Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dalam kesempatan yagn ada, saya menulis artikel ini susulan serangan terbaru antara Gaza dan juga Israel disamping ketegangan yang meruncing di Timur Tengah. Tanpa membuang masa, ayuh sama-sama kita baca...
1. Pada jam 9 malam semalam (12 Julai 2014), pihak Hamas melalui sayap kanan mereka telah mengumumkan akan melancarkan satu serangan terbaru menggunakan roket J80 ke atas beberapa bandar besar di Israel. Rujuk kenyataan rasmi Briged Izzuddin Al-Qassam disini.
2. Tepat jam 9 malam waktu Palestin, Briged Izzuddin Al-Qassam telahpun melancarkan serangan tersebut dan dilaporkan sekurang-kurangnya sebanyak 12 buah roket J80 telahpun dilancarkan ke arah Tel Aviv dan Tebing Barat. Roket tersebut adalah roket terbaru yang tidak pernah digunakan oleh Hamas dan Al-Qassam sebelum ini.
3. Menurut satu sumber, roket tersebut adalah hasil ubahsuai pihak Hamas ke atas roket M-302 buatan Syria yang telah diseludup masuk ke Gaza pada Mac 2014 yang lalu melalui jalan darat dari Mesir. Rujuk artikel ini tentang sejarah bagaimana roket ini dibawa masuk ke Gaza.
4. Di dalam artikel tersebut, saya ada menyatakan bahawa sebanyak 40 buah roket M-302 D telah dibawa masuk ke Gaza pada Mac 2014. Sedangkan, menurut sumber terbaru, pihak Israeli Defense Force (IDF) telahpun mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa menurut sumber risikan mereka, sebanyak lebih 10 ribu roket telahpun diseludup sepanjang Mac 2014.
5. Ia meliputi roket Fajr 5 a.k.a M-75 buatan Iran, Katuyasha buatan Russia, Rantissi-160 serta M-302 (kedua-duanya buatan Syria) dan beberapa buah lagi yang diubahsuai daripada roket-roket buatan negara jiran. Sila rujuk artikel ini berhubung ketakutan pihak IDF terhadap kemampuan perang milik Hamas dan Al-Qassam sekarang ini.
6. Namun, hal tersebut bukanlah kebimbangan utama saya.
7. Apa yang amat membimbangkan adalah, sekiranya serangan roket dari Gaza masih diteruskan, saya amat gusar sekiranya Gaza akan diserang balas oleh pihak Israel lebih hebat dan teruk berbanding sebelumnya.
8. Sekiranya Israel menggunakan kekuatan perangnya secara menyeluruh, tidak mustahil Gaza akan lenyap dari peta bumi selagi tidak ada mana-mana negara yang menekan dan memberi kecaman ke atas Israel atas tindakan mereka menyerang Gaza yang tertindas.
9. Lebih membimbangkan apabila, IDF telahpun mengubah taktik serangan mereka dengan mensasarkan hanya tempat-tempat yang berdekatan dengan sumber serangan roket musuh mereka sahaja.
10. Ini bermakna, pihak Israel akan menyerang seluruh kawasan berhampiran lokasi-lokasi yang disyaki sebagai tempat pihak Hamas dan Al-Qassam melancarkan roket mereka.
11. Pihak IDF akan memberi tembakan amaran dan rakyat serta orang awam Palestin hanya diberi masa sekitar 58 saat sebelum roket sebenar akan dilancarkan ke lokasi tembakan amaran dilepaskan.
12. Hal ini amat mendukacitakan kerana mangsa perang dari kalangan rakyat Gaza yang tidak bersalah akan bertambah dari masa ke semasa.
13. Pihak IDF juga sudahpun bersiapsedia mengerahkan 40 ribu askarnya untuk menggempur masuk Gaza. Menurut kenyataan mereka semalam, kesemua 40 ribu askar tersebut telah bersedia disempadan masuk ke Gaza.
14. Namun sehingga kini mereka masih belum melancarkan serangan darat kerana ketakutan dengan kekuatan dan keupayaan tentera Hamas.
15. Saya amat yakin, sekiranya berlaku pertempuran darat dua hala tanpa membabitkan kekuatan kereta kebal, maka pihak Hamas pasti akan menang.
16. Dari satu sudut lain pula, ada dua buah roket telah dilancarkan dari Selatan Lubnan menyerang kota Nahariya, Israel. Rujuk sini. Hal ini telah disahkan oleh pihak IDF dan pihak keselamatan Lubnan.
17. Roket tersebut telahpun dilancarkan daripada wilayah Selatan Lubnan yang dikawal oleh Hizbullah. Namun, siapakah yang bertanggungjawab melancarkan roket tersebut masih belum dikenal pasti.
18. Pihak IDF telah melancarkan dua roket sebagai serangan balas ke atas lokasi roket dari Lubnan itu awal pagi tadi. Rujuk sini.
19. Setakat ini, serangan tersebut tidak mengorbankan nyawa di kedua-dua pihak.
20. Pada minggu lalu, terdapat dua serangan yang hampir sama telah dilancarkan dari Lubnan ke dalam wilayah Israel. Setelah siasatan dibuat, serangan tersebut bukan dibuat Hizbullah sebaliknya ia dilancarkan oleh Jemaah Islamiah yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda.
21. Apa yang menggusarkan saya adalah, dengan terjadinya serangan curi dari pihak Jemaah Islamiah tersebut ke atas pihak Israel akan mengakibatkan serangan dan ancaman perang ke atas negara Islam, Lubnan.
22. Setakat semalam, hanya tiga buah pihak yang telah bersuara lantang mengecam dan mengutuk tindakan Israel serta meminta pihak Israel menghentikan serangan tersebut. Tiga negara tersebut adalah Russia, Iran, serta PBB. Pihak Russia telah meminta Benjamin Netanyahu menghentikan serangan ke atas Palestin. Rujuk sini. Iran pula, melalui presidennya, Hassan Rouhani telah meminta seluruh negara Islam agar bersatu untuk memerangi Israel dan membela nasib Palestin. Seruan itu boleh dibaca disini. Manakala, pihak PBB telah meminta secara rasmi agar kedua-dua pihak antara Hamas dan IDF menghentikan serangan demi keamanan bersama. Rujuk sini.
23. Serangan curi dari Lubnan itu telah menggusarkan kita kerana setakat hari ini, sudah lebih 5 buah negara umat Islam yang bergolak dan berlaku pertumpahan darah.
24. Gaza yang telah diserang selama lebih satu minggu. Syria sudah berada dalam kancah perang mazhab selama lebih 4 tahun dan masih belum selesai sehingga kini. Iraq pula telah terlibat dalam peperangan terbaru setelah krisis antara Nouri Maliki, US, Kurdistan dan Islamic State (IS) meruncing sejak beberapa bulan yang lalu. Pakistan pula telah menghadapi rusuhan berskala besar di negara mereka dan beberapa pertumpahan darah juga berlaku akibat serangan. Rujuk sini. Yaman selatan pula telah ditekan dan berlakunya beberapa pertumpahan darah semalam akibat protes rakyat terhadap kerajaan. Rujuk sini. Manakala ketegangan di Ukraine juga meruncing dengan angka korban terkini telah meningkat pada hari semalam. Rujuk sini.
25. Terbaru, pada 3 hari lepas, ada satu serangan bom telah dilancarkan ke atas Lubnan di beberapa buah hotel. Rujuk sini. Paling baru, serangan dari negara Lubnan pula telah dilancarkan ke atas Israel dengan cara 'hit n run'.
26. Hal ini, amat merumitkan kerana perkara tersebut boleh menjadi ancaman terhadap Lubnan. Tidak mustahil sekiranya ada misi serangan ketenteraan terbaru akan dilancarkan ke atas Lubnan dalam tempoh terdekat dengan alasan hendak menghapuskan Hizbullah yang kononnya bersahabat dengan US. Hal tersebut terjadi akibat serangan roket tersebut yang tidak tahu pucuk pangkalnya.
27. Untuk makluman semua, sekarang ini kita sudahpun memasuki fasa fitnah akhir zaman dan fitnah ini akan memuncak tidak lama lagi.
28. Menurut pengamatan saya, akan ada lebih banyak perkara yang memeningkan kepala kita akan terjadi tidak lama lagi. Dan dalam tempoh dua atau tiga bulan dari sekarang, lebih tepat iaitu sekitar selepas Syawal dan dalam musim haji tahun ini, akan terjadinya lebih banyak perkara yang tidak pernah kita dengar sebelum ini.
29. Saya cuba sedaya upaya hendak mengelak daripada menulis perkara yang dapat menimbulkan fitnah. Saya juga sedang cuba sedaya upaya hendak menulis beberapa artikel di masa akan datang berkaitan hal-hal terkini tentang situasi di Timur Tengah dari kacamata saya sendiri.
30. Setakat ini, berdasarkan hadis Rasulullah SallALLAHu Alaihi Wa Aalihi Wasallam (SAWAW), saya mensasarkan kedudukan kita sedang berada dalam fasa menanti zahirnya As-Sufyani yang akan menjadi tentera Dajjal yang akan menentang tentera Imam Mahdi.
Rujuk hadis berikut...
"Seorang lelaki bernama As-Sufyani akan datang dari tengah kota Damsyik. Kebanyakan tenteranya adalah dari Bani Kalb. Dia akan membunuh (ramai orang) sehingga memperkosa wanita dan membunuh kanak-kanak. Maka datanglah suatu kaum dari Qais lalu membunuh mereka semuanya. Kemudian keluarlah seorang lelaki dari ahli keluargaku di Al-Hirrah dan berita itu sampai kepada As-Sufyani. Dia segera menghantar pasukan tenteranya tetapi menderita kekalahan (teruk). As-Sufyani bangun memimpin sendiri pasukan tenteranya sehingga mereka sampai di kawasan gurun lalu ditelan bumi."
Abu Hurairah telah meriwayatkan bahawa Nabi bersabda:
Akan muncul seorang lelaki dari dalam Damsyik. Dia akan dipanggil Sufyani. Kebanyakan orang yang mengikutinya adalah dari suku Kalb. Dia akan membunuh dengan merobek perut wanita dan malah membunuh kanak-kanak. Seorang lelaki dari keluarga ku akan muncul di Masjidil Haram, berita kedatangan beliau akan sampai kepada Sufyani dan dia akan menghantar kepadanya salah satu daripada tenteranya. Dia (merujuk kepada Imam Mahdi) akan mengalahkan mereka. Mereka kemudian akan melakukan perjalanan dengan sesiapa yang masih hidup sehingga mereka sampai ke padang pasir dan mereka adalah ditelan. Tiada akan terselamat kecuali seorang yang telah memberitahu orang lain tentang mereka. (Mustadrak Al-Hakim)
Muhammad bin al-Hanafiah meriwayatkan sebuah hadist, Akan keluar panji berwarna hitam dari Bani Abbas, kemudian keluar panji beberapa orang yang memakai kopiah hitam dan berbaju putih dari Khurasan. Pemimpin mereka adalah Syuaib bin Shaleh atau Shaleh bin Syuaib dari Bani Tamim. Mereka akan mengalahkan pasukan Sufyani, sehingga mereka dapat merebut kembali Bait al-Maqdis. Mereka menjadikan kekuasaannya sebagai sarana bagi Imam Mahdi. Jarak kemunculannya dengan Imam Mahdi adalah 72 bulan. Sebelum (munculnya) al-Mahdi, as-Sufyani akan muncul bersama-sama 360 pasukan (tentera) berkuda, kemudian dengan diiringi oleh 30,000 (tentera) yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. As-Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini, 100,000 orang terbunuh di Zaurak, iaitu suatu kota di Timur. Setelah itu, mereka menyerbu Kufah. Lantas (ketika itu) muncullah Panji-panji (Hitam) dari Timur. Yang memegang benderanya ialah seorang Pemuda dari Bani Tamim yang digelarkan Syuaib bin Saleh. Dia (at-Tamimi itu) kemudian menyerang sekelompok tawanan daripada penduduk Kufah dan membunuh semuanya. Setelah itu as-Sufyani mengerahkan sebahagian tenteranya (pergi menyerang) Madinah. Mereka terus menyerang Madinah selama tiga hari lalu menuju ke Makkah. Ketika mereka sampai di al-Baidak, Allah memerintahkan Jibril supaya menghentakkan kakinya dengan sekali hentakan, yang mana dengan hentakan itu, mereka jadi terbenam ke dalam bumi sehingga tidak berbaki melainkan dua orang yang kemudian menyampaikan (perihal) peristiwa tersebut kepada as-Sufyani. Tetapi as-Sufyani tidak menghiraukannya. Lalu dia mengirimkan dua orang (keturunan) Parsi untuk meminta bantuan (kerajaan Romawi) menaklukkan Kostantinopel. Oleh raja Romawi, permintaannya ini segera dikabulkan (lalu dihantar pasukan tentera yang ramai untuk membantu). Tetapi ketika kedua-dua orang (utusan) ini sampai di pintu gerbang Damsyik, mereka dibunuh orang. Selain itu, as-Sufyani juga membunuh orang yang mengingkari dirinya, bahawa ada seorang perempuan duduk-duduk di atas pahanya di pintu gerbang di Damsyik. Ketika itulah terdengar satu seruan dari langit, “Wahai (sekalian) manusia, sesungguhnya Allah telah membinasakan orang-orang yang zalim, orang-orang munafik dan sekutu-sekutu mereka. Allah telah mengangkat seorang yang terbaik dari umat Muhammad SAW sebagai pemimpin kamu semua. Oleh itu, sambutlah dia di Makkah. Dia adalah al-Mahdi yang bernama Ahmad bin Abdullah.”Lalu ada satu pertanyaan kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah kami dapat mengenalinya?” Jawab baginda, “Dia adalah dari keturunanku, iaitu perawakannya seakan-akan Bani Israel, kulitnya kemerah-merahan seolah-olah wajahnya bercahaya laksana bintang, pipi kanannya bertahi lalat hitam (yang hidup). Dia tampan orangnya, berusia 40 tahun. Dia akan didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, Wali-wali Nujabak dari Mesir, Asoib dari Timur dan pengikut-pengikutnya. Mereka kemudian pergi ke Makkah bersama-sama, lantas (setelah membaiat Imam Mahdi) berangkat (pula) ke Syam. Waktu itu, Jibril berada di depannya dan Mikail berada di belakangnya. Penghuni langit, penduduk bumi, burung-burung, binatang buas dan ikan-ikan di laut semuanya suka/redha kepadanya. Air menjadi mudah (didapati) di mana-mana negeri pun yang dikuasainya, sungai-sungainya mengalir (deras dan banyak), harta karun (melimpah ruah dan) mudah didapati. Dia lantas pergi ke Syam dan menyembelih as-Sufyani di bawah pokok yang dahan-dahannya (menjulur) sampai ke Laut Tibriyah.”
31. Setakat ini, berdasarkan riwayat-riwayat di atas maka sudah hampir jelaslah kepada kita, siapakah sebenarnya tentera As-Sufyani yang dimaksudkan dan siapakah Bani Kalb tersebut.
32. Menurut guru saya, As-Sufyani akan ditabal di jazirah Hijaz dan askarnya akan berada di Syam dan Iraq. Kemudian, mereka akan menghalakan tentera mereka untuk menyerang Konstantinopel (Turki). Kelak, mereka akan menjadi penentang kepada tentera Imam Mahdi. Sesiapa sahaja yang tidak mahu bersama mereka akan dibunuh dan disembelih. As-Sufyani harus ditabal sebelum zahirnya Dajjal Akbar yang datang membawa fitnah terbesar dalam peradaban manusia di muka bumi ini.
Pesanan terakhir, dalam kesempatan yang masih ada. Ayuh sama-sama kita kembali menghafal semula surah Al-Kahfi terutamanya 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir agar kita sama-sama dapat dihindarkan daripada fitnah akhir zaman yang amat dahsyat ini. Semoga kita semua yang membaca artikel ini dapat terhindar daripada kekeliruan dan diberikan petunjuk serta hidayah daripada ALLAH SWT dalam meniti liku-liku hidup sebagai umat akhir zaman.
Akhir kata, semoga kita semua dapat bersama-sama disisi Imam Mahdi kelak, sekurang-kurangnya menjadi pembantu perjuangannya. InsyaALLAH.
Sekian dahulu analisa semasa saya, insyaALLAH saya akan menulis lebih banyak artikel diblog ini di masa akan datang.
Sekian.
Terima kasih.
7.45 pagi, 13 Julai 2014.
-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.
0 Response to "Gaza: Ketegangan Membimbangkan"
Post a Comment