Fadhilat Ayat Kursi


Fadhilat Ayat Kursi | Ayat kursi merupakan ayat yang paling agung kerana mengisahkan keagungan Allah serta kekuasaan-Nya yang tidak terbatas. Ayat ini merupakan ayat yang ke-255 dalam Surah Al-Baqarah dan dijadikan bacaan serta hafalan oleh masyarakat Muslim. Ayat ini dipercayai dibaca untuk mendapat keredhaan serta perlindungan daripada Allah.

1. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas Solat Fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, Insya-Allah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya. Juga keluarga, anak-anak, dan harta bendanya akan terpelihara dengan izin Allah SWT.

2. Orang yang beramal dengan bacaan ayat Al-Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah s.w.t. daripada gangguan serta hasutan syaitan.

3. Pengamal ayat Al-Kursi juga dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Al-Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Al-Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

4. Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

5. Ayat Al-Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Al-Kursi 100 kali, InsyaAllah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

0 Response to "Fadhilat Ayat Kursi"

Post a Comment