Cerita Semalam


Cerita semalam…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Apa khabar anda semua? Saya harap anda sihat dari segi mental dan fizikal. Saya rasa saya sihat dari segi fizikal tapi tak rasa sihat dari segi mental dan emosi.

1. Kelmarin  saya perhatikan sidang media yang diadakan oleh pihak kerajaan dan pihak yang terlibat dalam misi kehilangan pesawat MH 370. Banyak soalan yang dikemukakan oleh pihak wartawan tapi  apabila jawapan diberikan, mereka rasa kecewa kerana asyik pi, mai, pi, mai, dok tang tu jugak. Lepas tu, menteri dan mereka yang mengadakan sidang akhbar tu cepat-cepat beredar bila ramai wartawan tak berhenti-henti bertanya.

2. Selepas tu, saya menonton pulak berita dalam Bahasa Mandarin yang menunjukkan wakil kerajaan Malaysia yang mengadakan sesi taklimat di Beijing, Negeri China. Saya terkejut melihat reaksi mereka yang mengadakan sesi tu. Saya nampak seorang pegawai ( Melayu) yang keluar dari bilik di mana sesi taklimat tu dengan cara tergesa-gesa kerana tak dapat menjawab soalan daripada pihak wartawan dan mungkin jugak waris penumpang di dalam pesawat tu.

3. Ada di antara mereka yang naik berang dan menjerit-jerit bila bercakap atau mengutarakan soalan. Insiden ni tak ditunjukkan dalam rancangan berita berbahasa Melayu. Kenapa... ya? Alasannya mestilah kononnya tak mahu merisaukankan hati waris penumpang pesawat tu. Apa natijahnya kalau mereka bersikap begini? Mungkin agaknya selepas ni susah jugak rakyat Malaysia ( terutama orang Melayulah tu) nak pergi ke negara tu nanti.

4. Satu lagi soalan yang ditanya oleh wartawan ialah adakah pesawat tu bawa barangan yang berharga? Jawapan yang diberikan ialah manggis  dan beratnya 4 tan metrik. Munasabahke pesawat eksklusif tu bawa buah manggis seberat tu sedangkan sekarang ni bukan musimnya dan waktu kemarau ni tak rosak ke kalau bawa buah tu?

5. Jawapannya yang tak logik telah membuktikan kelemahan  pihak pemerintah yang tak boleh beri apa-apa jawapan yang konkrit seperti yang diinginkan oleh semua pihak. Bila kerajaan Australia mengumumkan  satelit mereka nampak objek di Lautan Hindi, kerajaan Malaysia pulak kata tak semestinya objek tu serpihan daripada rangka MH 370 tu.

6. Tapi takkanlah kontena tiba-tiba boleh terapong-apong kat tempat terpencil yang dikeliling oleh jerung putih tu? Kemungkinankah bangkai pesawat ni telah dijumpai dan laporan yang berbelit-belit tu disiarkan adalah untuk melindungi sesuatu ...., tak???!!!Kalau ada ancaman atau tujuan untuk melaga-lagakan hubungan negara kita dengan Negara China, nampaknya pihak tertentu dah berjaya kot?

7. Bercakap tentang submarine yang tak boleh berfungsi tu kalau berlaku peperangan atau insiden seperti ini, saya teringat dulu sewaktu P.M. jadi Menteri Pertahanan. Jet-jet pejuang yang dibeli tu ialah kapal terbang yang nak dilupuskan oleh Kerajaan Amerika di kawasan pelupusannya. Masa tu berita tu diuar-uarkan oleh media luar negara. Isu itu pun heboh diperkatakan sebab banyak kapal terbang terhempas dan ramai juruterbang yang maut dalam kemalangan yang membabitkan pesawat tersebut. Kali ni submarine tu tak boleh digunakan sedangkan harganya yang berbilion RM tu boleh bayar hutang negara,tau! Siapa nak siasat perkara ni? Nak panggil C.I.A. ke ataupun N.Y.P. D.?

8. Sampai sekarang semua ni menjadi tanda tanya. Kotak hitam yang dibuat daripada titanium tu boleh jadi makanan ya'juj dan makjuj. Jadi, tak mustahil perkara ni kemungkinan boleh berlaku. Sebagai orang Islam, kita tak boleh menafikan hal ini.

Jadi, berdoalah untuk melihat kebenaran supaya misteri kehilangan MH 370 itu akan terjawab akhirnya.

Sekian dulu, wassalam.    


-Artikel bukan ditulis oleh Bradokapak.

Artikel dihantar oleh Sang Pencheritera.

Jika anda ada artikel menarik yang ingin di paparkan disini, bolehlah hantarkan kepada sy melalui email: orang_gombak@yahoo.com


-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

20 Responses to "Cerita Semalam"

  1. tak de plak komentar kat sini huhuhuhuhu terbaik

    ReplyDelete
  2. info yg berguna...thanks bro...

    ReplyDelete
  3. Fakta tetap Fakta .... tak guna menipu rakyat !

    ReplyDelete
  4. makin lama PC makin di-telanjangkn, makin lama misi ini, makin di bogel kn hingga nmpk parut nye, tutup dn pertahan kn lah apa yg kita ada, dr terus di telanjang kn..

    ReplyDelete
  5. kadang kadang kita bercakap dan cari fakta untuk memburukkan orang... itulah kerja kita... tapi kita sebenarnya tidak menyumbang apa2... aku yakin dan percaya WALAU SIAPA PUN MEMERINTAH AKAN MEMBUAT BENDA YANG SAMA.... SEBAB SEMUA ITU MANUSIA...

    ReplyDelete
  6. Bravo....utarakan semua pendapat & pandangan spy blog ini MELETOP!!!!

    ReplyDelete
  7. power blog ni...first time tgk traffic blog ni angka bergerakseperti jam saat

    ReplyDelete
  8. MH370 meupakan misteri yg takkan berkesudahan....mempunyai makna yg besar setelah campurtangan USA & negara2 lain yg kononnya membantu tp dgn byk motif3 tertentu yg tersembunyi....Skrg, kaum2 dajjal nak mendajjalkan negara kita plak....semasa ini, mereka menjatuhkan hukuman mati kpd 500 lebih pejuang2 Ikhwanul Muslimin di Mesir melalui Mahkamah Tentera di sana. Siapa yg berani bantu & campur tangan? Setakat ini, belum ade lg walaupun dikelilingi oleh negara2 yg mengakui Islam. Malaysia sendiri adlh pengerusi negara2 Islam OIC. Ini lah akibatnya apabila pemimpin2 kita mengikut telunjuk & sistem2 mereka tanpa mengkaji terlebih dahulu akibat & kesan2 nya di masa datang. Padahal, perkara2 ini telah pun dinyatakan di dalam al-Quran & Hadis2 Nabi Muhammad s.a.w 1400 tahun dahulu lg.... Skrg, kita dah terkambus habis menjadi biawak2 bersembunyi di bawah tanah....Depa jd helang2 yg yg berterbangan memburu mangsa seterusnya.....Ini belum lg cerita Hammas (Sunni) yg menentang kumpulan syiah Nasrullah yg dipimpin oleh Hizbullah di Palestin. Skrg sudah masuk tahun ke-3 rakyat Syria dibunuh, diperkosa, ditanam hidup oleh pengikut2 kerajaan Syria yg diketuai oleh Basyar Al-Assad, semata-mata krn mereka menolak utk mengakui/menyebut LA ILAHA ILLA BASYAR (maknanya; "tiada tuhan selain basyar").Syahadah mereka telah ditukar....FIRAUN moden yg baharu telah muncul bernama Basyar Al-Assad menindas & menzalimi rakyat2nya. Malang sungguh mereka yg masih berdolak-dalik utk membenarkan perkara2 ini....sayang sungguh AKAL FIKIRAN yg ALLAH s.w.t kasi pd manusia2 ini sehingga tidak dpt menaakul & berfikir untuk memproses data2/input2 yg ada....nampak sgt tak baca/khatam al-Quran & tak tahu hadis2 Nabi sendiri....Kata2 ALLAH & NABI pun tak diperduli. Ada org tanya sy, adakah kamu dah bersedia, tidak takutkah dgn kekuatan musuh? Jawapan sy, saya TIDAK pernah gentar & SENTIASA bersedia utk menghadapi segala cabaran2 di dalam hidup saya kerana HIDUP ku, SOLAT ku, MATI ku & HIDUP ku adalah LILLAHI RABBAL AALAMIN. Pancung kepala / kerat 18 badan ini, saya tidak akan beriman selain kpd TUHAN ku ALLAH azzawajal. Lagipun, tu semua bukan milik sy pun...Inilah perjuangan para Nabi2 dan para sahabat2....Kami berani mati kerana ALLAH s.w.t. & Rasul kami. Untung nya rakyat Syria & Palestin....syahid di jln kebenaran.

    ReplyDelete
  9. Tidak salah mengikut mereka, lgpun hidup kita ni bukannya lama sangat pun....paling lama pun, 100 thn jer....tu pun belum tentu sampai. Lebih baik dpt SYURGA kt sana drpd hidup dlm NERAKA kt sini. Kan? Kan? Sabor jelah, masanye akan tiba juga. Kita tengok permainan2 mereka2 ni dulu....buka minda, open your eyes & FIKIR. Masanye belum terlambat utk mengkaji al-Quran kalam ALLAH seluruhnya. Anda berani?

    ReplyDelete
  10. Benarkah khabar angin yg mengatakan flight tu bawa 8 org saintis pertahanan China?

    ReplyDelete
  11. "7. Bercakap tentang submarine yang tak boleh berfungsi tu kalau berlaku peperangan atau insiden seperti ini, saya teringat dulu sewaktu P.M. jadi Menteri Pertahanan.....
    .......Kali ni submarine tu tak boleh digunakan sedangkan harganya yang berbilion RM tu boleh bayar hutang negara,tau! Siapa nak siasat perkara ni? Nak panggil C.I.A. ke ataupun N.Y.P. D.?"

    bro..saya tak dak masalah dengan teori konspirasi bro...tapi yang bab submarine tu saya ada masalah dengan bro

    check balik fakta tu bro...check balik...kalau betul bro ada amalan surah kahfi yang baik, mesti bab submarine tu bro tak akan kata macam tu..ni orang Navy bace ni mesti diorg geleng kepala dengan bro, tambah2 lagi yg dok operate submarine kat sepanggar

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ternagkan kat sini?

      Delete
    2. sejak bila submarine malaysia tak berfungsi? sejak bila submarine malaysia tak boleh digunakan? itu yang kena tanya bro brado kapak

      Delete
  12. artikel ni lebih cantik kalau disertakan dengan fakta (jika boleh)...
    .
    .
    Ketahui Rahsia Cetak Banner Murah? KLIK SINI!
    .

    ReplyDelete
  13. pengunjung atau yg nak komen aku nasihatkan...berikan pendapat atau komen yg berhikmah la ye...jgn komen dgn diikuti emosi..gunakan akal dan keluarkan segala yg anda sume phm utk dikomenkan secara berHIKMAH...jgn jadi mcm sesetengah pihak yg xsependapat dgn teori ni terus emosi dan akhirnya menunjukkan kelemahan mereka sendiri...org yg bijak adalah org yg membuat sesuatu itu menggunakan akal.bukannya nafsu..so sama2 kita bersatu dlm mnyelesaikan masalah yg terjadi..bukan berpcah belahkan kaum...walupon kita x penah besua..walupon kita belainan kulit..walupon kita belainan parti ( politik )..wlupon kita belainan tempat..namun matlamat kita adalah sama..bersatulah demi AGAMA...in shaa ALLAH...kita akan dpermudahkan segala urusan harian kita....

    ReplyDelete
  14. Cara pnulisan yg amat berlainan dari biasa..kene hack ke hape?bab submarine tu kalau tanya Shah Paskal konpem kene bash kaw2 writer ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan dah tulis kat situ bukan tulisan bradokapak...

      Delete
  15. Korang xbaca hbs ke...Huhu..article ni bkn brado kapak tulis La...tu sang pencheritera pnya tulis..kn dia dh mention kt bawah :)

    ReplyDelete
  16. Haha....MUSTAHIL kapal2 selam tak digunakan langsung negara2 terlibat dlm misi SAR MH370! Penulisan di atas bukan ditulis oleh Brado Kapak...baca sampai habis....kita tak tahu cerita sebenar tentang kargo2/kontena tu....better shut-up for that case....

    ReplyDelete
  17. Monopod with U-clip RM50 include postage by Pos Laju.
    Ada 3 colors : Pink, Blue and Black ~ Berminat?
    Sila hubungi kami. SMS/Whatsapp ke : 018-288 2354

    LOKASI C.O.D : Tesco Setia Alam sahaja
    HOTLINE : 018-288 2354 (CALL/SMS/Whatsapp)

    Layari page : https://www.facebook.com/monopodmalaysia01

    JOM dapatkan MONOPOD Sekarang !!
    FREE POS LAJU !! ITEM SAMPAI DALAM 2 HARI BEKERJA ~
    LAYARI Fanpage Di Atas ~

    ReplyDelete