca sini ---> http://www.kainkapanku.blogspot.com/2014/04/new-world-order-nwo-part-1.html
ReplyDeleteMamat kapak ni tak cukup dose kut... silap2 dah over floq
ReplyDeleteartikel ni nk tolak hadis sahih pasal dajjal...mengarut betul ....
ReplyDeletehttp://dajjal.wordpress.com/2008/09/24/bukti-dajjal-sukar-dikenali/ -----baca dan kaji,, jgn main cakap je bang... baca hadis je tak cukup ... kaji hadis tu dulu ...
DeleteSebagaimana kompleks & rumitnya neuron2 saraf dalam otak kita bgitu juga lah kompleks & rumitnya pementasan drama akhir zaman ni . knp ? sbb skripnya sentiasa diolah mengikut kesesuaian keadaan / keperluan semasa . Tak kira apa sekalipun genre drama yg dipentaskan , siapa pelakon yang naik & diturunkan , walau apa sekalipun props & kesan khas yg digunakan , INGAT ...... Ini hanyalah DRAMA ... X perlu terlalu serius dengan pengisiannya sebab yg paling penting & utama adalah bahagian penamat nanti ... :) Ramai rakyat malaysia sedar & tahu CUMA ramai juga yg buat2 x tahu walaupun dah lama tahu . KENAPA ??? ....... kerana Cinta dunia & takut mati ... dan kerana dua pekara inilah mereka terlepas 2 pekara lain yg lebih utama .... Al Quran & As Sunnah .. Bg yg dapat faham / tangkap tu alhamdulilah , tp bg mereka2 yg langsung x faham apa yg diutarakan / dibentang / dikongsi .. silalah banyak2 bersedekah pada fakir & mereka yg memerlukan , beramal & banyak berdoa .. mudah2an hati yg gelap itu dicerahkan & dibukakn hijab bg banyak perkara yg selama ini terlindung dari penglihatan & pendengaran .. Wallahu alam . Sekian
ReplyDeletebodoh piang..ko ni terlebih telan biji ke ape bk..ko byk sgt tgk movie nih..pastu byk duk lepak sembang kedai kopi..aku bukan xbukak pemikiran aku..tapi aku ade research sendri jgk..ade yg juga yg betol ko ckp..kalau ko berani sgt nk pendedahan ko xpayah la nk selindung di sebalik perkataan lain..dari cara penulisan ko aku dapat nampak ko pun ade agenda ko sendri..cuma satu ko jangan nk memandai nk bahaskan hadis sahih..ko ingat ko sape..
ReplyDeletehttp://dajjal.wordpress.com/2008/09/24/bukti-dajjal-sukar-dikenali/ -----baca dan kaji,, jgn main cakap je bang... baca hadis je tak cukup ... kaji hadis tu dulu ...
Delete• Hadis riwayat Hudzaifah ra., ia berkata:
ReplyDeleteRasulullah saw. bersabda: Dajjal itu buta mata kirinya, berambut lebat, ia membawa surga dan neraka, nerakanya adalah surga dan surganya adalah neraka. (Shahih Muslim No.5222)
http://dajjal.wordpress.com/2008/09/24/bukti-dajjal-sukar-dikenali/ -----baca dan kaji,, jgn main cakap je bang... baca hadis je tak cukup ... kaji hadis tu dulu ...
DeleteHadis riwayat Abu Hurairah ra.:
ReplyDeleteDari Nabi saw., beliau bersabda: Kiamat tidak akan terjadi sebelum dibangkitkan dajjal-dajjal pendusta yang berjumlah sekitar tiga puluh, semuanya mengaku bahwa ia adalah utusan Allah. (Shahih Muslim No.5205)
brado kapak.nak tnya scara jujur la,anda ni islam sunnah wal jamaah ke?atau syiah?
ReplyDeletebodo punya joe suharto
ReplyDeleteBaca & pikiaq sendiri. Yg masing2 nak tunjuk pandai pasaipa? Riak? Takbur?
ReplyDeletenak pecaya pun bleh.... x pecaya pun tiada paksaan.... jgn jadi otak kering
ReplyDeletenak pecaya pun bleh.... x pecaya pun bleh ''' tiada paksaan.... jgn jadi otak kering
ReplyDeleteBrado, makin hari lu makin jauh berhalusinasi...kontrol sikit ambik syabu tu.
ReplyDeletebca artikel n then bca komen..hmm..sedih aku dgn org kita..xhabis2..matang la skit..xperlu pn pcya cita pnjang lebar tu..amek ja moral of the story..tp payah la org kita ni..bnda simple mcm tu pn xleh wat..tgk perenggan last2 bk ckp apa..waspada n sntiasa brsedia..moral kt situ apa lagi..mantapkn ilmu islam, beramal, istiqamah n yakin..tu pn xreti ka..haishh..melayu oh melayu..sikit2 nk gaduh..cer guna akal yg tuhan bg tu sebaiknya..selawat!!!
ReplyDeleteJadi??
ReplyDeletehttp://infoejaman.blogspot.com/2014/05/peluang-usaha-franchise-waralaba.html