Kisah Mualaf Yang Menemui Jawapan Dalam Al-Quran


Kisah Mualaf Yang Menemui Jawapan Dalam Al-Quran | Seperti yang umum mengetahui, kitab suci Al-Quran sememangnya sebuh kitab rujukan lengkap yang mempunyai jawapan kepada segala persoalan, terserah kepada kita untuk mencari atau sebaliknya. Kadang Zyra rasa malu pulak bila orang bukan muslim lebih banyak membaca Al-Quran dari kita, orang Islam itu sendiri! Ramai orang bukan muslim yang memeluk agama Islam setelah membaca terjemahan Al-Quran mengikut bahasa ibunda masing-masing. Termasuk juga saudara baru kita yang berkongi kisahnya seperti berikut:

Saya dibesarkan dalam persekitaran konservatif-evangelis dan telah (sejak umur yang masih muda) mengadaptasi pandangan tersebut sebagai pandangan sendiri. Saya kerapa bercakap dengan bersungguh-sungguh mengenai kepercayaan Kristian dan peranannya dalam kehidupan saya. Walaupun begitu kuat pegangan saya, saya tidak pernah rasa begitu rapat dengan Maha Pencipta dan keliru dengan percanggahan yang terdapat dalam kitab Bible dan teologi Kristian. Tentang Islam dan orang muslim pula, saya tidak pernah beri mereka perhatian dan melihat mereka sebagai sesat dan ancaman kepada agama Kristian.

Selepas itu, semasa saya kemudiannya membaca Al-Quran, saya telah menjumpai jawapan kepada banyak persoalan dan mendapati Islam adalah merupakan satu bimbingan yang suci untuk manusia sejagat. Dalam tahun-tahun terakhir saya di sekolah tinggi, saya telah mengambil keputusan untuk membaca Al-Quran. Saya berasa kitab tersebut, yang telah banyak membimbing ramai manusia dan telah mempengaruhi banyak peristiwa di dunia berhak dibaca oleh saya. Ketika saya membaca Al-Quran saya mulai sedar akan banyak persamaan di antara kitab tersebut dengan kitab-kitab yang saya biasa baca (Bible). Saya terkejut dengan nabi yang sama, peristiwa dan pengajaran yang didapati dalam kedua-duanya. Tetapi apa yang lebih memeranjatkan adalah apabila saya mendapati terdapat pengajaran tentang kasih sayang, persaudaraan, amal dan kemaafan di dalam Al-Quran

Saya membaca surah-surah mengenai pengambilan anak yatim sebagai anak angkat, perlidungan wanita dan kanak-kanak, memberi makan kepada fakir dan juga belas ihsan ketika di medan perang. Segala penulisan ini begitu menyentuh hati saya dengan mendalam dan saya mendapati diri saya mula membentuk satu pendapat yang sangat baru mengenai muslim dan agama Islam. Selain itu, saya juga mulai memahami surah-surah tertentu daripada Al-Quran yang pernah diambil di luar konteks atau digunakan untuk memfitnah agama secara tidak adil. Dengan konteks yang baru saya dapati Al-Quran adalah benar dan lurus yang tiada dalam agama Kristian.


Saya mula memahami mengapa nabi yang baru diperlukan dan diutuskan sebagai panduan yang jelas yang tiada dalam kitab-kitab lain. Dari titik permulaan ini, saya mula melakukan kajian saya sendiri mengenai topik-topik seperti falsafah Islam, teologi Islam dan Nabi Muhammad (S.A.W). Buat pertama kalinya dalam hidup saya berasa seolah saya nampak segala kepingan teka-teki keagamaan yang berkecamuk sebelum ini bercantum dengan cantik sekali.

Amat menakjubkan apabila banyak bebanan yang sering saya tanggung semasa menjadi seorang Kristian mulai diangkat dari saya apabila saya semakin banyak belajar mengenai Islam. Agama tersebut menerangkan mengenai penyalahgunaan ajaran seperti mempercayai tiga tuhan, penjelmaan Tuhan, kelahiran Jesus secara fizikal, dan  juga penyaliban. Saya mula nampak bagaimana pandangan-pandangan ini (asas kepada agama Kristian) tidak lebih dari sekadar pengaruh manusia terhadap wahyu yang diturunkan dan adalah amat menyeleweng.

Saya mula mempelajari tentang keajaiban Nabi Muhammad (S.A.W) dan keajaiban ciri-ciri Al-Quran itu sendiri, saya nampak bagaimana ajaran Islam bersifat revolusioner untuk masa mereka dan dapat seiring dengan sempurna bersama sains moden dan pengetahuan. Pada masa ini saya memutuskan, sebenarnya, ingin menjadi seorang muslim. Bermula dari situ saya mengucap dua kalimah syahadah dan sekarang telah menjadi seorang muslim sejati. Ketika saya menyesal dengan kehidupan masa lalu, saya bersyukur kepada Allah setiap hari kerana memberikan saya peluang untuk mencari-Nya dan diselamatkan daripada api neraka. Saya tidak pernah berasa sepuas ini dalam hidup saya.

-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

0 Response to "Kisah Mualaf Yang Menemui Jawapan Dalam Al-Quran"

Post a Comment