Malaysia dan Teroris
Seperti yang pernah saya katakan pada awal MH370 hilang - kalau ada yang masih ingat - sebenarnya Malaysia memang pusat landasan untuk terrorist berkembang. Disinilah sebuah negara yang penuh idealogi, penuh dengan pendidikan mental, penuh dengan sumber dana, penuh dengan pelbagai gerakan dan banyak lagi unsur-unsur peperangan.
Kitalah, satu-satunya negara dalam dunia yang mempunyai kemahiran dan teknik perang yang ada di seluruh dunia. Kemahiran dan teknik perang yang kita ada tidak terdapat di mana-mana negara sekalipun waima Krav Maga yang dicipta oleh 2 orang individu pakar Mixed Martial Arts (MMA) untuk tentera Israeli Defence Force (IDF) pun diambil daripada teknik tempur orang-orang Melayu kita.
Hatta, tentera-tentera elit dari negara asing pun menggunapakai khidmat orang negara kita untuk melatih askar-askar mereka tentang teknik perang yang mereka belum tahu. Namun begitu, pusat latihan bagi para teroris ini bukanlah di Malaysia sebaliknya di Afghanistan dengan pusat dananya datang daripada beberapa buah negara yang ada kepentingan tertentu.
Ketua-ketua tertinggi perekrut terorisme ini pula berpusat di Indonesia dengan menjadikan Indonesia sebagai sebuah negara yang mempunyai badan intelijen anti-terorisme paling besar di dunia. Ia meliputi Badan Intelijen Negara (BIN), Special Detachment 88 (Densus 88), Komando Pasukan Khusus (Kopassus) dan beberapa lagi intelijen-intelijen yang tidak tersenarai secara rasmi.
Kesemua hal-hal yang tersebutkan di atas ini sudah sememangnya diakui dipersada dunia bahawa rantau Timur jauh inilah pusat segala-gala aktiviti ini berkembang pesat dengan menjadikan kita negara paling aktif menghantar 'aid' kepada mana-mana negara bergolak dan menjadikan kitalah juga medan penjualan persenjataan yang maju dan pesat. Hal-hal ini turut diakui oleh intelijen-intelijen negara barat seperti Federal Intelligence, Central Intelligence Agency (CIA), The Security Service (MI5), Military Intelligence Section 6 (MI6), Komitet Gosudarstvennoy Bezopasnosti / Committee For State Security (KGB - FSB), Institute for Intelligence and Special Operations (Mossad) dan banyak lagi.... dan dengan kesemua mereka itu, sudahpun menghantar ejen-ejen mereka ke rantau kita bagi tujuan-tujuan tertentu demi kepentingan pihak atasan mereka.
Maka janganlah berasa pelik atau aneh sekiranya ada ura-ura mengatakan negara kita adalah pusat 'hab' teroris terbesar di dunia dan jangan pula terkejut sekiranya negara kita masih tidak diperangi oleh negara-negara barat dan tidak pula diserang oleh anasir-anasir luar dari segi persenjataan kerana sudah sememangnya lumrah sesuatu tempat yang penuh keuntungan tidak akan dihancurkan sesuka hati selagi ia boleh membuahkan lebih banyak keuntungan. Kerana itulah, negara kita masih selamat, aman makmur dan damai kerana datangnya pelbagai kaum dan bangsa ke negara kita atas tujuan kepentingan masing-masing yang pelbagai macam dan sememangnya kita rakyat Malaysia, adalah satu-satunya rakyat di dalam dunia yang dapat menerima dengan terbuka kedatangan dan kehadiran mereka semua ini.
Hal ini, kesemua mereka yang datang ke negara kita itu termasuklah meliputi tawanan-tawanan perang, mangsa-mangsa perang, pelarian perang, bekas-bekas askar, bekas special service, para kiyai, para ulamak, para habaib, para pendana, para pemodal, para informer, para intelijen, para usahawan, para bisnesman, para perjuang, para peminta dan banyak lagi yang mana kesemua mereka datang ke negara kita bagi tujuan kepentingan tertentu dan kita telah menerima kehadiran mereka sekian lama dengan penuh terbuka tanpa ada apa-apa penentangan sedikit pun. Jika tidak percaya, lihat sahajalah betapa ramainya warga asing dinegara kita ini terutama dibandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur, Johor Baharu, Pulau Pinang dan sebagainya.
Sebagai kesimpulan, kehadiran Obomba baru-baru ini telah membawa banyak kepentingan ke atas negara kita, negara barat dan juga pemodal-pemodal antarabangsa bagi bertujuan menjaga keselamatan perdagangan mereka, menjaga rantau tenggara dan juga menjaga perut-perut serta kocek para kroni masing-masing. Dan kerana hal-hal tersebut itulah maka Malaysia sudahpun mempersetujui untuk menjayakan Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) tanpa perlu menandatangani surat perjanjian TPPA itu sendiri dan tanpa pengetahuan rakyat. Kesemua ini bertujuan penting bagi meneruskan kelansungan hidup negara kita untuk tempoh beberapa tahun yang akan datang selaras dengan kehendak-kehendak di dalam New World Order (NWO).
Percayalah... dalam tempoh tersebut, negara kita TIDAK AKAN diserang oleh mana-mana negara asing dan kuasa luar selagi kita masih berpegang dengan perjanjian-perjanjian tersebut dan terus membuka perdagangan dasar terbuka di negara ini dan masih membenarkan para imigran untuk terus masuk ke negara kita tanpa halangan dan sekatan. Semua ini sudahpun terjadi disekeliling kita tanpa kita sedari dan pelaksanaan Goods & Service Tax (GST) adalah bagi menampung kos-kos tambahan bagi Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan juga penyelia sempadan-sempadan antarabangsa yang mana mereka memerlukan dana besar dan baru untuk meneruskan kelansungan pergerakan mereka tanpa mengambil dana kerajaan pusat yang telah tersedia kurang itu. Sekiranya berlakunya perpecahan, kegusaran, insurgensi, pemberontakan atau kekecohan di negara kita, ia hanyalah bersifat dalaman dan bukannya luaran kerana para pemodal antarabangsa harus menjaga rantau kita ini sebaik mungkin. Jikalau tidak, mereka akan merasa rugi yang teramat sangat.
Selamat menghadam satu idealogi yang sukar diterima ramai !
Sekian.
-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.
First
ReplyDeleteSebarlah sebannyak mana ideologi Brado..yang pasti perancangan ALLAH mengatasi segala2nya...Islam tidak mengajar kita supaya sibuk ke arah semua ni...perlunya rabitah dan wasilah dalam mengukuhkan akidah semua umat Islam dalam menempuh kehidupan harian di akhir zaman ini supaya dapat mengenal yang batil dan yang benar...ape pun ideologi yang akan timbul dan akan datang yg penting persiapkan diri masing2 dalam sentiasa dalam akidah yg betul..
DeleteBukan Obomba tapi Obama
Deletebk tauler.. itu cara penulisan dia utk menggambarkan manusia yg suka bom org
DeleteSecond
ReplyDeleteThird
ReplyDeleteselain first second third, xda ke comments dari pembaca lain mengenai ini? haha
ReplyDeletehahaha..saje2 bro...suka2..
Deletemengarut!!!....lagi mengarut sebenarnya lagi suka nk baca...hahahah...tak sabar nk tau ape lagi yang akan dimengarutkan oleh brado cap kapak...kahkahkah..
ReplyDeleteKamu takut akan kebenaran..jadi kamu kelaskan sebagai mengarut....kita bukan di era 60'an kawan
Deletebenar apa yg brado ckpkn...dan juga risikan malaysia smgt maju brbndg dgn negara luar...itu yg sya alami sendiri.... "setiap sesuatu mempinyai kelenihan..dan jgn cuba perlekehkan "
ReplyDeleteHurm...negara kita ni dh lama diserap dan diterap NWO. Tp ramai yg tak sedar.
ReplyDeleteBermula dari dasar Inggeris. UMNO juga salah satu angkatan yg perjuangkan NWO, boleh dilihat jelas dari makna panjangnya. Sedangkan kita melayu tidak terfikir ke? Kenapa kita tak guna bahasa ibunda?
Penerapan NWO sangat berjaya hingga sekarang. Jelas sekali apabila si tua pula diajar mengikuti berita hangat jam 8, sedangkan adalah sebaiknya digunakan si tua beramal sementara isyak....
Si tua juga diterap bahawa rezki adalah dari pemerintah sedangkn ALLAH yg Maha Pemurah.
Si tua juga mendidik anak bahawa pemerintah adalah segalanya.
Sigh.....
wah... bangga sebagai rakyat Malaysia?
ReplyDeleteLuar kotak pemikiran dari manusia biasa
ReplyDeleteSudah la Brado kapak, ko dengan geng2 ko yg suka import buku lama dari Indonesia yg mcm2 ideologi sesat masuk Malaysia leh g mampos. Aku jumpa aku sepak ko ngan geng2 ko tmasuk si benz ali tu.
ReplyDeleteAku dah lama perati geng2 ko ni...
sembang kencang..macam bagus..
Delete:-) Macam lah Brado Kapak, Benz Ali n The Gang senyum dan terima jer sepakan ko Joe Suharto. Diorang takde kaki nak sepak ko balik? :-)
Deletemanusia yg x berpijak ke bumi nyata yg rasakan semua org baik dan dunia ni aman damai
Deletehmmm...
ReplyDeleteApa la lu bro tuhari suruh brdoa DSN tk sign TPPA tu... m'sia jgb trjebak dlm TPPA skrg ni plk kata dh m'sia mmg dh masuk pun dlm pack ni tanpa menyain TPPA ... kusut dn pyh nk digest dn telan all these lah.... hrrrmmmmm.
ReplyDeleteApa la lu bro tuhari suruh brdoa DSN tk sign TPPA tu... m'sia jgb trjebak dlm TPPA skrg ni plk kata dh m'sia mmg dh masuk pun dlm pack ni tanpa menyain TPPA ... kusut dn pyh nk digest dn telan all these lah.... hrrrmmmmm.
ReplyDeletependengaran, penglihatan & hati..sendri guna la..
ReplyDeleteSerba sedikit tetang GST, baca dan pahami dengan teliti http://www.kainkapanku.blogspot.com/2014/05/gst-goods-and-services-tax-buruk-baik.html
ReplyDeletehahaha. idealogi pelawak tahap legend. teruskn lg dgn lawak2 y lbh power. hahaha
ReplyDeleteSaya suka membaca tulisan ni.. tlg bg link lg. Atau 'word' untuk search kt gpogle. Hehe
ReplyDeleteApe itu AntiFa?
ReplyDeletePercaya ke tak. Para 'terrorrist' inilah yg akan nantinya menjadi pejuang handalan dalam menegakkan Islam? Percaya ke tak, para 'terrorrist' ini jugalah yg akan menebas leher yahudi zionist seorang demi seorang sehingga tidak tersisa? Dan percaya tak, para 'terrorrist' ini tak amik port langsung pasal politik Malaysia? Percaya tak? Hahaha.. bradokapak tahu jawapannya tu.
ReplyDelete...di mana aku berada di sana ada DIA...
hanya Allah S.W.T yang lebih mengetahui..
DeletePenjelasan tentang HUDUD, hudud bukalah curi sebiji epal kena potong tangan, tapi apa yang penting ianya adil dan saksama, malah lebih adil dari pada Hukum manusia yang libral ini, sila baca enty terbaru ini
ReplyDeletehttp://www.kainkapanku.blogspot.com/2014/05/hudud.html
latihan secara sembunyi untuk pertahankan Islam dikatakan terrorist @militant. tapi latihan ketenteraan oleh barat @ Negara sekutu dikatakan demi keselamatan..sedangkan latihan oleh barat n sekutu tu adalah untuk berperang n bunuh umat islam dengan tiket keganasan yg depa sndiri cipta.dunia makin celaru.Inshaallah Islam akan betulkan kesemuanya...
ReplyDeletenama blog pon drama dah
ReplyDelete