Pencarian Berakhir

Pencarian Berakhir.

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH SWT atas limpah kurniaNYA. Segala pencarian saya mengenai MH370 sudahpun berakhir....

Tidak ada apa lagi yang ingin saya cari. Hidup perlu diteruskan. I will move on to the next chapter. Artikel penutup mengenai MH370 akan ditulis dalam beberapa hari lagi setelah mendapat green light. Banyak benda harus ditapis. Tak semua yang saya tahu boleh dibuka rahsianya kepada orang awam.

Bukan mahu menyembunyikan kebenaran. Tetapi, bukan kerja saya mendahului skrip dan melawan takdir. Biarlah ia berjalan dengan rasmi dan cantiknya seperti mana yang telah dirancangkan. Jika ada pun skripnya berubah, sy tak mahu perkara itu berlaku atas sebab pendedahan yang saya buat.

Jadi, nantikan artikel penutupnya tak lain tak bukan hanya di dramaraja.blogspot.com.

Antara yang dijangka akan dibahaskan adalah, sebab musabab perkara ini berlaku, mengapa ia gagal, apa yang terjadi dan apa punca skrip berubah. Mungkin juga sy akan membahaskan sedikit tentang nasib MAS sebagai satu-satunya hab penerbangan rakyat Malaysia dibawah kerajaan dan mengapa banyak tragedi membabitkan MAS pada tahun ini sementelah KLIA 2 akan dilancarkan tak lama lagi.

Kesemua hal ini amatlah berkait dengan orang-orang besar dalam dan luar negara. Sekiranya saya silap mencorak langkah, alamatnya bukan blog sy yg padam tp dgn sy sekali kena padam. Silap sy mengambil langkah gila utk mendedahkan tragedi MH370. Awal2 dlu saja2 je tulis pasal MH370, maklumlah sy mmg Freelance Internet Marketer. Tak sangka penulisan sy tiba-tiba meletup kerana sy lah org pertama yg menuliskannya dengan cara yg amat berbeza drpd mana-mana media dalam dunia ini. Lagipun salah satu cabang yg sy buat dlm kerja Freelance Internet Marketer ini adalah menyalurkan berita yg sahih dr tempat kejadian atas sesuatu perkara yg sy minat. Untuk pengetahuan, sepanjang lbh kurang 3 mnggu tragedi MH370 ini, sudah beberapa kali sy turun naik sidang media dan ke KLIA bagi mencari sendiri jawapan disamping turun naik menghadap org2 besar. Ini bukan kerja main-main.

Ini juga bukan kali pertama sy buka cerita yg org lain tak mahu/tak tahu buka. Dah banyak dah.... Siapa yg dah kenal sy lama atau dah follow penulisan sy dr awal 2009 lg, mmg komfem tahu berapa banyak dah cerita yg sy tulis. So yg baru follow atau baru kenal nama Brado Kapak ini jgnlah cepat sgt membuat tuduhan ya. Kes penipuan perang yg berlaku di Syria pun sy pernah buat pendedahan dlu, atas sebab2 tersebutlah ramai org tuduh sy Syiah sedangkan sy masih lg mengamalkan Fiqh Syafie dan mengaji Aqidah Sifat 13 Asyairah dengan sanad Pondok Pasir Tumboh daripada Ustaz Karim. Cuma sy mmg minat mencari ilmu-ilmu tua di Nusantara ini, sebab itu sy follow Itrah Ahli Bait walaupun ilmu mengenai Itrah yg sy ada hanya ciput je jika nak dibandingkan dgn luasnya kota ilmu milik Itrah tersebut.

Jika nak tahu dengan mendalam tentang Itrah, silalah ke pondok-pondok tua di Nusantara ini atau cari orang-orang tua dari mana-mana jalur perguruan tua di negara kita terutamanya dari jalur perguruan Wali 7 kerana pada merekalah adanya ilmu tua tersebut.

Ini bukan kisah taqiyyah atau kisah hendak menghasut pembaca sy menjadi syiah. Tidak ada langsung dalam mana-mana posting sy yg menyuruh org mengikut syiah imamiah waima isna asyairah. Sy hanya menyuruh org mencari Itrah Ahli Bait ini atau sekurang-kurangnya kenalilah akan Ahli Bait Baginda SAWAW kerana hanya dengan mengenal merekalah baru anda akan dapat intipati ilmu akhiruz zaman.

Apapun, sy amat bersyukur ke atas Hadrat Ilahi kerana dengan terjadinya kes MH370 ini, sudah teramat banyak perubahan yg berlaku terutama pada diri sy dan juga pada negara Malaysia ini amnya. Apa yang amat ketara adalah, inilah buat pertama kalinya tulisan seorang anak Melayu-Islam kelahiran Malaysia yg telah menjentik lebih 2 juta akal dan minda pembaca di seluruh dunia dan inilah buat pertama kalinya, penulisan anak kecil yang sblmnya langsung tidak dikenali di mana-mana telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa dan telah sampai hampir ke serata dunia dari Timur hingga ke Barat. Sy amat bersyukur atas semua yg terjadi ini kerana, dalam duka masih ada sukanya kerana ramai yg telah mula tergerak dan terbuka hati utk kembali mendalami ugama Islam disamping mengamalkan apa yg Rasulullah SAWAW pesan kepada kita di dalam Hadisnya.

Ramai juga yg sudah mula kembali membaca dan menghafal 10 ayat awal dan akhir Surah Al-Kahfi disamping doa mengelak fitnah dajjal. Ramai juga yg sudah mula berjinak-jinak mendalami sukan yg dianjurkan oleh Baginda, seperti memanah, berkuda dan berenang. Ramai juga yg sudah mula berfikir di luar kotak walaupun ada yg tidak berjaya, namun mereka telah mencuba. Ramai juga yg sudah mula rajin membaca dan sudah pandai mencari sumber dan bahan artikel yg telus utk dibaca selain drpd mempercayai media semasa yg sentiasa ditapis mengikut acuan dan kehendak sang empunya skrip.

Inilah kejayaan terbesar saya sepanjang bergelar "Freelance Internet Marketer". Inilah juga kejayaan terbesar saya yang tidak disangka-sangka. Hanya dimulai dengan satu status nakal tentang MH370 pada 9 Mac 2014, secara tidak langsung ia telah membuka satu jalan yg amat luas bagi sy. Sepanjang tragedi ini juga, banyak ragam manusia telah sy pelajari. Banyak karenah org yg telah sy ketahui. Ramai juga cerdik pandai yg telah menjadi kenalan sy. Ruang lingkup sy juga semakin meluas disamping medium penyampaian yg sy ada semakin kukuh. Walaupun tidak dinafikan ramai yg kecewa dgn pendedahan yg sy buat kerana mereka gagal menyusun kesemua klu-klu yg sy berikan dan ramai yg marah-marah kerana sangkaan mereka yg meleset. Itu semua lumrah dalam apa jua perkara dalam dunia ini. Setiap yg terjadi harus ada vice versanya atau pro dan kontra. Jika tidak, sudah pasti sy akan sgt-sgt ujub dan bongkak... Wal Iyazu Billah !

Sy juga berterima kasih kepada semua pihak yg tidak putus-putus menanti artikel terbaru di wall dan di blog dramaraja sy. Sy juga berterima kasih kepada semua pembaca setia dan pengkomen tegar yg tidak pernah rasa penat untuk menulis komen tak kira di blog waima di fb sy. Sy juga amat berterima kasih kepada semua ejen-ejen mana-mana badan kerajaan, badan bukan kerajaan waima badan-badan intelijen mana-mana negara yg tidak putus-putus memerhati wall dan blog sy dari masa ke semasa. Terima kasih juga kepada mereka yg suka membuat 'diversion' di ruangan komen pada setiap artikel sy baik di blog atau di fb ini kerana tanpa anda, maka tiadalah suka duka dlm setiap posting yg sy buat. Terima kasih juga kepada semua yg tak putus-putus menanti artikel terbaru sy semata-mata mahu mengutuk atau mengkondem sy, kerana tanpa anda, sudah pasti sy menjadi sgt ujub dan riak. Alhamdulillah, banyak teguran membina yg sy dpt walaupun pedih dan pahit tetapi ia membuahkan hasil yg baik.

AKhir kata, sekiranya sy dipanjangkan usia, insyaALLAH sy akan terus membongkarkan lebih banyak kes-kes penipuan dan juga kes-kes terpencil yg tidak ramai org tahu mengenainya. InsyaALLAH, sy juga akan meneruskan pengkajian sy tentang akhiruz zaman dan membuat persediaan serta persiapan baik zahir ataupun batin seiiring dengan apa yg telah dipesan kepada kita oleh Baginda Rasulullah SAWAW.

Sekian sahaja dahulu catatan sy,

Wassalam.

-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.

-----------------------------

Artikel ini dipetik daripada catatan bradokapak disini.
-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

31 Responses to "Pencarian Berakhir"

  1. Percarian kepada ilmu Allah itu tiada noktahnya... Kepada "BK" Teruskan berkarya untuk memecahkan ketulan-ketulan sel-sel otak manusia "mim" yang masih belum dan x mahu berhubung... kepada golongan muslim... berusahalah menjadi MUKMIN yang sejati... bravo BK i follow...

    ReplyDelete
  2. masih tertanya2 kenapa negara russia diam???

    ReplyDelete
  3. masih pelik tadak sapa ka berani habaq lalu ke lautan hindi tu menghala ke mana? haha

    ReplyDelete
  4. Dan kenapa tentera US di Kelantan?

    ReplyDelete
  5. But still hairan bin ajaib why plane tu end up at Indian Ocean. Jauh Betul Dia pergi...

    ReplyDelete
  6. Looking forward for new stories..well done brado!!!

    ReplyDelete
  7. Namanya saja Mau jalan2/pesawat pesiar, jadi pesawat ini Mau jalan2 taping tak tau jalan balik, mari kits berdoa semoga di tunjukkan jalan yg betul,ataupun klu ini hasil rekayasa Dari seorang penguasa yg dzolim d rakus akan kuasa Maia supaya cepat terbongkar kebiadaban penguasa ini.

    ReplyDelete
  8. mne org2 yang kutuk maki hamun bk sebelom ni..komen la cepat...bk dh bgi sdikit ilmu org pngtahuan kt kita..pikir baik2..ambil yg jenih sahaja..buang yang keruh....x perlu maki hamun atas org Islam....

    berfikir matang sikit jika nk komen berbuatan org..tngok dri sndiri tu..bru lah betol kn org dn ajar org...ilmu pngtahuan sy mkin bertmbah atas artikal2 yg di tulis oleh BK...sy x ambil bulat2 sahih arkital nya...tetapi akal kita beaar..boleh pikir mne baik yg perlu kita ambil...

    BK teruskan usaha beljar ilmu2 agama dan ilmu2 dunia...insyaallah Allah akan permudah kn urusan yang baik kpde BK dan kita semua umat islam...Aminn

    ReplyDelete
  9. starting like follow nukilan BradoKapak, thank you for sharing..

    ReplyDelete
  10. Dulu kini dan selamanya.. Ilmu kalau tidak di cari maka sesat lah ia akan juga kalau ilmu itu tidak di kongsi maka lenyaplah ia kemungkinan juga ilmu tanpa amal maka sia-sia belaka.. I follow u bk

    ReplyDelete
  11. Terima kasih BK, byk berkongsi perkara yg tersirat dan tersurat. Setelah mbaca smua nukilan yg BK tulis ternyata ilmu Allah itu sgt luas.

    Dlm mencari kebenaran, sebenarnya ianya telah dinyatakan dlm Alquran dan hadis2 sahih. Kita yg Alpha.

    Bila sy membaca terjemahan alquran dan sejarah2 islam terutama sekali yg berkaitan dgn perjuangan dan pemikiran islam. Smua hint yg BK bg 'terjawap'.

    Sekali lg terima kasih BK. Teruskan usaha anda. Teruskan perjuangan. Teruskn menggali dan mengkaji. Dengan izin Allah segala2 nya d permudahkan dan di berkati.

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum . boleh saya tahu siapakah penulis untuk blogger ni? macam mana awak boleh tahu detail pasal kes ni?

    ReplyDelete
  13. " benda harus ditapis. Tak semua yang saya tahu boleh dibuka rahsianya kepada orang awam." maknanya BK??? Hhhmm lama lg k nk dpt dpt green light.. Apa pn kesudahannya harap kita semua redha.. BK agak2 bape haribulan penutup cite ni

    ReplyDelete
  14. Tiada ...............nya. sama2 kita mencari ilmu mati....Ameeeen

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum.sy memang tertarik dgn tulisan anda.tp, sy harap apa yg anda tulis itu benar.sbb kalau tak.bermakna fitnah utk org berkenaan yg sy sendiri pun tak tahu siapa.sbb pada akhir zaman inilah.fitnah adalah perkara yg boleh memecahbelahkan umat islam.

    ReplyDelete
  16. Al FAID BARAKAH SERVICES PUCHONG PRIMA ( KIOSK MYEG )
    PERBAHARUI ROADTAX & INSURANS KENDERAAN ANDA
    http://roadtaxmyeg4u.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. Teori Terkini Kapten Nik Huzlan Yang Bakal Hapuskan Segala Sangkaan dan Hipotesis
    Klik Sini
    http://akuobses.blogspot.com/2014/03/bukti-terkini-mh370-ikuti-analisa.html

    ReplyDelete
  18. AsSalam...Saya jenis kurang minat dengan text yang berjela2..tapi setelah membaca article BK semua..mmg amat menarik minat saya menjadi follower tegar BK...jadi teruskan la mencoret dan mengumpil segala kebenaran hakiki dunia supaya semua sentiasa beringat2 dan berwaspada dengan apa jua yg berlaku kerana kita mmg berada

    ReplyDelete
  19. saya ini anak kecil tetapi berhati besar untuk mengetahui kebenaran disebalik permainan manusia ini. mungkin demi keselamatan BK penceritaan ini harus bernokhtah disini namun perjuangan masih bermula . sejak baca blog BK ni saya makin sedar dan sentiasa takut dengan azab Allah. ini dugaan buat hambanya. subhanallah

    ReplyDelete
  20. kita msh brada di lampu kuniag.tk sbr nk mnugu lmpu brtukar hijau.pyeksaan btol.! :-D

    ReplyDelete
  21. Bon voyage. bradokapak, trigger those delta wave to kept connected.
    ﻭَﺍﻟﻠّﻪُ ﺃﻋﻠَﻢ ﺑِﺎﻟﺼَّﻮَﺍﺏ.

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum, Adakah insden ini bakal menjemput peperangan Amegedon yang diceritakan oleh para ulama terdahulu dan hadis-hadis nabi, ingin keterangan lanjut sila sila lah baca http://www.kainkapanku.blogspot.com/2014/03/perang-amagedon-peperangan-bintang.html

    ReplyDelete
  23. kalaula BK ada kesempatan ,boleh x research sedikit sebanyak ttg Rothschild - Tq ;)

    ReplyDelete
  24. Monopod with U-clip RM50 include postage by Pos Laju.
    Ada 3 colors : Pink, Blue and Black ~ Berminat?
    Sila hubungi kami. SMS/Whatsapp ke : 018-288 2354

    LOKASI C.O.D : Tesco Setia Alam sahaja
    HOTLINE : 018-288 2354 (CALL/SMS/Whatsapp)

    Layari page : https://www.facebook.com/monopodmalaysia01

    JOM dapatkan MONOPOD Sekarang !!
    FREE POS LAJU !! ITEM SAMPAI DALAM 2 HARI BEKERJA ~
    LAYARI Fanpage Di Atas ~

    ReplyDelete
  25. BONGKAR !!! Bagaimana jika tidak terhempas? ~ Pentas Malaya

    Saksikan dan Baca Selanjutnya di ---> http://bit.ly/1ij0U1W

    ReplyDelete
  26. berilmu x beramal = menipu
    beramal x berilmu = tertipu
    berilmu x beramal = munafik
    beramal x berilmu = fasik
    berilmu + beramal + jujur + ikhlas = ibadah

    ReplyDelete