RALAT
Dalam artikel Misteri Pulau Nangka: Bahagian Satu, saya telah menyatakan yang saya menemui dan mewawancara seorang pegawai PERZIM, namun setelah saya bertanya kepada beberapa orang yang lain yang lebih dipercayai, orang yang mengaku pegawai PERZIM itu sebenarnya BUKAN pegawai PERZIM dan dia hanyalah orang biasa yang sering ulang alik dari Melaka ke Pulau Besar dan Pulau Nangka satu masa dahulu.
Orang tersebut hanyalah orang kampung biasa dan bekerja sebagai kontraktor binaan yang menyiapkan binaan chalet di Pulau Besar. Saya memohon maaf kepada pihak PERZIM kerana tidak menyiasat terlebih dahulu apakah benar dakwaan brader tersebut yang menyatakan dirinya sebagai pegawai PERZIM.
Selain itu, saya juga telah menukar beberapa point seperti point 70 yang mana sebelum ini saya ada menyatakan bahawa company yang akan masuk selepas ini ada kaitan dengan Datuk Haron Din. Namun setelah saya teliti, company itu sebenarnya adalah sebuah syarikat daripada Sabah.
Saya memohon maaf sekali lagi kerana terdapat dua kesilapan teknikal ini dalam penulisan saya yang terbaru di blog Dramaraja dan blog Bradokapak. Saya berjanji akan lebih teliti dalam penulisan saya yang akan datang dan tidak sewenang-wenangnya membuat kesilapan seperti ini lagi.
Saya juga memohon kepada semua yang telah mengambil artikel saya tidak kira sama ada secara izin atau tanpa izin, sila padamkan dan tukarkan semula artikel yang telah anda ambil itu sesuai dengan artikel yang telah saya ubah suai disini. Segala kerjasama anda amatlah saya hargai dan saya hanya membenarkan mana-mana artikel saya diambil dengan kebenaran saya atau dan dengan memberi backlink kepada artikel asal di blog saya kerana ia penting bagi mengelakkan salah laku dalam penyebarannya.
Saya memohon jasa baik para blogger, pihak media dan semua yang sering mengambil informasi daripada blgo saya agar tidak memanipulasinya bagi tujuan kepentingan peribadi dan saya harap anda semua faham apa yang saya maksudkan agar tidak berlaku salah faham terhadap diri saya. Saya juga TIDAK akan bertanggungjawab sekiranya ada mana-mana individu yang mencuri artikel dari kedua-dua blog saya iaitu Dramaraja dan juga Bradokapak kemudian memanipulasinya atau mengubahsuainya tanpa izin saya dan tanpa kebenaran serta tanpa pengetahuan saya.
Pembacaan di internet bersifat bebas dan PERCUMA. Saya TIDAK mengenakan apa-apa bayaran kepada semua pembaca saya dan TIADA bayaran harus dikenakan terhadap bacaan dalam blog-blog saya. Sekiranya ada individu yang mengenakan bayaran, sila laporkan kepada saya atau kepada pihak berkuasa kerana ia telah menyalahi undang-undang.
Sekian permohonan maaf daripada saya.
-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.
ok
ReplyDeleteBanyak lagi point lain lu yang tak betul, melulu dan tanpa usul periksa yang teliti.
ReplyDeletepastikan kesahihan sebelum sebut nama orang tu dan orang ni. kalau tak benar maka anda sedang menyebarkan fitnah....niat tak menghalalkan cara wahai brader...
ReplyDeletebila DSN nak letak jawatan?
ReplyDeleteBro memang merapu!
ReplyDeleteklu nak tau hal yg benar tntang harta pulau nangka cari waris raja melaka yg sahih dan klu susah.... cari persatuan PESAWAD kat Duyong Melaka
ReplyDeleteyakin sgt bnda dia bwk ni btul, aku tgk post pasal mat said pun lbih kpd puja bukan puji!
ReplyDelete