Mat Said Nelang


Mat Said Nelang.

*Dengan terbitnya artikel ini, saya dengan ini menyokong mantan MB Terengganu, Dato Seri Ahmad Said. Solidariti untuk Mat Said Nelang!

Bukan nak tipu atau nak sokong UMNO ke apa... aku sebenarnya memang suka dengan Mat Said ni. Kalau kawan-kawan pernah baca artikel aku yang lama-lama, memang aku banyak cerita pasal Mat Said dan kebaikan dia serta aku pun backup dia kalau ada masalah semasa. Bukan sebab aku sokong UMNO, tapi memang di Terengganu, bagi aku Mat Said ni berjiwa rakyat.

Berbeza dengan menteri-menteri besar sebelumnya. Majoriti tak boleh pakai even orang luar suka dan kata baik. Ni cerita dalaman. Orang luar memang tak tahu.

Mat Said ni sek2 nelang sokmo. Berjiwa rakyat. Banyak kes dah Mat Said memang berjiwa rakyat walaupun dia ni UMNO. Kita tolak tepi hal-hal ketirisan dalam UMNO. Sebab hal-hal ketirisan ni bukannya tak ada pun dalam Pakatan Rakyat. Tak ada yang maksum. PKR sendiri misalnya, melaungkan reformasi dahulunya tetapi sekarang mereka sendiri yang sudah hilang irama reformasi itu. Bukan soal merendahkan atau soal menjadi macai.

Tapi timbang tara kita harus jujur dan seimbang. Kita harus lihat dari dasar. Dari akar.

Akarnya Mat Said ada pada rakyat. Tunjangnya pula pada Sultan.

Kuat Mat Said dari bawah. Dan disokong dari atas. Daripada payung... payung yang memayungi akar.

Mat Said dipilih oleh Sultan Mizan selepas Idrish Jusoh derhaka. Selepas Hadi Awang disingkirkan. Mat Said pilihan istana. Istana Terengganu ada kuasa besar. Walaupun ramai mat rempit memekik di jalanan dihadapan istana, tak pernah lagi Sultan marah mereka. Mat Rempit ni pun reti hormat istana.

Mat Said ni seorang yang lejen. Nelang sokmo bak kata sek2 ganu. Bukan nak UP dia lebih-lebih. Tapi dia tak perlu protokol. Dia tak takut sama kroni. Dia tak takut dengan KJ. Dia tak takut dengan TMJ. Apa ada pada nama dan keturunan? Dia lagi takutkan rakyat. Mana tempat Mat Said pergi yang rakyat marah dia? Ada ke? Kalau ada tu mesti rakyat yang kaki ampu kroni yang bencikan Mat Said. Itu aje....

Aku pernah ngeteh ngan Mat Said. Tahun 2012, di Dungun. Aku pakai baju kaler oreng masa tu. Ada logo gotong royong. Mat Said datang, hulur tangan salam aku. Kami borak-borak. Mesra Mat Said tak macam mesra pak-pak menteri atau yang berjawatan tinggi yang lain. Aku pun pernah jumpa Hadi Awang. Nak borak dengan dia punyalah payah. Dengan Mat Said senang. Jumpa, tahan je dia... tak de hal. Tapi kita kena hormat masa dia juga, jangan lama sangat.

Dia datang naik kereta hitam dia. Tak ada pengiring. Tak perlu polis. Tak perlu pengawal peribadi. Dia dengan drebar dia je. Pakaian pun tak perlu gah. Seluar slack hitam dan baju biasa. Dia tahu dia turun ke tempat rakyat. Kenapa perlu bermegah hanya kerana ada jawatan tinggi?

Projek-projek di Terengganu. Siapa punya kerja yang membantutkannya? Stadium runtuh? Siapa punya projek? Bukan Mat Said. Itu kroni lama punya cerita... Mat Said tanggung beban. Dia naik jadi Menteri Besar pun mewarisi ketirisan lama. UNIsZA misalnya, siapa yang majukan? Siapa yang tukar nama? Sebelum Mat Said namanya UDM. Itu semasa Idris Jusoh.

Sekarang Mat Said sudah letak jawatan. Perlantikan adun Takir dah ditarik balik. Sebab majoriti BN sudah berkurangan. 6 orang adun BN keluar UMNO jadi bebas. Mereka dipihak Mat Said. Solidariti untuk Mat Said. Pak Jib memang tak sepatutnya singkirkan Mat Said hanya kerana kroni dan kaki ampu. Sekarang Istana mahu angkat adun PAS pula. Saya harap bukan PAS yang berkuasa di Terengganu. Saya mahukan Mat Said semula. Atau orang-orang yang setara dan lebih hebat dari Mat Said. Saya tahu orang-orang istana bijak belaka. Mereka boleh buat keputusan yang baik. Seperti keputusan mengangkat Mat Said selepas menyingkirkan Idris Jusoh dan Hadi Awang.

PAS naik nanti kecoh isu balak. Mahu bikin hudud. Itu tidak bagus. Rakyat bawahan makin teruk. Nanti mahu buat Mawlid dah tak boleh. Dana PAS sudah dikuasai satu pihak yang mahukan perubahan. Perubahan daripada sistem silam kepada sistem yang baru. Mereka mahu tajdidkan PAS. Ini hal buruk. Kalau PAS sudah kuasai semua Terengganu, ini bererti kuasa pihak tersebut sudah kukuh di Pantai Timur.

Maka, kebangkitan Islam daripada TIMUR semakin sukar.

Dalam dunia, Malaysia adalah yang paling TIMUR.

Dalam Malaysia, negeri paling TIMUR adalah Terengganu.

Dalam Malaysia, Sultan paling baik adalah Sultan Mizan.

Dalam Malaysia, menteri besar paling nelang adalah Mat Said.

Mat Said adalah Robin Hood Malaysia.

Hilang Mat Said, UMNO sudah pincang di Pantai Timur.

Tiada lagi pahlawan rakyat di sana.

Ini semua kenyataan.

Walaupun Terengganu negeri paling miskin rakyatnya.

Tetapi mereka kaya di dalam.

Cerita yang orang luar tak tahu.

Sebab saya suka merantau ke Terengganu.

Saya sering ke sana dan saya ramai kenalan di sana.

Walaupun saya berpusat di Kuala Lumpur.

Saya tahu, ada sesuatu di Terengganu.

Sekian.

-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.
-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

32 Responses to "Mat Said Nelang"

  1. bang,

    kalau ikut map, Johor lagi timur dari Terengganu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HEHEHEH SABAH LA (KALAU IKUT MALAYSIA TAPI KLU IKUT MALYA MESTILAH JOHOR .....

      Delete
  2. Assalamualaikum, saya ingatkan brado akan kata ini salah satu drama untuk penurunan najib, ya sebelum ni mat said di hantar ke antartika,(tujuan ke antartika ada plan, jumpa sape2 ke masa ke antartika) tiba-tiba sekarang nak diturunkan pula. ingatkan ni cara najib nak turun dari jwtn pm dgn cara baik sikit sebab tindakan menukarkan mb terengganu akan sebabkan punca terengganu jatuh ke Pas lalu dia pun letak jawatan. Sebab dalam artikel lepas mengatakan najib akan turun, tapi itulah masih lagi ok saya tengok. Lagipun hari ni 13 Mei adalah terpikir kaitan no 13 tu. Apa-apa pun minta maaf jika komen saya macam kurang masuk akal, ini cuma sekadar pendapat dan apa yang bermain di fikiran saya sekarang. wallahualam.

    ReplyDelete
  3. UDM - bkn zmn Hadi Awang. Zmn Idris Jusoh.
    Negara paling timur kat dunia adalah Japan bukan Malaysia.

    Sekian

    ReplyDelete
  4. kwn aku kje unit perancang ekonomi tganu kta mat said tk btul gak...korup byk dlm pblnjaan duit negeri n projek negeri...jd aku pun tk sokong mat said klu gitu...org luar mmg tktau...org kje dlm negeri taula mat said guane..

    ReplyDelete
  5. apa la brado kapak ni...
    buat2 tilik camtu cam ahli nujum..Allah maha berkuasa..serahkan je semua pada Allah..jgn do kemaih sgt...x baik tau ckp cenggitu kat TG Haji Hadi Awang..
    ulama' tu..tanggung la kat akhirat nnt sbb mengata ulama'

    *dulu2 suka jgk kat penulisan bro kapak..tp semenjak dua menjak ni dah x berkenan da..

    ReplyDelete
  6. Dulu lain,suka jgk bca..lonie napok koho plik dh nie..

    ReplyDelete
  7. Jangan biar nafsu mengawal diri....

    ReplyDelete
  8. Dalam Malaysia, negeri paling TIMUR adalah Terengganu.
    amboi,sabah tu bkn dalam Malaysia?

    ReplyDelete
  9. apa la brado kapak ni...
    buat2 tilik camtu cam ahli nujum..Allah maha berkuasa..serahkan je semua pada Allah..jgn do kemaih sgt...x baik tau ckp cenggitu kat TG Haji Hadi Awang..
    ulama' tu..tanggung la kat akhirat nnt sbb mengata ulama'

    *dulu2 suka jgk kat penulisan bro kapak..tp semenjak dua menjak ni dah x berkenan da..




    sejak bile dia ni jadi ulamak?????...janganlah kamu tertipu dengan pemakaian seseorang...

    "Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi. Tidaklah bermanfa’at tanda kekuasaan Allah dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi orang-orang yang tidak beriman. Mereka tidak menunggu-nunggu kecuali yang sama dengan kejadian-kejadian orang-orang yang telah terdahulu sebelum mereka. Katakanlah: "Maka tunggulah, sesungguhnya akupun termasuk orang-orang yang menunggu bersama kamu. Kemudian Kami selamatkan rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman, demikianlah menjadi kewajiban atas Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman.
    Dan mereka meminta kepadamu supaya segera diturunkan azab. Kalau tidaklah karena waktu yang telah ditetapkan, benar-benar telah datang azab kepada mereka, dan azab itu benar-benar akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak menyadarinya.


    WAHAI KAUMKU!!
    Wahai kaumku! Turutlah Rasul-Rasul (PENYERU) itu. Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayat petunjuk. Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima agama mereka? Maka jawabnya): Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku dan yang kepadaNyalah kamu semua akan dikembalikan? Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? Jika Allah Yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya aku kalau melakukan syirik tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata. Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah nasihatku.

    Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu... bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. Bertanyalah (kepada mereka): Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukanlah seorang ulama mereka yg dilantik oleh manusia sendiri...itu ularrrmakk..kaki belit agama...apakah kamu hendak mengangkat ulamak yang mengkafirkan orang islam itu sendiri...cetek sungguh pemahaman set2 demo ni...g ngaji lagi..jgn lah nk percaya sangat dengan orang2 yg berlagak alim dan hendak memecahbelahkan agama...

      Ya Rabbi, kami tahu/maklum & sedar umat Islam ini telah terpecah-pecah kepada banyak firqah(puak dengan fahaman aqidah masing2), namun hanya satu sahaja yang bakal diterima oleh Imam Quraisy terakhir menguikut Hadis Sahih Muslim no. 1789 itu sebelum kemunculan Nabi Isa a.s, justeru pisahkanlah kami dari 72 golongan ahli telaga barhut/ahli suul khotimah (Islam pak turut/Islam baka/Islam nama/Islam minnannas@di mata manusia) yang juga mengaku Islam itu, sejauh jarak timur dan barat dari dunia sampai akhirat, amin.

      Delete
  10. kah kah kah..

    tembelang Brado Kapak dah pecah..

    mati2 gua ingat lu neutral

    buat blog ada tujuan rupanya.. cehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya bro.. aku pun setuju ...... Tembelang dh pecah.. Patut ler dlm artikel sblm ni kata HUDUD adalah isu kecil.. Ada agenda rupanya.
      Mulai hari ni, aku akan remove blog ni dari bookmarks.
      p/s: Ingatkan neutral rupanya TOTOK UMNO. kah3.. bye bye....

      Delete
    2. huhu..

      takpe. aku tak remove kot. tak rugi pun. inipun adalah sebahagian ilmu.

      aku harus akui, sebab brado kapak ni lah, aku bersemangat hafal surah al-kahfi. so, aku perlu berterima kasih kat brado kapak ni jugak.

      gua cuma tak setuju posting yang ini je. sbb sgt contradict dengan apa yg aku tgk kat youtube pasal individu yg dimaksudkan. bahasa yang digunakan dan sebagainya. bila da sgt contradict, otak aku menolak fakta2 yg brader kapok di atas.

      walauapapun, perspektif masing2 kan berbeza. mungkin the way individu yang dimaksudkan bila jumpa brado kapak lain cara layanannye. tak tahu la aku kan.

      tapi pasal hudud tu betullah. cuma penggunaan bahasa mungkin tak betul kot. hudud ni pada aku isu nak tunjuk champion. hudud tu da betul.. tapi utk org yang berpemikiran macam aku ni, aku nak tgk blueprintnya dulu macammana ia nak dilaksanakan. maksud aku, apa yg ada dalam quran tu da betul, cumanya cara orang mentafsirkannya. dan ko pun tahu la, bila aku sebut orang ni maksudnya macammana. orang kan hati berbeza2. sbb tu aku nak disediakan dulu blueprintnya. dihebahkan dan dieducatekan pada orang lain. bukan main sebut je nak laksana2.

      n aku tak peduli pun pasal politik2 ni. Tapi kalau P/ Raya memang aku pegi undi lah. Sapa? undi rahsia. hehehe

      tapi bagaimana kaedahnya aku buat pilihan, aku pilih yang kurang mudharat la. PAS pun bukan betul semua. Sama lah UMNO pun. Kalau nak kata yang mana satu yg terbaik, mmg pada aku takde. tapi kalau tanya paling kurang mudharat, haa aku tau la..

      brado kapak, toksah la tulis pasal politik2 ni.. kalau nak tulis pun tak payah nampak sgt sokong mana2. baik lu buat macam penulisan dulu. membuka minda orang. itu aku suka.

      suruh orang pertingkatkan ilmu dalam diri ke. kan lebih bagus camtu.

      Delete
  11. Negara paling timur kat dunia ialah Republik Kiribati.

    ReplyDelete
  12. Macai Mat Said ropanyer........ Vote Mat Said for PM. kah3

    ReplyDelete
  13. perghh!!!..ramainyer melayu super 'saiyya'..
    mai dtg nongkrong kat "http://puteramariam.blogspot.com/"..
    kite berdayang senandung..amcam???
    berseloka 13 mei pon boley..
    hehe.

    ReplyDelete
  14. Mat Said & da geng udah jilat balik...masyukkk.....bape juta duit rakyat lesap nak beli ketiga2..kahkahkah..ingatkan BK ni berkecuali dlm parti..rupa2 Nye paham da dia dari pihak mana...

    ReplyDelete
  15. Dah pusing balik.. Bole tahu ke apa yang dikontra kan tuk masuk balik ?.. Tak logik la kes anak pompuan dia nak kawen..

    ReplyDelete
  16. Opssss,,, brado kapak pun kne "hijack",,, hahahah,,,

    ReplyDelete
  17. Akoo tak rasa plak Brado sokong UMNO
    cuba baca dan pahamkan ayat dia

    dia sokong Mat said je...

    tapi...

    Nelang ke Natang gak Mat Said nih

    ReplyDelete
  18. Brado kapak pun manusia gak. Watlek watpeace je. Tkyah nk dok remove dari bookmark sgt lah. Poyo lebih lah lu mat.

    ReplyDelete
  19. Kadang2 terpikir gak camaner si BradoKapak ni leh tulis kaw2 psl MH370 tanpa ada sekatan dr gov. Hmm baru leh paham2 sikit.."PAS naik nanti kecoh isu balak. Mahu bikin hudud. Itu tidak bagus. Rakyat bawahan makin teruk. Nanti mahu buat Mawlid dah tak boleh" betul ker PAS x bg buat mawlid??? kwsn umah ku mmg org pas ramai x der masalah pun bila buat mawlid??

    ReplyDelete
  20. ). Jika ditanya hudud itu urusan khalifah Allah atau khalifah syaitan..??

    Semua Islam yang waras akan jawab : Urusan Khalifah Allah/Islam.

    B). Jika ditanya antara urusan lantik/tabal khalifah umat Islam/khalifah Allah di bumi dengan perlaksanaan undang2 Islam termasuk hudud, yang mana patut diselesaikan dahulu..??

    Semua Islam yang waras akan jawab : Urusan Khalifah Allah/Islam.

    C). Jika ditanya siapakah yang berhak & layak mengesahkan draft hudud mengikut zaman semasa itu (Agung, Presiden PAS, Presiden UMNO, presiden OIC, khalifah Islam/Allah)..??

    Semua Islam yang waras akan jawab : Khalifah Allah/Islam dunia.

    FAKTA SEJARAH ;

    Setelah khalifah Islam terakhir dunia, Sultan Abdul Hamid II isytihar tidak berkuasa lagi ke atas 3 kota suci Islam pada 1925 setelah ditewaskan oleh kamal at-tarturk (Uthmaniah berkubur dan hudud diganti law sekular), Syarif Al-Husin dari Bani Hasyim Makkah dilantik oleh pihak British sebagai pengganti dengan jumlah bayaran tertentu, untuk jaga 3 kota suci tersebut. Bagaimanapun kekhalifahan beliau dimakhzulkan/dibatalkan pada 1926. Urusan penjaga 3 kota suci Islam seterusnya diserahkan oleh British kepada keluarga Al-Saud bermazhab wahabi (kekal hingga kini - tiada lagi Qunut dibaca). Sejak itu juga umat Islam terpecah-pecah dan tiada lagi khalifah Islam dunia untuk rujukan hudud atau seumpamanya.

    Raja Melayu Bani Hasyim di bawah nasihat seorang Wali besar ASWJ (Tok Kenali & Tok Perdana - penasihat Agama tertinggi sultan) walaupun bersama British dan setuju dengan British membatalkan Syarif Al-Husin selaku khalifah Islam dunia ketika itu, tetapi isytihar bermufarraqah(berpecah Imam dan makmum/tak ikut imam) dengan mazhab penjaga tanah suci yang baru dilantik oleh British tersebut dan mengarahkan seluruh umat Islam tanah melayu tetap kekal besama Aqidah ASWJ mazhab As-Syafie. (yang mewajibkan Qunut dalam solat subuh mengikut Munyatul Musalli sejak 1756M itu - dan kekal hingga kini).

    ReplyDelete
  21. KENAPA KETUA/KHALIFAH/LEADER/IMAM MANUSIA WAJIB DARI QURAISY..?
    Kami disoal, kenapa PERLU terlalu taksub/WAJIB bela Melayu/Monarki Raja Melayu/Party Politik Melayu(UMNO) yang lahir dari Istana Raja Melayu ini DAN HAPUSKAN KOMUNIS serta sekutunya pada mana2 zaman..??

    Jawapan kami ;

    KHALIFAH/KETUA/PRESIDEN/
    AMIRUL MUKMININ/LEADER/PEMIMPIN WAJIB DARI BANGSA BANI HASYIM @ QURAISY


    HADIS SAHIH MUSLIM NO. 1789, BAB KHALIFAH, JILID IV, MUKASURAT 10.


    Dari Amir bin Sa'ad bin Abi Waqqash r.a katanya ;

    "Aku berkirim surat kepada Jabir bin Samurah melalui pelayanku Nafi', meminta kepadanya ssupaya dia dapat mengabarkan kepadaku hadis yang pernah didengarnya dari RAsulullah SAW. Dia membalas suratku sebagai beriku" ;

    "Aku mendengar RAsulullah SAW bersabda pada hari jumaat petang, iaitu ketika seorang suku Aslam direjam, sabdanya ;

    "Agama ini(Islam) akan sentiasa tertegak hingga kiamat atau sampai habis dua belas(12) orang khalifah memerintah, yang kesemuanya dari Quraisy"

    (Nota MQTK : Hadis Sahih Muslim adalah rujukan Jumhur Ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah Mazhab Imam As-Syafie pegangan Raja-RAja Melayu. Menolak Hadis Sahih ini mutlak gugur aqidah Islamnya menjadi kafir murtad serta merta terbatal segala amalannya sekalipun berhaji 70 kali).

    Semua Raja-Raja Melayu adalah sahih Quraisy/Bani Hasyim/Ahlul-Bait/Itrah @ Zuriat Rasulullah SAW yang haram menerima zakat dan sedekah mengikut hukum fekah, kitab Matla Al-Badrin serta berhak 20% ke atas harta Ghanimah mengikut Al-Quran Surah Al-Anfal. Harap maklum. (Salasilah Raja Melayu, sila rujuk Muzium)

    ReplyDelete
  22. ngat! AhlulBait haram menerima sedekah dan duit zakat. Kalau mahu terima juga, tukarkan niatnya kepada HADIAH. Natijah perlanggaran akan menyebabkan ditimpa penyakit dan musibah (rujuk ulama @ Kitab Keutamaan Keluarga Rasulullah keluaran Klang Book Store).

    Ingatlah! Negeri kita ini aman sentosa sedangkan di sekitarnya binasa dengan pelbagai masalah dan bencana. kerana ada zuriat nabi SAW yang menjadi payungnya,

    lantaran itu telah menjadi sejarah, Tanah Melayu yang awalnya menjadi tumpuan penghijrah seperti orang Cina, India dan bangsa lain tertumpu ke negeri Tanah Melayu dan menjadilah bahasa Melayu ‘Lingua Franca’ pada dunia.sedangkan di sekitarnya binasa dengan pelbagai masalah dan bencana.

    Ironinya, setelah sekian lama RAHMAT itu dijaga, adakah sekarang ini ada seiapa yang berani menderhaka kerana jahil tentang HUKUM?, Jahil tentang sejarah?

    Ingatlah! Raja-Raja itu Panca Seri! Panca Seri itu adalah Daulat! Daulat itu KURNIA Allah. Buang Raja hilanglah Daulat; Apabila hilang Daulat maka Binasalah negeri. Binasa negeri hilanglah MELAYU; kerana itu ada Rajanya iaitu zuriat Yang Mulia AhlulBait Rasulullah SAW dan ingatlah akan .....

    WASIAT NENDA RASULULLAH SAW:


    “AhlulBait itu ibarat Bahtera Nuh di zaman Nuh. Mereka itu adalah satu-satunya SARANAN KESELAMATAN-ku di akhir zaman. Sesiapa yang menaikinya akan selamat dan sesiapa yang ketinggalan akan binasa.”

    “Sesiapa yang membenci AhlulBaitku adalah membenciku; Dan sesiapa yang membenci-ku adalah menjadi Musuh Allah dan musuh Jibril”.Dan Firman Allah:

    “Adakah mereka itu dengki kepada manusia yang Kami berikan ‘rahmat? Sedangkan Kami telah memberi kepada keluarga Ibrahim (ahlulbait), Kitab dan Hikmah; dan Kami telah memberi kepada mereka itu satu KERAJAAN yang besar”.

    Firman Allah:
    “Sesungguhnya Kami telah melebihkan Adam, Nuh, Keluarga Ibrahim (ahlulbait) dan Keluarga Imran melebihi umatnya di zamannya” (alimran 3:33)

    ReplyDelete
  23. Aku ni pminat stia bradokapak ni.. Stiap topic dia msti aku follow..tp yg ini aku x stuju..boleh ker yg tran2gn ikrar nk bg bntuang pd kwasng yg mng jer..per bnde nyer tu..duit bpak dia ke. Yg ngundi dia dlm kwang yg kalah guaner??? Tngi Nelang tu tuk oghe mc ni. Natang tu ssuai ler..

    ReplyDelete
  24. Lagi kenyataan Tun Mahathir tentang Kehilangan MH370, ada benarnya dan ada juga berkaitan dengan teori Bradokapak jom terjah apa yang dikatakan oleh Tun http://www.kainkapanku.blogspot.com/2014/05/lagi-pendapat-tun-mahathir-tentang-mh370.html

    ReplyDelete
  25. Terimakasih bongsai abdullah... jelaskan apa yg sekian lama tersurat....

    ReplyDelete