Mengenali Penyakit Paru-Paru Berair


Mengenali Penyakit Paru-Paru Berair | Paru-paru berair merupakan salah satu penyakit yang merbahaya dan susah di kesan. Mari kita sama2 tengok pengenalan penyakit paru-paru berair ni.

Pengenalan Penyakit

-Juga dikenali sebagai ‘efusi pleura’.

-Paru-paru itu dikelilingi oleh satu rongga kosong yang disebutkan sebagai kaviti pleura (pleural cavity) yang 
 memisahkan antara paru-paru dan dinding dada.

-Ia diselaputi oleh ‘prietal pleura’ disebelah dalam dinding dada dan ‘viceral pleura’ yang meliputi paru-paru.Kaviti pleura ini penting semasa proses pengembangan dan pengucupan waktu bernafas.

-Jika rongga ini diisi oleh udara disebabkan oleh kebocoran pada viceral pleura ia dikenali sebagai
‘pnemothorax’, ‘hemothorax’ jika ia dipenuhi darah dan ‘pyothorax’ jika dipenuhi dengan nanah.

Jenis-Jenis Penyakit

-Exudate.
-Transudate.

Punca Penyakit / Faktor Risiko

-Terjadi daripada penyakit pada paru-paru itu sendiri atau penyakit organ lain seperti jantung, hati dan buah     pinggang.

-Batuk kering (TB).

-Pneumonia.

-Kanser paru-paru atau lain-lain kanser (efusi malignan).

-Embolisme paru-paru atau infarkasi (mati0 atau ‘infuction pulmonary’.

-Kolagen (collegen disease) sepertti ‘rhuemathoid’ ‘arthritis’, SLE dan sistem sterosis.

-Kegagalan jantung.

-Sindrom nefrotik (kehilangan protin dari buah pinggang).

-Sirosis hati.

Tanda-Tanda / Simptom

1)Exudate

-Mempunyai kandungan protein yang tinggi (2 gram/100 ml).
Cecairnya lebih pekat dengan spesifik graviti yang tinggi.
Jika warnanya keruh dan kelabu (cloudiness) ia mengandungi sel darah daripada    penyakit kanser atau jangkitan paru-paru.
Warna air tebu (straw colour) menentukan pesakit batuk kering (TB).
Jika bernanah ia berpunca dari ‘lung abses’ atau jangkitan bakteria yang serius dalam kaviti pleura.

2)Transudate

-berwarna lebih jernih dan cair.
kandungan protin yang kurang daripada 2 gram / 100ml.
terjadi akibat daripada kegagalan jantung mengepam air keluar dari paru-paru.
dalam penyakit sindrom nefrotik dan sirosis hati mengakibatkan tekanan onkotik palsma darah yang rendah, seterusnya berlakulah pergerakan air keluar dari pembuluh vena dan berkumpul di kaviti pleura.

-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

0 Response to "Mengenali Penyakit Paru-Paru Berair"

Post a Comment