Hikmah Disebalik Sambutan Aidilfitri | Walaupun kita masih ada lagi berbaki hari untuk menunaikan ibadah puasa, mungkin juga kita boleh berkongsi tentang apakahhikmah disebalik sambutan aidilfitri ini. Selepas sebulan berpuasa nanti., maka tibanya satu syawal untuk kita menyambutHari Raya. Kedatangan satu syawal hendaklah disambut oleh seluruh umat Islam. Ia adalah hari menyambut kemenangan kerana telah berjaya melaksanakan ibadah puasa dan amalan-amalan lain dalam bulan ramadan. Pada hari tersebut tidak dibenarkan seorang pun berpuasa. Bahkan haram hukumnya malah tidak sah bagi orang yang hendak berpuasa.
Banyak perkara yang perlu dilakukan apabila masuknya sahaja satu syawal. Di antaranya ialah:
1. Melaungkan takbir bermula dari tenggelamnya matahari akhir Ramadan sehingga sejurus sebelum Solat Hari Raya didirikan.
Firman Allah s.w.t:
” dan juga supaya kamu mencukupkan bilangan puasa ( sebulan Ramadan ) serta kamu bertakbir (membesarkan) Allah kerana mendapat pertunjukNya dan supaya kamu bersyukur”
Takbir hendaklah dilakukan dengan suara yang nyaring secara beramai-ramai dengan penuh bersemangat diseluruh tempat samada di masjid, surau, rumah dan tempat-tempat awam yang ramai pengunjung. Ia merupakan syiar yang memberi ketegasan tentang akidah dan keesaan Allah.
2. Digalakkan memhidupkan malamnya dengan berqiamullail.
3. Mandi Sunat Hari Raya samaada bagi orang yang akan pergi menunaikan Solat Hari Raya maupun tidak.
4. Sunat memakai pakaian yang terbaik yang ada untuk pergi menunaikan Solat Hari raya.
5. Memakai wangi-wangian.
6. Mengadakan solat sunat hari Raya di kawasan lapang seperti padang supaya semua orang dapat datang termasuk wanita yang haid( wanita yang haid boleh mendengar khutbah ).
7. Pergi menuju ketempat solat melalui satu jalan dan apabila balik dari menunaikan solat melalui jalan yang lain.
8. Menjamah sedikit makanan sebelum menunaikan Solat Hari Raya.
9. Ziarah menziarahi sanak saudara dan sahabat handai.
10. Bermaaf-maafan antara satu sama lain bermula dari orang yang paling hampir seperti ibu bapa, suami isteri anak-anak, kaum kerabat dan rakan dan taulan.
12. Banyakkan bersedekah kepada fakir dan miskin.
13. Menunaikan puasa 6 hari pada bulan syawal.
Satu perkara yang menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita ialah amalan menziarahi kubur pada pagi Hari Raya. Amalan menziarahi kubur adalah satu amalan yang baik untuk mengingati kematian tetapi jangan sampai meletakkan satu kemestian bahawa mesti menzirahi kubur pada pagi hari raya sedangkan ia boleh dibuat pada bila-bila masasahaja tanpa menentukan waktu ditakuti jadi salah faham dalam masyarakat.
Cuma apa yang menyedihkan pada zaman sekarang adalah ramai segelintir anak muda lebih gemar menghabiskan masanya dengan bermain gajet daripada mahu menziarahi sanak saudara. Tindakan ini sedikit sebanyak akan mematikan generasi yang mengamalkan ziarah menziarahi pada hari raya.
0 Response to "Hikmah Disebalik Sambutan Aidilfitri"
Post a Comment