5 Tips Mudah Membeli Gincu


5 Tips Mudah Membeli Gincu | Sebenarnya ia bukanlah satu perkara mudah untuk membeli gincu yang bersesuaian dengan bibir anda. Bibir kering, warna tidak sesuai dengan tona kulit dan sebagainya – itu adalah masalah yang sering dialami oleh wanita. 

Anda digalakkan untuk mencuba gincu berulang kali sebelum menemui yang terbaik untuk anda. 

Dipetik daripada Allure, ikuti lima tips mudah berikut sebelum membeli gincu: 

Amalkan pelupasan bibir sebelum keluar rumah 

Jika anda tidak mempunyai skrub untuk bibir, jangan bimbang kerana anda boleh lakukan pelupasan dengan cara yang mudah. Anda hanya perlu campurkan gula dengan Vaseline, kemudian urut pada bibir dengan lembut agar kulit-kulit kering akan mengelupas keluar. 

Bersihkan gincu

Bukan anda seorang saja yang mencuba gincu tersebut, mungkin terdapat beratus wanita lain telah mencubanya sebelum anda. Anda boleh meminta jurujual memasukkan gincu tersebut ke dalam alkohol, kemudian lapkan permukaan atas gincu tersebut dengan tisu. Cuba gincu tersebut menggunakan aplikator baru. Jika anda masih tidak menggemari cara tersebut, anda boleh mencuba gincu tersebut pada hujung jari anda dan bukannya pada tangan kerana ia hampir sama dengan warna semulajadi bibir anda. 

Guna penanggal solekan sendiri

Kebanyakan penanggal solekan di kaunter kecantikan agak kasar dan boleh mengakibatkan bibir anda kering, lebih-lebih jika anda mencuba pelbagai jenis warna berbeza. Anda digalakkan membawa penanggal solekan anda sendiri yang lembut pada kulit dan bibir anda. 

Lapkan lebihan warna dengan tisu

Gunakan kapas yang telah direndam dalam penanggal solekan dan tekapkan pada bibir anda selama 15 saat untuk menanggalkan gincu tersebut sebelum lapkan ia perlahan-lahan. 

Samarkan warna dengan bedak asas

Jika masih terdapat lebihan warna pada bibir anda, 'neutralkan' ia dengan meletakkan bedak asas pada bibir anda. Apa yang penting, jangan letakkan terlalu banyak kerana ia mungkin memberi kesan kepada warna gincu tersebut.

-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

0 Response to "5 Tips Mudah Membeli Gincu"

Post a Comment