Ganjaran USD 3 Juta Untuk Pemberi Maklumat MH370 !


Ganjaran USD 3 Juta Untuk Pemberi Maklumat | Difahamkan, satu crowd-funding telah dilancarkan untuk mencari dana sebanyak USD 5 Juta bagi mencari jawapan dan mencari lokasi tepat MH370 yang masih hilang dan tidak ditemui. Para waris mangsa dari negara barat telah melancarkan dana tersebut Isnin lalu dan mereka sedang mencari sesiapa sahaja yang boleh memberikan info terkini tentang MH370. Kami di Dramaraja telah lama memberi info, dan sekiranya anda terbaca mesej ini, sila hubungi kami di orang_gombak@yahoo.com. Ikuti laporan berikut...


Ganjaran 3 Juta Untuk Pemberi Maklumat MH370 !


KUALA LUMPUR: Hampir tiga bulan selepas kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS), waris penumpang dari beberapa negara telah melancarkan kempen pendanaan orang ramai (crowd-funding) untuk mengutip US$5 juta (RM16 juta) pada Isnin lalu melalui laman web Indiegogo.

Daripada jumlah itu, RM$3 juta (RM9.6 juta) akan menjadi ganjaran kepada pemberi maklumat tentang kehilangan pesawat itu. Baki US$2 juta (RM6.4 juta) adalah untuk membiayai penyiasat persendirian yang dapat memberikan maklumat baharu.

Kempen yang dikenali sebagai "Reward MH370: The Search for the Truth", adalah usaha bersama waris penumpang dari Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Perancis dan India kerana kecewa dengan kekurangan makluamat dan bukti yang kukuh tentang pesawat yang hilang sejak 8 Mac itu.

Sarah Bajc, seorang warganegara Amerika Syarikat dimana teman lelakinya, Philip Wood, 50, merupakan salah satu penumpang yakin bahawa "seseorang sedang menyembunyikan sesuatu."

"Kami mengambil initiatif sendiri. Jika terdapat bukti bahawa pesawat itu terhempas di dalam air, atau kusyen tempat duduk, saya akan mengambil pendekatan yang  berbeza. Tetapi  tiada apa-apa ditemui,” kata Bajc, 48, kepada akhbarUSA Today.

Guru pengajian perniagaan yang berpangkalan di Beijing tersebut berkata ganjaran US$2 juta adalah untuk perkhidmatan penyiasatan namun pasukan penyiasatan tersebut "tidak akan pergi jauh" tetapi ahli keluarga mangsa tetap akan mengambil pendekatan yang berbeza daripada pasukan carian antarabangsa yang sedia ada.

"Jelas sekali, mereka sudah menghabiskan US$100 juta dolar dan masih tidak menemui apa-apa. Tetapi kita tidak akan guna pendekatan mencari dengan bot di lautan, kita akan mengambil pendekatan menggunakan kecerdasan manusia.

"Tiada kepastian di sini, tetapi kami percaya bahawa kami perlu mencuba sesuatu. Jika kita hanya duduk dan membiarkan misi pencarian ini diteruskan, saya fikir ini tidak akan selesai," katanya.

Sementara itu, waris penumpang di Malaysia meminta satu mesyuarat bersama Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang MH370, Datuk Hamzah Zainuddin untuk mendapatkan penjelasan mengenai aspek-aspek tertentu yang ditugaskan kepada jawatankuasa itu.

"Kami ingin tahu dengan jelas tentang pelan khusus Jawatankuasa itu dan tindakan berterusan dalam membantu kami untuk melalui masa yang sukar ini.

"Kami juga ingin berbincang dengan Hamzah tentang aspek yang kami memerlukan bantuan dan juga satu taklimat oleh beliau atau bersama Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) mengenai maklumat terkini berhubung dengan misi pencarian MH370,” kata kumplan itu dalam satu kenyataan media.

Pada Rabu, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Malaysia akan menghantar delegasi ke Canberra, Australia dalam masa terdekat bagi membincangkan maklumat terkini operasi pencarian pesawat MAS MH370, termasuk kos, di lokasi baharu.

Delegasi itu akan diketuai Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari dengan disertai tiga lagi timbalan menteri yang mengetuai jawatankuasa peringkat kementerian masing-masing berkaitan operasi mencari pesawat berkenaan.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi pada hari yang sama.

Pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan MH370 'berakhir di selatan Lautan Hindi'.


Sumber berita:http://www.astroawani.com/news/show/ganjaran-us-3-juta-kepada-pemberi-maklumat-mh370-37326?cp

*Pihak Dramaraja dengan ini mengumumkan bahawa kami telah lama memberikan info kami di dalam blog ini dan kami menggesa pihak kerajaan serta pihak berwajib serta seluruh kumpulan yang mahu mengeluarkan dana tersebut untuk mengambil kira segala maklumat yang telah kami paparkan.

Sekian,

Laporan ringkas ini dicatatkan disini susulan pendedahan terakhir kami dalam artikel ini berkenaan MH370.

-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.
-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

8 Responses to "Ganjaran USD 3 Juta Untuk Pemberi Maklumat MH370 !"

  1. BenarkMH370 telah di jumpai : http://kainkapanku.blogspot.com/2014/06/mh370telah-di-jumpai.html

    ReplyDelete
  2. dimana kecanggihan setalite pengintip dari amerika? kenapa mereka tak gunakan nya, mereka bolih mengintip dimana mana saja, kenapa TIDAK dalan hal ini?, kerena mereka sendiri yang merancang kejadian keatas kehilangan penerbangan MH370, dan ingin menyembunyikan segala kertelibatan mereka!, mereka buat berbagai andaian yang bukan bukan untuk mengalihkan perhatian pehak yang terlibat mencari pesawat yang hilang itu?. mereka bolih lakukan apa saja, untuk menutup rahsia mereka dan mereka akan menyalahkan pehak lain nanti keatas kehilangan MH370?.

    ReplyDelete
  3. Salam. Setakat siarkan kat.blog lambat. Apa kata dramaraja buat video kat youtube. Youtube 1 dunia blh tau dgn cepat.

    ReplyDelete
  4. kayalah brado kapak kalau mcm tu

    ReplyDelete
  5. itulah dikatakan, perlu tanya pada yang menyembunyikan....maka disitulah jawapannya......hmmm dah baling sorok tangan pula....:(

    ReplyDelete
  6. ..tak yah le pening dengan berita berita arus perdana dan arus "sendiri"..MH 370 dan hancus ditembak tentera Vietnam...(atas arahan siapa..?) sendiri mau fikir le..

    ReplyDelete