Petanda Anda Ketagih Terhadap Telefon Pintar


Petanda Anda Ketagih Terhadap Telefon Pintar | Pada zaman penuh dengan teknologi kini, hidup kita tidak lekang dengan adanya pelbagai gadjet di pasaran seperti smartphone, tablet dan berbagai macam teknologi lagi. Kini di mana-mana sahaja kita akan melihat ramai sekali orang memiliki telefon pinta tidak kira yang muda atau yang sudah berumur.

Bagaimana pun penggunaan telefon pintar secara berlebihan sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan seharian terutama apabila ia akan memudaratkan kesihatan dan menyebabkan gangguan sosial. Berikut adalah petanda yang mungkin anda ketagihan terhadap telefon pintar.

Petanda Anda Ketagih Terhadap Telefon Pintar

1) Seseorang yang ketagih terhadap telefon pintar akan panik jika tersalah letak telefonnya. Mereka akan mencari setiap tempat dan tidak akan berhenti mencari sehingga menjumpai telefon pintar mereka. Jika tidak menjumpainya, mereka akan berasa tertekan dan mungkin akan menjauhkan diri daripada orang lain untuk beberapa hari.

2) Jika telefon tertinggal di rumah, mereka merasakan tidak sah jika tidak dibawa bersama. Mereka tidak sabar untuk pulang ke rumah dan memeriksa notifikasi telefon pintar mereka.

3) Berapa cepat anda memeriksa telefon anda selepas tersedar dari bangun tidur? Kajian menunjukkan bahawa majoriti orang akan memeriksa telefon mereka dalam masa satu jam dari bangun tidur. Ada juga kes menunjukkan bahawa ada antara mereka yang memeriksa telefon walaupun masih lagi sukar untuk bagun tidur (mamai).

4) Adakah anda membawa telefon selain daripada surat khabar apabila hendak ke tandas? Ianya adalah situasi sama seperti kes di atas tetapi berbeza sedikit. 

5) Adakah anda membawa telefon ketika mandi? Ada kes dimana ada orang menggunakan 'water-proof cover' untuk melindungi telefon ketika berbual di bilik mandi.

6) Selalu sahaja melihat notifikasi telefon dan akan berasa kecewa jika tiada sebarang notifikasi di dalam telefon. Salah satu menjadi petanda anda ketagih terhadap telefon pintar ialah apabila menjadikan telefon pintar sebagai yang utama apabila berinteraksi.

7) Adakah anda terus menghantar mesej dan berbual walaupun anda mempunyai orang yang sebenar untuk bercakap dengan pada masa itu? Dalam erti kata lain, jika anda bercakap dengan seseorang dalam kehidupan sebenar, adakah anda masih menggunakan telefon?

8) Berapa kerapkah anda menggunakan komputer berbanding telefon pintar? Akibat ketagihan terhadap telefon pintar, anda akan beransur-ansur mengalihkan perhatian daripada komputer kepada telefon pintar untuk menjalan segala aktiviti seperti melayari laman web, memerika e-mail, chattting dan lain-lain lagi. 

9) Berapa kerap anda cuba untuk berjaga pada waktu malam untuk berbual, bertutur atau mengejar dengan laman sosial seperti Facebook , Twitter dan lain-lain? Pernah berlaku bahawa anda bangun dengan telefon masih di tangan anda? 

10) Akhir sekali, apakah yang anda suka buat bila hujung minggu? Adakah menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga atau pun menghabiskan masa bersama telefon pintar?

Ini adalah beberapa tanda-tanda-tanda yang mungkin menunjukkan bahawa anda mungkin ketagih terhadap telefon pintar anda. Adakah anda seorang yang ketagihan terhadap telefon pintar anda? Cuba lihat kembali petanda di atas.

-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

0 Response to "Petanda Anda Ketagih Terhadap Telefon Pintar"

Post a Comment