Tips Hadapi Cuaca Panas Melampau


Tips Hadapi Cuaca Panas Melampau | Tips Dan Cara Mencegah Risiko Dan Bahaya Akibat Cuaca Panas Melampau. Mencegah Adalah Baik Daripada Mengubati. Terutamanya Untuk Mereka Yang Berisiko Tinggi, Adalah Dinasihatkan Untuk Berhati-Hati Dalam Keadaan Cuaca Panas. Di Bawah Adalah Tip–Tip Pencegahan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kesan Kesihatan Dan Risiko Disebabkan Cuaca Panas Melampau
·         Keletihan/Kelesuan Akibat Dari Panas (Heat Fatigue)
·         Pitam/Pengsan Akibat Dari Panas (Heat Syncope)
·         Kekejangan Akibat Dari Panas (Heat Cramps)
·         Keletihan/Kepenatan Akibat Dari Panas (Heat Exhaustion)
·         Strok Akibat Dari Panas (Heat Stroke)

Tanda Dan Gejala Kesihatan Berkaitan Dengan Cuaca Panas Terik
Berikut kesan-kesan awal masalah kesihatan berpunca dari cuaca panas. Tanda-tanda dan gejala masalah kesihatan berkaitan panas adalah pelbagai bergantung kepada situasi atau keadaan sesuatu masalah itu. Gejala-gejala biasa yang selalu dihadapi ialah ;-
·         Sakit Kepala
·         Keletihan
·         Tumpuan Lemah
·         Pening
·         Lemah Otot–Otot Badan Atau Kekejangan
·         Mual Dan Muntah

Tips Ketika Cuaca Panas Melampau, Perlulah :
·         Minum Dengan Banyak, Tanpa Mengira Tahap Aktiviti Anda.
·         Berada Di Dalam Rumah/Bangunan
·         Hadkan Aktiviti Luar
·         Berehat Dengan Kerap
·         Mandi Atau Buka Kipas Angin Untuk Meyejukkan Anda
·         Pakai Pakaian Yang Ringan, Berwarna-Terang, Dan Longgar.
·         Pakai Topi Atau Payung Yang Besar

Tips Ketika Cuaca Panas Melampau, Elakkan :
·         Minum Minuman Yg ber Kafein, Alkohol @ Kandungan Gula Yg Tinggi.  
·         Membiarkan Seseorang Di Dalam Kereta Yang Bertutup.
·         Bersenam Dalam Cuaca Panas

-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

0 Response to "Tips Hadapi Cuaca Panas Melampau"

Post a Comment