Pertembungan Isu


Pertembungan Isu.

Sejak kebelakangan ini, selepas isu MH370 senyap dan selepas isu PRK Kajang lenyap, kita di Malaysia seakan-akan tiada isu baru yang lebih besar untuk diketengahkan. Kita cuma ada isu air di Selangor yang sudah kian pulih, isu PRK Teluk Intan dan juga isu Panda yang terbaru.

Sedangkan jika kita lihat keluar sedikit dari rantau negara kita sendiri, sudah terlalu banyak perkara yang berlaku disekeliling kita. Paling terbaru, iaitu ancaman perang dirantau kita sendiri di Laut China Selatan.

Ketegangan yang terjadi antara China - Vietnam dan Filipina semakin meruncing. Perebutan dua kepulauan - Paracel & Spratly - semakin dilihat tegang dimana lokasi kedua-dua pulau ini sedang dikawal ketat oleh tentera marin Vietnam dan Filipina. Isu ini meruncing setelah kedatangan Obomba ke rantau asia pasifik sekaligus menambahkan lagi ancaman kepada China.

Pada 2 minggu lalu juga, rusuhan anti kaum yang terjadi di Vietnam pun telah membangkitkan lagi amarah kedua buah negara 'alliance of US' ini terhadap China. Rusuhan anti-Cina di Vietnam telah menyemarakkan lagi peperangan antara mereka. Sebenarnya, Vietnam adalah sebuah negara pro-komunis dan anti-US. Namun, setelah beberapa siri perubahan pasca-Vietcong, Vietnam dilihat sudahpun menjadi proksi kuat Amerika di rantau ini.

Pasca tenggelamnya MH370 di perairan Laut China Selatan, Vietnam dilihat semakin kuat dan pro-US dengan masuknya jutaan dana dari dua buah negara kepada mereka. Begitu juga Malaysia dan Filipina.

Pada saya, isu Panda yang ramai kecoh sekarang ini harus dilihat dari kacamata burung. Isu itu memanglah dilihat sebagai satu kerja bodoh kerajaan kita kerana, bak kata pepatah "Kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kebuluran". Ya itu memang benar!

Tetapi, jika dilihat dari satu sudut lain pula, hanya itulah SATU-SATUNYA jalan terakhir kerajaan kita untuk berdiplomasi dengan China yang masih belum digugat mana-mana kuasa. Dari segi ekonomi dan import-export, pun sudah banyak sekatan antara Malaysia - China. Walaupun negara kita membuat dasar ekonomi terbuka sekarang ini, China dilihat sudah mula perlahan-lahan mahu menutup pasaran mereka.

Dengan adanya Panda tersebut yang menelan kos dan belanja jutaan ringgit, ia telah meletakkan negara kita sebagai satu diplomasi dengan China dan masih mengekalkan persahabatan kita dua belah pihak, antara dilema pro-US dan pro-China.

Pertembungan dua buah kuasa besar dunia....

Kita, Malaysia bagaikan pelanduk tersebit antara pertembungan dua ekor gajah. Memang bagus niat kerajaan kita mengambil panda sebagai anak angkat. Secara tidak langsung ia bagaikan kita ini masih lagi ada pertalian yang teguh dengan China. Namun, dari satu sudut lain pula, kerajaan kita dilihat gagal melakukan penyeimbangan antara dalam negaranya sendiri.

Jika diikutkan resmi urusniaga, memang bodoh lah kerajaan kita sebab sanggup habiskan wang jutaan ringgit untuk panda sahaja. Anak dirumah sendiri masih ramai kebuluran..... Tiada penyeimbangan yang dibuat kerajaan untuk rakyat sendiri. Jika ada pun, sekadar melepaskan batuk ditangga. Buat kerja yang mana hasilnya tak sampai kepada marhaen pun!


PANDA DIPLOMACY (rujuk Wikipedia)

Teman-teman, bersabarlah. "Panda Diplomacy" adalah cara bagaimana negara China memaafkan Malaysia. Sesiapa yang pelajari Sains Politik, pasti angguk dan akur dengan strategi China. Mereka beri hadiah, Malaysia tanggung kos (yang pasti, ada bayaran kepada China tanpa pengetahuan rakyat kedua negara). Kononnya hadiah, sedangkan ia adalah satu jenis hukuman (baca: ‪#‎MH370‬).

Inilah yang dipanggil "World View." Dalam dunia gangster pun, ada ufti yang perlu dibayar jika ahli berbuat silap. Tak dapat dielak. Cuba anda baca ada berapa bilion Malaysia mengimport dari China? Bayangkan kalau China ugut tidak mahu mengeksport ke Malaysia? Sejak zaman Melaka lagi China adalah sahabat yang mesti kita berkawan. "If you can't beat them, joint them."


PANDA DIPLOMACY DAN BISNES

"Jika anda mahu tahu dengan negara mana China berkawan, ikutlah ke mana Panda pergi." Menurut kajian Universiti Oxford, negara China adalah satu-satunya 'rumah' yang sesuai untuk Panda di dunia ini. China hanya menyerahkan Panda kepada mana-mana negara bergantung pada perjanjian niaga di antaranya, dan kesediaan menjaga panda walau ketandusan sumber alam.

Tapi saya kira bisnes begini ada syubhahnya, kerana banyak faktor luar yang pengaruhi jagaan Panda seperti cuaca, suhu, udara dll. Ia bukan seperti perjanjian menjaga kambing atau lembu. Saya kurang arif.

Dalam bisnes, "Panda Diplomacy" atau Perjanjian Panda ada dipraktikkan dalam diam. Panda = Komitmen. Gantikan Panda dengan barangan lain. Contohnya, Syarikat pengeluar F&N menawarkan pinjaman atau pajakan peti ais minuman tanpa syarat ketat, KECUALI hanya meletakkan produk dari PERMANIS sahaja (100 Plus, Mountain Dew, Pepsi). Pekedai runcit mahukan trafik dari peminat air minuman PERMANIS, manakala PERMANIS perkuatkan marketing.

Panda isu lain. TNB dan GST naik itu adalah isu lain. Kedua-duanya memang rakyat yang tanggung, namun keperluannya berbeza. Hati-hati dalam buat perbandingan. Cernalah maklumat dengan akal bukan emosi, dan akhir sekali bersederhanalah.

Ketahui dan fahami apa yang anda Anti atau Pro. Sepertimana kita tidak layak membandingkan pelaburan digital (Forex/Bursa) dengan pelaburan fizikal (emas, silver, dll), begitu juga dalam isu Panda ini.

Nantikan pendedahan saya, dimanakah lokasi sebenar MH370 dan apakah nasib mangsa. InsyaALLAH akan ditulis dalam minggu ini atau awal minggu hadapan.

Sekian dahulu,

Salam tengah hari, selamat berehat untuk semua pekerja.

Kredit:

1. Wikipedia
2. Irfan Jani

-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.
-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

7 Responses to "Pertembungan Isu"

  1. Tp isu panda ni sebelum tragedi mh370 lg bk...

    ReplyDelete
  2. Nampaknya cerita MH370 akan semakin dingin, sejuk dan berlalu, lambat laun dilupakan. Isu baharu ganti isu lama. Lama-lama orang lupa lah. Tapi kalau brother tahu cerita sebenar, ada maklumat sahih, ceritalah, jangan berhenti, mungkin brother telah dikurniakan amanat, orang lain tak tahu, brother tahu. Jadi berjuanglah, berjihadlah kerana Allah wahai saudaraku.

    ReplyDelete
  3. PETALING JAYA: The practice of China giving a pair of giant pandas as diplomatic gifts to other countries have existed since the Tang Dynasty when Empress Wu Zetian gave a pair to the Japanese emperor.
    This is called Panda Diplomacy and it was revived by China in the mind 1950′s.
    A Political and Economic Dictionary of East Asia by Susan Pares records the world leaders who were given pandas in the 1970′s .
    A BBC film called Very Important Pandas in 1976 brought the strange coincidences to light where the leaders fell from power..
    Of the most famous recipients of the giant pandas was President Richard Nixon who was given a pair by China during a visit in 1972. Two years later, Nixon stepped down as US president after the Watergate scandals was exposed.
    He was given Ling Ling and Hsing Hsing.
    In 1974, Prime Minister of Britain Edward Heath visited China a few months previously and requested for two pandas. China gifted Heath with Chia Chia and Ching Ching.
    Heath failed to secure his re-election for his second term in 1974 due to a series of miners’ strikes and was promptly booted out from his post as Leader of the Conservative Party in 1975.
    The third unfortunate leader to fall into this strange happening was Prime Minister of Japan Kakuei Tanaka who was given Lan Lan and Kang Kang in 1971.
    He too, soon fell from power in 1974 after he was discovered to have accepted $1.8 million (RM5.8 million) bribe from the US Aerospace company Lockheed Corporation for the sale of an aircraft.
    Finally, also embroiled in the Lockheed bribery scandals, was Prince Bernhard of the Netherlands. He was one of the co-founders of the World Wildlife Fund (WWF) in 1961 whose use of pandas on its international logo was what made pandas famous.
    It was Bernhard also produced a BBC film called Very Important Pandas in 1976.
    On that very same year, Bernhard was found guilty of accepting bribes and was stripped of his title and uniform as prince and was forced to resign.
    China stopped using Panda Diplomacy in 1984, and instead began offering pandas to other nations on ten-year loans.
    Malaysia received pandas Fu Wa and Feng Yi from China, today.

    ReplyDelete
  4. Melepaskan BATOK di tangga BUKANnya melepaskan BATUK di tangga. BATOK dan BATUK mempunyai maksud yang berbeza. Tolong yer brader kopak. Bahasa itu jiwa bangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. beb..ini mcm kalo... lu masuk k blog morazzi..
      comfm lu kena maki punya..
      nak tunjuk bagus lu punyr bahasa..pi bukak blog lu sendiri laa!!

      Delete
  5. Bradokapak, isu panda ni takde kaitan langsung dengan MH370. Malaysia yang mintak panda ni dari China, bukannya China yang paksa suruh terima. Rundingan untuk mendapatkan panda ni pon dah dilakukan sejak dua tahun lepas. Cuma ianya diserahkan pada Malaysia tahun ni sempena dengan sambutan 40 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China. Saya tahu sebab 'kami' yang melakukan rundingan tersebut.

    ReplyDelete
  6. perancis pun dah dapat 2 ekoq..hikhik..

    ReplyDelete