Antara Halal dan Haram



Antara Halal dan Haram


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

JAKIM sudah mengisytiharkan yang produk Cadbury yang didakwa ada DNA babi sebenarnya halal dan boleh dimakan. Mungkin orang yng dah makan produk tu rasa lega bila dengar kenyataan JAKIM tu.


Persoalan yang timbul dalam fikiran saya ialah mula-mula tu kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai status produk tu. Menteri dah umumkan kemudian JAKIM melenting. Kata Menteri Kesihatan, Jakim pun ada makmal, jadi biarlah pakar-pakar di situ buat kajian. Sekarang JAKIM kata Produk tu sebenarnya halal. Masa pihak Kementerian tu cek, produk tu dah bercampur sebab tu ada lemak babi di dalamnya. Ini bermaksud JAKIM menyalahkan Kementerian Kesihatan kerana tak pandai nak buat analisa. Mungkin pakar di JAKIM lagi hebat!

Bukankah kedua-dua pihak sepatutnya berbincang dulu bsebelum mengeluarkan kenyataan yang bercanggah. Walau apa sekali pun kesimpulan yang dinyatakan, produk ni baik ditarik balik dari pasaran dan syarikat ni buatlah bisnes lain seperti yang terjadi kepada roti High 5. Mula-mula dulu didakwa ada bahan dari babi kemudian nafikan akhirnya sekarang ni dah tutup kilangnya. Mungkin buat jenama lain, wallallahualam.

Ada hamba Allah kata, Menteri Kesihatan tu beragama Hindu jadi kemungkinan dia mewakili rakyat Malaysia yang tidak boleh makan daging selain umat Islam (Vegetarian). KKM menyiasat produk ni di premis jualan sebab dapat aduan daripada pengguna yang bukan beragama Islam. Sebab tu KKM yang menganalisakan dan serah kepada JAKIM. JAKIM pula siasat di kilang yang dah buang segala yang tak halal. Tentulah tak jumpa benda yang haram!

Ada pihak pula mendakwa ada orang nak sabotaj syarikat berkenaan. Janganlah nak menegak benang basah! Lepas ni, seelok-eloknya tak payah makan coklat! Kalau teringin sangat, buat sendiri coklat tu. Sudah pasti kita tahu halal haramnya. Lelemaknya kalau tak yakin, belilah di kedai Arab atau campur saja minyak halal yang sesuai.

Kalau dari sudut produk HALAL, negara kita sebenarnya jauh tinggal ke belakang daripada negara jiran kita, Thailand. Tanda halal mereka lebih halal daripada tanda HALAL JAKIM yang kononnya mewakili kerajaan. Kalau setakat tulis halal siapa pun boleh tulis sedangkan hakikatnya ramai orang Islam yang tak ikuti atau jarang-jarang mengikuti berita atau hal semasa ni tak faham yang logo HALAL di Malaysia ni sebenarnya HARAM.

Mereka sebat apa-apa saja makanan dan minuman yang ada di depan mata di mana-mana pun dijual kerana mereka percaya kepada pihak yang dipertanggungjawab untuk memastikan makanan dan minuman tu halal di negara ini.

Pada awal tahun 90-an dulu pun ada kes tentang Ayam Goreng Segera yang paling TOP di Malaysia sehingga kini dikatakan TIDAK HALAL dimakan oleh orang Islam kerana cara penyembelihannya dipertikaikan. Mak Ngah saya kata ada kawannya yang dah pencen sebagai pegawai polis menjadi tukang sembelih. Bila pegawai JAKIM datang, dia disuruh pakai kupiah.

Ada satu ketika, ayam tak mencukupi kerana terlalu ramai pelanggan. Kawan dia nampak orang yang bukan Islam tolong sembelihkan! Bila dia tegur orang tu, dia kena marah sebab orang tu pegawai atasannya. Dia terus letak jawatan dan tinggalkan tempat tu serta-merta kerana tak mahu bersubahat. Jadi, kalau nak makan apa-apa pun, fikir dulu tentang asal usul makanan tu kalau nak diterima amalan kita oleh Allah SWT.

Orang yang nak komen di FB pun mestilah tahu halal haram kalau menulis terutama komen yang memang lucah. Bila saya baca komen-komen seperti ini, saya tertanya-tanya sama ada mereka ni orang Islam ke? Kalau kita mengaku kita orang Islam, janganlah nak mencarut-carut kalau tulis komen. Siapa nak sembahyangkan kita kalau kita jadikan perbuatan tu sebagai amalan kita, bila kita mati kelak? Mesti kita dikata orang yang hidup kerana perangai kita yang tak senonoh tu. Itu tak haram tapi berdosa besar, tahu tak?

Adakah kita perlu disolatkan bila dah mati nanti kalau biadab macam tu? Perbuatan atau akhlak yang buruk itu bolehkah membawa kita ke syurga? Mungkin orang ni memang tak ada adab tetapi saya bersimpati kepada ibu bapanya yang tak mengajarnya beradab sopan dan tak dapat mendidik anak menjadi orang Islam. Ibu bapa tak lepas, anak pun tak lepas dunia dan akhirat.

Kalau kita membiarkan perkara yang berlaku di hadapan kita, juga bermakna kita menghalalkan yang haram. Kalau tengok maksiat di hadapan mata tapi tak menegurnya juga bermakna menghalalkan yang haram. Kalau tengok artis berpakaian tak senonoh tapi tak tegur pun bersubahat juga. Macam kita pun sama pakai pakaian yang sama!

Ada artis pakai baju  belah di bawah dan di atas macam tak cukup kain pada malam Anugerah BH menafikan dia berpakaian tak ingat umur dan terlarang dalam Islam (kalau dia ingat dia orang Islamlah). Dia kata tak seksi tapi pandai pulak nak tutup dadanya yang dah tiga suku terdedah dengan beg kecilnya tu... Yang tengok pun bersubahat juga. Macam mana ni???

Halal atau haram masih perlu dibahaskan kalau kita nak jadi orang Islam yang sejati. Orang bukan Islam pun hormati kita kalau kita jaga akhlak kita dan agama kita termasuk makanan dan minuman yang masuk dalam perut kita. Kalau nak tahu akhlak seseorang itu, tengoklah pada apa yang masuk ke dalam perutnya.

Setakat ni dulu yang dapat saya coretkan di sini. Wassalam.
   
*Artikel ditulis oleh Sang Pencheritera.
-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

17 Responses to "Antara Halal dan Haram"

  1. kilang hi 5 tutup?kt shah alam seksyen 21 ni ada kilang hi5 dan msih beroperasi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Admin yg tulis ni main belasah je. Xhabes mengakaji la ni.. adoyai.. tutup jr la blog ko ni. Sebar berita palsu dosa besar x?

      Delete
    2. hg kenai dia ka ? kalau tk kenai dok diam2 .

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru aku tw dna babi n lemak babi 2 lain..wt lawak r muhammad uqbah ni..genetik tu tmasuk la lemak n d kira sbg Dna uqbal oi...adoi...xblajar science ke???
      Yg was2 2 baik kita elakkan...byk lg coklat laen..xmkn cklat pn leh idup kn...

      Delete
    2. Hahaha lenkali kalo nk ckp org lain xberilmu tu biar kite lebih berilmu..alahai..pencinta cadbeby terdesak..

      Delete
    3. Xmakan pon tak mati. Kalau dah was2.. lebih baik tinggalkan. Banyak makan benda haram tu yg perangai pon xelok..

      Delete
    4. Hahaha. Nk komen tp xde ilmu. Diam2 sudey. Mnmpkan kebodohan diri sendiri

      Delete
  3. Apa2 pun stil SAY NO TO CADBURY

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Ambil hukum asal cokelat...HALAL!

    ReplyDelete
  6. Do'a orang satu negara x makbul, jika makan makanan x HALAL.

    ReplyDelete
  7. jakim belum ada makmal sendiri..semua analisa makanan dihantar jab.kimia yang lagi dipercayai keputusanya..dna bole tercemar dimna mana..setiap sample keluaran produk mesti disimpan bakinya dikilang..memang tiada pncemaran mahupun campuran lemak gelatin waima dna babi pada coklat keluaran tarikh yang sama. hampir mustahil untuk semua pekerja cadbury komplot menipu masyarakat.

    ReplyDelete
  8. saya rasa,isu semacam ini jarang timbul semasa zaman "diktator" Ayahanda Tun Dr M.
    Pihak berkuasa sepatutnye sepakat didalam mengeluarkan satu2 isu yang amat sensitif begini.
    Sekarang mcm2 isu yang agak nampak umat Islam tak bersatu,salah satu sbb kempimpinan yang agak lemah..Wallahualam Bisawab.

    ReplyDelete
  9. Bagaimana sampel yang dibeli KKM di supermarket boleh tecemar?Kalau ada KOMPLOT NAK MENJATUHKAN CADBURY IANYA HAMPIR MUSTAHIL kerana orang yang berniat jahat itu perlu tahu supemarket mana orang KKM akan beli coklat cadbury itu dan kalau dia tahu pun dia perlu tahu coklat yang mana orang KKM tu akan beli....KKM tak mungkin borong semua coklat tu...

    Semua ni salah siapa?Semuanya salah JAKIM kerana mereka tidak memantau secara konsisten...How do you expect pengilang akan sentiasa mematuhi piawaian halal kalau JAKIM pantau pun berkala??

    ReplyDelete
  10. x silap aku,dulu high 5 kene tarik sijil bukan sbb babi..tapi sebab kilang x bersih..& aku rase sample yg kkm amik tu bole jadi contaminated..lab test utk dna ni sensitif..maybe ade sample lain yg ade babi dlm lab tu..aku cadang buat skali lagi test..baru puas hati..

    ReplyDelete
  11. bagaimana jika pencemaran berlaku ketika di KKM sendiri? bagaimana tercemar masih dalam siasatan. jangan terlalu gopoh ..jakim memang membuat pemantauan berkala kerana terdapat eksekutif halal yang dilantik oleh pengilang sendiri. dan kalau ye pun berlaku penipuan di dalam kilang sudah pasti ia memerlukan bukti..jika setakat cakap2 tak guna..dalam kaedah fiqh itu diluar kemampuan kita..kita hanya bergantung harap pada pengesahan halal dari jakim..kalau rasa kita ada ilmu yang cukup silakan la xpayah ikut jakim..makan apa yang kita rasa yakin ia suci.

    ReplyDelete