Beli Rumah (Kisah Seram)

                                                             (Gambar Hiasan)

Beli Rumah (Kisah Seram) | Saya bertugas sebagai ejen hartanah, tugas saya ini sungguh mencabar. Kadangkala saya harus membawa pelanggan saya untuk melihat rumah pada waktu malam. Kisah ini terjadi pada tahun lalu, di mana saya telah membawa 'pelanggan' untuk melihat rumah di kawasan Tampines. Saya telah aturkan empat buah rumah untuk 'pelanggan' saya melihat.

Setibanya di rumah pertama kira2 jam 8 malam, tidak ada apa2 yang menarik sangat tentang rumah itu jadi saya pun pergi ke rumah yang kedua. Tepat pada pukul 8:45 malam, saya dan 'pelanggan' menunggu ejen 'penjual' di kolong flat tersebut. Suasana di sana amat sunyi, bloknya pula berhadapan dengan PIE. Banyak pokok2 besar dan tebal mengelilingi kawasan sekitaran blok itu. Setibanya ejen tersebut, kami pun dibawa naik ke tingkat 8. Rumah yang hendak dijual itu rumah paling hujung, jauh daripada lif, dan rumah itu telah pun dikosongkan..

Seperti biasa, kami masuk ke dalam rumah itu. Rumah itu memang besar dan luas. Saya pun terus ke ruang dapur untuk melihat keadaan kabinet dapur rumah itu, 'pelanggan' saya pula telah ke bilik utama bersama ejen tadi. Sedang saya melihat tingkap dapur rumah itu, tiba2 saya terdengar bunyi pintu kabinet seperti dibuka dan ditutup orang. Saya ingatkan 'pelanggan' saya yang berbuat demikian, tetapi alangkah terkejutnya bila saya lihat tiada orang di dapur, cuma saya yang bersendirian. 'Pelanggan' saya masih berada di dalam bilik utama. Saya pun buat tak endah, dan terus masuk ke dalam bilik dan berbual seperti biasa.

Setelah puas melihat bilik utama, ejen 'penjual' itu membawa 'pelanggan' saya ke dapur. Saya pun ikut dari belakang, rasa seram memang ada tetapi apa boleh buat dah memang tugas saya. Setelah melihat ruang dapur, kami pun pergi ke ruang tamu, tetapi 'pelanggan' saya masih berada di dapur, mungkin mereka sedang berbincang agaknya. Saya pun berbual dengan ejen tadi di ruang tamu. Setelah selesai melihat, kami pun beredar dari rumah itu. Ejen 'penjual' itu bersungguh2 hendak menjual rumah itu walau dengan harga yang rendah. Saya pun kemukakan apa yang dikatakan ejen itu kepada 'pelanggan' saya. Kami berbual seketika di belakang blok tersebut menuju ke tempat meletak kereta.

'Pelanggan' saya kemudian memberitahu saya, semasa mereka berada di ruang dapur tadi, mereka terdengar bunyi kabinet rumah itu seperti dibuka dan ditutup padahal tiada siapa yang berbuat demikian. Saya terkejut, ingatkan saya seorang saja yang dengar tetapi saya tidak memberitahu mereka bahawa saya pun mengalaminya juga. Setelah itu kami pun naik kenderaan untuk ke rumah yang seterusnya, tetapi saya sempat menjenguk ke arah dapur rumah itu sebelum masuk kenderaan. Alangkah terkejutnya, bila saya ternampak satu lembaga putih samar2 berada di tingkap dapur rumah itu. Saya pun terus memandu beredar dari tempat itu.

-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

0 Response to "Beli Rumah (Kisah Seram)"

Post a Comment