Bismillahirrahmanirrahim. Segala Puji bagi ALLAH SWT, Tuhan sekalian Alam. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW, para Sahabat, para Ahli Bait dan seluruh Pejuang Islam serta para Tentera Al-Badar. Al-Fatihah buat mereka... Semoga agama Islam kan terus bertakhta dihati para pemuda akhir zaman ini. Semoga Islam kan berdaulat semula di bumi ini. Semoga jiwa para pemuda kita bertukar menjadi jiwa-jiwa kepingan besi!
*Repost daripada bradokapak.blogspot.com
Di malam ini, kita berkumpul sesama kita. Biarlah badan pecah berdarah, janganlah mata berair merah, kerana Melayu dan Islam dipijak punah. Gerak alamat hidup, Diam alamat mati. Hati biar bertuhan, Parang biar di tangan, Nyawa dan darah jadi taruhan..nescaya Melayu dan Islam hidup berzaman.
-Kata-kata keramat Panglima Abdul Ghani Selendang Merah, Pulau Pangkor, menjelang 13 Mei 1969.
Semalam, bertarikh 13 Mei 2011 adalah tarikh yang keramat. Setelah 42 tahun peristiwa 13 Mei 1969 meninggalkan kita, namun kisahnya masih subur dalam minda kita. Saya kira tidak perlu saya kisahkan semula perihal 13 Mei ini, kerana ramai yang telah maklum tentangnya. Oh ya, kebetulan juga tarikh 13 Mei tahun ini jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Kata orang putih, Friday The 13th. Apakah relativitinya?
Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi;
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang;
Dahulu, kita telah melihat betapa orang tua-tua kita sanggup bermati-matian untuk mempertahankan tanah air tercinta ini dengan segenap kekuatan yang mereka miliki. Hingga keluarlah parang terbang tatkala kedudukan Islam telah dicabar dan menjadi goyah. Tapi, apa yang kita natijahkan atas perjuangan orang terdahulu itu? Apakah kita masih memiliki jiwa kepingan besi seperti yang mereka miliki dahulu?
Sanggupkah kita menyingsing lengan baju, mengsah parang yang tumpul, mengikat kepala, menyarungkan Selempang Merah di bahu kita semata-mata untuk mempertahankan keDaulatan Islam dan Tanah Air yang dijanjikan ini???
Hari ini, yang kerap kita lihat adalah jiwa-jiwa muda yang telah dipengaruhi dan diracuni mindanya. Kalau dahulu, muda-mudinya diajarkan kisah-kisah yang hebat seperti Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Muhamamd Ali Hanafiah. Tapi hari ini, apa yang diajarkan kepada jiwa muda kita adalah kecanduan terhadap budaya barat, kecanduan terhadap hedonisme, kecanduan terhadap perkara-perkara yang sebenarnya membunuh jiwa. Jiwa muda kita sering disajikan dengan 'hikayat superhero barat', 'hikayat korea', hikayat candu permainan video dan bermacam hikayat yang 'hebat' lagi futuristik. Terlalu ramai yang lahir dengan memiliki hati, tetapi telah hilang hatinya dikemudian hari dek termakan dakyah yang merosakkan jiwa, hati dan minda.
Kalau dahulu, cerita yang diberi nama 'hikayat' itu adalah satu ceretera yang sungguh hebat! Tapi, apa yang kita anggap terhadap 'hikayat' itu? Tidak lebih dari cerita yang karut dan kuno, bukan? Walhal, ceretera 'hikayat' itulah yang telah membina dan membangun para jiwa-jiwa kepingan besi. Mereka-mereka yang berjuang mati-matian mempertahankan tanah air kita itulah yang membaca kisah-kisah 'hikayat' yang dianggap kuno dan karut pada zaman ini!!
13 Mei
Tanah air ini kita yang punya, kita siram, kita baja, tapi angin api kita lupa. Mereka merancang masa menjilat bangsa, 13 harimau bertukar menjadi mangsa. Kita lupa, nenek moyang kita kaya raya, jgn sekali-kali digadai harta-bendanya.
Ku lihat layu dalam Melayu, aku jadi sayu... aku menangis, dia mendayu mahu jadi cantik tak diragu, aku merayu, bangunlah hidup kembali, jgn tunggu matahari mati, Islam yang menjadi pegangan ini, harus di Imani sekuat hati, cepatlah mekar sebelum terlerai, PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI!!!
Takkan hilang Melayu di dunia,
Tapi hilang pada adab sopannya;
Takkan hilang Melayu di dunia,
Tapi hilang pada resam budayanya;
Takkan hilang Melayu di dunia,
Tapi tidak terasa kehadirannya;
Takkan hilang Melayu di dunia,
Tapi jatuh martabatnya;
Takkan hilang Islam di dunia,
Tapi hilang pada akhlak penganutnya;
Takkan hilang Islam di dunia,
Tapi malu di mata dunia!
Ini ku persembahkan satu bait petikan kata-kata seorang waris Pejuang Tentera Sabil, 13 Mei 1969:
Maka beruntunglah andai kita sanggup duduk bersama orang-orang lama sebegini yang masih ada zaman ini.
Zaman sekarang, orang-orang lama yang banyak makan garam selalu dipinggirkan oleh golongan muda. Kalau dulu, hidup mereka bersusah payah berjuang dalam pelbagai bidang, namun hari ini mereka ini disepikan. Anak-anak muda lebih membanggakan seni beladiri asing berbanding silat sendiri. Memang tidak salah kalau mahu belajar seni beladiri dari luar, namun dalam masa yg sama, janganlah diperlekehkan Silat yg ada di Tanah Melayu kita ini.
Lebih sedih bila orang tua-tua ini dituduh sesat, nyanyuk dan gila. Tapi ingatlah, yang dikatakan nyanyuk itulah suatu ketika dahulu menyinsing lengan dan bergadai nyawa untuk mempertahankan Islam di Tanah Melayu ini.
Pesanan Allahyarham datuk ambo, ambo ingati sehingga hari ini. "Hang ingat bila tok dah takdak nanti, 13 Mei tu akan jadi balik, ilmu yg ada sentiasa kena asah, asah,dan asah. sampai masa nanti gunalah elok2"
Pesanmu datuk aku ingati. Menjadi bekalan sehingga hari ini. Biarlah mungkin aku dituduh Ultra-Melayu (kerana sayangkan Melayu), biarlah aku dituduh Terrorist (kerana sayangkan Islam) dan biarlah apa sekali tuduhan yg dilempar. Namun ku tahu bahwa ku sayangkan segala yang ku warisi di bumi ini.
Bersatulah saudaraku sekalian. Orang-orang lama tidak pernah minta nama dan jasa mereka dikenang, mereka lebih suka hidup dan mati sebagai wira yang tidak di dendang. Namun kini di tangan kitalah semua itu akan diteruskan. Mampukah kita? Tepuk dada tanyalah diri... =) Ambo pun masih setahun jagung lagi, dan ambo rasa bertuah dapat berkongsi dan bersaudara dengan sekalian di sini.
Al-Fatihah kepada :-
- Allahyarham para pejuang Tentera Sabil Selendang Merah di Pulau Pinang, Tentera Sabil dari Sungai Manik/Sungkai/Pulau Pangkor, Selempang Merah dari Batu Pahat, pejuang-pejuang di Kampung Baru, pejuang-pejuang di Kampung Bandar Dalam dan pejuang-pejuang di Kuala Lumpur.
- Allahyarham Tuan Guru Kiyai Haji Salleh Batu Pahat,
- Allahyarham Pak Bong Isa,
- Allahyarham Panglima Abdul Ghani Pulau Pangkor,
- Allahyarham Dato' Harun Idris
- Allahyarham Tuan Guru Dato' Meor Bin Abdul Rahman dan para pejuang barisan perang Gayong,
- Allahyarham Tok Man Bukit, Kedah,
- Allahyarham Ustaz Yusoff Bin Salleh, Kedah,
- Allahyarham Bapak Ismail Ahmad,
-Allahyarham Tuan Guru Hj Abdullah Fahim, Kepala Batas.
- dan ramai lagi yang tidak ambo sebutkan di sini, sama ada yg masih hidup atau telah meninggal dunia. Semoga Roh mereka ditempatkan bersama para pejuang dan kedudukan selaku insan-insan yg berjasa dalam mempertahankan Islam di muka bumi ini.
Allahuakbar...Allahuakbar..Allahuakbar!
Selepas 13 Mei
13 Mei 2011. 42 tahun selepas peristiwa hitam yang berlaku dalam negara kita. Mungkinkah ia bakal berulang kembali? Apakah kita mahu melihat generasi ini terus bercakaran walaupun hanya kerana hal-hal kecil dalam kehidupan? Bilakah ummat ini kan bersatu? Oh! Perpaduan dan kasih sayang sangat diperlukan dalam kalangan masyarakat akhir zaman ini...
Kata seorang teman: "Mungkin jasad mereka dah tak ada depan mata, tetapi semangat dan perjuangan mereka masih hidup dan akan terus hidup, kita sebagai anak-anak pewaris tanah pertiwi ini harus jangan sesekali mengalah, kita bukan keturunan pengecut, kita adalah anak-anak cucu pahlawan yang tak gentar menebas batang leher musuh yg datang, kita adalah anak-anak lelaki Pahlawan Silam yang tak gentar bermandi darah... Bermula dengan Kalimah dan berakhir dengan Kalimah! dengan Kalimah!"
Oh ya, sebelum saya terlupa. Disini saya kisahkan sedikit perihal 'Friday The 13th' yang saya terima dari seorang teman.
Friday the 13th occurs when the thirteenth day of a month falls on a Friday, which superstition holds to be a day of bad luck. In the Gregorian calendar, this day occurs at least once, but at most three times a year. Any month's 13th day will fall on a Friday if the month starts on a Sunday.
But, many of us did not realise the number '13' is actually resemble the name of ALLAH.
1 = Alif
3 = Lam-Lam-Ha
Why those retard Jews afraid of Friday The 13th? Simple, its juz bcoz the number itself mean FRIDAY OF ALLAH.
Surah As-Saff, 13: "And another (favour will He bestow,) which ye do love, help from God and a speedy victory. So give the Glad Tidings to the Believers."
AllahuA'lam.
Ditulis pada 12 Mei jam 9 malam, siap pada 14 Mei 2011, 11.29 pagi dengan kerjasama 'bradokapak' dan Orang Gombak.
Sekalung Penghargaan buat:
1) Para Pejuang yang telah bermati-matian mempertahankan Islam dan tanah air serta bangsa ini.
2) Para Tuan-tuan Guru yang telah bersungguh-sungguh meneruskan penyebaran Islam di Nusantara.
3) Para waris Tentera Selempang Merah (Selendang Merah) yang telah memberikan kerjasama.
4) Para Pahlawan Silat Tanah Air yang menjadi penerus warisan bangsa.
5) Para pengamal ilmu-ilmu persilatan yang sudi menyumbangkan idea.
6) Abang Zulfaqar yang menyumbangkan gambar pedang diatas (ilustrasi Pedang Zulfaqar) serta telah sudi menyumbangkan beberapa kisah mengenai 13 Mei 1969.
7) Tuan Baba Syarif.
8) Bro Amirsyafiq yang sudi menyumbangkan gambar mengenai bayi diatas.
9) Bro Hairi yang telah mengisahkan tentang Friday The 13th kepada saya.
10) Tuan Koulong yang menyumbangkan bait terakhir mengenai Peristiwa 13 Mei.
11) Blog Merah yang menyumbangkan gambar terakhir diatas.
12) Seluruh warga FAB.
13) Youtube yang menyumbangkan video.
13) Dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Sekian.
Wassalam.
Penjelasan tentang HUDUD, hudud bukanlah mencuri sebiji epal di potong tangan , itu adalah zalim, Undang-undang ALLAH tidak zalim, jadi pemahaman tentang HUDUD perlu jelas untuk ketahuai lebih lanjut tentang HUDUD sila baca --> http://www.kainkapanku.blogspot.com/2014/05/hudud.html
ReplyDeleteSecond!!!
ReplyDeleteIslam tak ajar perkaitan nombor, hari dan bulan. Segala peristiwa tiada kena mengena dengan nombor. Tak perlu tunggu nombor kalau nak bertaqwa dengan Allah. Sememangnya setiap Jumaat ada keberkatan tak kira apa nombor pun tarikhnya. Ajaran nombor sebegini sama seperti saudagar mimpi yang menjual kisah-2 dongeng.
ReplyDeleteYa dalam Islam ada bulan yang barokah, ada bulan-bulan haram. Tapi itu bukan dalil kita percaya pada perkaitan nombor, tarikh dan huruf Arab. Kalau betul-2 betaqwa, tak payah tunggu nombor-nombor ini dinyahkodkan. Nabi pun tak pernah ajar sahabat tilik nombor.
Kita hidup di dunia bukan berpandukan kisah dongeng. Adakah kita nak percaya Melayu adalah keturunan Nabi Ibrahim baru bangsa Melayu dapat dibangkitkan? Kita selama ini tidur kerana lemahnya aqidah kita dan jauhnya kita dari ruh ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Orang Arab bangkit bukan sebab mereka percaya mereka keturunan Nabi Ibrahim dari Nabi Ismail. Tapi bangkitnya Arab kerana aqidah tauhid.
Jika kita masih lagi dengan kisah keramat para wali, mimpi tok syeikh dan tilikan tok guru, maka kita sebenarnya sudah longgar dari ikatan aqidah tauhid. Maka tak hairanlah jika umat Melayu akan terus-terusan tidur lena dibuai mimpi.
sekrang ni, anda percaya atau tak dengan keramat para wali? mimpi benar orang beriman?
Deleteapa maksud tauhid anda?
SAYIDINA ALI ABU TALIB K.W.
ReplyDeleteKhalifah keempat, Sayidina Ali k.w. berkata:
1. Ilmu itu sebaik-baik pusaka. Adab itu sebaik-baik sifat. Taqwa itu sebaik-baik bekalan. Ibadah itu sebaik-baik barang perniagaan.
2. Siapa yang tinggalkan dunia, dikasihi oleh Allah. Siapa yang tinggalkan dosa, dikasihi oleh malaikat. Siapa tinggalkan tamak, dikasihi oleh orang-orang Islam.
3. Siapa yang tidak ada padanya sunnah Allah, sunnah Rasul dan sunnah wali-Nya, maka tiadalah apa-apa kebaikan padanya. Ditanya orang pada Sayidina Ali k.w., “Apakah sunnah Allah?” Sayidina Ali menjawab, “Menyembunyikan rahsia (misalnya menutup aib orang lain).” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah Rasulullah?” ayidina Ali berkata, “Berlemah lembut dengan sesama manusia.” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah wali-Nya?” Sayidina Ali menjawab, “(Sabar dalam) menanggung penderitaan.”
4. Susah sekali melakukan kebaikan pada empat tempat: – Memberi maaf ketika marah.– Bersedekah ketika kesempitan.– Menjauhi perkara haram ketika seorang diri. – Berkata benar kepada orang yang ditakuti atau orang yang selalu menolong.
5. Memadai aku merasa mulia bahawa Engkau Tuhan bagiku dan memadailah aku merasa bangga bahawa aku menjadi hamba-Mu. Engkau yang aku cintai maka berilah aku taufik (agar dapat melakukan perkara-perkara yang Engkau cintai).
6. Hendaklah kamu lebih mengambil berat bagi diterima amalamal kamu daripada beramal. Sesungguhnya sangat besar nilainya amalan yang disertai taqwa dan betapa lagi kalau amalan itu diterima.
7. Janganlah mengharap seorang hamba itu melainkan Tuhannya dan janganlah dia takut melainkan dosanya.
8. Tiada kebaikan ibadah tanpa ilmu dan tiada kebaikan ilmu tanpa faham dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tiada perhatian.
9. Dasar kekafiran itu dikelilingi oleh empat tiang iaitu kasar hati, buta fikiran, lalai dan prasangka.
10. Orang berhati kasar akan menghina kebenaran, menunjukkan kejahatan dan mengutuk orang-orang pandai.
11. Buta hati akan lupa zikrullah.
12. Orang yang syak wasangka akan tertipu oleh angan-angan. Sampai masanya dia ditimpa kecewa dan sesal tidak berhujung kerana diperlihatkan Allah hal-hal yang selama ini tidak dikiranya.
BAHAYANYA NAMIMAH
ReplyDeleteAbuZar Ghifaari As-Sabah
ASSALAMU ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memberi jaminan surga pada seorang muslim yang dapat menjamin lisannya. Dari Sahal bin Sa’ad radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa menjamin untukku apa yang ada di antara kedua dagunya (lisan) dan apa yang ada di antara kedua kakinya (kemaluan/farji), maka aku akan menjamin untuknya surga.”
(HR. Al-Bukhari)
Salah satu bentuk kejahatan lisan adalah namimah (adu domba).
Kata adu domba identik dengan kebencian dan permusuhan. Sebagian dari kita yang mengetahui bahaya namimah mungkin akan mengatakan, “Ah, saya tidak mungkin berbuat demikian…”
Tapi jika kita tak benar-benar menjaganya ia bisa mudah tergelincir. Apalagi ketika rasa benci dan hasad (dengki) telah memenuhi hati. Atau meski bisa menjaga lisan dari namimah, terkadang tidak kita sadari bahwa kita bisa terpengaruh oleh namimah yang dilakukan seseorang.
Namimah hukumnya haram berdasarkan ijma’ (kesepakatan) kaum muslimin. Banyak sekali dalil-dalil yang menerangkan haramnya namimah dari Al Qur’an, As Sunnah dan Ijma’. Sebagaimana firman Allah Ta’ala, yang artinya, “Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela, yang kian kemari menghambur fitnah.” (QS. Al Qalam: 10-11)
Dalam sebuah hadits marfu’ yang diriwayatkan Hudzaifah radhiyallahu ‘anhu disebutkan, “Tidak akan masuk surga bagi Al Qattat (tukang adu domba).”
(HR. Al Bukhari)
Ibnu Katsir menjelaskan, “Al qattat adalah orang yang menguping (mencuri dengar pembicaraan) tanpa sepengetahuan mereka, lalu ia membawa pembicaraan tersebut kepada orang lain dengan tujuan mengadu domba.”
Pelaku namimah juga diancam dengan adzab di alam kubur.
Ibnu Abbas meriwayatkan, “(suatu hari) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melewati dua kuburan lalu berkata, lalu bersabda, “Sesungguhnya penghuni kedua kubur ini sedang diadzab. Dan keduanya bukanlah diadzab karena perkara yang berat untuk ditinggalkan. Yang pertama, tidak membersihkan diri dari air kencingnya. Sedang yang kedua, berjalan kesana kemari menyebarkan namimah.”
(HR. Al-Bukhari) SO SAMA-SAMA KITA RENUNG DAN AMALKAN INSYA ALLAH .... MARI BERAMAL