Piliha Raya Yang Tak Meriah


PILIHANRAYA YANG TAK MERIAH KERANA…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Semalam ialah hari mengundi untuk penduduk di Kajang dalam Pilihanraya Kecil bagi Dun Kajang.

1. Saya tertarik dengan senario pada hari mengundi itu. Keputusan calon yang menang bukan main lambat lagi diumumkan! Kenape..., ya? Depa ni tak serik-serik nak tipu rakyat! Sejak Pilihanraya Umum ke 13, nama Malaysia seolah-olah telah menjadi gurauan di peringkat antarabangsa.

2. Mana taknya! Keputusan yang sepatutnya semua orang dah tahu telah diubah sebelum ditukar pada waktu larut malam. Alah bisa tegal biasa! Sebab tu pihak luar dah tak percaya dengan apa yang dilaporkan oleh kerajaan Malaysia kerana imej Malaysia telah dirosakkan oleh insiden-insiden yang dianggap menunjukkan kelemahan pihak kerajaan.

3. SPR telah memberi amaran dalam PRK iaitu kelapa dan kangkung tak dibenarkan dibawa ke kawasan mengundi walapun perkara tu bukan bertujuan untuk provokasi. Tapi ironinya, itulah yang dilakukan oleh segelintir penyokong parti yang bertanding pada kali ini.

4. Kenape? Sebab mereka nak menunjukkan harga barang yang dah naik termasuklah kangkung yang diuar-uarkan oleh P.M. yang sebelum ini mengatakan harga kangkung dah turun.

5. Kenape mereka juga bawak kelapa? Tentu anda boleh teka, kan? Kelapa jatuh ke tanah, tapi harganya dah mencecah RM 2.00 paling minimum! Sape nak kawal harganya? Calon B.N yang kalah tu kata pengundi bersimpati dengan Wan Azizah sebab tu dia menang. Tak de modal lain ke?

6. Saya tertarik dengan kata-kata seorang penyokong parti PKR yang mengatakan Dr. Wan Azizah merupakan seorang tokoh Wanita yang paling hebat di dalam politik Malaysia yang berjuang sendirian tanpa sokongan kaum wanita dari parti lain. Wanita ni memang layak bukan hanya kerana berdiri di samping suaminya dan berjuang bersama-sama dengannya tetapi juga sebab beliau seorang wanita yang tabah seperti Saidatina Khadijah yang berjuang untuk membantu suaminya Rasulullah SAW untuk menegakkan kebenaran.

7. Walaupun apa yang dilaluinya, beliau tetap tidak pernah merungut dan menyesal. Saya memang tabik hormat kepada wanita ini. Beliaulah yang sebenarnya yang berhak digelar sebagai IRON LADY OF MALAYSIA. Ada orang kata, disebabkan kerajaan B.N. terpaksa belanja dah nak hampir RM 10 juta ( mungkin lebih dah kot?) untuk untuk cari pesawat yang hilang tu, jadi penyokong B.N hanya buat kerja nak menipu peti undi seperti selalu tapi tak berjaya! Itu belum belanja lain-lain ongkosnya lagi. Itu agaknya sebab kenape semua VVIP tak turun padang kot?

8. Dalam pada itu, dalam sidang media, ada wartawan nak tahu kenape pihak media Malaysia tidak dibenarkan menghadiri taklimat media di Beijing semalam dan pak menteri kata nak siasat perkara ni. Kenape begitu teruk sekali layanan pihak yang nak bagi taklimat tu kepada pihak Malaysia? Nak salahkan siapa dalam hal ini?

9. Lepas satu, satu insiden berlaku selepas kehilangan MH 370 (Ada orang kata- MH bermaksud Masih Hilang???!!!) Kesian jugak saya dengar beritanya...! Sekawan itik dok melintas depan pesawat dan menyebabkan pesawat milik MAS tu mengalami kerosakan kecil dan terpaksa mendarat cemas di Katmandu, Nepal. Sebuah lagi pesawat MAS dari Incheon, Korea ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik dan mendarat di Hong Kong kerana masalah teknikal.

10. Macam-macam hal berlaku selepas insiden MH 370 hilang dan persoalannya adakah MAS dapat mengembalikan kepercayaan penumpang untuk menaiki pesawat milik syarikat itu pada masa akan datang? Sape yang dapat jamin naik pesawat MAS selamat dan dilindungi daripada sebarang ancaman?

Saya rasa baik saya naik pesawat yang tak glamour tapi selamat walaupun layanannya tak first class macam MAS.
Maaflah saya terpaksa menulis juga tentang  insiden MH370 dalam ruangan ini kerana hal ni masih lagi menjadi topik hangat yang mungkin lebih hangat daripada suasana pilihanraya Dun Kajang semalam.

Sekian dulu, terima kasih.

Wassalam.


-Artikel bukan ditulis oleh Bradokapak.

Artikel dihantar kepada saya oleh Sang Pencheritera.

Jika anda ada artikel menarik yang ingin dipaparkan disini, emailkan kepada saya di alamat; orang_gombak@yahoo.com

Sekian.
-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

20 Responses to "Piliha Raya Yang Tak Meriah"

  1. assalaamualaikum brado...wa dah paham skang ni apa yg lu nak sampaikan pada hint2 dlm artikel lu yglepas2...apa2 pon wa ucapkan t.ksh sbb banyak kongsi sajikan maklumat serta penulisan yg mantap..hint2 yg lu bg dlm artikel yg lepas banyak mmbuatkan wa kaji sikit2...syukur ke hadrat ILAHI sikit sbyk wa dah paham apa itu GAME yg di rencanakan pihak2 tertentu...apa2 pon skali lagi wa ucapkan syukran jazakallaahu khair....teruskan menulis n sajikan lagi info2 terkini utk djdikan bahan bacaan minda anak2 muda zaman kini...biarkanlah apa yg diorg kutuk...sebab diorg xtau...so abaikanlah...bahaya jgk ,kalo layan org mcm2 mslh ni....ingat...'' LA TAKHOF WALAA TAHZAN..INNALLAAHA MA'ANA ''....SALAM UKHWAHFILLAH....xbyk org mcm fikir mcm yg lu fikir..assalaamu'alaikum....

    ReplyDelete
  2. Always follow & support u " Brado Kapak " ...teruskan pembongkaran dan pembongkaran

    ReplyDelete
  3. Diumukan pukul 9 malam lambat ke? Saluran mengundi ditutup pukul 5 petang dan pengiraan secara manual bukan guna mesin. Saya rasa 4 jam munasabah kot,

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan maksudnya umum lambat. tpi tiada liputan langsung. biasanya dlam berita kol 8, mmg tak berenti liputan pasal mengundi. sebelum kol 8 lagi dah tunjuk liputan samada secara langsung atau ulangan. tpi biasalah tuh, bila bn kalah@ada bau2 nak kalah, mmg takkan ada liputan. klu ada pun, sekadar tunjuk gitu2 jek.

      Delete
  4. la BK ni pembangkang ke..cett

    ReplyDelete
    Replies
    1. die bkn pembangkan atau penyokong kerajaan..
      dia hanya penkaji ilmu akhir zaman dan freelance marketer

      Delete
    2. saya pon kecewa..kenapa xumumkan macam bn menang ye..ape salahnya di beritahu dan di ulas..takut sgt kat pr..hurm...

      Delete
  5. Bile dah slalu bace penulisan BK.. dah boleh beza dah yg entry ni post dr BK ataupun org lain..

    ReplyDelete
  6. brado BK.. tq sbb bg sedikit pencerahan..actually sy mmg xpenah nk bukak blog blogger2 yg mne ade..mmg xminat kot..tp bile isu MH ni sy byk tgk post2 BK.. makin sy bace makin sy teruja..keep it up BK... pembacaan yg sgt bgus pada para2 umat akhir zaman...

    ReplyDelete
  7. Salam bk, pendapat sy even bukan penulisan bk sekali pun, rasanya bk perlu tapis dulu ye dak b4 publish dlm blog bk ni, sy kurang pasti adekah prk kajang yg xseberapa tu ade hubung kait dgn mh370 ni, kalo mcm tu ketua parti pembangkang n calon yg meletak jawatan sebelum ni mcm mane nk kita klasifikasikan politik mereka, sy xnampak dsebabkan prk kecil dkt kajang ni dan2 tu di isu kan pulak hal mh370, lps ni ade pilihan raya kecil dkt serawak utk tempat mohd taib so ade lg lah permasalahan lain yg akan direka supaya prk jd suram. Nasihat sy yg kurang arif dlm bnd ni tapis dlu b4 publish nanti blog ni xdpt sambut elok sharing ilmu nt di cop blog politik semata nk popular berselindung n amek kesempatan atas kehilangan mh370

    ReplyDelete
  8. moga malaysia akan mendapat pemimpin yang benar-benar adil dan benar-benar berjiwa rakyat.....
    .
    .
    Ketahui Rahsia Cetak Banner Murah? KLIK SINI!
    .

    ReplyDelete
  9. Ini bukan BK..simple as that..

    ReplyDelete
  10. Saya pernah jadi counting agent... Kenapa nak salahkan SPR?? Apabila mana2 pihak yang tak berpuas hati, kena la kira balik... semua wakil calon melihat sendiri tanda2 & undi rosak... Sebab itu lambat... Ingat senang ke nak puaskan hati dua-dua belah pihak. Take time bro...huuu

    ReplyDelete
  11. Cerita yg betul & reality pun tak boleh kah? Amboi! sensitive betul... Byk2 muhasabah diri, check diri, tgk persekitaran kita... Peringatan demi peringatan telah diberikan oleh Yg Maha Esa...

    ReplyDelete
  12. kan ade tulis atas tuh ha..

    'Artikel bukan ditulis oleh Bradokapak.
    Artikel dihantar kepada saya oleh Sang Pencheritera.'

    ReplyDelete
  13. hahahaha...poyo gila cerita sang pencheritera ni...nampak sangat penulis (bukan brado kapak) adalah berhaluan kiri....nampak gayanya, brado kapak cuma mengetengahkan bakat 'komunisme' dalam blog ni tanpa disedari pemilik blog mendapat sedikit 'kudis buta'....huhuhuhu

    ReplyDelete
  14. Dah menang pun nak mengata lagi..?akidah kemane..?..agak2 la...

    ReplyDelete
  15. Monopod with U-clip RM50 include postage by Pos Laju.
    Ada 3 colors : Pink, Blue and Black ~ Berminat?
    Sila hubungi kami. SMS/Whatsapp ke : 018-288 2354

    LOKASI C.O.D : Tesco Setia Alam sahaja
    HOTLINE : 018-288 2354 (CALL/SMS/Whatsapp)

    Layari page : https://www.facebook.com/monopodmalaysia01

    JOM dapatkan MONOPOD Sekarang !!
    FREE POS LAJU !! ITEM SAMPAI DALAM 2 HARI BEKERJA ~
    LAYARI Fanpage Di Atas ~

    ReplyDelete