Seorang Polis Maut Dalam Serangan Terbaru di Sabah


Konflik di Sabah meruncing.

Terkini, pada malam tadi, telah berlaku satu serangan terbaru di sebuah resort berhampiran Mabul Island. Seorang polis marin negara kita telah terkorban dan seorang lagi dipercayai hilang akibat diculik oleh pihak pengganas Sulu.

Mangsa, Ab Rajah bin Jamuan, 32, Islam, telah ditembak mati pada malam tadi dan rakannya Konstabel Zakiah bin Alep telah hilang dan dipercayai diculik oleh pengganas Sulu terbabit.



Konflik-konflik ini dilihat akan meruncing dari masa ke semasa dan tiada jalan keluar yang mudah untuknya. Ini belum membabitkan hal-hal pengganas di Semenanjung. Amat merisaukan kita sekarang ini sementelah di Timur Tengah sudah bergelora dan di Gaza sudah hampir tuntas peperangannya.

Ayuh, panjatkan doa kita kepada seluruh umat Islam di muka bumi ini agar dilindungi dan dipelihara daripada termakan fitnah akhir zaman, antaranya ialah berbunuh-bunuhan sesama kita yang masing-masing berugama Islam.

Ketahuilah, sesungguhnya musuh sebenar kita bukanlah saudara kita yang berugama Islam, akan tetapi adalah puak kuffar musyrikin, yahudi dan nasrani serta sesiapa sahaja yang bersama dengan orang-orang kafir itu.

Semoga ALLAH SWT memberikan keRahmatan kepada rakyat Malaysia yang masih berpegang teguh kepada ajaran Islam serta tidak berlaku ghuluw atau melampau-lampau dalam melakukan apa jua perkara.

Amiin...

Selamat berpuasa...

*Gambar dan berita, dikreditkan kepada Suaratv.

-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.
-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

0 Response to "Seorang Polis Maut Dalam Serangan Terbaru di Sabah"

Post a Comment