Tsunami Di Jepun Berlaku Sekitar Malam Tadi


Tsunami Di Jepun Berlaku Sekitar Malam Tadi | TOKYO: Jepun mengeluarkan amaran tsunami awal hari ini selepas gempa bumi kuat berukuran 6.8 magnitud melanda wilayah Fukushima, kata pihak berkuasa.

Jabatan Meteorologi Jepun berkata, tsunami tempatan setinggi satu meter boleh memberi kesan terhadap kawasan pantai di wilayah Fukushima, Iwate .

Miyagi selepas gempa bumi berkenaan. Sejumlah kawasan pantai itu masih dalam proses pemulihan selepas gempa pada 2011 dan bencana tsunami yang mengorbankan kira-kira 18,000 orang dan merosakkan loji nuklear Fukushima Daiichi.

Bagaimanapun, Tokyo Electric berkata, tiada laporan mengenai kegiatan luar biasa selepas gempa itu.

Jabatan Meteorologi Jepun menasihatkan orang ramai supaya meninggalkan kediaman mereka manakala stesen penyiar Jepun, NHK berkata, sebahagian pihak berkuasa tempatan mengeluarkan arahan berpindah kepada penduduk.

Bandar Iwate turut mengeluarkan arahan berpindah serta merta.

Sumber
-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

0 Response to "Tsunami Di Jepun Berlaku Sekitar Malam Tadi"

Post a Comment