Bangsa Yang Kalah
Minggu lalu,
ketika seorang presiden negeri pengkalan setan.
Datang bertamu di negerimu,
(ketika kapal terbangmu belum dipulang)
semua tok - tok lebai berlari - lari menyambutnya...
Mencium - cium tangannya,
meninggalkan segala larang dan pantang konservatif.
Bahawa bukan beriman dilarang masuk rumah suci.
Nazi - nazi berbaju melayu,
segan lagi silu, menyorokkan sepanduk
yang fundamentalis dan gila rejam sampai mati.
Malu - malu dalam populist,
orang - orang liberal pun bermuka - muka...
Segala sumpah seranah bertukar puji memuji
di hadapan negara kononnya demokrasi.
Imej antikan bangsa superman bertukar
dan ada orang - orang yang laparkan
ziarah para penjarah...
Dan dunia kian menuju kehancuran.
Apabila yang cerdik - cerdik,
sudah pandai menjadi munafik!
-nukilan Benz Ali-
3:22 petang.
28 April 2014.
-

-
Related Posts :
Kisah Benar Orang Yang Nak Tunjuk Hebat Tutup Masjid Akhirnya Peluk Islam
Kisah Benar Orang Yang Nak Tunjuk Hebat Tutup Masjid Akhirnya Peluk Islam | Daniel Streich, politikus berasal Switzerland, yang terkena… Read More...
Kisah Benar Jenazah Pelacur Di Terkam Ular
Kisah Benar Jenazah Pelacur Di Terkam Ular | Ustaz Zainul Fata Hashim, 38, adalah khatib Masjid Rahman di Banyu Urib, Surabaya. Ketika … Read More...
Kisah Benar Kejadian Misteri Akibat Tidak Menghormati Azan, Allahu Rabbi!
Kisah Benar Kejadian Misteri Akibat Tidak Menghormati Azan, Allahu Rabbi! | Pelbagai pengalaman misteri meguji keimanan insan sering te… Read More...
Kisah Benar Yang Sedih Mampu Membuatkan Anda Mengalirkan Air Mata
Kisah Benar Yang Sedih Mampu Membuatkan Anda Mengalirkan Air Mata | Kalau nak kira, mak aku la harta yang paling mahal, paling berharga… Read More...
Bercinta sebelum VS Selepas nikah
Bercinta Sebelum VS Selepas Nikah | Indahnya bercinta selepas kahwin,hanya akan dirasasi oleh insan-insan yang menghargai dan mengalami… Read More...
First
ReplyDeletedalam maksud
ReplyDeleteDan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, berkatalah orang-orang yang kafir kepada orang-orang yang beriman: “Puak yang manakah (dari kami dan kamu) yang lebih baik tempat tinggalnya dan lebih elok majlis perhimpunannya?
ReplyDeleteDan berapa banyak kaum-kaum (yang ingkar) sebelum mereka, kami telah binasakan, sedang mereka lebih elok alat-alat kesenangannya dan lebih elok keadaannya pada pandangan mata.
Ooo nukilan Benz Ali...
ReplyDeleteOrang yang pertikai kenapa Tuhan haramkan babi sedangkan Dia sendiri yang cipta.
Percayalah kita!
ben ali
ReplyDeletelu comfirm ker???
or lu cume terkeliru???
tok dalang masih berlagu...
seakan "senyap" mahu bersuara...
ReplyDeletedalam bekas yang belum "larut"
Benz Ali... reject je la...
ReplyDeletedengar cerita benz ali dah taubat dan telah keembali pada jalan-Nya. wallahua'lam
ReplyDelete