Bila Israel Semakin Mengganas Di Gaza | Gaza (Palestin): Seramai 13 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza, awal pagi ini, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 118 orang.
Menurut jurucakap kementerian kesihatan, Ashraf al-Qudra berkata, rejim Zionis turut menyerang persatuan kebajikan orang kurang upaya menyebabkan dua terbunuh di Beit Lahiya, utara Gaza, manakala serangan kedua di barat Gaza mengorbankan tiga mangsa.Lapan lagi mangsa yang terkorban adalah susulan serangan udara rejim Zionis Israel.
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan wakil kerajaan Palestin, masjid-masjid dan kediaman pimpinan Hamas menjadi sasaran utama serangan Israel di sekitar Gaza, sejak awal pagi ini.Israel memulakan Operasi Perlindungan Sempadan Selasa lalu, dalam usaha untuk menghentikan serangan roket rentas sempadan kononnya didalangi kumpulan militant Palestin.
Kumpulan militan itu didakwa melepaskan sekurang-kurangnya 520 mortar ke arah Israel, manakala serangan 140 roket berjaya dipintas oleh Iron Dome, sebuah sistem pertahanan peluru berpandu milik Israel, dalam kenyataan yang dikeluarkan tentera Israel.Setakat ini tiada kematian warga Israel dilaporkan.
ORANG ramai mengusung jenazah Sahir Abu Namus, 4, antara mangsa kekejaman Zionis. FOTO AFP
Serangan sepanjang lima hari berturut-turut itu merupakan yang terburuk sejak November 2012, dengan peningkatan jumlah roket yang dilancarkan ke atas Jerusalem dan Tel Aviv dan juga jauh ke utara seperti Haifa.
Israel juga telah memanggil 40,000 anggota pasukan simpanannya, Khamis lalu bagi melancarkan serangan darat. - AFP
0 Response to "Bila Israel Semakin Mengganas Di Gaza"
Post a Comment